Showing posts with label tat. Show all posts
Showing posts with label tat. Show all posts

SHEPERD PIE

Salam semua

Masakan omputihlah kononnya. Sebenarnya senang jer nak buat tapi kita jer yg tak berapa nak rajin. ehehhe
Bonda suka sangat makan kentang so resepi ini dedikasi untuk beliau. Resepi sherperd pie yang termudahsss lah saaaangat! Selamat mencuba


BAHAN-BAHAN

Kulit pai
5 biji kentang
susu segar
garam
telur kuning dan pewarna kuning

Inti
daging cincang
cendawan butang
bawang besar
bawang putih
sos tomato
sos cili
herba campur (mix herbs)
serbuk pati ayam
garam dan gula
mentega

CARA MEMBUATNYA:
1. Basuh kentang dan rebus dengan sedikit garam hingga empuk
2. Sejukkan sebentar, kupas kulit dan lecek
3. Campurkan secawan susu segar dan sedikit garam dan lenyekkan lagi. Kalau malas, guna je mixer tapi jangan lama sangat putar, bimbang takut ianya menjadi liat dan tak cantik. Ketepikan
4. Untuk inti. Panaskan dua sudu mentega/ marjerin dan tumis satu labu bawang besar dan 3 ulas bawang putih yang sudah di racik/ dadu halus hingga wangi dan layu
5. Masukkan semangkuk daging cincang/ ayam cincang, 3 sudu sos tomato dan 3 sudu sos cili, 1 sudu serbuk pati ayam dan sedikit mixherbs/ oregano.
6. Masukkan 1 tin cendawan butang yang di hiris nipis serta perasakan dengan garam dan gula
7. Sediakan dulang pembakar. Masukkan kentang lecek sebagai kulit pai di bahagian bawah. ratakan ke seluruh dulang. Kemudian masukkan inti (ketebalan inti atas kehendak masing-masing). Kemudian tutupkan inti dengan kentang lecek dan ratakan.
8. Sebelum di bakar, sapukan bahagian atas pai dengan kuning telur yang sudah di campur sedikit pewarna kuning
9. Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit dalam suhu 180 C

isi kentang

kentang lecek

inti pai

ratakan kentang lecek

masukkan inti dan ratakan

tambahkan kentang lecek di bahagian atas dan ratakan

telur kuning yang sudah dicampur sedikit pewarna kemudiannya di sapu keatas pai sebelum di bakar





QUICHE AYAM CENDAWAN (step by step)

Salam

Banyaknya sawang.... dah berbulan tak menjenguk blog.
Okay, tahun lepas saya ada kongsi resepi quiche ni, tapi sekadar resepi dan gambar yang dah siap. So hari ni saya nak kongsi resepi dengan langkah2nya sekali.
Senang je.. Cuba ye!

Resepinya....
(Saya ambil dari entry sebelum ni... malas nak taip!)

Pastrinya:
250g butter
50g marjerin @ shortening
2 sudu gula  aising (blend je sikit bagi jadi halus)
550g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu air ais
secubit garam

Intinya:
1 mangkuk isi ayam/ ayam cincang/ daging pong boleh
3 biji kentang (dadu kecil)
1 batang lobak merah (dadu kecil)
1 tin cendawan butang (hiris memanjang)
3 tangkai daun sup (dicincang kasar)
1 cawan susu segar @ susu cair * (optional)
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar Cina di dadu
sedikit serbuk lada putih dan hitam
1 sudu besar oregano *(optional)
1 sudu serbuk lada hitam * (optional)
2 sudu sos tiram
2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan air
garam dan gula secukupnya

Kastad Filling/ Toping
4 biji telur
Secubit garam dan serbuk lada sulah / secukup rasa megi
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar krim/ kalau takde buh je tepung gandum 3 sudu besar... betoi...                            
Keju mozarella/ cheddar/ parmesan (parut atau potong kecil)
Satukan semua kecuali keju parut. Kacau dengan whisk hingga sebati

Cara Membuatnya:
1. Untuk pastri. Satukan mentega, marjerin dan gula. Kacau sebati (guna tangan je).
2. Masukkan telur, esen vanilla dan garam. Kacau lagi
3. Masukkan tepung gandum. Guna kaedah gaul ramas guna hujung jari. Buat hingga jadi seperti serbuk roti. Bila dah nampak dah sebati, ok dah, masukkan air ais. Kalau adunan melekat kat bekas, taburkan tepung sikit dan gaul lagi. 
4. Keluarkan dan bolehlah di canai ataupun kalau saya buat, saya tekan-tekan kat acuan je, malas nak canai (kalau acuan kecik... kalau besar kena canai , okey!). Janganlah tebal sangat kan dan janganlah nipis sangat.
5. Ok, untuk inti. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga layu.
6. Masukkan isi ayam. Biar separa masak. kemudian masukkan semua perasa, sos tiram, garam gula, serbuk lada, oregano. Pastu masukkan susu segar dan kentang serta lobak merah. Sederhanakan api, tutup kuali hingga kentang dan lobak merah hampir empuk.(Kalau tak mau lemak sangat tak payah letak susu segar, just letak  air sikit)
7. Kemudian masukkan cendawan butang, daun sup dan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar biar ianya pekat dan melekat sesama sendiri. Jangan berkuah ye, nanti pastri akan pecah dan tak rangup bila kita letak inti. Tutupkan api. Biarkan ianya betul-betul sejuk. (Saya letak dalam peti ais dulu)
8. Kalau acuan besar, bakar dulu 15 minit kulit quiche tu. Kalau acuan kecil boleh terus letak inti (pastikan dah sejuk).
9. Penuhkan dengan inti kemudian curahkan filling memenuhi ruang-ruang kosong. Taburkan keju diatasnya. Bakar hingga keperangan. About 30 minit gitu.
10. Waktu masih panas pun boleh dikeluarkan dari acuan sebab ianya tak melekat... percayalah kat saya....

Ini gambar langkah demi langkah ya!
Ini doh yang telah di uli- tidak terlalu berderai dan tidak terlalu lembik
Pastikan bila di lenyek ke acuan ianya tidak melekat terlalu kuat.

Inti iaitu campuran kentang, karot, cendawan butang, isi ayam

kastad filling iaitu campuran telur, susu, krim/ sedikit tepung gandum

doh yang telah di lenyekkan ke acuan

Tambah inti


Tuangkan filling dan parutan keju 

Bakar pada suhu 180 C sehingga intinya kembang dan
 crust atau kulit quiche kelihatan kembang dan terkeluar dari acuan

Keluarkan dari acuan

SIAP!

QUICHE AYAM CENDAWAN

Semalam jenuh tanya miss Google ape ke bezanya quiche ngan pai? Akhirnya terjawab sudah so hari ni makcik Tihah buatlah quiche n jugak pie. Base dia sama cuma pie dia takdek filling atau topping dia... lebih kurang gitulah...

Okay... resepinya sama je ngan pai ayam cendawan kat sini http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/11/pai-ayam-cendawan-salam-cinta.html

malas nak klik? Aloh... klik pun malah.... okeylah makcik Tihah buh resepi penuh deh...

QUICHE AYAM

Pastrinya:
250g butter
50g marjerin @ shortening
2 sudu gula  aising (blend je sikit bagi jadi halus)
550g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu air ais
secubit garam


Intinya:
1 mangkuk isi ayam/ ayam cincang/ daging pong boleh
3 biji kentang (dadu kecil)
1 batang lobak merah (dadu kecil)
1 tin cendawan butang (hiris memanjang)
3 tangkai daun sup (dicincang kasar)
1 cawan susu segar @ susu cair * (optional)
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar Cina di dadu
sedikit serbuk lada putih dan hitam
1 sudu besar oregano *(optional)
1 sudu serbuk lada hitam * (optional)
2 sudu sos tiram
2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan air
garam dan gula secukupnya

Filling/ Toping
4 biji telur
Secubit garam dan serbuk lada sulah / secukup rasa megi
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar krim/ kalau takde buh je tepung gandum 3 sudu besar... betoi...                            
Keju mozarella/ cheddar/ parmesan (parut atau potong kecil)
Satukan semua kecuali keju parut. Kacau dengan whisk hingga sebati

Cara Membuatnya:
1. Untuk pastri. Satukan mentega, marjerin dan gula. Kacau sebati (guna tangan je).
2. Masukkan telur, esen vanilla dan garam. Kacau lagi
3. Masukkan tepung gandum. Guna kaedah gaul ramas guna hujung jari. Buat hingga jadi seperti serbuk roti. Bila dah nampak dah sebati, ok dah, masukkan air ais. Kalau adunan melekat kat bekas, taburkan tepung sikit dan gaul lagi. Buh dalam plastik atau wrap dia. Simpan jap dalam peti ais, minimum, 20 minit.
4. Keluarkan dan bolehlah di canai ataupun kalau saya buat, saya tekan-tekan kat acuan je, malas nak canai (kalau acuan kecik... kalau besar kena canai , okey!). Janganlah tebal sangat kan dan janganlah nipis sangat.
5. Ok, untuk inti. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga layu.
6. Masukkan isi ayam. Biar separa masak. kemudian masukkan semua perasa, sos tiram, garam gula, serbuk lada, oregano. Pastu masukkan susu segar dan kentang serta lobak merah. Sederhanakan api, tutup kuali hingga kentang dan lobak merah hampir empuk.(Kalau tak mau lemak sangat tak payah letak susu segar, just letak  air sikit)
7. Kemudian masukkan cendawan butang, daun sup dan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar biar ianya pekat dan melekat sesama sendiri. Jangan berkuah ye, nanti pastri akan pecah dan tak rangup bila kita letak inti. Tutupkan api. Biarkan ianya betul-betul sejuk. (Saya letak dalam peti ais dulu)
8. Kalau acuan besar, bakar dulu 15 minit kulit quiche tu. Kalau acuan kecil boleh terus letak inti (pastikan dah sejuk).
9. Penuhkan dengan inti kemudian curahkan filling memenuhi ruang-ruang kosong. Taburkan keju diatasnya. Bakar hingga keperangan. About 30 minit gitu.
10. Waktu masih panas pun boleh dikeluarkan dari acuan sebab ianya tak melekat... percayalah kat saya....

Roll on foto...




SELAMAT MENCUBA!

TAT TELUR DAN TAT BUAH DI PAGI HARI MEMBUTA!

Kul 8am siap!
Tat telur dan tat buah untuk hantaran kahwin adik sahabatku Hani.
Actuallynya, saya terlupa pada tempahan satu ni sebabnya, saya dah pass kan kat cousin order ni. Rancangan asal saya nak ke KL tapi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan maka tertunda pemergian saya itu maka, cousin saya pass balik kat saya order tu... gitulah ceritanya hingga membuatkan saya terlupa nak wat... maka terpaksalah membangunkan diri di pagi hari membuta,  untuk buat dari A sampai Z. Biasanya kalau tat buah tu, saya dah bakar siap2 kulit tat tu dan simpan dalam bekas kedap udara. So bila nak guna senang, tak payah uli2 dah, tapi lupa punyer pasal, kenalah bangun awal.

Maka tanpa menghiraukan alam sekeliling, kung kang kung kang kat dapur... (saja jer buh sound efek lebih sikit bagi nampak hebat, hahah). Mujur ada Suria FM, temankan makcik nih ha!

Jom roll on resepi dan gambarrq2nya... resepi tat buah boleh jenguk di sini http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/05/fruit-tart-tat-buahlah.html

Okay, nak buat pastrinya, sama jer.... yang ni resepi untuk filling telurnya

Bahan
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair/ susu segar
1 cawan air
1 sudu besar bumbu tepung kastard
4 biji telur
sedikit esen vanila
secubit garam

Cara membuatnya:
1. Bakar separa masak kulit tat yang telah di letakkan ke dalam acuan.
2. Keluarkannya dan tuangkan bahan filling yang telah di kacau sebati dengan whisk. Kadar banyak mana filling tu bergantung pada kesesuaian. Letak banyak pong ok, letak separuh pong okay (satgi, orang kata kedekut pulak kalau letak sikit kan!)
3. Bakar lagi hingga fillingnya masak dan kulit tat agak garing!
4. Sejukkan dahulu baru di asingkan dari acuan untuk mengelakkannya pecah.
5. Sedapler... betuiiii....

Cuba yer!


Sorry takleh nak upload foto banyak-banyak... tak cukup ruang! Lain kali saya upload kay! nak selesaikan masalah ni ngan cik google japs!