PULUT KUNING BERHIAS

PULUT KUNING BERHIAS

Pulut kuning ni memanglah sangat sinonim dengan majlis perkahwinan, pertunangan, khatam Quran, jamuan raya, bayar nazar, berniat jika lulus periksa dan bla...bla...bla...
Saya selalu je tengok kalau majlis kahwin mesti ada pulut kuning yang dipacak bunga telur. Tapi malangnya, pulut kuning yang dipacak bunga telur ni jarang orang makan. Sebabnya:
1. Pulut ni dah jadi keras bahagian atas seabb terdedah
2. Pulut ni dah 'pecah perut' maksudnya, dimasak agak lama sebab nak bagi ianya lembik dan senang ditekan dan dipadatkan agak bila kita cucuk bunga telur, bunga telur tak jatuh dah
3. Tak sedaplah kot bila dah kena padat dan payah nak kunyah
So.... saya pun terlihatlah di blog2 pasal pulut kuning berhias lebih kurang awal taun lepas lagi. Macam suka je tengok, pulutnya masih elok lagi, pastu ianya dihias cantik dengan telur, cili, serunding daging, iakn, ayam. Ada yang letak rendang buat macam kolam gitu... So... terniatlah di hati, mana2 saudara saya yang akan kahwin, saya nak buatkan satu macam tu.... dan terhasillah niatku itu...... ini hasilnya....
Ini pulut kuning pertama yang saya hias. Masa kahwin sepupuku si Firdaus bulan 6 yang lepas
Pulut kuning yang pertama saya hiaskan, memang tergesa-gesa. Masa tu saya guna bekas pizza bulat ikea sebagai base dia. Letak penuh2 dan tekan sikit bagi padat. Sebelum tu kena sapu minyak sikit kat bahagian dalam bekas tu bagi senang pulut tu meluncur keluar dari bekas. Pastu saya ratakan serunding daging kat tengah2. Pastu saya amik bekas puding yang macam skirt kembang tu. Sebab bekas plastik yang digunakan tak adalah tinggi mana so kena buh sekerat je lah pulut tu. Then, saya haiskan dengan telur rebus, tomato ceri dan daun pudina.
Sedia untuk letak diatas par sebagai salah satu hantaran

Ini untuk hantaran sepupuku Amiro Safwan yang kahwin masa raya hari tu

Kiut tak?

Guna daun ulam raja sebab daun sup yang dibeli dah layu. Daun parsley tak ada. Maklumlah hari raya kan so banyak benda yang tak ada. Mujur ada daun ulam raja Che Na belakang rumah 



Ni pulut kedua yang saya hias masa majlis kahwin abe long (Amiro Safwan). Yang ni pong tergesa2 jugak buat. Pastu pulak saya jadi gelabah sikit sebabnya ramai yang jadi peminat masa saya tengah buat ni. Waduh, saya bukan boleh kalau orang ramai-ramai tengok, nervous!!!! Sebab tu kalau kawan2 mintak saya buat kelas masak saya tak berapa nak setuju sangat sebab saya ni cepat nervous, rasa cam semua kerja yang dibuat tak jadi.... hahahahha kena mandi bunga nampaknya!
Comey tak?

Masa majlis persaraan Ustazah Siti Zaharah di sekolah hari Rabu baru2 ni


semasa tengah menghias pulut

Telah siap sebagai hantaran

Sesi memotong pulut sebagai ganti kek sempena hari lahir Che Sue

Yang ni saya hias masa majlis persaraan Ustazah sahabat baikku. Ye lah, everyday saya ke sekolah dengan dia. Sunyi rasa bila dia dah pencen. Yang ni pong tergesa2 jugak. Buat ngan sahabat sekerja dan beberapa pelajar menolong kupas telur dan sebagainya. Pulut ni Ustazah potong sambil kami nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu" ramai2 nyanyi, sayalah yang jadi tukang nyanyi dna conduct budak2. Alaa malu sikit2 je... ala malu ngan budak2 nagn rakan sekerja setara manalah sangat kan!

Saya tengok kat internet ni mahal jugak dia orang charge. Kalau satu tingkat pulut tu, dalam RM50++, aklau dua tingkat RM70++. Kalau cam saya buat ni adalah dalam RM60++... setakat ni saya dah terima 3 tempahan dari rakan sekerja dan saudara mara yang nak kahwin hujung2 tahun ni... ish, tak retilah nak charge. Biasanya saya akan cakap, sediakanlah semua barang, saya hias ... 'free'.... ish ish ish... baisalah makcik alah ngan kawan-kawan ni.... Yang penting dia orang happy kan, kita pong tumpang happy gaks....
Alhamdulillah!

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails