Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

MAKARONI BAKAR VERSI 2-fusionlah konon

Makaroni bakar kali ni mokcik Tihah buat versi buh serbuk kari tapi campur gak ngan susu dll... saja jer... sebab makan yg beli kat kedai tu macam sedap tapi tak puas hati sebab isi ayam/ daging tuh cam sikit jer...
So... mokcik pong buatlah sendiri ...
JOM...



MAKARONI BAKAR


BAHAN A
1. 300g makaroni, di rebus dengan sedikit garam dan minyak hingga empuk. Toskan
2. dua cawan isi ayam yang telah di rebus dan di racik halus
3. 1 biji lobak merah di parut atau di hiris halus memanjang
4. 1 tin cendawan butang dihiris nipis
5. 3 sudu besar rempah kari ayam/ daging di campurkan dengan secawan air
6. 1 tankai daun sup di racik halus
7. Satu tangkai daun bawang di racik halus
8. 1 biji capsicum/ cili merah/ cili hijau di hiris nipis
9. 2 sudu serbuk pati ayam @ 2 kiub pati ayam
10. garam dan gula secukupnya
11. 2 sudu mentega dan 2 sudu minyak masak
12. 1 biji bawang besar dan 4 ulas bawang putih di cincang halus

BAHAN B
1. 7 - 10 biji telur (berdasarkan besar kecil)
2. 1 cawan susu segar
3. 2 sudu tepung gandum
4. garam dan gula secukupnya
5. 1 sudu teh serbuk lada hitam
6. 1 sudu teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA:
*Panaskan oven, 170 C
1. Panaskan mentega yg dicampurkan dengan minyak
2. Tumis bawang hingga agak garing
3. Masukkan pes kari, kacau hingga agak garing
4. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan pati ayam, garam dan gula. Ketepikan
5. Ambil satu mangkuk besar, masukkan lebihan semua bahan A dan juga ayam yg sudah di masak tadi dan gaul sebati. Ketepikan
6. Campurkan bahagian B dan kacau dengan whisk hingga sebati
7. Ambil loyang dan sapukan dengan sedikit mentega @ marjerin. Masukkan campuran bahan A dan tekapkan sedikit agar ianya padat. Curahkan campuran bahan B hingga ia memenuhi semua ruang-ruang.
8. Bakar dengan api atas dan bawah selama 40 minit hingga bahagian atasnya agak keperangan. Cucukkan dengan garfu untuk memastikan campuran telur tadi sudah masak sepenuhnya.
9. Sedia di hidangkan!

utk geng mengaji tokma





TELUR BUNGKUS DAN GULAI UDANG DAN MAJLIS KHATAM QURAN SERTA AGIHAN ZAKAT

Resepi ni actuallynya buat tiga hari lepas tapi sebab sibuk dengan urusan khatam Quran dan pengagihan zakat kat sekolah jadi tertundalah ni...
Brosur yg di buat dengan kalut-kalut... eheheh
Okay nak cerita sikit. Sekolah saya mengajar ni memang kebanyakan pelajarnya terdiri dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kalau yang senang sikit pun, anak-anak pegawai kerajaan dan pengusaha batik atau kontraktor. Maka ramai jugaklah yang dapat zakat ni. Seronoknya bila tengok wajah-wajah mereka yang senyum je bila dapat sampul angpau tu. Ye lah sekurang-kurangnya dapat meringankan walaupun sedikit beban. Jangan beli mercun sudahlah....

Okay berbalik kepada gulai udang versi kelantan.... simple jer.... kalau nak cerita sejarah gulai udang ni banyak jugak tapi biasalah saya cerita jugak sikit. Gulai kuning lengkuas ni memang sinonim dengan orang Kelantan. Kalau nasi berlauk pagi tu, lauk utama ialah gulai kuning ikan tongkol dan gulai ayam. Kalau lauk nasi dagang, biasanya kat Kelantan akan ada juga gulai udang. Cara masak macam masak gulai kuning ikan tongkol tapi senang lagi... betulll tak tipulah....

Kalau buat gulai lemak kuning lengkuas ni tak kiralah udang ke, ketam ke, ikan ke saya akan teringatkan adik lelaki saya sebab budak tu memang suka sangat dengan gulai ni, esp ketam! Ingat dulu, arwah suami selalu je jealous sebab bila adik lelaki saya nak datang rumah, walau macam mana pun saya mesti cari ketam! Hehehhe, suami saya pong suka juga gulai ni terutamanya ikan tongkol! Dia memang tak cakap dia suka ataupun sedap kalau saya masak, tapi dari raut wajah dan excitednya dia makan siap bertambah-tambah lagi tu, saya rasa seronok dan bahagia! Walaupun keseronokan tu sekejap je tapi ianya akan kekal dalam memori saya, Insyaallah selamanya. Sebab kata orang setiap kenangan manis akan sentiasa terpahat di jiwa!

GULAI UDANG DENGAN TIMUN

1/2 kg udang sederhana (udang harimau atau udang galah lagi best, tapi mahallah!) *pastikan segar!
5 biji bawang merah kecil
1 inci lengkuas
1 ulas bawang putih
7-10 cili kering
sedikit kunyit hidup / serbuk kunyit
semangkuk santan pekat
3 keping asam keping (secukupnya)
garam dan gula secukupnya
timun batang di belah dua dan kerat sepanjang seinci setengah
3 biji cili hijau*

CARA MEMBUATNYA:
1. Kisar bawnag merah, cili kering, lengkuas, kunyit dengan secawan air.
2. Masukkan santan,  dan bahan kisar ke dalam periuk (jika pekat tambahkan air). Kacau selalu hingga nampak berasap (panas) jangan sampai mendidih.
3. Masukkan timun dan cili hijau (jangan potong)
4. Bila mendidih dan timun masak, masukkan udang.
5. Perasakan dengan asam keping, garam dan gula secukupnya.
Bila panas, masukkan timun

Bila mendidih dan timun masak, masukkan udang

Kacau agar santan tidak berketul

Siap, dalam tak sampai pong 10 minit


TELUR BUNGKUS

1/4 mangkuk Isi ayam di dadu
1/4 mangkuk isi udang di dadu
1/4 isi sotong di dadu
1/2 biji bawnag besar Cina di dadu
cili merah di dadu
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh sos tomato
1 sudu besar sos cili
garam dan gula
3 ulas bawnag putih di cincang
sedikkit minyak
* Jika suka boleh masukkan sayur campur atau bunga kobis dan sawi yang didadu kecil. yang ni saya tak buh sebab si Cupie tak makan!

CARA MEMBUATNYA
1. Untuk intinya. Panaskan minyak dalam 2-3 sudu je. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan semua bahan yang lain. Perasakan. Angkat dan ketepikan.



2. Pecahkan 3 biji telur. Masukkan sedikit garam dan pukul hingga sebati.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Lenggang-lenggangkan kuali biar minyak terkena serata bahagian. Tunggu hingga kuali betul-betul panas dna berasap. Tuangkan lebihan minyak agar minyak tidak bertakung di dasar kuali.
4. Kecilkan api ke paling minima. Curahkan telur dan lenggang-lenggangkan ke serata bahagian dalam kuali.
5. Masukkan inti dan lipat telur seperti melipat murtabak.
6. Tutupkan api. Ambil pinggan lekapkan ke atas telur tadi dan terbalikkan kuali agar telur senang dan cantik terletak di atas pinggan



Dah siap.... taraaaa....
Masa bukak puasa tu berebut Cupie dan Tok Bah.... seronokkan bila orang suka amkan masakan kita kan??? Cubalah!

Mee Kari Mamacupie... step by step!

Yuhu.... Salam Ramadhan Al Mubarak! Dah 5 hari Ramadhan baru boleh nak update blog, ni pong sebab saya "cuti", kalau tak memang tak menyempat lagiks!

Okay harini hari Khamis so esok Jumaat (semua dah tahu kan? ehehhe) means, hari esok cuti... Jadi saya dah plan harini nak masak banyak2 dan bahagi2kan kat sedara mara dan jiran2. Kiranya dah jadi adat saya dan ma, kalau bulan puasa memang kami akan masak dan jamu orang bukak puasa, tak kisahlah sama ada panggil datang rumah, saya pergi hantarkan atau tepon je suruh dia orang datang ambil, lagi senang!

Ini ada satu hadith mengenai memberi makan orang berbuka puasa dan sempena bulan Ramadhan, saya dan ma ingin mengambil satu kesempatan ini!

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)

 Dan Alhamdulillah harini saya dan ma berkesempatan. Saya masak MEE KARI! Sebabnya, yang pertama, Cupie suka makan! Yang kedua, saya dah lama tak makan! Yang ketiga, pakcik saya Ayahchik suka jugak dan bila lama sikit saya tak buat, dia pun mulalah bersuara, dah lama tak makanlah dan bla...bla...! Yang keempat sebab arwah abah Cupie suka makan dan selalu cakap mee kari saya menepati selera dia (huhu) dan Yang kelima, entahlah, sebab mee kari saya tak pernah 'post'kan lagi di blog!

Panjang pulak mukaddimahnya.... Mari kita tengok mee kari Mamacupie!

Habis semangkuk rasa nak tido teruih... hahahha

Okay, tadi saya buat untuk seekor ayam, kali ni saya 'reduce'kan resepi ni utk sebelah ekor ayam jer... orang panggil sebelah ke?

BAHAN-BAHANNYA:

Mee kuning dicelur sebentar angkat dan toskan!

Kuah Kari
Setengah ekor ayam potong sederhana kecil (Kalau pergi kedai suruh potong 24 utk seekor ayam)
6 ulas bawang putih
10 biji bawang merah kecil
2 inci halia
2 sudu besar cili kering kisar / 5 biji cili kering 
3 tangkai daun kari
1 peket serbuk kari daging Baba's (peket kecil warna hijau)
1 mangkuk santan pekat
3 mangkuk air (sekadar banyak mana kuah yang dikehendaki)
10-15 ekor udang sederhana (saiz L)
Isi kerang (ikut kemahuan, lebih kurang 1/2 cawan)
Air asam jawa
garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Aksesori Mee Kari
Bebola ikan/ udang/ sotong/ kek ikan/ ketam
Tauhu yang telah digoreng
kacang panjang/ kacang buncis
sayur sawi
taugeh
telur rebus


Daun kari (dah nak pupus dah kat belakang tu, mujur ada anak pokok yang baru nak tumbuh)

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan minyak. Goreng daun kari sekejap biar keluar aromanya. Jangan sampai hangit.


2. Bawang putih, halia, bawang merah dibahagi dua samarata. Satu bahagian di mayang halus dan satu bahagian lagi di kisar bersama cili kering.
3. Apabila daun kari sudah agak wangi, masukkan bawang dan halia dan dimayang halus tadi dan goreng hingga garing. Kemudian masukkan bahagian yang dikisar. Goreng hingga pecah minyak.
Masak hingga pecah minyak. Hendaklah dikacau sentiasa agar tidak hangit/ berkerak dibahagian bawahnya

Bancuh serbuk kari dengan air

Masukkan bancuhan serbuk kari  dan kacau sentiasa hingga pecah minyak. Jika terlalu kering tambahkan air
4. Apabila sudah pecah minyak dan agak garing, masukkan ayam tadi dengan semangkuk air. Kacau sebati, sederhanakan api dapur dna tutup periuk seketika. Biarkan air ayam meresap. Sesekali kacau hingga ayam agak empuk
Masak hingga ayam agak empuk.
5. Kemudian masukkan santan, air asam jawa, garam serta gula secukupnya. Bila mendidih, masukkan kerang dan udang. (Jangan masak udang terlalu lama nanti hilang manisnya)

Untuk Aksesori

1. Celur segala bebola yang di kehendaki serta sayur mayur. Tauhu digoreng.
Celur semua sayuran. Hari ni saya buat extra sebab  nak bahagikan kepada sedara dan jiran2.

Biasanya kalau dihidangkan, yang ni orang ambil lebih!
2. Hidangkan bersama mi dan kuah kari. Mmmm best woooo...

INI CARA STEP BY STEP CAMANA NAK HIDANGKAN!


Bahan aksesori mee kari
Masukkan mee

Kuah karinya dan segala mak neka kat dalam tu...

Tambahkan sayur mayur yang ada


Bebola ikan, tauhu goreng dan telur rebus

Dah siap..... taraa......
Jangan lupa mencuba yer....
Biasanya kalau rumah terbuka setiap hari raya puasa memang saya masakkan mee kari. Boleh dikatakan permintaan ramai jugaklah.... ehehhe sedaplah kot... hahahha perasang!

PERCIK JAWA... apa tu???

Percik Jawa? Mula-mula dengar nama resepi ni memnag 'curios' gila nak tahu camanalah rupanya menu ni.
Okay, al-kisahnya begini.

Makcik saya ni, dulunya ahli PERKEP, maklumlah suaminya, (pakcik sayalah), anggota polis sebelum dia pencenlah ehehhe. Okay, makcik saya ni panggilan kami ialah Cik Nah dan suaminya kami panggil AyahChik.
Memang Cik Nah ni banyak resepinya, sebab diakan selalu ikut suaminya kerja kat merata negeri kat Malaysia ni. Al-kisahnya percik jawa ni, mula2 saya rasa masakan ni ialah masa bulan puasa, bukak puasa hari pertama tahun 2008. Macamana saya boleh ingat sedetailnya cam gini kan? Okay, sebabnya, seminggu sebelum bulan puasa tahun 2008, suami saya meninggal dunia. Jadi, saya masih cuti lagilah waktu tu. Mood pong dalam mood sedih lagi. Memang tak lalu makanlah, tengok makanan tu teringat kat arwah, tengok yang ni teringat dia biasa masak, dia biasa beli dan bla...bla...bla... so memang takde selera. Jadi 1st bukak puasa tu CikNah dan AyahChik datang bukak puasa sama dengan famili saya utk memeriahkan majlis yg tak berapa ramai orang tu sebab semua ahli keluarga lain dah balik kerja. Tinggallah saya, anakanda, tokma dan tokbah. Juadah yang CikNah bawak ialah Percik Jawa!

AyahChik kata, kalau makan percik jawa ni memang kita akan berselera, dengan nasik panas-panas pulak tu. So, memanglah ada terbuka sket selera tu sebab rasanya yang masam, manis dan lemak. Kuah percik jawa ni sedap dimakan dengan ikan bakar @ pun telur ayam/ puyuh rebus! Camana rupanya? Roll on now!

ini ikan bakar dan kuah percik jawa
PERCIK JAWA CIK NAH



BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembong/ selar (sederhana besar)
3-4 biji mempelam muda diracik halus (kalau nak lagi masam letakkan banyak)
Santan pekat dari sebiji kelapa
ditumbuk
 
4 biji cili padi
2 biji cili merah
sedikit belacan (tak buh pun tak pe, kalau buh lagi best!)
Garam dan gula

 CARA MEMBUATNYA:
1.     Ikan dibersihkan dan dilumur sedikit garam kunyit lalu di panggang hingga masak (jangan terlalu kering)
2.     Blend cili, belacan dan sedikit air. Masukkan semua bahan kecuali mempelam ke dalam periuk. Didihkan kemudian masukkan mempelam dan tutupkan api
3.     Tuangkan ke atas ikan yang sudah di panggang tadi

cili merah, cili padi, belacan dan air, blendkan sampai lumat...

mempelam telur (pauh ringan) racik atau hiris nipis2

Masakkan hingga mendidih dna perasakan dengan garam gula. Bagi manis sket baru best!

TARA.... ni versi buh telur rebus... kira makan lauk ni je hari ni....

**
Makcik saya, Cik Nah memang pandai memasak, terutama masakan tradisional. Semuanya dipelajari semasa menetap di beberapa buah negeri kerana mengikut suaminya yang bertugas sebagai seorang pegawai polis. Selepas  suaminya pencen Cik Nah kembali menetap di Kelantan jadi, banyaklah resepi-resepi yang saya dapat belajar darinya. Ikan boleh juga dikukus dan ia juga boleh digantikan dengan telur ayam atau telur puyuh rebus! Kuah percik ni tahan sebulan lebih kalau di sejukbekukan!











4 jenis, 4 jam, sorang-sorang je...UWAAAAA!

Hehehe... itu mukaddimah bagi nampak ceria ngan hepi sket!

Kelmarin kan cuti, pastu ada kawan lama order makaroni cheese bakar tu (thank Zila). Pastu tetiba je ada kenkawan sornag lagi nak order puding keladi. Pastu pulak, pagi2 buta tu malas je nak keluar cari nasi berlauk sebab risau takut tak dan nak siapkan tempahan sebab dua2 nak kul 12 tghari.

So, sambil rebus makaroni tu, saya perancorkan nasi nak wat nasi goreng kat anakanda. Buat keluar segala jenis mak neka dalam freezer tu. Sebab dari semalam lagi rasa nak makan mi kari so kena buat jugaklah sambil2 bakar makaroni, tunggu puding keras... fuhhh rasa cam nak tercabut kaki sebab semua kerja tu kan kena berdiri, tak sesuai kalau duduk!

Abih je hantar tempahan, gi hantar sikit mi kari kat makcik pakcik ku kat rumahnya, then gi basuh keter plak, alang2 dah kuar sebab keter tu kalau tersentuh ngan tangan pong jelas terserlah kehitamannya sampaikan tukang saman MPKB yang kat parking tu pong tersalah tulis dalam surat saman, warna 'blue black' walhal warna purple, so dapatkah anda bayangkan se 'tak bersih' mana keter ku??????

Then, balik je rumah, kawan pulak nak datang. Seronok gak kan sebab rakan setugas dari skul baru nak datang kenal rumah sambil makan mi kari. Abih je dia orang balik maka terbungkamlah ku seorang diri di depan TV. Cupie awal2 lagi Tok Bah bawak gi opis dia! Masalahnya bila letih sangat memang kita tak bleh nak tidurkan? So dan lah menengok movie 'AZURA' Shah Jaszle ngan Nilofa tu yg di downloadkan cupie sudah berzaamn tu... boleh tahanlah... but takdelah best sgt!

Okay, mari kita layan foto2 resepi ku utk kelmarin punyer hari.... mi kari lupo nak amik gambarq! Hari ni pun ada org nak trifle buah campuran tu so kita layan je foto2nya buat kita terliur... ehehheh
Marilah try.... kalo rajin, boleh buat sendiri, senang jer!

MAKARONI KEJU BAKAR

efek cahaya sket bagi kabus.... hahah walhal tak reti amik gambar!

Buat dalam bekas kecik2 sebab nak bagi2 kat famili
Order 2 bekas je Puding Keladi, tapi biasalah terlebih sebab ada yang dah menunggu nak ngapp!

trifle buah campuran... mahapler kiwi tak cukup tu yg kurang meriah tu...

Nak buat birthday party rasanya ni....
Okay, kalau nak resepi, boleh tengok entry2 yang sebelum2 ni ya... carilah kat bahagian puding ngan ala-ala barat tu.... selamat mencuba ya!

sup tomyam putih, pak choy with oyster sauce, telur goreng bibik!

Bukannya apa... sekali sekala cam dah boring je nak makan goreng2 lauk cam ikan, ayam, daging....
so ala-ala cam vegetarianlah pulak walhal campur macam-macam dalam masakan tuh.... kononnya diet sihatlah..
okay, mari kita tengok apa yang dimasak oleh saya....
1. Sup Tomyam Putih
2. Pak Choy With Oyster Sauce
3. Telur Goreng Bibik

Jom... kita pakai apron nak masuk ke dapur kita yang cun melecun itu!!!!!

SUP TOMYAM PUTIH


BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan campuran isi ayam, udang, sotong dan bebola ikan
2 inci lengkuas dititik                                   5 batang serai dititik
Sebatang lobak merah                                   5 kelopak bunga kobis
1 biji lada capsicum/cili merah                      ½ tin cendawan butang
3 kelopak brokoli                                          3 biji tomato belah empat
5 helai daun limau purut                              3 biji limau nipis
3-5 biji cili padi diketuk                                5 ulas bawang putih dititik
1 biji bawang besar dibelah empat

CARA MEMBUATNYA:
1.     Panaskan 1 liter air. Bila mendidih, masukkan campuran isi ayam, udang, sotong dan bebola ikan.
2.     Masukkan lengkuas, serai, bawang putih dan bawang besar.
3.     Bila sudah empuk, masukkan semua sayuran. Perah jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Hidangkan panas.

Macam-macam ada, serba mak neka!
**Tomyam putih panas, masam dan pedas, menyihatkan sesiapa yang demam dan selsema. Hirup sekali, nak hirup lagi. Cubalah, pasti semua memuji!

PAK CHOY WITH OYSTER SAUCE
(Sayur Pak Choy Sos Tiram)

BAHAN-BAHAN
2 tangkai sayur pak choy (sawi kecil)             5 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram                                  1 sudu sos ikan
1 sudu besar kicap cair                                 sedikit minyak bijan*

CARA MEMBUATNYA:
1.     Celur sayur pak choy dalam air mendidih yang diletakkan sedikit minyak bijan
2.     Panaskan minyak. Goreng bawang putih yang telah di cincang halus dan masukkan sedikit air berserta semua sos.
3.     Susun sayur di atas pinggan leper dan curahkan sos ke atasnya.

**
Satu lagi resepi yang selalu saya masakkan untuk hidnagan pengantin. Ringkas tapi berkhasiat. Tidak perlu tambah garam kerana kita sudah menggunakan pelbagai jenis kicap. Minyak bijan boleh digantikan dengan minyak jagung, minyak zaitun ataupun minyak masak biasa. Minyak perlu diletakkan ke dalam rebusan air untuk mencelur agar sayur kelihatan cantik dan berkilat! 


Ada rasa masin manis gitu....
Telur goreng bibik

BAHAN-BAHAN
          3 biji telur
          ½ biji tomato
          1 ulas bawang putih
          ½ biji bawang besar

 
          ½ biji cili merah
          2 biji cili padi
          Sedikit daun kucai*
          Sedikit daun bawang*
          Secubit garam

CARA MEMBUATNYA:
1.     Pecahkan telur, masukkan semua bahan yang telah di racik halus dan sedikit garam. Pukul hingga sebati.
2.     Panaskan minyak. Guna api kecil , goreng hingga betul-betul masak.
3.     telur goreng ini boleh di makan dengan roti, nasi atau pon di makan begitu saja untuk sarapan bagi menggantikan  telur hancur.


Omelet Indon... rupanya buh bawang putih tu jadi makin best... trylah...



**
Saya menamakan telur goreng Bibik sempena orang gaji adik lelaki saya di Kuala Lumpur. Inilah yang selalu dimasaknya untuk anak saudara saya. Sedap juga, disamping khasiatnya yang lengkap. Menurut Bibik, di rumahnya di Sumatera, inilah sarapan yang selalu di hidangkan untuk suami, anak dan juga cucunya.