Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

MUSIM ORANG KAHWIN DATANG LAGI... MAKAN BERADAP....

Orang kahwin? Memanglah sinonim bila cuti sekolah jer... orang kahwin. Bila orang kahwin jer... cuti sekolah.... hua hua hua...

Sebenarnyalah kan... cuti sekolah kali ni saya nak relaks.... dan menumpukan sepenuh perhatian pada kerja2 lain yang tiada kaitan dengan tempahan puding ke, kek ke, apa-apalah.... sebab saya nak relaks... ok... relaks! Saya cadang cuti dua minggu ni saya nak kemas bilik, nak susun dan kemaskini buku2, novel dan lain-lain di bilik saya. Then, saya nak siapkan novel terbaru yang terbengkalai entah berapa kurun dah.....
Itu cerita asalnya jadi setiap kali ada orang nak tempah, saya akan bagi 1001 alasan. Pada yang rapat2 tu saya beritahulah cerita sebenar... tapi... dia orang tak peduli... siap buat paksa rela.... siap guna bonda saya lagi so.... terpaksa dalam rela dan gundahlah maka makcik buat jugaklah!

Okay... yang pertama di hari Jumaat mula cuti kena wat trifle makan beradap ngan hantaran....
Inilah hasilnya...
desert untuk makan beradap
Banyak ni je makcik buat.... kira cukup2 meja ehehhe
Takkan orang lain tak merasa kan... so tambahlah satu bekas lagiks!
Untuk hantaran kena buat bagi overr sket.... 

Okay.... then.... keesokan harinya kena wat makan beradap pulaks!
Ni kejer last minute sebab cari barang last minutes. Kenapa jadi cam tu....? Sebab bagitahu last minute!
Biasalah.....
Rasernyer ni yang paling simple saya pernah buat kot....
As usual... mesti ada bakul buah-buahan...
Bawal emas masam manis

Udang bread crumbs

Kerabu campur (mangga, karot, timun, capsicum, tomato)
3 hidangan je buat
Seperti biasa pelengkapnya... desert...trifle
Selamat Menjamu Selera!

UDANG MASAM MANIS & KERABU PAUH SEAFOOD & SIAKAP KUKUS ALA SIAM

Lamanya tak update... sibuk di sekolah sebenarnya.... sibuk je manjang tapi tak tahulah pulak apa yang sibuk sangat.... ehehhe... keje kan biasalah....

Okay, hari ni Jumaat, cuti so dapatlah saya memasakkan diriku dirimu kepada diri keluargaku... ish, merapu dah ni...
Okay jom kita tengok saya masak apa hari ni. Simple, very simple tapi ahli2 rumahku makan bertambah-tambah nampaknya. Alhamdulillah

JOM KITA TENGOK RESIPI

KERABU PAUH SEAFOOD

Okay, kerabu pauh seafood ni cara membuatnya sama macam kerabu ala siam yang saya dah pernah post sebelum ni. Sila klik sini http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/03/kerabu-kaki-ayam-kerabu-sotong-kerabu.html
Cuma saya adaptasikan sedikit.... cam gini...

Rebus udang dan sotong dengan sedikit garam dan perasa secara berasingan. Boleh juga ditambah secukup rasa MAGGI jika suka atau sedikit gula

Gaulkan buah pauh rangup, bawang merah, serai, cili merah, cili padi, tomato dan timun yang telah dihiris ikut kesesuaian

Campurkan udang dan sotong rebus tadi bersama sedikit airn rebusannya

Tambahkan sos ikan, garam dan sedikit gula serta perahkan limau nipis secukupnya. tara... dah siappp... mmmm memang menyengat. Saya akan ratah je biasanya

Inilah sos @ kicap ikan cap sotong. Ada juga orang panggil sos sotong. Nama komersialnya "NAMPLA"
UDANG MASAM MANIS

BAHAN-BAHANNYA:
-Semangkuk udang dibuang kulit, belah belakang dan tinggalkan ekornya
-3 sudu tepung jagung
-sedikit garam dan serbuk lada putih
-Minyak untuk menggoreng

Sos
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 3 ulas bawang putih dimayang
- 1 biji bawang besar di potong bulat
- 1 biji tomato*
- garam dan gula secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam, serbuk lada putih dan tepung jagung.
2. Goreng udang hingga masak. Ketepikan
3. Panaskan kuali, tumis bawang putih hingga naik baunya
4. Masukkan semua sos dan sedikit air. Perasakan. Akhir sekali amsukkan bawang besar dan tomato
5. Curahkan di atas udang yang digoreng tadi. Hidangkan panas.


Udang di lumur garam dan lada sulah kemudian di gaul dengan tepung jagung

Goreng udang hingga masak dan toskan

Curahkan sos dna hidangkan panas

IKAN KUKUS ALA THAI

Resepi ikan kukus ni dah pernah saya postkan, boleh klik di sini
http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/02/tomyam-campur-sotong-goreng-kunyit.html
Lebihkan halia sebab nak buang angin dalam badan. Bonda yang suruh, dia suka makan halia

Gambar tak berapa cun , baisalah anakand ayang amik. Yang belum masak pulak tu, yang dah masak tak diambilnya... Alahai anakku...
Ni saya amik gambar dari post sebelum ni.... Cubalah yer....

RAYA 6 Bonda & Ayahanda - NASI DAGANG!

Raya Poser 6
Kalau orang tanya berapa hari lagi nak abih poser 6? Saya akn jawab 6 hari lagi! Ternganga jap kawan! Minda nak cerna tu payah jugak kan! Dalam 1/2 minit ke 1 minit tu baru lah dia orang gelak sambil kata "Chet, mung tak poser lasung lagi lah ni?" Hahahha...
Tak tahulah tahun ni, dah 2 minggu Syawal tapi masih tak start2 lagi puasa 6 saya. Jangan jadi cam tahun lepas, bukan puasa 6, puasa 4. nak buat camana, asyik puasa satu hari, tangguh sebab ada rumah terbuka kawan2lah, ada kelas tambahan petang lah, pastu bila dah suntuk tu, datang periodlah pulaks. Maka setakat 4 jerlah, kira puasa gantilah tu! Hahahha... makcik Tihah ni macam-macam!
Tahun ni, seminggu awal tu sibuk ngan nikah kahwin (bukan diri sendiri ya, tapi sepupu sepapat). Dengan buat hantaran, makan beradap pastu pulak ada tempahan dari kawan-kawan sedara mara. Rumah terbuka utk keluarga belah ayahanda lagi.... pastu masuk sekolah, kena kursus di Terengganu pulak sampai hari Khamis lepas. Jumaat Sabtu kononnya nak rileks dulu. Harini dan esok ayah bonda nak raya 6 dulu masak nasi dagang. Hujung minggu ni nak ke Perak, bawak budak2 rombongan ke Tambun! Waduh, macam2 alasan kan! Sebenarnya, bak kata orang "Kalau nak seribu daya, kalau tak berapa nak seribu dalih kan!"

Okay, harini saya nak buh gambar je nasi dagang ni sebab ada kerja lain nak buat. Ehehhe nak buat skrip utk guru yanga kan bersara di sekolah hujung minggu ni.

Jom roll on gambar kay!!!

Nasi dagang baru siap, panas-panas lagi... best oooo...

Gulai Udang

Gulai Ikan Aye (Tongkol) versi Terengganu
Sepinggan Nasi Dagang dgn gulai udang, ikan tongkol dan telur rebus



LAKSA KEDAH VERSI MAMACUPIE!

Urppp... Alhamdulillah! Makan lagi....
Baru jer abihkan laksa kedah semalam punyer... fuh... lama tak makan... tahap teringin tu akhirnya membuahkan hasil air tanganku dan dapatlah berkongsi dengan sedara mara dan beberapa sahabatku! Alhamdulillah...

Dulu... ini cerita dululah... b4 kahwin dulu, tau makan jer tu pong beli kat kedai, laksa Penang. Sebab tak pernah jumpa yang sedap so laksa kat Cabang 4 Cherang (gerai nasi kerabu dan kuih muih pada waktu petang, ada juga jual laksa, laksam dan mee talam yg dah dibungkus siap) tu abih sedap dah lah bagi saya. Hahaha... then... jumpa ngan sorang mamat ni, bercinta, bertunang dan kahwin. So, dia orang kedah, mak dia selalu masak laksa. Kakak dia pong pakar masak laksa so saya pong jadi tersuka dengan laksa ni... Mula2 tu rasa cam payah bebenarlah nak masak laksa ni. Masa dok Perlis dulu, kalau sekolah buat jamuan laksa, saya tukang rebus telur jerlah, kalau tak pong, tukang bawak timun ngan ulam2 ulaman lain... hahhaha terukkan!

Nak dijadikan cerita, selepas 5 tahun kahwin, kami pindah ke Sungai Petani. Kat sini, semua sedara mara suami ada dan bila orang cakap pasal laksa, suami saya akn kata "Maksu bukan pandai pong masak laksa, dia tau makan je..." (Maksu tu panggilan sedara mara kat saya sebab suami saya bongsu, dipanggil Pak Su) Waduh... ayat-ayat cinta tu memang pedih rasanya maka saya pong belajar masak kuah laksa ngan kakak ipar. First time buat.... menjadi beb! Pak Su tambah dua kali..... hahahha maka selepas itu selalu jugaklah saya buat sebab anakanda pong suka gak walaupun budak tu makan ngan tangan! Hahaha.... namun itu semua tinggal memori.... dan sekarang... saya dah jarang masak laksa..... dah tak ada orang nak tambah dua tiga kali!!! Anakanda pong setakat makan sekali tu jerlah... tak ada dah berlumba-lumba makan macam ngan masa abah dia ada dulu!!! Kenangan... kenangan selalu buat saya sedih.... tak tahulah kenapa.... TAPIIIII....
kelmarin.... entah kenapa, saya rasa nak makan laksa kedah dan bila saya cakap dengan ma, dia pong terfikir gitu gaks... terutama bila tengok ikan segar bugar mata hijau bergetah tu kat gerai pakcik depan Taman Sari (menimbun ikan-ikan dia, ambil dari Tok Bali)... maka terbelilah 1kg ikan selayang, 1 kg ikan mata uji rashid, dan 1/2 kg ikan selar kuning!

Banyak dah saya melalut lalut tu... biasaklah... time banyak idea tu... time takdak idea tu langsung tak bukak blog! Jom.... roll on resipi laksa kedah yang termudahsssss in the world!

LAKSA KEDAH VERSI MAMACUPIE!

1 bungkus laksa kering.

KUAH
1/2 kg ikan selayang @ ikan mata uji rasid @ ikan tamban @ ikan termenung dan apa-apa ikan yang banyak isinya. (Saya syorkan ikan selayang, isi dia manis)
5 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan (belah empat)
asam keping secukupnya
sedikit cuka
garam
gula
1/3 cawan isi udang segar
4 biji bawang besar india (merah)
1 ulas bawang putih
5-10 biji cili kering
1 inci belacan (jika suka)

BAHAN HIASAN
4 biji telur di rebus masak
2 hiris nenas potong dadu
1 biji bawang besar Cina (putih) hiris bulat nipis
1 biji cili merah dihiris serong
4-5 biji cili padi (jika suka)
3 tangkai daun salad
1 biji timun
2 biji limau kasturi
kicap manis (jika suka)

CARA MEMBUATNYA
1. Bersihkan ikan, masukkan ke dalam periuk dengan sedikit cuka, 3 keping asam keping (atau secukup masam), garam dan sedikit perasa (jika suka). Didihkan hingga ikan masak. Bila sedikit sejuk, asingkan isi dan tulangnya.
2. Kisar isi ikan separa hancur dengan 2 cawan air.
3. Kisar tulang ikan dengan secawan air dan kemudian tapiskan ke dalam periuk.
4. Bawang, isi udang, cili kering dan belacan dikisar dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam periuk bersama ikan tadi.
5. Masukkan lebihan air rebusan ikan bersama asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Didihkan. Rasakan masam, masin dan manisnya. Renehkan dengan api kecil lebih kurang setengah jam untuk rasa kuah yang menyeluruh. Kacau sesekali agar tidak hangit.


Inilah rupanya kuah laksa yang dah masak

Laksa

Bahan tambahan bagi menyedapkan laksa kita!

Mula-mula, sendukkan kuah sesuka hati kita

Masukkan laksa juga sesuka hati kita

Masukkan sayur mayur seperti salad, timun dan hirisan bawang

Masukkan nenas dan telur rebus (saya suka nenas yang banyak)
Perahkan jus limau kasturi



Gaul rata dan ngappppp!

La... dah abih??? Tak tinggal sikit pong kuahnya???? ehheheh jangan mare yer!




PERCIK JAWA... apa tu???

Percik Jawa? Mula-mula dengar nama resepi ni memnag 'curios' gila nak tahu camanalah rupanya menu ni.
Okay, al-kisahnya begini.

Makcik saya ni, dulunya ahli PERKEP, maklumlah suaminya, (pakcik sayalah), anggota polis sebelum dia pencenlah ehehhe. Okay, makcik saya ni panggilan kami ialah Cik Nah dan suaminya kami panggil AyahChik.
Memang Cik Nah ni banyak resepinya, sebab diakan selalu ikut suaminya kerja kat merata negeri kat Malaysia ni. Al-kisahnya percik jawa ni, mula2 saya rasa masakan ni ialah masa bulan puasa, bukak puasa hari pertama tahun 2008. Macamana saya boleh ingat sedetailnya cam gini kan? Okay, sebabnya, seminggu sebelum bulan puasa tahun 2008, suami saya meninggal dunia. Jadi, saya masih cuti lagilah waktu tu. Mood pong dalam mood sedih lagi. Memang tak lalu makanlah, tengok makanan tu teringat kat arwah, tengok yang ni teringat dia biasa masak, dia biasa beli dan bla...bla...bla... so memang takde selera. Jadi 1st bukak puasa tu CikNah dan AyahChik datang bukak puasa sama dengan famili saya utk memeriahkan majlis yg tak berapa ramai orang tu sebab semua ahli keluarga lain dah balik kerja. Tinggallah saya, anakanda, tokma dan tokbah. Juadah yang CikNah bawak ialah Percik Jawa!

AyahChik kata, kalau makan percik jawa ni memang kita akan berselera, dengan nasik panas-panas pulak tu. So, memanglah ada terbuka sket selera tu sebab rasanya yang masam, manis dan lemak. Kuah percik jawa ni sedap dimakan dengan ikan bakar @ pun telur ayam/ puyuh rebus! Camana rupanya? Roll on now!

ini ikan bakar dan kuah percik jawa
PERCIK JAWA CIK NAH



BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembong/ selar (sederhana besar)
3-4 biji mempelam muda diracik halus (kalau nak lagi masam letakkan banyak)
Santan pekat dari sebiji kelapa
ditumbuk
 
4 biji cili padi
2 biji cili merah
sedikit belacan (tak buh pun tak pe, kalau buh lagi best!)
Garam dan gula

 CARA MEMBUATNYA:
1.     Ikan dibersihkan dan dilumur sedikit garam kunyit lalu di panggang hingga masak (jangan terlalu kering)
2.     Blend cili, belacan dan sedikit air. Masukkan semua bahan kecuali mempelam ke dalam periuk. Didihkan kemudian masukkan mempelam dan tutupkan api
3.     Tuangkan ke atas ikan yang sudah di panggang tadi

cili merah, cili padi, belacan dan air, blendkan sampai lumat...

mempelam telur (pauh ringan) racik atau hiris nipis2

Masakkan hingga mendidih dna perasakan dengan garam gula. Bagi manis sket baru best!

TARA.... ni versi buh telur rebus... kira makan lauk ni je hari ni....

**
Makcik saya, Cik Nah memang pandai memasak, terutama masakan tradisional. Semuanya dipelajari semasa menetap di beberapa buah negeri kerana mengikut suaminya yang bertugas sebagai seorang pegawai polis. Selepas  suaminya pencen Cik Nah kembali menetap di Kelantan jadi, banyaklah resepi-resepi yang saya dapat belajar darinya. Ikan boleh juga dikukus dan ia juga boleh digantikan dengan telur ayam atau telur puyuh rebus! Kuah percik ni tahan sebulan lebih kalau di sejukbekukan!











Tomyam Campur, Sotong Goreng Kunyit, Siakap Kukus Ala Thai.

Teng tereng......... tema masakan hari ini.... masakan restoran!

Ala biasalah kalau ke restoran untuk makan malam biasanya mesti mintak tomyam, pahtu siakap, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, apa lagi... kangkung belacan, ayam halia, daging masak merah, daging black pepper, telur dadar, telur bungkus.... haaa... itu kebiasaan masakan restoran kan... kan...

Kebetulan masa ke Tesco once upon a time dulu, adalah terbeli siakap dua ekor. Masa tuh pukul 8.45 pagi so memang fresh dan murah giloosss lagiklah kan... udang pung besar2 dan murah. Gi dgn ma, biasaklah, borong sakan. Tuh yang sampai terlupa ngan siakap ni. Tengok2 dalam freezer, ada lagik sekor yang ma sudah bersihkan dengan jayanya maka tertimbullah idea nak masak siakap kukus. Sotong pulak yang beli kat Mydin Mall, sekilo tiga ekor, memang besar gilooos....Lagikpun masa masak ni Che Sue balik untuk raya cina. ehehheh sebenarnya bukan masak hari ni, ini menu minggu lepas, saja je update harini... jangan mare... yg penting resepinya bapak bapak ibu ibu sekalian!

Okay... roll on the resepi....

Tom Yam yam yam yam yummy!
TOMYAM CAMPUR CIK MAT


BAHAN-BAHAN:
          1 mangkuk sedang campuran udang, ayam, sotong, fishball dan fishcake
          2 biji tomato

 
          5 ulas bawang putih
          3 biji cili merah
          3 sudu besar bawang goreng
          ½ biji lobak merah
          3 kuntum kobis bunga
          3 kelopak daun kobis
          2 biji jagung muda
          ½ tin cendawan butang
          1 biji bawang besar di belah empat
          4 batang serai dititik
          Sedikit perahan limau nipis jika perlu
          3 helai daun limau purut dicarikkan
          4-5 biji cili padi diketuk jika suka
          4 tangkai daun ketumbar
          Pes tomyam secukupnya
          Garam jika  perlu

CARA MEMBUATNYA:
1.     Panaskan dua cawan air bersama serai dan bawang putih yang di titik.
2.   Bila mengelegak masukkan bahan kisar (bawang goreng, bawang putih, tomato, cili merah), dan campuran udang, ayam sotong, fishball dan fishcake.
3.     Masukkan pes tomyam secukupnya
4.     Masukkan sayuran, perahan limau nipis, daun limau purut, cili padi dan daun ketumbar yang dipatah-patahkan
5.     Perasakan dengan garam. Hidangkan panas.

Kisar bawang putih, bawang goreng, tomato dan cili besar merah

Panaskan air dan serai + bwg putih yd dititik

Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Didihkan
 **
Cik Mat ialah bapa saudara saya yang berpengalaman menjadi ketua chef semasa bekerja di pelantar minyak petronas. Banyak juga resepi yang dititipkan untuk saya tapi yang selalu saya ikut, tomyamlah sebab ianya sedap, agak pekat dan rasa macam makan tomyam kat Siam pulak! Tak susah nak buatnya dan pes tomyam yang saya syorkan ialah pes tomyam KNOR sebab tak perlu lagi tambah apa-apa!

SIAKAP KUKUS ALA SIAM

Ikan kukus ala siam
BAHAN-BAHANNYA:
   1 ekor ikan siakap yang sudah dibersihkan
   5 sudu besar sos tiram
   1 sudu kecil cuka makan
   1 sudu kecil kicap cair
   1 inci halia di racik halus
   1 biji bawang besar di mayang
   3 biji tomato di belah 4
   2 batang serai di hiris
   2 biji cili hijau / cili padi dihiris atau ditumbuk jika mahu pedas
   2 biji mempelam telur separa masak di racik halus
   3-5 helai daun limau purut, dibuang urat tengahnya dan di racik
   5 biji limau kasturi diperah airnya di atas ikan dan diambil kulitnya dipotong halus
   garam secukupnya
   sedikit 'secukup rasa maggi' jika suka

CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Campurkan sos tiram, kicap cair, sedikit garam dan cuka. Lumurkan ke seluruh bahagian ikan 
   dan perapkan sekurang-kurangnya dua jam di dalam bekas untuk mengukus.
2. Campurkan semua bahan lain dan taburkan ke seluruh bahagian ikan. Masukkan ke dalam 
    bahagian perut ikan dan sekelilingnya. Taburkan secukup rasa maggi.
3. Kukus sehingga masak lebih kurang 15 ke 20 minit. Kalau malas nak kukus, masukkan ke dalam
    microwave, panaskan suhu separa tinggi selama 10 minit. Keluarkan dan terbalikkan ikan ke 
    bahagian satu lagi. Kukus lagi selama 10 minit. Sedia dihidangkan. 

Letakkan semua bahan, pakai tabur je...

Final touch... tabur secukup rasa Maggi

TARAAA.... Dah masak.... besnyer...
* Resepi ni saya dapat dari Auntie, jiran saya yang berbangsa Cina tapi fasih berbahasa melayu kelate, orang kelate kata, Cina Kampung! Ada juga beberapa resepinya yang berjaya saya dapatkan. Sesekali kita berkongsi apa salahnya.

SOTONG GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHANNYA
   3 ekor sotong bersaiz besar di bersihkan dan dipotong memanjang
   1 biji bawang besar di mayang bulat
   1 biji cili merah besar / cili hijau di potong serong
   1 sudu kecil serbuk kunyit
   Garam dan perasa secukupnya
   2 sudu besar minyak masak

CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan kuali bersama sotong hingga air sotong kering.
2. Masukkan minyak, kunyit, bawang besar dan cili hijau. Perasakan.
3. Goreng sebentar hingga bawang layu.

Actuallynya nak highlight bekas yang baru beli kat Giacomo masa promosi akhir tahun baru nih... ehehhe

Dalam kuali lagi nih, masih berasap

Lauk ni je pun dah okay bagi saya....