RED WARRIOR PUDDING

Red Warrior? Pahlawan Merah?
Masa mula keluar idea ni ialah semasa tengah gila bola sepak tahun lepas. Masa tu kan hujung2 tahun so banyaklah parti/ jamuan kelas kat sekolah so budak2 mintalah sponsor... nak bagi apa ya? Nak buat puding yang lain dari yang lainlah konon... so terkeluarlah idea red warrior ni!


Red Warrior mesti ada warna putih dan merah terutamanya.... ehehehh jom tengok... banyak versi nih....

ada merah tuh...

Ini versi kedua.... tema ada lari sikit.....

tema lari sebab buh kiwi.. ada hijau... rasa sama jer...
sama cam versi pertama

bekas je beza


NAK RESEPI?

Bahan-Bahan:
Lapis bawah
- 10g agar2 serbuk
- 850 ml air
- Secawan setengah gula atau secukup manis
- buah laici, strawberi, beri merah, nata de coco, anggur, epal merah dll
- agar2 merah di dadu

Lapis atas
- 10g agar2 serbuk
- 1/2 cawan laici tin
- 400ml susu cair / susu segar
- 400ml air
- Gula secukupnya
- 1 biji kuning telur + 3 sd bsr air + 1 sd bsr tpg jagung dibancuh

Cara Membuatnya:
1. Ambil bekas, basahkan sedikit. Susun buah-buahan ikut kreativiti.
2. Untuk lapis bawah, campurkan semua bahan dan masak hingga mendidih. Tuangkan perlahan keatas buah2an yang disusun tadi.
3. Biarkan sedikit mengeras. Tambahkan buah2an dan agar merah yang didadu. Tuangkan lagi hingga habis semuanya. Biarkan betul-betul keras.
4. Kisar laici dan susu. Campurkan semua bahan dan bairkan mendidih.
5. Gores2kan di atas lapis bawah yang sudah betul2 keras. Tuangkan perlahan-lahan.
6. Letakkan lebihan buah dan agar-agar merah tadi. Biarkan mengeras.
7. Letakakn dalam peti sejuk sebentar sebelum di terbalikkan.

Red Warrior slice
**
lapis coklat kat bawah...

Puding banjir... hahhaha versi ke-3
versi ke-4, letak fruit koktel

versi ke-5
Siap untuk dihantar kepada penempahnya.....

Sebenarnya puding laici buah lapis susu jer... saja buh nama bagi nampak hebat! Kalau nak lagi sedap, boleh letakkan buah2an koktel. Dia akan rasa masam manis... cubalah.... Ramai juga yang menempah untuk hantaran kahwin. Siap ada request lapis coklat pastu tema warna lagikss.... bolehlah....

Gulai Keropeh ayam, Daging bakar perap n air asam, tumis telur sayuran

Masak-masak di rumah adindaku di Bangi....
Hari ni adik ipar cuti lagi so bolehlah saya masak best sket! Ye lah kalau adik ipar dah start keje, mesti boleh masak2 simple je sebab nak jaga yang sikecik Yana tuh yang melalak jer bila mak dia tak ada depan mata! Dengan saya memang dia tak mau langsung.... dengan tokma dia jerlah... tu pong puas melalak baru diam! Ish ish... tak tahulah gimana esok.... Insyaallah kalau mak dia tak ada dia okay kot! kotlah....

Okay harini request dari anakanda sedaranda... si Amar Farouq yang asyik gila main game sekarang ni... dia nak makan kari ayam.... tgk dalam peti ais banyak gak kaki ayam... so kita masak ikut dia... air asam lebihan BBQ family day kelmarin (nanti saya update laing yg famili day)... so kita buat daging bakar perap dan untuk balance... kita buat sayur ringkas2 jer... maaf ye air asam lupa nak amik gambar... tengok2 dah habis....

GULAI KEROPEH AYAM



BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk keropeh ayam (campuran kaki, sayap dan tulang ayam)
1 sudu rempah 4 sekawan
3 ulas bawang putih dimayang
5 ulas bawang merah dimayang
1 inci halia dimayang
Santan dari sebiji kelapa
2 biji cili hijau
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
1 peket kecil rempah kari ayam Adabi / Baba's dicampur sedikit air
Sedikit gula melaka (nisse)
Garam dan air asam jawa
secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1.     Panaskan minyak. Gorengkan rempah kasar seketika. Masukkan bahan yang dimayang halus, goreng hingga wangi dan agak garing. Masukkan rempah kari, masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
2.     Masukkan keropeh ayam, tutupkan periuk, kecilkan api. Balik-balikkan dan biarkan seketika hingga mesra.
3.     Masukkan  santan, sedikit air asam jawa, cili hijau berserta garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga ayam empuk dan lapisan minyak terbentuk di bahagian atas kuah.

**
Ini adalah salah satu lauk kegemaran anak saya selain sup ayam. Setelah kali ke-4 mencuba resepi ini, barulah arwah suami memuji mengatakan kari keropeh ayam saya persis seperti kari ayam ibunya! Kari daging juga menggunakan resepi yang sama cuma waktu memasaknya agak lama bagi memastikan daging empuk dan sedap di makan. Kalau nak tahu air dari tulang ayam inilah yang menyedapkan rasa gulai kari ni. Kalau ke Kelantan, di waktu pagi semasa membeli nasi gulai ayam, jangan lupa minta keropeh ayam!

DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:
          ½ kg daging musir (batang pinang) di bersihkan dan dipotong sebesar tapak tangan
         
Bahan Kisar 
         1 inci halia
          3 biji bawang merah
          3 ulas bawang putih
          ½ cm kunyit hidup/ serbuk kunyit
          Satu sudu besar perahan limau nipis/ lemon
          1 sudu besar sos tiram
          1 sudu kecil sos sotong jika suka
          1 sudu besar sos lada hitam jika suka
          Garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:
1.     Perap  daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya 3 jam
2.     Balut daging dalam aluminium foil dan bakar pada suhu 190°C selama 30 minit
3. Keluarkan daging dari aluminium foil dan bakar semula dalam ketuhar hingga garing
4.     Semasa menghidang potong kecil dan curahkan sos yang keluar semasa membakar daging keatasnya.
5. Boleh di cicah air asam atau di makan begitu saja

**
Biasanya saya menggunakan resepi ini untuk Ayam dan sering juga saya masakkan apabila berkelah dengan kawan-kawan semasa di sekolah dan universiti dulu.. Saya akan masakkan siap-siap di rumah dua ekor ayam dan kawan-kawan yang lain akan membawa mee goreng, keropok, sandwich dan sebagainya. Seronok sangat bila terkenangkan masa-masa dulu! 


TUMIS TELUR SAYURAN
BAHAN-BAHANNYA

3 biji telur
2 cawan campuran sayur (karot, bunga kobis, kacang peas, kobis, capsicum)
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar di dadu kasar
4 ulas bawang putih di cincang
garam, serbuk lada sulah dan perasa secukupnya (saya guna maggi secukup rasa)

CARA MEMBUATNYA
1. Tumis bawang putih dan bawnag besar dengan sedikit minyak hingga wangi
2. Masukkan ikan bilis, goreng hingga ikan bilis masak
3. Masukkan sayur serta rasakan masinnya.
4. Buatkan lubang ditengah, pecahkan telur dan biar sebentar hingga telur mengeras. Kacau-kacau
kan seperti membuat telur hancur dan masak sehingga sayur layu.

TEPAPAM TOK MA (tepung apam)

Tepapam! Sebenarnya sebutan ringkas bagi tepung apam!
Ma, memang the very terer in buat tepapam. memang bestlah... sebab kalau makan tepapam ma, tak puas, kira nak makan lagi dan lagi dan lagi....

merah, hijau, putih....
TEPAPAM TOK MA (tepung apam Tok Ma)

BAHAN-BAHANNYA,
3 ketul tapai ubi kayu sederhana besar
+-300g tepung beras
Gula sesedap rasa
500ml air (bergantung pada pekat dan cair adunan)
pewarna merah, hijau
sedikit ENO
kelapa parut dibuang kulit ari dan digaul garam

CARA MEMBUATNYA,
1. Kisar tapai, gula dan air.
2. Bahan kisar di campurkan ke dalam tepung beras dan digaul sebati
3. Adunan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
4. Biarkan adunan selama semalaman atau 6-8 jam.
5. Panaskan kukusan
6. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu diwarnakan merah, hijau dan dibiarkan warna asal, putih.
7. Campurkan setengah sudu kecil ENO dan gaul sebati. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus hingga masak
8. Hidangkan bersama kelapa parut.

sedang dikukus

hujan, banjir dan gambar!

Hujan.....
Hujan dah tak berenti2 dah start dari hari ahad malam. Lebat sokmo-sokmo.
Isnin, saya ke Kuala Krai, ke sekolah sebab ada kelas ngan budak2. Dia orang nak ambil exam add maths hari rabu, hari ni lah... cadangnya nak dok situ sampai hari ni, abih exam baru balik!

Ma telefon 4, 5 kali masa saya tengah buat kelas petang kelmarin. Dia risau sebab paras air dah naik, tak tahulah air sungai ke, air hujan ke.... dia risau takut takleh balik kota bharu. Tersekat, naya! Yerlah, saya kena ke Kuala Lumpur, jadi BIBIK. Maklumlah, bibik adik balik Indon, saya dan ma kenalah tolong jaga anak2 adik! Tolong menolong kan amalan mulia...(guano2 pong mung kena bayar gaji aku lebih dari  gaji bibik! Aku ni bibik berijazah! hahhaha Monolog dengan adik) hahhahah, jangan mare, gurau jer... tapi gurau-gurau ada makna tuh...

Masa on the way balik semalam, berapa banyak kereta saya mengharung air yang banjir kat atas jalan. Punaylah kuat Cupie doa, risau takut kereta memamposkan dirinya di tengah jalan! Paling tinggi air kat Tunjong, dekat nak sampai wakaf che yeh. Fuh... masa tu dah maghrib, dah gelap so kereta depan tuh tak nampak air ke macamana dia brek mengejut. Mujurlah takdak kereta belakang kereta saya, kalau tak....
air banyak sungguh..... Dugaan... dugaan... Malaysia menang dengan Indonesia (ada kena mengena ke?)

Okay, kali ni nak cerita sikit pasal kenangan gambar lama... Actuallynya terbuka2 gambar2 lama tadi. Maklumlah hujan.... ada lah feeling sket2... hahahhah Tgk gambar kami bertiga ngan arwah abah cupie dah kuning2 dah bagian tepi so panggillah anak sepupu si Apit minta tolong touch-up2 sikit. Cantiklah pulak jadinya. Mari kita tengok gambar ek...

Masa raya tahun 2006 kalau tak silap. Kat Sg layar, sg petani
Masa kahwin 2001, di rumah ma, Kota Bharu.

Tak sangkalah pulak gambar boleh okay dibuat dek budak Apit tuh.... hehhehhe Slim sikit makcik Ah kat situ.... huahuahua.... la ni????? maintain.... maintain bulat!

Saja jer nak buh kat sini sebab gembira tengok gambar tuh. Mula2 bagi tadi yg gambar raya tuh, dah kuning2, siap bertampok2 taik lalat penuh, sebab saya buh dalam frame pada mulanya, bila buang frame saya buh kat album. Tuh yg jadi tak elok.

Okaylah, malam ni saya nak bagi resepi kuih yang paling best yang selalu ma buat! Ni pong nak pergi makan kuih tuh lah.... bestnyer!

TV punya pasal - semuanya jadi sedih!

HAHAHHAHA....
Mukaddimahnya gelak-gelak dulu sebab lepas ni nak sedih-sedih pulaks.... ahaks!

Bukan apa... tadi masa tengok anugerah festival filem tuh... ada budak Hafiz ngan sape entah nyanyi lagu 'Sandarkan Pada Kenangan'.... pas tu budak Anuar pulak nyanyi lagu 'Sedetik Lebih'... pas tu habis je anugerah tu saya tekan channel tv berapa ntah, ada citer 'Akhirat'... citer pulak bini sakit nak mati.... waduh semua tu macam ada kait-kait je ngan saya!!! Ye ker? Atau saya emo terlebih?? Yer kot....

My late hubby, orang panggil Joe. Dia dulu kerja kat syarikat Geologist pahtu buat DJ free lance. Okay.... ceritanya gini....
Masa dok tengah baru2 nak menjadik (baru nak declairelah... itu pun tak faham ke... ehehhe).. dia ada kontrak deejay kat Nibong Tebal, supermarket apa ntah, lupa dah. Masa tu weekend... dia suruh saya jumpa dia kat sana. Kononnya sebab boring tak tau nak buat apa weekend, saya pong setuju (walhal memang gatal nak pi jumpa pong!).. saya pi ngan Zurin, housemate. Bila je saya masuk dalam supermarket tu, saya dengar suara deejay... sah.. memang suara dia. Saya pong melilau gak dua tiga kali dekat konti dia tu... saja jer enterprem bagi dia nampak kan.... tapi saya buat2 tak nampak dia.... hehehhe, kononnya buat2 saya bukan teringin sangat nak jumpa dialah kot.... pastu saya dengar deejay tu kata, 'ada satu lagu ni saya tujukan untuk seorang gadis yang dua tiga kali dah lalu depan saya tapi buat-buat tak nampak saya....' mak Oi... dia perasan beb! Adalah dua tiga orang staf kat situ yang kerling-kerling kat saya. Saya pong apa lagi, keluarlah dari supermarket tu. Yang si Zurin ni dah tersengih-sengih dah.... tau lagu apa? 'Sandarkan pada kenangan!' Waduh.....
    "Sayang menyayang.... Cinta di Kenang.... Perasaan menjadi rindu... Oooo"
Lepas tu kononnya merajuklah kan... masa dia rehat makan tengahari tu pong, saya buat layan tak layan je.... sebelum dia masuk balik pukul 3, dia ada bagi satu surat.... dengan sekotak coklat! Coklat cadbury... masa tu lah dia cerita yang dia syok kat saya.... hahhahaha... ada jugak manusia dalam dunia ni yang boleh syok kat saya..... seronoklah beb sebab.... saya pong syok kat dia gaks..... Masa tu tengah buat Diploma Pendidikan kat USM.... Dia ada bagi lagu dalam surat tu, tak ingat tajuk tapi senikata tu ada yang saya ingat... "sebelum kenal dirimu, sebelum jumpa dirimu, engkau selalu dalam mimpiku..." macam tulah lebih kurang.... saya faham lagu tu sebab kami berchatting kat internet pong lama sebelum jumpa tu.... isk isk isk... tak sangka, cempedak menjadi nangka.... lupa nak bagitau... ada satu benda lagi dia bagi kat saya.... "cicak!" bukan... "iguana" ala yang warna hijau tu... bukan yang hidup, yang ada pasir kat dalam tu, kain dia licin bintik2... eeee... geli... tapi sebab dia bagi, saya simpan jerlah.... nama dia "EPIT", ada sekor lagi ngan dia, warna coklat2 gitu, nama dia "EPOT".... isk isk....

Itu kisah lagu tu.... kisah lagu budak Anuar tu.... tak tahulah tapi kata-kata "SEDETIK LEBIH" tu membuatkan saya tersentuh.... cuma sedetik lebih je boleh bersama..... macam tu lah lebih kurang....
Nak buat camana kan, Allah cuma pinjamkan dia 'SEDETIK LEBIH' je untuk bersama saya.... sedetik lebih apanya.... kalau dicampur ngan chatting, kawan, ngorat, tunang, kahwin... lama jugak.... dekat 9 tahun jugak... 9 tahun tu ibarat sedetik lebihlah cek oiiii.... bahasa puitis tuh.... menggambarkan... itu pun buat-buat tak faham.... ehehhe

Kisah drama 'Akhirat' tu.... tang ni sedeh.... sebabnya.... time si 'Tony Eusof' sisuami jaga 'Vanida Imran' si isteri kat rumah, kat hospital masa dia sakit teruk... memang sedeh....

Teringat masa dia masuk hospital ngelast kat HUSM. Everyday, boleh kata every single minutes, I never left him! Kalau balik rumah pong, kejap sangat, jenguk anak si Cupie. Masa tu anak saudara dia Aja yang gantikan tempat saya jap, itupun jap sangat sebab dia memang tak boleh saya jauh sikit, mulalah dia bertanya.... yer lah saya faham sebab dia tak selesa dengan orang laing.... dengan isterinya sajalah dia nak buat apa pong.... Saya ingat mula2 dia admit ward, sebab dia tak boleh buang air, doktor tebuk perut sampai tembus pundi kencing, hidup-hidup... yerlah bius pong.... masa tuhlah saya pertama kali menangis dengar suara dia meraung.... masa tu adik laki saya Faiz ada, saya tengok dia pong menangis, tak tertahan tgk abang iparnya macam tu..... saya lari jauh-jauh.... tak sanggup dengar.... masa tu tak tahulah hati ni macam mana.....

Saya ni memang mudah menangis tapi sebab saya dah jaga dia hampir 3 bulan sakit teruk, saya dah jadi kalis dah... saya tak menangis dah.... tapi hari tu memang saya tak tahan. Lepas tu dia okay.... cuma dia tak boleh serabut sikit. Biasalah kat Kelantan memang keluarga, sahabat handai, kenalan, kalau tahu je ada yang admit ward, pasti waktu melawat ramai yang datang.... respect ngan orang kelantan... tapi dia tak boleh.... tekanan darah jadi menurun, macam-macamlah.....

Paling saya ingat hari-hari terakhir tu.... malam tu kami bercerita dari pukul 9 sampai pukul 2 pagi.... semua cerita dari mula kami kenal, kami tunang, kami kahwin, dapat anak.... semuanyalah, siap kami gelak2 lagi... memang masa tu saya ingat dia dah sihat.... Esoknya tu dia tidur sampailah pukul 11. Bila dikejutkan doktor datang, dia sedar tapi memang pelik, macam 'lost'... terketar-ketar... tak kenal saya, cakap tak boleh.... time tu lah nurse suruh saya keluar... memang nak marah jugaklah.... tapi bila saya dah masuk balik tu dia dah ok. Dr kata tekanan darah dia rendah sangat dan gula rendah sangat, hipo...
Dia memang dah ok tapi still macam 'lost' gitu, cuma dia kenal saya dan bila saya genggam tangan dia, dia angguk.... dia tak cakap dah.... macam tu lah mata berkelip2... Saya dok je ngan dia.... saya tinggal dia masa nak solat je.... tu pong saya solat kat tepi katil.

Masa saya doa, saya tengok dia angkat tangan juga doa, pastu dia senyum... masa tu saya nangis lagik... tak tahulah tapi saya dah terasa2 dah yang dia akan tinggalkan saya..... Masa ma dan Cupie datang petang tu, dia tengok Cupie lepastu dia terus tak sedarkan diri, badan dia kejang..... doktor kata malam nanti ada kosong kat CCU so dia akan diletakkan di sana, rawatan lebih rapi. Doktor ada jumpa saya minta saya panggilkan semua saudara mara dia datang.... saya telefon anak saudara dia kat Sg Petani, semua macam tak percaya je sebab dia sebelum ni okay... pastu saya nangis dalam telefon, saya suruh datang jugak..... Saya tak tinggalkan dia langsung.... saya baca Yaasin berulang ulang... mata dia masih tertutup, cuma mesin tu je yang bagitau dia masih bernafas....

Masa nak pindahkan ke wad CCU, semua keluarga saya datang.... masa tu dia dah buka mata dan senyum. Saya suka sangat.... kami iring dia ke CCU. Semua keluarga bersilih ganti masuk jumpa dia.... saya tak tau nak buat apa.... saya dok je kat situ. Bila Cupie masuk jumpa abah dia... masa tu kali terakhirlah Cupie jumpa, saya nampak dia menangis.... saya suruh Cupie genggam tangan dia, kucup pipi dia, dia seolah nak berkata-kata tapi tak boleh, saya cuma nampak mata dia yang dibuka dna ditutup. Saya tahu apa yang dia nak bagitahu Cupie, jadi saya bagitahu Cupie... "Abah sayang Cupie, Abah nak Cupie jaga mama elok-elok," saya tahu itu sebab itulah yang selalu dia bagitahu Cupie bila Cupie melawat dia di hospital. Saya nampak Cupie sedih tapi budak tu memang tak menangis!

Lepas tu saya bersendirian dengan dia. Memang saya tak mahu tinggalkan dia... saya dapat rasa... betul, saya dapat rasa yang dah tak lama dah.... tapi Tuhan lebih berkuasa, CCU tak boleh orang tunggu kena tunggu kat luar so ma ajak saya balik solat dan mandi kat rumah dulu. Sebelum tinggalkan dia saya kucup pipi dan dahi dia, saya peluk dia dan saya bagitahu, tunggu saya ya bang.... kejap lagi saya datang balik!
Selesai salam pertama solat Maghrib di rumah, ada panggilan telefon dari hospital... masa tu tak tahulah nak kata apa... tapi saya tahu... saya tahu... dia memang tak sempat nak tunggu saya....
Ya Allah.... saya memang sedih tapi saya tak menangis bila doktor beritahu 'Suami Puan dah tak ada!' Saya 'lost' sekejap walaupun saya dah tahu.... Saya menangis lepas tu bila dengar Cupie kata.... "Abah Cupie dah mati, Cupie dah tak ada abah lagi dah...."

Aduh... kenapalah bercerita sedih2 macam ni.... dah basah dah baju kelawar yang saya pakai ni buat lap ayaq mata.... fuh! Rasanya dah lama benar dah tak feeling cam ginih.....
Okaylah... sebenarnya saja nak berkongsi ngan kenkawan.... Kadang2 bila kita luahkan, kita rasa release... sekejap pong jadiklah.... yang penting kita tenang!

Okaylah dah banyak bercerita ni.... lain kali saya cerita laing pulak ya... ni anugerah pesta filem lah ni punya pasal gi suruh budak Hafiz nyanyi lagu "sayang menyayang...." kan dah jiwang makcik malam2 buta nih ha.... sapa nak bertanggungjawab!

gulai nenas ikan kering, ikan kerisi sumbat sambal nenas, goreng kacang buncis hati pedal

Hari Ahad. Biasanya Jumaat jer saya ke pasar berek 12 tapi disebabkan bermulanya cuti sekolah, sambil-sambil beli nasi berlauk pagi, sempatlah jugak membeli sayur dan kuih muih.

Hari ni pada asalnya saya nak masak nasi ayam je sebab semalam ma bersihkan freezer kat rumah. Buang frost2 yang ada tu. Cek punya cek, ada 3 bekas ayam. Rupanya masa hari raya haji hari tu saya beli banyak ayam kononnya nak buat rendang tapi abah bawa balik ayam kampung tiga ekor, tu yang jadi berlebihan ayam! Tup tup Cupi tak mau... dia nak makan ayam kicap jugak. Lat last kena masak cam biasalah. Ini menu untuk hari ni.

1. Gulai nenas ikan masin
2. Kerisi sumbat sambal nenas
3. Goreng kacang buncis dengan hati pedal
4. Ayam masak kicap (Untuk Cupie je, boleh rujuk entry sebelum ni untuk resepi)


Gulai nenas ikan masin

resepi turun temurun dari arwah nenek lagiks

BAHAN-BAHANNYA:
          ½ biji nenas separa masak di kupas kulitnya kemudian di potong
          Santan dari setengah biji kelapa
          150g tulang rangka ikan kurau kering/ ikan merah kering
          2 biji cili merah
          3 ulas bawang merah
          1 ulas bawang putih
          Sedikit kunyit hidup
          1 sudu besar udang kering
          Sedikit garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:
1.     Cili merah, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan udang kering di kisar halus.
2.     Tulang ikan kering di potong dan dibersihkan.
3.     Panaskan api. Masukkan santan, bahan kisar dan ikan kering. Kacau selalu agar santan tidak berketul.
4.     Masukkan nenas dan sedikit garam dan gula jika perlu.Sedia dihidangkan.
* *
Jika perlu atau ikan kering yang digunakan agak lama, bolehlah direndam seketika untuk membuang masin yang berlebihan. Jika menggunakan nenas yang sudah masak, masukkan nenas setelah mendidih dan terus tutupkan api bagi mengelakkan nenas lembik dan kurang enak.

Ikan Kerisi Sumbat Sambal Nenas

3 ekor ikan yang comel

Try tau resepi ni, sedap rupanya, ada rasa masam manis pedas....

BAHAN-BAHANNYA:
3 ekor ikan kerisi sederhana besar dibersihkan dan dibelah belakang (jangan dibuang sisik)
garam kunyit secukupnya

Bahan kisar:
3 biji cili merah
5 biji cili padi
sedikit belacan
3 ulas bawang merah
2 sudu perahan limau nipis
garam gula secukupnya

Bahan dadu:
1 biji bawang besar
sehiris nenas
1 biji tomato

CARA MEMBUATNYA:
1. Ikan kerisi dilumur sedikit garam kunyit (jangan terlalu masin)
2. Campurkan semua bahan kisar dan bahan dadu. Rasakan masin manis masam dan pedasnya.
3. Sumbatkan semua bahan tadi kedalam belahan ikan dan di bahagian rongga tempat insangnya
4. Bakar selama 20 minit sama ada dengan pemanggang, gril mahupun ketuhar 

GORENG BUNCIS HATI PEDAL



BAHAN-BAHANNYA:\
3 ketul hati pedal yang dibersihakn dan di potong dadau besar
200g kacang buncis di potong serong
1 biji telur
3 ulas bawang putih di titik
1 biji bawang besar di mayang
1 biji cili merah di mayang
2 sudu besar minyak masak
serbuk kunyit
garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1. Rebus hati pedal sehingga separa masak. Ketepikan
2. Panaskan minyak. Goreng hati pedal hingga masak tapi jangan terlalu garing
3. Masukkan bawang putih dan goreng sebentar hingga wangi. 
4. Masukkan kacang buncis, bawang besar, cili merah, serbuk kunyit, dan perasakan masinnya.
5. Buat lubang di tengah. Letakkan sesudu kecil minyak dan pecahkan telur. Biarkan sebentar hingga telur mengeras
dan kacau lagi hingga telur hancur. Kacau sebati dan hidangkan

"WIN RINDU"

Win Rindu? Sapo Win? HIHIHI
Ni tajuk cerpen saya. Masa nulis cerpen ni, masa ni jiwang tahap A+ so adalah jiwang2 sikit. Masa ni tgh feeling2lah lagi sebab tak sampai setahun lagi my late hubby tak ada kan... so teringat kisah2 lama tu, karang mengarang pung terjadi. Jadinya adalah kisah sendiri yang serba sedikit dimasukkan tu... ala adalah dalam 50%.

So, kita kongsilah cerita ni ya...
SELAMAT MEMBACA!


WIN RINDU…..

Setiap kali aku pejamkan mata, hanya bayangan itu yang menjelma. Puas ku cuba menghalang ia dari muncul dibenakku, namun ianya masih berlegar-legar. Setiap kali itulah, rembesan cecair jernih akan menuruni lurah pipiku. Bukan aku sengaja cuba menghalang, malah melupakan, namun aku perlukan kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan. Aku perlukan kekuatan..... ketabahan.....
            ‘Wirna... what a nice name! Can we meet?
            ‘Tak reti cakap melayu ke?’
            ‘Aku tak cakap, aku tulis!’ Hish.... payah chatting ngan orang tak reti bahasa.
            ‘Esok, aku tunggu kau kat tunggu feri, belah pulau,’
            ‘Sapa nak jumpa kau?’
            ‘Eleh, aku bukan nak ngorat kau, nak sembang je, gambar aku ada kat kau kan?’
            ‘Tengoklah kalau aku rajin,’
            ‘Kul 5.30, aku pakai jersi MU merah terang!’
            ‘Tengoklah..’ Tak sempat aku menaip lebih panjang, dia sudah sign out. TEBUAN... mesti garang gila. Cepat-cepat aku sign out dan membuka emel. Emel dari Mr Bee ku buka dan download attachment. Gambar seorang lelaki, kepala separa botak, pakai baju Raihan biru muda. Muka garang gila..... badan besar...... ish.... nak ke jumpa lelaki ni? Seram gak tengok muka dia....
            Aku menatap gambar yang pernah ku cetak lebih lima tahun lepas. Walaupun sedikit pudar namun gambar itu masih setia bersamaku ke mana sahaja.
            Permulaan! Itulah permulaan pertemuan kami di alam siber. Wajah garang itulah yang sering ku temui setiap hujung minggu tanpa pengetahuan ma dan abah, hinggakan aku pernah menukar tiket balik kampungku dengan rakan sekelas semata-mata untuk menemuinya! Kebetulan dia ada kontrak deejay dengan salah satu syarikat jualan langsung yang memerlukan dia sebagai jurucakap! Tapi... kami hanya kawan.... otak gila-gila dia tu.... buat aku best sangat kawan dengan dia....

            “Malam ni aku ke Johor, ada interview kontrak deejay baru. Kalau dapat, 3 bulan kat sana, payahlah sikit nak jumpa Win,”
            “Takpe, aku pun ada exam minggu depan,”
            “Satu je nak bagitau... Win jangan marah... Kat sana aku dok kat umah Intan... awek yang aku cerita hari tu...” Hatiku sedikit tersentak. Intan....
            “Its okay, lagipun kita kan kawan je... aku ada keje sikit nak buat... Bye!” Hatiku seakan menangis. Siapa aku di hati lelaki itu sebenarnya?
            Telefon berdering sebelum sempat aku bangun dari berteleku dihadapannya tadi.
            “Win, bukak radio ERA, lagu ni untuk Win, Bye!” Aku terdiam. Suara itu mati disitu tanpa sempat aku mengucap balas.
            ‘Rindu bertandang lagi, kekasih...
             Pada waktu-waktu bersamamu...
             Kesepian mencengkam... dihimpit kenangan....
             Ajaibnya, perasaan.....’
            “Kak Ja, radio ERA ke ni?” Kak Ja, rakan serumah yang khusyuk menaip di papan kekunci komputer hanya mengangguk. Tiba-tiba saja sebak mengundang di naluriku!

            Itulah pertama kali aku merasa sesuatu di jiwaku, dengan dia! Adakah aku sudah jatuh cinta? Ahh.... gila! Aku senyum sendiri. Gambar yang masih di tangan ku letakkan kembali ke dalam dompetku. Kenangan.... kenangan semuanya indah......

            “Win, sebulan tak jumpa Win....”
            “Ler... sebelum ni 20 tahun tak jumpa tak apa pun....”Diri ini cuba menguji lelaki di sebalik gagang telefon.
            “Aku serius ni... Win datanglah sini... bukan jauh pun Nibong Tebal dengan USM kan?”
            “Zarul lah datang sini, ada pulak perempuan kena pi jumpa lelaki....”
            “Kontrak 10 pagi 10 malam, 7 hari seminggu, masa bila nak jumpa?” Ye tak ya jugak.
            “Tengoklah! Ada apa yang nak jumpa sangat dengan aku?”
            “Rindu...” Ya Tuhan.... kiranya dia mengetahui perasaanku ketika ini.....
            “Win.... ada orang ke ni?”
            “Ada....”
            “Win tak rindu?” Aku senyum sendiri... apa pulak tak rindu... siang malam asyik terkenang.... Ahh... takkanlah aku nak berterus terang....
            “Ok... aku bawak Zurin sama kay?” Suara ria disebalik gagang mengundang bunga-bunga bahagia di hatiku. Inikah yang dinamakan cinta?

            Aku mengeluh sendiri. Keluhan yang entah ke berapa kali untuk detik ini...... kenapalah susah sangat nak ku usir kenangan itu? Mampukah aku hidup dengan hanya kenangan? Tapi mampukah aku meneruskan hidup tanpa kenangan itu? Titis-titis yang gugur ke pipi, ku seka pantas. Air mata ini tak akan pernah habis..... kenangan itu tak akan bisa pudar...... Aku memandang keluar tingkap kereta. Dataran di hadapan Hotel Putra, Lumut agak lengang. Mungkin petang masih awal. Angin dari laut menerjah wajahku.

            “Dulu abang kerja kat sini, tiga tahun kontrak, tuh yang abang dah biasa ngan tempat ni.....” Aku hanya senyum. Tangan itu menggenggam erat jemariku. Ku biarkan sahaja kerana bahagia itu sudah pun menjadi milik kami.
            “Petang ni kita balik tau.... nanti kawan-kawan Win kata apa pulak, keluar dari pagi-pagi hari lagi....”
            “Ala... keluar dengan abang, tunang Win kan?” Aku cuma senyum.
            “Ye lah... tapi tunang je kan.... bukan kahwin lagi....”
            “Abang tahulah batas-batasnya.....” Aku senyum dan menjeling mesra kearah lelaki agam rambut ala tentera di sebelahku. Aku pun tak tahu mana kacaknya lelaki ini tapi ramai gadis bermimpikan dia.... mungkin sebab dia deejay? Kadang-kadang api cemburu ku membara juga bila melihatkan kemesraan lelaki ini dengan rakan sekerjanya, apatah lagi dengan peminat yang sering bagi hadiah, bagi nota cinta.... ahh... dia memang begitu... peramah terlebih!
            “Abang jangan over sangat tau....”
            “Ler... over apa nya?”
            “Ye la.... dengan budak-budak pompuan kat kerja abang tu.... “
            “Jealous ek?”
            “Mestilah.... tunang orang....” Dia senyum simpul lalu ketawa kecil kemudian terbahak-bahak.
            “Ada orang cemburu..... cemburu.....” Wei!

            Aku senyum simpul sendirian lalu keluar dari kereta dan menghampiri tembok yang menghalang lautan dan daratan. Empat tahun dulu, masih belum terbina tembok ini... di sinilah aku dan dia menyusuri pantai pelabuhan ini, bergurau senda, ketawa riang..... Ahhh.... sungguh indah....
            Pandangan ku halakan ke arah lautan yang berbalam-balam daratan di sebelah sana. Pulau Pangkor seolah menggamit aku ke sana. Perlukah aku ke sana? Sendirian? Sanggupkah? Aku kembali ke kereta lalu mencapai beg pakaianku dan mengunci kembali kereta. Aku ke sana hari ini abang..... aku ke sana setelah empat tahun.. setelah percutian kita itu terbatal begitu saja.... aku perlu kuat.... aku perlu tabah.....
            “Wirna....” Wajah Salmiah muncul dihadapanku.
            “Lerr... Win tak ikut rombongan bas ke?” Aku hanya mengeleng.
            “Pas tu datang ngan apa? Ngan siapa?”
            “Ngan kereta, sorang,”
            “Oooo... akak datang ngan husband ngan anak-anak sekali. Terlanjur berkursus hujung minggu ni, sewa chalet untuk mereka samalah....”Aku hanya mengangguk walaupun ada sesuatu di hatiku. Ku hindarkan perasaan itu jauh-jauh.
            Telefon bimbit bergetar di dalam poket seluarku.
            “Ada call, kejap ek...” Salmiah hanya mengangguk dan aku berjalan menjauhi sedikit darinya.
            “Win.... kau dah sampai ke?” Suara disebalik gagang membuatkan aku tersenyum.
            “Dah... dekat tiga jam dah....”
            “Lajunya kau bawak... hihi... feri kul baper?”
            “Kul 4,”
            “Ok... take care... aku ada meeting jap gi ni...” Talian di matikan. Wajah Nasrun yang tersengih-sengih terbayang di minda. Kawan yang baik.... kawan suka duka....
            “Win....” Salmiah melambai tangan menunjukkan kearah bas yang di sewa khas oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah yang baru sampai. Aku berjalan kearah mereka.
            “Tak sangka kita sebilik kan?” Aku cuma senyum. Sebilik dengan Salmiah bermaksud aku bersendirian sebabnya dia sudah pun menyewa chalet lain untuk suami dan anak-anak, tentu saja malam-malamnya di sana. Bagus juga, bolehlah aku menenangkan perasaan.
            “Esok nak ikut snorkling tak kak?” Salmiah duduk di atas katil dan memandangku bersahaja. Dia mengeleng.
            “Win... akak tanya sikit boleh?”
            “Apa dia kak?” Aku berhenti dari menyangkut baju di hanger dan duduk di atas katil bertentangan dengannya.
            “Win tak nak kahwin ke?” Ahh... sama saja soalan dengan ma, dengan abah, dengan Nasrun, dengan sesiapa sajalah.....
            “Yang lepas tu, lepaslah dik.....” Aku cuma senyum.
            “Tak sampai seru lagi kak..... saya nak ke cafe, nak kirim apa-apa tak?”
            “Tak apa, akak nak jenguk anak-anak jap,” Dia senyum dan bangun, berlalu ke pintu chalet.
            “Tunggu akak sebelum ke bilik wacana malam ni tau, akak datang sini dulu,” Aku hanya mengangguk.
            Tak sampai seru lagi? Entahlah.... tiga bulan lepas kenalan abah, peguam, datang merisik.... sebelum tu, cikgu sekolah ma dulu, duda anak satu.... tahun-tahun sebelum tu adalah seorang dua...  entahlah hati ini belum terbuka untuk orang lain, derita di hati ini tiada siapa yang dapat mengubatnya......
            Telefon bimbitku berbunyi lagi.
            “Win, kau turun kat cafe sekarang,”
            “Cafe mana lak ni? Aku kat Pangkor lah Yun, bukan kat ofis kau,”
            “Cafe kat chalet ni lah... pasai pe lah kau ni lembab sangat...”
            “Kau kata aku lembab?” Jangan-jangan Nasrun ada kat sini. Bukan betul sangat budak tu pun.
            “Kau turun je lah....”
            “Ye lah... aku pun nak pekena teh ais ni...” Cepat-cepat aku menyarungkan tudung bercorak petak-petak dan berjalan keluar dari bilik.
            “Yun... gila kau... tadi kata ada meeting,”
            “La... memang pun aku baru abih meeting... keh keh keh.. aku kat chalet depan tu... kursus jugak...”
            “Kau ni... ish, pasal apa tak bagitau aku awal-awal? Kalau tak...”
            “Kalau tak apa?” Aku senyum simpul sambil menghirup teh ais dihadapanku.
            “Kalau tak... tak hingin aku datang kursus sini, asyik jumpa kau je....”
            “Cinabeng punya kawan....”
            “Wei... minah kau tak ajak sama ke?”
            “Cakap slow slow sikit, nanti awek lain dengar jatuh saham... aku minum ngan kau ni pun jatuh dah saham aku...” Wajah gelak ketawa Nasrun sedikit sebanyak membuahkan ria di hatiku.
            “Esok kita snorkling nak?” La... macam tau-tau pulak Nasrun ni...
            “Okay.... aku baru nak ajak....”
            “Roomate aku boleh tahan gak Win... tak kahwin agi... keje kat Jabatan ukur, nak aku rekomen kat kau?”
            “Terima kasih je lah...”
            “Kau ni.... semua tak mau... suka kat pompuan kot?”
            “Ish... gila kau, mana ada... merapu,” Kami ketawa lagi, kini lebih kuat dari tadi.
            Nasrun bangun dan berjalan ke arah chalet yang di huninya selepas selesai sahaja membayar harga minuman. Aku bangun dan berjalan ke arah laut berhampiran chalet tempatku menginap.
Ku susuri sepanjang pasir putih. Pandangan ku lontarkan ke laut luas. Satu ketenangan meresap ke jiwaku apabila deruan ombak dan desiran angin menerjah benakku lembut.

“Boleh ke berenang ni?”
“Tengok oranglah.... ala setakat snorkling nak tengok coral tu... kacang je....” Wajah dihadapanku ketawa kuat.
“Sayang ni.... cakap besar....”Aku tergelak kecil.
“Sejak bila pandai panggil sayang kat aku ni?” Ketawanya terhenti. Wajahnya serius memandangku.
“Sejak.... sejak terfikirkan masa depan!” Aku diam, mengangkat kedua-dua belah kakiku ke atas pangkin dan bersila lalu memandang tepat ke arah wajahnya.
“Win..... kita kahwin!” Aku terkedu.
“Aku tak janji Win akan hidup senang lenang dengan aku but I’ll try.... tapi... aku janji aku tak akan tinggalkan Win.... till death do us part!” Aku diam. Serius ke mamat ni? Jemariku di genggamannya.
“Boleh ke aku percaya cakap Zarul ni?” Lelaki dihadapanku cuma senyum lalu jemari sasanya mengusap perlahan rambutku hingga membuat aku terpaku!
“Kan aku dah kata.... till death do us part!”

Ahhh.....Kenangan.... kenangan yang sering mengundang air mata..... sekali lagi....
            “Abang.... Win rindu.... rindu sesangat.....” Aku duduk di tepian pantai di atas pasir yang memutih.
            “Win....” Aku tersentak. Suaranya? Aku berpaling ke kiri dan kanan....
            “Ya Allah.... tolonglah aku Ya Allah... berilah aku ketabahan....” Aku menyeka air mata yang gugur. Kenapa payah sangat untuk aku lupakan semua itu..... sekurang-kurangnya untuk seketika?
            “Win!” Aku berpaling. Nasrun berada di belakangku.
            “Aku dah agak dah.....” Cepat aku menenyehkan mataku yang basah ke hujung tudungku.
            “Ler.... ni yang tak seronok ni... kau nak ke, sakit jiwa  Win?” Wajah Nasrun serius.
            “Aku tak mau kawan aku masuk wad gila.... kau kena bangun Win.... bangun!” Air mata ku merembes lagi....
            “Kau tak faham Yun... tak rasa....”
            “Sampai bila Win.... macam ni lah aku ada satu cadangan,” Aku mendongak ke arah wajahnya.
Nasrun mengcangkung disebelahku. Dia memandangku seimbas lalu, kemudian mengeluh kecil.
“Jom... kita kahwin!” Aku tersentak. Wajah Nasrun di sebelah ku pandang seketika lalu aku ketawa kecil.
            “Minah kau dua tiga orang tu nak buang ke mana? Jangan buat lawaklah... aku tengah sedih ni!” Nasrun memandang wajahku.
            “Aku sacrifice lah.... kita kahwin Win... aku cuba hilangkan sedih kau tu... aku janji....” Wajah serius di hadapan, ku pandang lagi. Gila apa budak ni?
            “Aku serius ni... kita kahwin!”Itu kali ketiga perkataan itu keluar dari bibir lelaki dihadapanku. Lelaki yang ku kenal sebagai rakan serumah dia, rakan baik suka duka dia, lebih lima tahun yang lepas.
            “Zarul  pernah pesan kat aku Win sebelum dia....,”Katanya tersekat lalu menjeling sekilas kearahku. Jelingan yang tak pernah diberikannya selama ini atau pun aku yang tidak perasankan jelingan sebegitu.....
“Dia minta aku  jaga kau elok-elok, bahagiakan kau, aku tak sanggup dah tengok kau macam ni......”
            “Aku tak mahu kau...” Tanganku di raih pantas. Mata itu merenung jauh ke dalam mataku. Aku tunduk, aku tahu kau ikhlas Yun!
            “Aku boleh hidup Yun... aku boleh hidup tanpa dia, tapi buat masa ini, aku tak boleh hidup dengan orang lain selain dia.....” Tanganku dilepaskan perlahan-lahan, bersama satu keluhan berat.
            “Aku tak paksa kau Win.... “ Lelaki itu bangun.
            “Yun... kita kawan kan? Kita kawan karib kan? Let it be like that... okay!” Nasrun mengangguk dan berjalan ke arah chalet yang tersergam. Aku cuma memandang kepergiannya yang bakal mengundang sepi lagi dalam hidupku. Dia mengangguk walaupun aku pasti ianya tak akan seperti dulu lagi. Setelah beberapa langkah dia berpaling.
“ Aku tak paksa kau Win.... tapi aku tunggu.... kau tahu kan kat mana nak cari aku?” Lelaki itu melangkah longlai sebelum sempat aku bersuara seterusnya. Maafkan aku Yun.... aku tahu kau ikhlas sangat....
“Win.... satu je abang nak bagitau, Win adalah yang pertama dalam hati abang, biarlah ianya jadi pertama dan terakhir.... abang tak pandai nak jiwang Win.... tapi abang ikhlas dengan Win.... doakan abang.... bacakan Al-Fatihah untuk abang nanti...”Wajah dia yang pucat, semakin kecil dari pandanganku.... kerana selepas itu aku pengsan dipangkuan mama. Itulah kali terakhir aku mendengar suaranya kerana pembedahan untuk membuang tumor dalam otaknya, gagal!
            “Abang.... Win tak mampu nak lupakan abang.... maafkan Win bang..... cepat sangat abang pergi..... sebelum sempat akad dilafazkan..... Win sayangkan abang......”
Aku teresak lagi..... entah bila aku mampu menyerahkan sekeping hati ini kepada orang lain, aku tidak tahu.... biarlah aku hidup dengan kenangan kita....
            “Abang... Win rindu.....”

PUDING TELUR GULA HANGUS

Dah dua minggu raya Haji berlalu tapi baru sempat nak post apa yang dimasak masa jamuan aqiqah Ariana Farisha bt Mohd Faiz (anak adik yang ketiga). Korbankan seekor kambing. Menu hari tu gulai kari kambing, gulai kicap daging lembu, rendang ayam kampung, ikan keli goreng, telur masin, acar timun nenas dan sambal belacan. Yang bestnya menu sampingan, pembuka selera tu... puding telur gula hangus (campuran resepi Che Sue dan Che Ngah(panggilan Cupie untuk isteri adik saya)), kek lapis keladi, kek karot walnut creamcheese, kek lapis sarawak, serikaya, dan puding jagung. Bukanlah semuanya diangkat serentak. Kami letak 3 jenis dulu... nampak cam dah luak, hulur sejenis pulak dan begitulah seterusnya. Okay, hari ni nak berkongsi resepi puding telur gula hangus atau lebih glamer dengan nama puding karamel. Masa kenduri aqiqah tu, tiga kali buat puding ni!


Masih dalam pengukus
PUDING TELUR GULA HANGUS / PUDING KARAMEL

BAHAN-BAHANNYA
6 biji telur gred A
2 sudu besar bumbu tepung kastad
1 tin susu / krimer pekat manis
1 tin air (guna tin susu tadi) 
1 sudu mentega
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar gula
sedikit air

CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan gula, sedikit air dan mentega hingga menjadi hangus / perang di dalam loyang yang akan digunakan untuk mengukus puding
2. Campurkan telur, kastad, susu, esen vanila dan air serta kacau dengan whisk hingga kembang
3. Curahkan ke dalam loyang / bekas yang terdapat gula hangus tadi. Kukus hingga masak selama lebih kurang 30 minit
4. Angkat. Biar sejuk sekejap dan terbalikkan. Meleleh je keluar air gula hangus tu... cantik jer...

Senang je kan!!!!!! (resepi ihsan adik iparku Azie)


kecur air liur.... cubalah senang sangat!

Ke Tempat Pak Lang & Batu Kawi -BAHAGIAN 2

Kita sambung ya...
Hari kedua, kami ke KILIM, Langkawi Geopark... fuhhh... memnag best. Dapat tengok pulau2 yang pelik2, batuan, tempat makan helang, ikan menari, gua kelawar, siap bot merempit lagiks!

Kita amik gambar dulu sebelum rempit bermula

Nampak tak macam muka baby kedudukan batu tu?

Wajah Red Indian

Pulau Kasut... cam kasut NIKE anakanda jer...

Di jeti Gua Kelawar

My mom, and my aunts... Cik Nin n Cik Nah

Terjumpa Roslan Shah masa naik tangga nak ke Tasik Dayang Bunting

Cupie, kak Ngah n Amir kat Tasik Dayang Bunting!
Balik je dari KILIM tu, kami naik bot laing pulak ke Tasik Dayang Bunting. Allah maha kaya, di tengah-tengah lautan, ada pulau, di tengah pulau ada tasik air tawar! Allahuakbar! Tinggi jugaklah mendaki... semput jugaklah makcik nih ha....

Balik tu kami makan tengahari lepastu terus ke Beras terbakar dan Underwater World. Lepas tu kami shopping di Idaman Suri. Kira full satu hari. Malam tu lepas solat, mandi, turun beli coklat lagi kat kedai yang berlambak-lambak kat depan hotel, yelah, esokkan pagi2 lagi nak kena checkout. Lepas tu siap ke pantai Cenang lagi tengok suasana malam. Letih... tapi berbaloi....

4 wanita pingitan

balik dah kami....

Inilah van carted kami. Kak Ya ada kenangan best ngan van ni.... ehehhe

Menunggu bas utk ke jeti. Tgk barang2 4 kali ganda...

my beloved son
letih dah ni....

Kak Ya n anak2 angkatnya

kat jeti... ada masalah sikit dgn pemegang tiket!
Tak puas rasanya 3 hari 2 malam di tempat Pak Lang dan Batu Kawi ni. Insyaallah, kami akan buat trip lagi taun depan dan kawan2 jangan lupa ajak saya ya walaupun masa tu kita sudah tidak berada di sekolah yang sama. Yang penting persahabatan kita akan kekal selamanya. Insyaallah! AMIN!