Drama melayu tonton online - makcik tihah dah start dahhhh.....

Semenjak dua tiga menjak ni... dah kemaruk nak tengok drama bersiri melayu pulaks dah makcik Tihah ni.... dulu-dulu tak adalah begitu... pelik bin ajaib betul! Selama ni kalau tengok kat tv, drama bersiri, esp TV3 memang tak mau tengok... yang pertama sebab ada yang seminggu sekali, pastu 1 jam jer... mana tahan nak tunggu sambungan lambat cam gitu. Yang kedua sebab iklan terlampau lama sampai kadang-kadang dah lupa, apa cerita yang kita tengok sebenarnya! Yang ketiga cliche dan stereotaip... sama jer...anak orang kaya, tak suka tapi kawin lepastu suka dan bla.bla.bla... Itu dululah....

Okay, nak tengok drama ni senang jer. Pergi ke google, taip 'Love You Mr Arrogant tonton online'... berderet search results yang kuar. Ada banyak blog dan website yg 'curi' drama-drama cenggini. Pilih jer. Kadang2 kalau lambat sangat dok buffering jer, saya ke blog laing dan blog tu okay... cuma berhati-hati ngan iklan jer... buat sakit mata dan menyemak jer....

Mulanya terbaca di FB, ada kawan post dia tgk Luv U Mr Arrogant tu kat online... pastu ada yg dok post pasal citer tu ajer so saya pong ter...try...ter...tengok dan... giler betul, berbelas episod tu saya tgk satu hari! Hadoiiii....

Dah terikut dah eh, yang tak bestnyer citer ni tak abih agiks di tv so kena tunggu hari-hari! Cuma saya tak tengok masa pukul 7 tu lah, saya record dulu, malam2 sikit baru tengok, sebab nak skip iklan n nak solat dan ajar anak mengaji!

Citer kedua yag saya tertengok, 'Kampung Girl'

Cerita ni buat saya teringat2 je ngan Akim dan Nad Zaina tu... sesuai sangat diaorang tu.... esp time selepas dia orang dah berbaik, selepas ehem ehem tu... keje nak berkepit dan nak loving loving kiss kiss jer... hahahha lawak tol... menjadi jugak budak Akim tu berlakon. Nad Zainal memang terbaeekkkk... pandai berlakon!

Yang ketiga, 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'... kiut jer Izzue Islam tu...

Yang ni saya baru khatam sekejap tadi.... ehehehhe. Tiq Zaqyah memang pandai berlakon. Izzue Islam pong okay cuma muka dia tu, jambu sangat... hahahha

Sebenarnya secara peribadi, cerita dan jalan cerita ketiga2 drama yang saya tengok ni... SAMA!
Berpaksikan nikah paksa! Yang jadi bestnya sebab cara ianya di olah... dan pelakon2 tu lah pewarna dalam menjadikan citer2 ni best ker tak.... rupanya seronok bila tengok dia orang bergaduh-gaduh sayang selepas nikah paksa tu kan! Kononnya benci tapi sayang... ahaks! Cuma apa yg boleh saya katakan kat sini, baca buku cerita lebih feel lagi... sebab dia cerita detail! Pastu banyak juga babak2 yang diolah dan ditokok tambah dan banyak sangat yang di potong! Anyway anyhow, saya enjoy tgk drama-drama ni.... Tahniah kepada penulis2 novel-novel ini!

Satu lagi, lagu2 yang dimuatkan untuk mengiringi drama-drama ni... memang best! dan ia membuatkan saya teringatkan kekasih hati saya yang telah pergi.
Belajarlah mencintai apa yang kita ada sekarang ini, kerana selepas ia tiada, barulah kita tahu betapa kita memerlukannya...
Tengok kasih sayang dalam cerita2 tu buatkan saya terkenang-kenang, dan kenangan itu, seindah mana pun ia, akan merembeskan air mata saya... yang penting, saya bahagia bila mengingati semua itu...

1 ulasan:

SITI said...

Suka ayat...Belajarlah mencintai apa yang kita ada sekarang ini, kerana selepas ia tiada, barulah kita tahu betapa kita memerlukannya...terasa menusuk ke jiwa nie..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails