PUDING TELUR GULA HANGUS

Dah dua minggu raya Haji berlalu tapi baru sempat nak post apa yang dimasak masa jamuan aqiqah Ariana Farisha bt Mohd Faiz (anak adik yang ketiga). Korbankan seekor kambing. Menu hari tu gulai kari kambing, gulai kicap daging lembu, rendang ayam kampung, ikan keli goreng, telur masin, acar timun nenas dan sambal belacan. Yang bestnya menu sampingan, pembuka selera tu... puding telur gula hangus (campuran resepi Che Sue dan Che Ngah(panggilan Cupie untuk isteri adik saya)), kek lapis keladi, kek karot walnut creamcheese, kek lapis sarawak, serikaya, dan puding jagung. Bukanlah semuanya diangkat serentak. Kami letak 3 jenis dulu... nampak cam dah luak, hulur sejenis pulak dan begitulah seterusnya. Okay, hari ni nak berkongsi resepi puding telur gula hangus atau lebih glamer dengan nama puding karamel. Masa kenduri aqiqah tu, tiga kali buat puding ni!


Masih dalam pengukus
PUDING TELUR GULA HANGUS / PUDING KARAMEL

BAHAN-BAHANNYA
6 biji telur gred A
2 sudu besar bumbu tepung kastad
1 tin susu / krimer pekat manis
1 tin air (guna tin susu tadi) 
1 sudu mentega
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar gula
sedikit air

CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan gula, sedikit air dan mentega hingga menjadi hangus / perang di dalam loyang yang akan digunakan untuk mengukus puding
2. Campurkan telur, kastad, susu, esen vanila dan air serta kacau dengan whisk hingga kembang
3. Curahkan ke dalam loyang / bekas yang terdapat gula hangus tadi. Kukus hingga masak selama lebih kurang 30 minit
4. Angkat. Biar sejuk sekejap dan terbalikkan. Meleleh je keluar air gula hangus tu... cantik jer...

Senang je kan!!!!!! (resepi ihsan adik iparku Azie)


kecur air liur.... cubalah senang sangat!

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails