Showing posts with label kuih tradisi. Show all posts
Showing posts with label kuih tradisi. Show all posts

PULUT HARI GURU 2016!.... TEN TERENG....

HARI GURU...
Dah sebulan berlalu tapi baru sempat nak kongsi...


brosur hari guru
Alkisahnya, as usual mokcik kena hias pulut kuning...
Mujurlah ada kenkawan yang sudi tolong menolong untuk menyiapkan pulut kuning berhias hari guru dua tingkat tahun ni... rasa cam comey jer... hik hik



Maaf... pagar mokcik dok berape nok dok cacang mmolekk...

Pulut lagi... mmmmm

Tahun ni dah mempulutkan diri beberapa kali tapi yg sempat di snapkan gambarnya yang ni jer...
Ini pulut warna warni masa majlis Watikah Pemimpin Pelajar.


YAng ini pulak pulut cikgu bersara. Nak wat camana depa suka design ni so kawe watlah design cam ni...huhu



PULUT OH PULUT!!!

Sajer je ni sebab terbelek2 gambar dlm fon... byklah pulak gambar pulut yg mokcik tihah buat taun nih... eheheh
Jom roll on gambar!

bahagian atas
bahagian atas


itik tersungkur di hari merdeka... hahahha


Idea spontan. Yang paling susah nak fikir camana nak buat bulan bintang tu... telur warna warni tu cg norhayati yg buat... halus jer....

Ini pula Majlis Kahwin My niece... eheheh buat pong kalut2 sket neh...


Ini yg last... pulut persaraan...

kembang teratai di tasik pawana


Seronok juga sebenarnya berkarya dengan pulut nih... Hmmmm....
Apa kata anda?

Bingka Cheese Sarawak

Bingka Cheese Sarawak.
Hadoi.... dgr namanya pong dah kecur liur sebab cheese mmg sedaplah... bingka pun feveret saya... sarawak pula mengingatkan pada kek lapis so bila tgk org jual... mak oi... mahalnya! 60 - 70 sebijik.
Mungkin bahannya yang berkos tinggi kot... Gugel punyer gugel, terjumpalah resepi ... ten tereng... nin dia... hasilnya
kerak yg atas tu yg best
oklah kot sebab baru first time wat kan...
Ni resepinya ya kenkawan

BINGKA CHEESE SARAWAK

BAHAN A
1 paket agar2 cap ros ( 13g ) ~  guna agar2 serbuk 10gm pong ok
3 cawan air ~  kurangkan sedikit kalau guna agar2 10gm
1 cawan gula pasir ~ ¾ cawan pong ok kalau tak nak manis sangat

BAHAN B
250g mentega
250g cream cheese Philadelphia @ tatura
1/2 tin susu pekat manis ( jika ingin kurang manis, guna krimer pekat pun ok )
1 1/2 cawan tepung hong kong ~ guna tepung gandum pong ok
3 biji telur ayam saiz A @ B @ C, kalau D@E kena lebihkan sebijiklah
1 sudu kecil esen vanila/jus lemon

CARA PENYEDIAAN:-
1.       Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika (masak paling last pong takpe sebab nak yg panas2 tau)
2.       Pukul telur ayam sehingga kembang
3.       Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4.       Masukkan tepung, cream cheese, esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati
5.       Masukkan agar2 ( yg masih panas ) sambil dipukul laju
6.       Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 175c selama 1 jam atau sehingga masak ( bergantung pada jenis oven )

7.       Kalau boleh bakar cara double boiler, lapis dalam air dulu

PULUT KUNING BERHIAS... hihihi

Dah lama tak memblog
Saja nak kongsi pic pulut kuning berhias. Tolong kawan-kawan hias untuk Majlis Hari Guru dan juga Majlis Persaraan Pengarah Pendidikan Kelantan.




Ini masa majlis hari guru kat sekolah mokcik Tihah



abaikan back ground ek




Maaflah dgn background yang tak sempat di edit. Ehehhe, ini jerlah hasil yg tak seberapa, mokcik n saing2 mokcik bertungkus lumus selama sejam.

PULUT KUNING BERHIAS.. MUSIM ORANG KAHWEN MAI PULOK DAH...

HAI
Mokcik Tihah nih ginilah ceritanya kalau tiap kali musim orang kahwen a.k.a musim cuti sekolah... maka bermulalah mempulut kuningkan diri dengan bondaku

Jom kita tengok hasil yang mokcik Tihah wat...

MEKAR TERATAI DI TASEK ASMARA... amacam, bes dok judul pulut mokcik tihah?




siap sedia utk dihantar kepada penempah... kali ni dia orang nak hias sendiri bekas!

Okay, yang kat atas tu versi takdok burung-burung cinta. Hehhe, yang bawah ni versi burung-burung cinta kay!

ASMARA TIGA HATI... clearr dok judul ni?





Itulah setakat ni ya. Nanti mokcik update lain deh.
Kalau ada idea bila tengok hok mokcik wat ni, silalah cuba ya... cuma gambar tu kalau nak letak kat mana-mana bagitaulah dulu lepas tu letak link blog makcik deh.
Jumpa lagi!

Musim orang kawen! Puding, pulut berhias n makan beradap

Salam
Cuti sekolah satu minggu... mak oiii cepatnya masa berlalu seminggu tu...
Habis... satu rancangan pun tak menjadi... rancang sendiri2 jer, macam nak mengemas rak buku dalam bilik, susun balik novel, siapkan manuskrip, jenjalan kat kedai buku ngan cupie... hadoi.... satu pun tak buat!

Alkisahnya, cousin ku kahwin. Alhamdulillah, walimatul urus semuanya berjalan dengan lancar. Saya, biasalah, akan berada di belakang tabir, buatlah apa yang patut... saya ngan bondalah... siapa lagi partner in crime saya tu... ehehhe... sayang bonda!

Okay, untuk cousin saya yang pertama, Ati...saya cuma buat desert makan beradap jer... dan door gift - trifle n puding pancawarna! itu pun untuk V.I.P jer. Pengsanlah makcik kalau nak buat untuk semua tetamu wei.... pastu wat gubahan pulut kuning. Pastu adalah buat kerabu mempelam untuk tetamu VIP juga. Banyak juga rupanya nak menghiris segala macam benda untuk 100 orang makan! Mujurlah ada jiran2 sebelah dan saudara mara yang lain. Itulah pentingnya... KERJASAMA! Bonda, as usual buat gubahan hantaranlah... klasss wa cakap lu...

Jom kita tengok gubahan Tok Ma si Cupie buat a.k.a bondaku

guna polisterin dan segala renda dan kain. Saya surrender... tak reti nak buat


antara gubahan-gubahan hantaran... tema coklat dan kuning... ada rambu ramba lagiks


Ini untuk balas besan. Dalam kotak hadiah tu kain untuk besan

kreativiti bonda!

Okay... itu yang bonda buatlah... ini dari anakanda nya... ehehhe. Sorilah bebanyak. Idea tak berapa nak datang masa buat gubahan pulut so ciplaklah sket dari idea2 kat internet. Sori Kak Wan (Citarasawan), ada juga amik idea kak wan sket2 ehehhe... bukan untuk jual kak, untuk tolong sedara mara jer...
Saya letak nama, gubahan ni... "PULUT BURUNG CINTA"... Aduh... 

Perasan tak apa yang takder? Muncungnya... ehhehe sori, cili merah tak ada so pi bubuh kat rumah kendurilah gamaknya

letak dalam bekas tu...nampak cam okey jer... shomelll jugak kan?

Okay, pastu ni pulut yang saya gubah untuk wedding my second cousin, Amir Sufi.. Ustaz Pi kita...
Ini nama dia' TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA' hihihi... tu yg nampak tersungkur tu....

Ini koktel pulut kuning. Letak kat tengah2 meja makan beradap

Punyerlah dung dang dung dang wat makan beradap... satu pong tak snap pcture... hua hua hua...
dahlah untuk majlis kahwin Ustaz Pi ni, semuanya menu yang baru, except kerabu mangga. Hua hua... check punyer check... haaaa... ada sekeping gambar ayam gulung sayur sayuran... itu pun cousin yang sorang lagi tolong amik... huhuhu

chicken roll / ayam gulung sos cendawan n black pepper
ini one of the doorgiftuntuk VIP. Ada trifle, ada puding pancawarna... 

Ini special saya buat untuk letak kat meja beradap... disamping warna warni kira untuk desert jugoplah...

Disamping untuk cousin, ada juga tempahan dari kawan2 dan kawan2 bonda untuk tunang, risik, kahwin anak-anak dia orang.... biasanya say buat pudinglah... dan ada juga makaroni bakar serta pai dan quiche

quiche... lupa nak snap yang dalam bekas yang siap digubah

makaroni in cup  baru nak bakar
makaroni cheese bakar
puding trifle n puding coklat buah buahan

Setakat ini dululah perkongsian saya kali ini. Insyaallah saya akan letak resepi chicken roll sebab ada kawan-kawan yang tanya. Kalau boleh saya nak masak sekali lagi, snap picture step by step barulah saya nak letak kat sini. Senanglah sikit kan!