Gulai Keropeh ayam, Daging bakar perap n air asam, tumis telur sayuran

Masak-masak di rumah adindaku di Bangi....
Hari ni adik ipar cuti lagi so bolehlah saya masak best sket! Ye lah kalau adik ipar dah start keje, mesti boleh masak2 simple je sebab nak jaga yang sikecik Yana tuh yang melalak jer bila mak dia tak ada depan mata! Dengan saya memang dia tak mau langsung.... dengan tokma dia jerlah... tu pong puas melalak baru diam! Ish ish... tak tahulah gimana esok.... Insyaallah kalau mak dia tak ada dia okay kot! kotlah....

Okay harini request dari anakanda sedaranda... si Amar Farouq yang asyik gila main game sekarang ni... dia nak makan kari ayam.... tgk dalam peti ais banyak gak kaki ayam... so kita masak ikut dia... air asam lebihan BBQ family day kelmarin (nanti saya update laing yg famili day)... so kita buat daging bakar perap dan untuk balance... kita buat sayur ringkas2 jer... maaf ye air asam lupa nak amik gambar... tengok2 dah habis....

GULAI KEROPEH AYAM



BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk keropeh ayam (campuran kaki, sayap dan tulang ayam)
1 sudu rempah 4 sekawan
3 ulas bawang putih dimayang
5 ulas bawang merah dimayang
1 inci halia dimayang
Santan dari sebiji kelapa
2 biji cili hijau
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
1 peket kecil rempah kari ayam Adabi / Baba's dicampur sedikit air
Sedikit gula melaka (nisse)
Garam dan air asam jawa
secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1.     Panaskan minyak. Gorengkan rempah kasar seketika. Masukkan bahan yang dimayang halus, goreng hingga wangi dan agak garing. Masukkan rempah kari, masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
2.     Masukkan keropeh ayam, tutupkan periuk, kecilkan api. Balik-balikkan dan biarkan seketika hingga mesra.
3.     Masukkan  santan, sedikit air asam jawa, cili hijau berserta garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga ayam empuk dan lapisan minyak terbentuk di bahagian atas kuah.

**
Ini adalah salah satu lauk kegemaran anak saya selain sup ayam. Setelah kali ke-4 mencuba resepi ini, barulah arwah suami memuji mengatakan kari keropeh ayam saya persis seperti kari ayam ibunya! Kari daging juga menggunakan resepi yang sama cuma waktu memasaknya agak lama bagi memastikan daging empuk dan sedap di makan. Kalau nak tahu air dari tulang ayam inilah yang menyedapkan rasa gulai kari ni. Kalau ke Kelantan, di waktu pagi semasa membeli nasi gulai ayam, jangan lupa minta keropeh ayam!

DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:
          ½ kg daging musir (batang pinang) di bersihkan dan dipotong sebesar tapak tangan
         
Bahan Kisar 
         1 inci halia
          3 biji bawang merah
          3 ulas bawang putih
          ½ cm kunyit hidup/ serbuk kunyit
          Satu sudu besar perahan limau nipis/ lemon
          1 sudu besar sos tiram
          1 sudu kecil sos sotong jika suka
          1 sudu besar sos lada hitam jika suka
          Garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:
1.     Perap  daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya 3 jam
2.     Balut daging dalam aluminium foil dan bakar pada suhu 190°C selama 30 minit
3. Keluarkan daging dari aluminium foil dan bakar semula dalam ketuhar hingga garing
4.     Semasa menghidang potong kecil dan curahkan sos yang keluar semasa membakar daging keatasnya.
5. Boleh di cicah air asam atau di makan begitu saja

**
Biasanya saya menggunakan resepi ini untuk Ayam dan sering juga saya masakkan apabila berkelah dengan kawan-kawan semasa di sekolah dan universiti dulu.. Saya akan masakkan siap-siap di rumah dua ekor ayam dan kawan-kawan yang lain akan membawa mee goreng, keropok, sandwich dan sebagainya. Seronok sangat bila terkenangkan masa-masa dulu! 


TUMIS TELUR SAYURAN
BAHAN-BAHANNYA

3 biji telur
2 cawan campuran sayur (karot, bunga kobis, kacang peas, kobis, capsicum)
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar di dadu kasar
4 ulas bawang putih di cincang
garam, serbuk lada sulah dan perasa secukupnya (saya guna maggi secukup rasa)

CARA MEMBUATNYA
1. Tumis bawang putih dan bawnag besar dengan sedikit minyak hingga wangi
2. Masukkan ikan bilis, goreng hingga ikan bilis masak
3. Masukkan sayur serta rasakan masinnya.
4. Buatkan lubang ditengah, pecahkan telur dan biar sebentar hingga telur mengeras. Kacau-kacau
kan seperti membuat telur hancur dan masak sehingga sayur layu.

1 ulasan:

AF-aziey said...

kak ah, kat paragraph no 2 tu kata nak update pasal family day.. takdak pun.....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails