Ke Tempat Pak Lang & Batu Kawi -BAHAGIAN 1

Idea Spontan!
Itu yang dapat saya simpulkan disini. Idea nak ke Langkawi, sewa bas dan cari agen! Dengar macam senang, tapi bila kita yang arrangekan... fuhhh... rumit juga. Bukan rumit macamana, tapi problem2 yang terhasil dalam proses untuk menjadikan trip ini satu kenyataan! Thanks to Lily, Kak Nor n Kak Ya, orang2 kuat yang bersama2 menjayakan trip yang sangatlah bestnya ini!
mesyuarat terakhir sebelum trip
Seronok! Itu je yang boleh digambarkan. Kalaulah ke Langkawi dengan famili rasanya tak akan sampai ke semua tempat yang kami pergi hari tu.

muka2 x mandi ornag kuat trip atas feri

Singgah 'branch' b4 check in

Hari pertama kami naik kereta kabel, kemudian ke Langkawi Yatch, amik gambar kat depan kapal Dato Azhar Mansor beramai2

My little hero kat depan




Selepas tu kami pergi makan kat Restoran Bamboo. Malam tu kononnya nak keluar ke Pantai Chenang, dah janji dengan abang Van tu, En Karim yang baik hati tapi masuk je bilik, terus tak ingat dunia. Letihlah wei... semalamam tidur atas bas selepas tu pulak seharian dok berjalan!



Esoknya, pagi2 lagi after breakfast, kami ke Geopark, KILIM. Naik bot 2 jam. Kalau pergi ngan famili, sewa satu bot dah RM300, kalau group macam ni boleh bagi2 kan so kena RM30 je, kanak2, free! Best, memang best sangat. Ma, dua orang makcik saya, sepupu dan yang penting Cupie, memang puas hati.
Kita sambung bahagian 2 nanti...

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails