Showing posts with label secebis kisah. Show all posts
Showing posts with label secebis kisah. Show all posts

pauh harum manis....

Hari ni makcik tihah nak post banyak sket dalam blog... sbb lama tak berblog kan...

Okay... ceritanya...
Saya order buah harum manis dari kawan kat Perlis. Sebab teringin sangat. So nak berkongsilah sket. Bukan berkongsi makan.... berkongsi cerita....

Kali pertama saya makan harum manis ni masa mengajar kat Perlis. Masa tu hairanlah kenapa yang buah ni glamer sangat, mahal pulak tu. Satu hari, ada student yang bagi, suruh try sebab ayah dia jual... aduh... terus jatuh cinta beb...

Rasanya lebih kurang je dengan buah mempelam mas hitam (golden black) campur dengan buah mempelam chokanan (yang kualiti baik punya dan manis)... tapi lebih sedap lagi... betulll... baunya... harum... satu pejabat pos bulih bau tau masa saya pergi ambil kat pejabat pos ari tu... Siap pekerja pekerja tu tanya lagi... buah apa tu kak?

Cuma kecewa sikit sebab kotak dah pecah. Nasib baiklah buah tu ok lagi walaupun ada yang dah lebam lebam sikit kan.... Tak apalah... dia dah travel beratus batu macam tu lah.... di lempar ke sana ke mari... huhu

Tau harganya? Masa tu mahal lagi... satu kotak tu RM 60 campur kos pos RM 10. so RM 70. Berapa biji???? Cuba teka??? 8 biji jer???? hihihi bila bonda tanya, bagitahu jerlah... Nganga dia....

Yang penting, kempunan ku sudah terubat.... Jom layan gambar....
pokoknya tak tinggi mana pong tapi buah penuh....
dikotakkan dan di hantar
Banyak ni jer yang ada dalam kotak... uhuhu tapi berbaloi baloi...
Fuh.... nikmatnya....

Jom.... pulut mempelam....

Ada satu cerita tentang pulut mempelam ni.... nantilah lain kali saya cerita...

HAPPY BIRTHDAY CUPIE!

Uh... lambat sangat dah ni pos birthday Cupie tapi biasalah mamacupie ni sokmo jer gini... asyik lambat sket... kadang-kadang lambat banyak... eheheh

06.05.2014 maka anak teruna ku menyambut hari jadinya yang ke-12. Dah besar anak mama... besar sangat.... tinggi plop tu.... kita ni takat hidung dia jer... baru 12 tahun tu... ikut arwah bapaknyalah tu...

Al-kisahnya, mama terlupo mula2 tu hari jadi anak mama, pastu barulah teringat itu pun tok ma yang ingatkan. Sori... mama banyak kejer kat sekolah, bertindan-tindan... bertingket tingket....

Cupie, be a good boy...


Untuk menghappykan anak mama... kami buat jamuan sket. Rengkas je... panggil kawan Cupie dua tiga orang n famili. Jom... tengok mama masak apa....
Mee goreng letak 'lauk' banyak-banyak

popia, nugget n ayam goreng n bihun


tepapam tok ma yang bes giler...

pulut harung

puding cendol sbb ni favourite cupie

kek red velvet



UMRAH - MADINAH (2)

Salam
Cuti sekolah, biasalah banyak kenduri maka makcik Tehah pong banyaklah jugak menyebuknya... dengan puding, dengan pulut kuning dan makan beradapnya!

Okay, harini saya nak berkongsi pengalaman, sambungan dari entry saya sebelum ni. Umrah dan ziarah di Madinah.

Hari kedua, kami ada ziarah. Jadi pada pukul 8 pagi, semua perlu bersiap dan 8.30 pagi bas akan bertolak, tapi biasalah, bila dah ramai, macam2lah hal dan karenah, namun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kali ini seorang pelajar Malaysia dari Universiti di Madinah yang sedang menyambung Ijazah Lanjutan, akan menemani kami sebagai Mutawwif. Maaf, saya dah lupa namanya tapi wajah beliau yang jernih dan cara beliau bercerita dengan detail dan lengkap, sungguh berkesan di hati kami. Saya masih ingat beliau berkata yang beliau berdoa agar beliau meninggal dunia di Madinah! Kenapa ya? Sebabnya, Nabi S.A.W pernah bersabda yang Kota Madinah ialah tanah haram yang di dalamnya, terdapat perkuburan orang-orang yang salih dan mati syahid. Jika kita dikuburkan di tanah yang baik dan mulia dan kita pula adalah dari golongan yang baik maka pahala amalan kita di dunia akan digandakan. Jika kita dikuburkan di samping orang-orang yang salih, maka kita akan mendapat kebaikan darinya. Wallahuallam.
Dalam sebuah hadith Nabi SAW ada disebut:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”

Tempat pertama yang kami ziarah ialah Masjid Quba. Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Diriwayatkan yang Rasulullah sendiri mengangkut batu bata hingga bongkok badannya untuk membina masjid Quba. Apabila sahabat lain mahu menolong, Rasulullah SAW menolak dan meminta sahabat membuat kerja lain bagi membangunkan masjid. Wallahuallam. Kelebihan solat di Masjid Quba ialah seperti melaksanakan satu umrah!
 Rasullullah SAW bersabda yang maksud nya  " sesiapa yang berwudhuk dirumah nya , kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan di beri ganjaran pahala sama seperti pahala menunaikan umrah "

Menurut sebuah hadith Sahih daripada Tirmizi , " melakukan solat di dalam Masjid Quba' adalah sama dengan melakukan Umrah "

Inilah Masjid Quba, ni sisi belakang rasernya
Adik sempat amik gambar. Saya tolong snapkan jer!
Ini gambar saya amik dari internet
Kami sempat solat tahyatul masjid dan solat sunat Dhuha. Kemudian kami ke masjid Qiblatain. Di masjid ini kami tidak berhenti untuk solat kerana mengejar masa Kami sekadar lalu untuk melihat Masjid sahaja. Masjid ini dipanggil Masjid Qiblatain kerana di Massjid ini Rasulullah SAW mengimamkan solat Zohor berkiblatkan baitul Muqaddis. Di rakat kedua, turun ayat
".. Maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke arah kiblat yang kamu sukai, oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.. "  Surah Al-Baqarah : 144.
maka, Rasulullah memusingkan badannya ke belakang diikuti dengan sahabat-sahabat yang lain. Sebab itulah masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain iaitu masjid dua kiblat.
Masjid Qiblatain
Seterusnya kami meneruskan perjalan ke kebun kurma yang di belakangnya tersergam bukit Uhud. Pada musin sejuk, kurma tidak berbuah, jadi kami hanya dapat mengambil gambar dan dengan pokok-pokok yang kelihatan seperti pokok kelapa sawit di Malaysia. Sempat jugaklah memborong!
Bermacam jenis kurma mengikut grednya. Yang paling mahal tentlah kurma nabi/Ajwa
Bersama adinda
Pintu masuk
Berfoto ngan adinda
cupie n tok bah
Seterusnya kami ke Perkuburan Baqi. Di sini hampir 20 minit juga Ustaz menceritakan tentang sejarah perkuburan Baqi.
Perkuburan Baqi ni berlatarbelakangkan jabal Uhud
With bonda
Pakat berspek hitam... silau!
Perkuburan Baqi yang dipagari
Ayahanda n bonda di tepi pagar perkuburan Baqi
Dahulu, perkuburan ini tidak dipagari tetapi bila ada unsur unsur khurafat, maka ianya di pagari dan kami hanya boleh mengintai perkuburan sahabat2 yang syahid ini dari cermin sahaja. Diriwayatkan bahawa, orang yang mati syahid tidak mati. 
Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, adalah sebagai berikut:
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)


Kami berada di Madinah selama 3 hari sahaja. Hari terakhir, kami membuat ziarah Wida' iaitu ziarah Selamat Tinggal. Kami di bawa oleh seorang lagi penuntut Malaysia di Madinah. Mulanya bila lihat Ustaz yang muda dan agak rock juga dengan rambut yang agak panjang dari Ustaz biasa. Muka pula ala-ala Korea... tapi bila dia bercakap, MasyaAllah, banyak dan tingginya ilmu yang ada pada pemuda semuda itu, kalau tak silap umur beliau baru 28 tahun.  Kami memulakan ziarah di luar Masjid Nabawi.
Kami dibawa mengelilingi Masjid Nabawi.
Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir ialah ; tingkat bawah seluas 98,500 m persegi,boleh menampung seramai 167,000 jemaah dan tingkat atas seluas 67,000m persegi,boleh menampung seramai 90,000 jemaah.Jumlah keseluruhannya ialah 165,500m persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah.Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid,4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa. (saya amik dari blog sinar rasul)

Boleh anda bayangkan seluas manakah ia? Walhal kalau lambat setengah jam pun kita dah tak boleh masuk untuk solat di dalam masjid. Berapa ramaikah umat Islam yang bersolat di Masjid Nabawi.Wallahuallam. 
Kami di bawa melusuri hingga ke pintu Babul Salam, yang dikatakan Malaikat Jibril selalu menggunakan pintu ini untuk bertemu Rasulullah SAW. Kemudian kaum lelaki dapat masuk ke kawasan makan nabi dan kaum wanita hanya lalu sahaja dari luar masjid. Makam Nabi di atasnya di letakkan kubah hijau sebagai penanda. Kemudian kami berhenti di hadapan pintu dan berselawat. Bak kata Ustaz, teknologi Allah ini tak terjangkau di akal manusia, kita boleh berselawat di mana-mana dan Nabi SAW akan mendengar selawat dan salam kita. Allahuakbar!
Satu lagi kata-kata Ustaz yang saya ingat. Ada satu teknologi Allah iaitu jika kita berdoa dan membaca Al-Quran untuk si mati walaupun dalam dunia berbeza, Insyaallah akan sampai! Teknologi wayarless tanpa sempadan! Lupa nak berongsi, di Madinah waima di Mekah sekalipun, setiap kali selepas solat fardhu, pasti ada solat jenazah. Purata orang meninggal di Madinah ialah 20 orang sehari! Wallahuallam!

Nanti saya akan berkongsi pengalaman di Mekah pula ya. Semoga bermanfaat!


Persekitaran luar masjid, masih di dalam pagar masjid. Menurut Ustaz, hotel dan bangunan di luar masjid akan dirobohkan untuk projek pembesaran kawasan masjid nanti!
Kalau kita solat, kemudian melangut ke atas, beginilah rupanya bumbung perkarangan luar Masjid Nabawi. Indahnya kan!
Cupie n sahabat barunya, abang kimi. Antara peserta termuda!
Qubah hijau. Di bawahnyalah makam Nabi SAW. Itulah Ustaz yang saya katakan ala-ala berwajah Korea!




CD & KENANGAN....

Petang tadi saya telah menyelongkar almari televisyen kat ruang rehat tu...
Sebenarnya bukan saja-saja takder kerja, tapi sebab nak cari CD yang sesuai untuk
ditayangkan kepada kanak-kanak tingkatan 3 yang dah abih periksa PMR, ataupun
nama lebih glamour... Program Pasca PMR...

Bila tengok punyer tengok...rasanya dah boleh bukak kedai CD dah... punyerlah banyak... tapi tak tahulah
sama ada boleh guna atau tidak. Biasalah ada yang pasar malam punyerrrr looo...

Bila di tapis dan bla...bla... just 11 cerita jer boleh tayang... kartun of courselah banyak sebab si Cupie punyer kan... tapi takkan nak tayang semua kartun????
Saya terkejut bila tengok satu VCD yang saya dah lupa bila saya beli.... memang perfect sangat. Rasanya arwah abah Cupie yang belikan untuk anaknya.... Bila saya tonton balik tadi... Inilah yang patut saya tayang untuk anak-anak pelajar. Penceritaan yang sangat bagus.... dan Insyaallah dapat menarik minat mereka mengenali Rasul kita SAW


Cari punya cari jmpa lagi satu movie yang dah lama tapi sangat best....
'EVER AFTER'.... Cinderella Story... masuk dalam khayalan mereka jap!!! hahahah

Satu lagi yang saya boleh tayang kat pelajar ialah 'Evan's AlMighty'..mulanya macam ragu2 jugak...
sebab ceritanya ala-ala tak logik... tapi moral of the story... Entahlah... kena masuk panel kelulusan filem SMK Badang dululah baru boleh decide.. ehehhe

PUTERI GUNUNG LEDANG... cerita yang sangat unik dan membuatkan saya rasa kemelayuannya... ini sudah tentu lulus tayangannya nanti... cerita ni saya dapat beli murah VCD original masa dia buat promosi di KFC....

Dan beberapa citer lain....
Jurassic park 1, 2, 3 dan 4

dan banyak lagilah......

Okay.... keudian... saya terjumpa dua keping CD... CD yang di'burn'kan...
Bila saya pasang balik CD tu.... Oh Tuhan, semua lagunya dalam keadaan baik walaupun CD tu dah calar balar sebenarnya....

Siapa yang masukkan lagu2 dalam CD tu? Dia!!!
Almost 5 years ago... may be more...
kami download lagu2 Indon yang amsa tu banyak yang best2.... dari kumpulan Kerispatih, Radja, Ungu, Samsons.... Waduh...lagu2nya menusuk hati sangat-sangat...
Apalagi bila saya teringat dia yang record lagu2 ni.... untuk kami pasang kat dalam kereta masa nak balik kampung! Me and him actually sukakan muzik... tenang jer...
Masih ingat lagi kalau balik kampung dari Sungai Petani ke Kelantan... saya asyik mengantuk je kat sebelah.... dia tahu saya nak tidur, mulalah dia menyanyi kuat2... kadang-kadang marah tapi sebenarnya itulah kenangan yang akan saya ingat sampai bila-bila...

Ingat lagi kali pertama saya bawa kereta sendirian dari Kota Bharu ke Sungai Petani. Masa tu dia baru saja meninggalkan kami dalam sebulan lebih. Balik dari hari raya...
Itulah saat paling sedih, paling hiba, paling gerun, paling tabah yang pernah saya rasa dalam diri saya... always fighting!!!
Bayangkan sendirian, merentasi beberapa buah negeri walhal sebelum tu paling jauh saya bawa kereta ialah dari Perlis ke Sungai Petani, itupun dia ada di sebelah. Sudahlah saya tinggalkan satu-satunya anak kami tinggal dengan bonda dan ayahanda... saya gagahkan juga sebab saya masih tak dapat tukar sekolah lagi...
Saya sendiri pun sebenarnya tak sangka saya mampu lakukannya.. saya tahu Allah sentiasa ada bersama saya dan semangat arwah sentiasa tersemat....
Aduh... saya ingat bagaimana saya lawan rasa 'sepi' atau orang Kelantan kata 'kesik' masa saya sendiri itu... saya pasang CD yang saya baru jumpa tadi tu lah... saya nyanyi kuat-kuat lepastu saya nangis kuat-kuat... 5 jam saya berperang sendirian dengan perasaan... arghhh... kenangan kan... sekarang ni, saya tak tahulah saya mampu atau tidak menjadi sebegitu 'kuat' sebab kalau saya nak balik ke Sungai Petani sekarang dengan 'drive' saya mesti ajak orang temankan... rasa tak kuat!!!

okaylah nak banyak memebebel ni.... biasalah kadang-kadang kenangan indah bisa membuat kita meraung histeria mennagis bagai... bukannya apa... 'bersihkan mata' sekali-sekala...

Have a good day! Ingat, bila kita rasa keseorangan, Allah sentiasa ada bersama kita....

Kehilangan.... kecurian... kerompakan... kesedihan... kemernangisan... Uwaaarghhhh!

lama tak menulis kat blog.
Sekarang tengah menulis dengan sahabat baru. Sahabat yang baru saja muncul dalam hidup saya tak sampai lagi dua jam! Harapan saya, sahabat ini akan berkekalan sampai ke akhirnya... Insyaallah!

Al-kisahnya.... diri saya telah dilanda musibah!
nak kata teruk... memanglah teruk jugak tapi tidaklah seteruk orng-orng lain yang kena lebih teruk lagi dari saya....

Ceritanya, secara ringkas, saya ke camping dengan student sekolah saya lah... perkhemahan yang sebenarnya seronok jugalah dengan aktiviti pelbagai itu telah di cemari pada malam yang dingin.... tanpa saya sedari. Chalet urusetia tempat saya dan seorang lagi rakan tidur pada malam itu. Pelik tapi benar. Malam tu saya memang tak boleh nak lena. Dengan nyamuknya, panasnya.... dan 'centry' kami adalah pada pukul 3.30 pagi. Beberapa kali jugak saya tersedar da tengok tepon. Last saya tersedar kul 2.30 pagi. pastu seingat saya rakan sebilik kejutkan, bagitahu yang telefon dan handbag dia ilang... saya pong kalut samalah... memang sah, semua barang berharga hilang... handphone(yg baru jer beli tak sampai 2 minggu), handbag (dengan segala isinya), laptop, external harddisk dlm handbag, buku2 bank semua ada. Nak di jadikan cerita, kunci kereta saya pong ada dalam beg... terkejut terus keluar, kejutkan kawan2 dan terus intai kereta saya, mujurlah ada... panik semacam dah masa tu, apatah lagi bila teringatkan segala benda yang hilang... terus buat report... Tragis sangat rasanya... tak pernah lagi Allah turunkan musibah sebegini kepada saya... ini semua ujian dariNya... tapi terkapar2lah seketika bila teringatkan laptop yg semua kerja saya kat situ, external hardisk yg semuanya saya dah transfer kat situ...aduh kenapalah saya boleh bawa semua tu ke perkhemahan? Yang paling terkilan, manuskrip yg dah 80% siap, yg saya dah bersengkang mata.... himpunan cerpen2... Ya Allah... rasa kecewa sangat sampaikan beberapa hari jugaklah asyik termenung jer... Inilah yg dikatakan qada' dan qadar yang Allah bagi untuk ujian kepada hambaNya...

Walaupun dh dekat 2 minggu peristiwa tu tapi dalam hati ini masih lagi berharap agar ianya dikembalikan... saya tahu peluangnya sangat sangat sangat tipis... tapi harapan itu masih lagi ku kejapkan... Allah mendengar rintihan hambaNya yang teraniaya! Amin...

samsung ku yg tak sampai 2 minggu usianya.... uwarghhhhhhhh

external ..... waduh.... tension bangat
laptop acer merah ku.... nyawa ketiga ku....

Rak buku Mama & Cupie

Entahlah kenapa, semalam masa dok ngemas-ngemas, Cupie telah menjadi manusia yang gila mengambil gambar. Semua bendalah, sesuka hatinya. Bukan nak tolong mama pong! Sampai habih bateri telefon. Budak-budak macam tu lah. Kita minta tolong dia kemas sama, tapi macam2lah auta yang dibuatnya. Bila saya nak delete gambar tu, terlihatlah gamabr-gambar buku yang diambilnya. Elok pulak tu.. tu yg rasa cam nak berkongsi.

Saya ni penggemar novel. Dulu-dulu, masa muda-muda dulu... sekarang pong muda jugak,,, hihi... beli je novel, balik rumah pasti akan habiskan cepat-cepat baca. Excited gilooosss... sekarang... asyik beli jer... mana berkenan, beli,,, lebih-lebih lagi Jemari Seni punya karya... waduh... godaannya kuat bangat dong... Bila saya bilang-bilang balik... ada dalam 30 buah lagi buku yang saya belum baca... Ya Rabbi... Ni nak dekat pesta buku dah ni... saya kena bertugas hari Rabu, 1 Mei 2013, sahih saya akan membeli dengan banyaknya... entah bila boleh baca.... tak apa, niat tu ada.... hihi. Tapi sedih tu ada jugak ni.... banyak buku-buku yang hilang... biasalah... bila ada yang pinjam tak hantar. Kadang-kadang saya yang tertinggal kat mana-mana. Orang Kelantan kata 'tok cakna' dekat harta kita yang ada ( I mean buku-buku sayalah ). Rasanya buku 'Ahadiat Akashah' tu semua saya beli. Norhayati Berahim pun banyak buku dia yang saya ada. Siapa lagi ya... buku yang dah 'gone with the wind'... Ha... Shamsiah Mohd Noor... ada satu buku 'Maya Pusara', best sgt citer tu... pastu Mohd Ismail Sarbini, Ada juga buku-buku Aisya Sofea yang hilang. Anita Aruszi pong ada dua buku yang entah pergi mana.... Yang kekal ada buku kak Noor Suraya dan abang Imaen... my favourite writer yang saya dah kenal sebab mereka ialah boss kat Jemari Seni! Yang paling sedih.... buku dari Ramlee Awang Mursyid. Saya memang peminat RAM. Buku dia boleh dikatakan almost all saya ada. Tapi ada dua buku yang tak tau pi mana... buku yang saya sayang plak tu... aduh..aduh.... Rasanya lepas ni kena buat senarai ni... sedihlah cam gini....

Okay... ini koleksi novel 'Ramlee Awang Mursyid' (RAM) saya....
Ni je yang tinggal... rasanya ada yang keciciran ni....

Novel-novel RAM ni, unik! Respectlah idea-idea yang Allah kurniakan buat beliau. Saya pong kadang-kadang ada juga terpengaruh sikit dengan cara penulisan beliau... cam... nak buat juga ala-ala penyiasatan, lawan-lawan sket, guna psiko sket... hahhaha....

Okay, ni novel yang agak lama sketlah... ada yang masa sekolah lagi.... novel-novel omputih tinggal 'Paradise' jer... yg lain tak tau pi mana dah.... ish ish.. sedihlah gini....

manalah buku ku yang lain ni.... kena siasat ni.....

Okay... sejak dua menjak jadi penulis ni... memang saya banyak beli buku Jemari Seni. Selain dari sebab diskaun penulis, sebab yang lain ialah, novel-novel JS memang 'meletop' gitu. Betul. Ianya lain dari yang lain... Tak adalah 'klise' sangat, lepas tu yg paling best, ianya 'sopan' sangat.

Satu contoh yang saya boleh kongsi di sini. Masa saya hantar manuskrip 'Nurul Laila Suria', adalah satu babak yang salah seorang hero memegang tangan heroin. Kan itu salah, bukan muhrim so pihak JS menambah, 'tangannya yang berlapik kain baju kurung'! Ada lagilah dua tiga babak... dan saya merasa bersyukur kerana mungkin jika diteruskan ayat itu, para pembaca pelbagai golongan itu merasakan tidak mengapa memegang tangan yang bukan muhrim... 'something like that'! Thanks JS, kerana membuka mata dan akal saya. Saya juga bersyukur kerana saya bernaung di bawah syarikat Jemari Seni yang saling mengambil berat antara satu sama lain.!

Kebanyakannya JS punyer novel dan separuh darinya saya belum baca! Ahaks!

Nampak tak buku 'Cintaku Luruh Di Oxford'? Start baca je, saya rasa banyak nya benda writing-writing yang saya sangatlah kurang arif dan kurang pandai dari mereka. Cara husband n wife ni alunkan ayat-ayat dalam buku ni, memang menusuk kalbu dan flow nya... best jerr.... Mesti beli tau buku ni!

buku budak Cupie.. buku dia pon banyak yg entah pergi mana....
Okay... habis pasal novel.

Majalah... memang saya giler majalah... kalau dulu, semua nak beli. Mingguan Wanita, Majalah Wanita, Jelita, Keluarga, Rapi dan bla...bla... URTV ngan Mangga pong beli gak dulu... Arwah hubby dulu, giler Majalah Kereta... Masih saya simpan lagi sekarang. Ada orang nak beli, saya tak jual... itu adalah ingatan peribadi.
Okay, majalah Masak memasak dan buku-buku masak memasak. Memang boleh dikatakan saya beli hampir setiap bulan. Yang wajibnya ialah majalah 'Rasa' dan 'Saji', even though ada jugak resepi yg sama dimasukkan. Yang penting saya suka tengok gambarnya, design, cara susun letak dan bla..bla...

Majalah Rasa


Majlah Saji dan resepi

Yang ni saya letak kat dapur sebab sellau guna untuk tgk resepi....
Majalah yang edisi khas

Yang ni majalah-majalah yang tak adalah lama sangat... campur-campurlah, letak kat ruang tamu...
Okay... sekarang kita masuk bahagian ilmiah pulak.
Bonda ngan ayahanda pong banyak beli buku. Tapi diaorang banyak beli kitab-kitab dan buku-buku agamalah... saya pong selit samalah buku-buku saya juga
Cupie pong rajin juga baca buku-buku agama ni... syaratnya kena warna warni dan budak-budak faham bahasa yang digunakan....

Buku ayahanda dan bonda

Rak buku untuk bahan sekolah cikgu Mamacupie dan anakanda Cupie memang berselerak.... hahahha
Kebanyakan rak yang bahagian paling bawah, kami letakkan album. Maklumlah bilik sempit jer, tapi barangnya banyak. Nak letak katil, almari, rak buku....
kamus-kamus
buku sekolah, manuskrip dan nota-nota yg dapat free kebanyakannya... hahahha


Okay... saja je nak berkongsi. Sebenarnya saya memang suka baca buku. Boleh dikatakan famili saya jenis yang membaca buku tapi biasalah, Cupie asyik baca komik dan buku cerita, tapi sekarang sejak-sejak ada game, ps2, ipad ni, memang dah jarang pegang buku... anak-anak makcik saya memang ulat buku. Kalau dia orang datang rumah. Dia orang akan duduk je dalam bilik saya dan membaca... senang kan nak jaga dia orang! Generasi Cupie dan ke bawah, seprti anak-anak saudara, anak-anak sepupu dah kurang menunjukkan minat untuk membaca sebab dah ada 'sesuatu' yg lain yang lebih menarik perhatian mereka di zaman serba canggih ini.

Cuma apa yang saya nak kongsi dan tekankan pada kwan-kawan, keseronokan membaca itu bagi saya ialah selepas kita tamat membaca sesuatu buku. Ilmu yang kita dapat, tak ternilai harganya dan kita akan rasa kita perlu lagi mencari ilmu-ilmu itu sebab semakin banyak kita membaca, semakin kita rasa kita banyak lagi tak tahu.... seperti juga menulis.... bak kata siapa dah, lupa dah saya ni... tapi saya ingat kata-kata beliau....
'Bacalah seribu buku untuk menulis sebuah buku'!

Sama-samalah kita membaca yer.... tak kiralah buku apa pun... dan.... jangan lupa dapatkan novel saya yer....

NURUL LAILA SURIA

LAVENDER DARI ROCHESTER