PULUT SEKAYA

Dok tengok-tengok buku resepi. Lepas satu, satu di bukak.
Al-kisahnya terasa nak makan sesuatu yang berpulut! Nak buat pulut kuning, kot melampaulah pulak. Petang-petang nak makan pulut kuning. Mau lena lepas Asar sampai ke malam. Congak punya congak, ternampaklah gambar serimuka dalam majalah RASA entah tahun bila. Nak buat serimuka kena pakai daun pandan, tapi malas nak pergi bukak pintu dapur nak amik daun pandan (teruk betulkan?). Lagipun nak try pakai kali keempat pengukus letrik yang baru beli tuuu... (saja nak bagitau). Last-last nampak ada telur dan nisse (gula melaka).

So, terjadilah serikaya pulut atau orang panggil pulut sekaya. Resepi asalnya dari Che Nin, mak saudara saya. Saya buat tak pakai sukatan sangat, pakai agak-agak dan try2 je... mujurlah menjadi jugak.

Jom try!

PULUT SEKAYA

Mulanya nak makan seketul je, tapi lepas seketul, seketul.....

BAHAN-BAHAN:
-5 biji telur           
-2 ketul gula melaka (nise)
-1 1/2 cawan beras pulut
-1 cawan  santan pekat
-Sedikit garam
-daun pandan

CARA MEMBUATNYA:
1.     Basuh dan toskan beras pulut. Rendam selama 2-3 jam. Kalau nak cepat, rendam dalam air panas mendidih selama 15 minit. Tuangkan air rendaman beras tadi dan gantikan dengan santan yang dicampur garam. (Pastikan beras pulut tenggelam kesemuanya ke dalam santan. Jika kurang santan, tambahkan sedikit air).
2.     Letakkan loyang ke dalam pengukus dan kukus hingga betul-betul masak. Gunakan plastik tahan panas dan tekan pulut tadi hingga padat (Biarkan tiada ruang diantara pulut tadi. Kalau nak cepat, tekan je dengan senduk nasi sampai padat.)
3.     Di dalam periuk yang lain. Cairkan gula melaka dengan sedikit air. Biarkan sejuk seketika agar telur tidak berketul-ketul nanti. (Saya panaskan dalam microwave je sampai cair)
4.     Pecahkan telur. Pukul telur dan masukkan gula melaka tadi dan kacau rata. (Daun pandan di ramas dalam telur tadi bagi aromanya kemudian asingkan)
5.    Masukkan campuran telur dan gula melaka ke atasnya dan kukus sekali lagi hingga lapisan atasnya masak, kira-kira 20-30 minit

**
Resepi dari Che Nin, adik emak saya. Sedap sangat sebab tekstur sekaya yang lembut dan gabungan dengan pulut yang ‘creamy’! Mula-mula tu saya tak berapa yakin nak masakkan pulut sekaya ni sebab takut pulut lembiklah, sekaya jadi keraslah tapi bila ikut betul-betul resepi dari Che Nin ni, tengoklah hasilnya!

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails