Showing posts with label desert. Show all posts
Showing posts with label desert. Show all posts

MUSIM ORANG KAHWIN DATANG LAGI... MAKAN BERADAP....

Orang kahwin? Memanglah sinonim bila cuti sekolah jer... orang kahwin. Bila orang kahwin jer... cuti sekolah.... hua hua hua...

Sebenarnyalah kan... cuti sekolah kali ni saya nak relaks.... dan menumpukan sepenuh perhatian pada kerja2 lain yang tiada kaitan dengan tempahan puding ke, kek ke, apa-apalah.... sebab saya nak relaks... ok... relaks! Saya cadang cuti dua minggu ni saya nak kemas bilik, nak susun dan kemaskini buku2, novel dan lain-lain di bilik saya. Then, saya nak siapkan novel terbaru yang terbengkalai entah berapa kurun dah.....
Itu cerita asalnya jadi setiap kali ada orang nak tempah, saya akan bagi 1001 alasan. Pada yang rapat2 tu saya beritahulah cerita sebenar... tapi... dia orang tak peduli... siap buat paksa rela.... siap guna bonda saya lagi so.... terpaksa dalam rela dan gundahlah maka makcik buat jugaklah!

Okay... yang pertama di hari Jumaat mula cuti kena wat trifle makan beradap ngan hantaran....
Inilah hasilnya...
desert untuk makan beradap
Banyak ni je makcik buat.... kira cukup2 meja ehehhe
Takkan orang lain tak merasa kan... so tambahlah satu bekas lagiks!
Untuk hantaran kena buat bagi overr sket.... 

Okay.... then.... keesokan harinya kena wat makan beradap pulaks!
Ni kejer last minute sebab cari barang last minutes. Kenapa jadi cam tu....? Sebab bagitahu last minute!
Biasalah.....
Rasernyer ni yang paling simple saya pernah buat kot....
As usual... mesti ada bakul buah-buahan...
Bawal emas masam manis

Udang bread crumbs

Kerabu campur (mangga, karot, timun, capsicum, tomato)
3 hidangan je buat
Seperti biasa pelengkapnya... desert...trifle
Selamat Menjamu Selera!

TAT TELUR DAN TAT BUAH DI PAGI HARI MEMBUTA!

Kul 8am siap!
Tat telur dan tat buah untuk hantaran kahwin adik sahabatku Hani.
Actuallynya, saya terlupa pada tempahan satu ni sebabnya, saya dah pass kan kat cousin order ni. Rancangan asal saya nak ke KL tapi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan maka tertunda pemergian saya itu maka, cousin saya pass balik kat saya order tu... gitulah ceritanya hingga membuatkan saya terlupa nak wat... maka terpaksalah membangunkan diri di pagi hari membuta,  untuk buat dari A sampai Z. Biasanya kalau tat buah tu, saya dah bakar siap2 kulit tat tu dan simpan dalam bekas kedap udara. So bila nak guna senang, tak payah uli2 dah, tapi lupa punyer pasal, kenalah bangun awal.

Maka tanpa menghiraukan alam sekeliling, kung kang kung kang kat dapur... (saja jer buh sound efek lebih sikit bagi nampak hebat, hahah). Mujur ada Suria FM, temankan makcik nih ha!

Jom roll on resepi dan gambarrq2nya... resepi tat buah boleh jenguk di sini http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/05/fruit-tart-tat-buahlah.html

Okay, nak buat pastrinya, sama jer.... yang ni resepi untuk filling telurnya

Bahan
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair/ susu segar
1 cawan air
1 sudu besar bumbu tepung kastard
4 biji telur
sedikit esen vanila
secubit garam

Cara membuatnya:
1. Bakar separa masak kulit tat yang telah di letakkan ke dalam acuan.
2. Keluarkannya dan tuangkan bahan filling yang telah di kacau sebati dengan whisk. Kadar banyak mana filling tu bergantung pada kesesuaian. Letak banyak pong ok, letak separuh pong okay (satgi, orang kata kedekut pulak kalau letak sikit kan!)
3. Bakar lagi hingga fillingnya masak dan kulit tat agak garing!
4. Sejukkan dahulu baru di asingkan dari acuan untuk mengelakkannya pecah.
5. Sedapler... betuiiii....

Cuba yer!


Sorry takleh nak upload foto banyak-banyak... tak cukup ruang! Lain kali saya upload kay! nak selesaikan masalah ni ngan cik google japs!

29 Februari, Gerimis Mengundang Untuk 3 hari tat buah dan puding keladiku!

Pusing kepala ke kiri, pusing kepala ke kanan, keluar bunyi 'kah!' Fuh, lega!

Mata pun boleh bukak luas sikit. Letih!
Bukannya apa, semalam tidur kul 2.30am. pagi tadi bangun seawal kul 5. Silap... kul 6 kot, ala dekat-dekat kul 6 sebab masa tu org dah azan Subuh! Mujurlah Allah bagi badan saya ni kuat lagi kan!

Tanyalah buat apa? ehehhe, buat tatbuah dan puding keladi. Adalah kawan tempah untuk tunang anak dia. Dia tempah dua set setengah. 1 set, 25 biji. 1 adunan dapat 30 biji, kalau buat dua adunan, baru 60, kalau dua adunan setengah, baik buat 3 adunan teruskan so.... yg paling leceh nak buat tat ni... dia punya pastri. Bukan leceh dah buat pastri, nak tunggu di bakar dalam oven saya yang tak berapa besar mana tuh kan... sekali masuk 20 biji je, bekas acuan tu saya ada 24 jer, so kenalah tunggu masak, tunggu sejuk sikit nak keluarkan dari adunan tu... tu lah pasal, orang suh beli banyak sikit acuan tu tak mau, kononnya cukup dah 24 bekas tu... ehehhe, maka selepas tengok siri Adan dan Hawa kat Mustika HD tu, saya mulakan kerja.

Nak tau sapa temankan saya? Ala, saya tengok movie 29 Februari... not bad! Saya suka. Tapi citer ni tak berapa meletup w/pun hero dia Remy Ishak yang tak hensem mana pong tu tapi macho (bagi sayalah). Pastu saya sambung tengok citer 'Gerimis Mengundang' yg memang tak best langsung! tapi saya tengok jer... sebab semua orang dah tidurkan, jadi bising2kanlah sikit kawasan dapur tu! Hahah... banyaklah bercerita pulak kali ni. Maklumlah lama tak 'update'.

Dah tengok gerimis mengundnag tak berapa nak boleh masuk, bukan sebab Kamal Adli, dia okay je, sebab heroin ngan jalan cerita tu... saya pun bukaklah 'Untuk 3 hari'. pelakon semua 'best2' tapi tak tahulah kenapa tak sampai je cerita ni ke hati. Pengakhiran dia... memang 'mengecewakan' abis! Saya rasa kan macam ada je citer omputih yang lebih kurang dengan citer ni, tapi minda saya tak berapa nak ingat mana.
Aiks, jadi sesi preview filem pulaks... ehehhe

Okaylah ni ada tat buah dan puding keladi yang saya buat tadi. Nak resepi boleh amik kat blog saya ni yer...





FRUIT TART... tat buahlah...

FRUIT TART... Fuh, memnag saya sangat menggemarinya. Kulit tat yang rangup tapi gebu, fillingnya yang creamy, serta kemasaman dan kemanisan dalam buah2an campuran yang diletakkan di atasnya.... memnag sedap!

Once upon a time dulu, memang saya tak reti langsung nak wat dia punya kulit tat. Rasa cam remeh sangat. Ye lah, lepas uli2, kena letak dalam peti ais dulu, pastu kena canai kena terap pulak... banyak kerja. So bila rasa nak makan, suruh je lah cousin saya di http://damya-delights.blogspot.com/ tu yang buat. Memang bestlah tapi lama2 dia boring gak asyik suh dia buat so saya pong mintak tolong dia buat kulit je, filing tu saya buat. Last2 dia malas saya pong try buat. Rupanya, senang gila beb! Tak payah sejukkan, canai, terap. Lepas je siap doh terus tekan masuk acuan. Lebihannya potong ngan pisau. Bakar, then siap! Boleh letak filling apa pong yang rasa nak letak. Senang  je beb rupanya. Nyesal I tak buat awal2 tau!

Okay, mari kita kongsi resepinya. Saya dapat dari cousin saya di http://damya-delights.blogspot.com/.

TAT BUAH IKUT SUKA HATI AWAKLAH.... (nama yang diberikan oleh diriku sendiri)

BAHAN PASTRI!

250g butter (sebuku)
50g marjerin
550g tepung gandum
1 biji telur
100g gula aising/ kastor
secubit garam
esen vanila

CARA MEMBUATNYA:
Mentega, marjerin, dan gula di pukul sebentar. Mentega tu letak kat luar bagi lembut dulu pada suhu bilik. Kacau dengan senduk biasa je. Tak payah guna mesin. Bila dah agak sebati, masukkan telur dan esen vanila. Pastu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kalau ikut cara orang malas cam saya, tak payah masukkan dalam peti ais. Terus bulat2kan setebal mana kita nak buat doh then tekan je dalam acuan tartlets. Lebihan atasnya potong dengan pisau, kemudian kemaskan. Buat sampai cukup satu tray kat dalam oven. Cucukkan dasar adunan dengan garfu. Bakar dalam suhu 180C selama 20-25 minit hingga masak. Keluarkan dari ketuhar. Sejukkan sebentar. Terbalikkan sahaja bekas tartlets tadi dan kulit tat akan meluncur keluar. Berhati-hati jangan terlalu 'ganas', nanti kulit tat tak cantik tau! Kena lemah lembut sikit!

BAHAN FILLING KRIM KASTARD

BAHAN A
250ml susu plain (boleh guna susu segar@ susu cair)
50g gula
100g mentega

BAHAN B
250ml susu plain
40g tepung kastad
1 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
sedikit esen vanila

SAPUAN JELI
20g serbuk jeli
300ml air

HIASAN
*fruit cocktail
buah strawberi, kiwi,anggur,peach,rasberi, ceri dan bla...bla...bla...

CARA MEMBUATNYA
1. Bahan A didihkan. Tutup api.
2. Campurkan semua bahan B. Kacau dengan whisk hingga sebati dan tidak berketul-ketul
3. Tapiskan Bahan B ke dalam Bahan A. Masak hingga meletup-letup. Hendaklah sentiasa dikacau.
4. Ambil kulit tat (pastri tatlet) tadi, letakkan krin kastard dan kemudian susunkan buah-buahan segar di atasnya. Boleh juga diletakkan sedikit buah dari 'fruit cocktail' kemudian susunkan dengan buah-buahan segar. Kalau rajin, sapukan sedikit jeli keatas buah2an tadi agar nampak berkilat dan cantik.

**Saya mencampurkan 250ml susu cair+250ml susu segar untuk filling krim kastard. Marjerin dicampur dengan mentega untuk pastri tatlets kerana jika hanya mentega digunakan ianya menjadi sangat rapuh dan mudah pecah. Jika menggunakan marjerin terlampau banyak, pastri tatlets akan menjadi keras dan tidak rangup.

disusun untuk diletakkan filling krim kastad

Baru keluar oven!
Buah-buah segar yang digunakan

Siap diisi filing krim kastad dan susunkan buah
Susun dalam bekas sebelum dihantar kepada pengordernya
sedap wooo...trylah buat, senang je!
Ini 'giant fruit tart' , untuk hantaran
Giant fruit tart ... different hiasan

doorgift, tat buah dan trifle lagiksss!

Hari jumaat lepas, three days ago lah... boleh dikatakan hari memenatkan jugaklah. Pepagi membuta tu gi hantar Cupie ujian naik belt taekwondo, then balik tu rileks jap, makan nasik berlauk, terus buat trifle untuk makan beradab menyambut menantu rumah kawan ma, sambil-sambil tu ma tak dan nak angkat muka langsung dok wat doorgift! Siap trifle tu, baru je nak lelap mata jap, anakku si men'cupie' laparlah pulak! So bangunlah balik wat nasik kononnya nak goreng telur je, tergoreng sotong masam manis pulak.

Cupie n kenkawan b4 masuk peksa
Lepas makan, solat asar, dan lah tengok citer apa ntah magic2 kat tv, pastu teringat yang tat buah orang order tak wat agiks... terus bangkit wat. Malam tu lepas Isya' gi hantar rumah kawan ma jugak sebab dia nak wat pergi merisik untuk anak dia keesokan harinya. Balik tu, terus buat makaroni bakar untuk jamuan kat sekolah esoknya. MUlanya nak buat puding lapis keladi sama tapi dah tak larat sangat dah. Masuk je makaroni dalam oven, terus lena. Mujurlah timing yang buh tu tepat. Kalau tak entah tak masak atau entah terlebih masak pulak. Okay jom kita jamu mata tengok2 doorgift yang ma buat serta apa-apalah yang sempat diambil gambarkan untuk hari tuh!

door gift yang ma buat utk majlis kahwin anak kawan dia

nice kan?
Sedia untuk delivery

Inilah rupanya trifle untuk makan beradab!
Nak menyusun ni pong berminit jugak, nak kena bagi kemas dan jangan bagi rosak!

MY PEBERET!!!!!

Kawan ma order untuk nak bawa masa gi merisik anak dia

Ma dah hias elok kotaknya, simple but nice!

KETUPAT SOTONG KELATE!

Fuh.... inilah antara desert yang adinda2ku si AyahNgah dan Che Sue (panggilan Cupie untuk adik2ku), minta ma buat bila balik kampung! Kalau kami ke rumah mereka pun, inilah juga yang dia orang minta... ish ish ish...

Tapi bukanlah nak cakap saya suka puji desert oghe kelate buat... memang terbaeekkkk! Ingat dulu masa arwah suami saya mula2 dengar nama resepi ni, memang dia rasa cam tak best... ye lah, sotong tu kan, orang selalu masak buat lauk... pastu lak campur dengan pulut, nisse (gula melaka) yang manis tu, santan, daun pandan... rasa cam tak masuk je kan! Tapi sekali dia rasa ma buat... dia senyum jer... siap minta tambah lagi! Dia kata rasanya macam serawa... serawa binatang! hahahah ye lah sotong kan binatang, haiwan... tuh yang sampai sekarang kalau makan ketupat sotong kami teringatkan dia! Al-Fatihah!

Okey, sebenarnya dah lama saya nak masukkan resepi ni cuma yang kelakarnya, saya dah shoot gambar-gambar cara nak buat, siap step2 dia lagi... tup tup gambar yang dah masak lupa nak amik! Oleh sebab itu saya pinjamlah gambar ketupat sotong yang dah masak dari rakan-rakan lain kat tenet ni...  http://eforum3.cari.com.my/viewthread.php?action=printable&tid=178067

Okey, jom tengok resepi dan kaedah2nya step by step!


Ketupat sotong

BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong saiz sederhana yang segar         
½  kilo santan pekat                                  
3 ketul gula melaka (nise)                              
Pencungkil gigi  
1 cawan beras pulut                                           
10 helai daun pandan
Garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:
1.     Bersihkan sotong, buangkan hitam dan kulitnya, toskan.
2.     Basuh beras pulut dan rendam seketika dengan sedikit santan dan garam.
3.     Ambil sotong, gunakan sudu kecil, masukkan beras pulut tadi sehingga separuh badannya.(jangan isi penuh nanti isi pulut yang terhasil keras dan mentah)
4.     Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang berisi beras pulut tadi.
5.     Cucukkan pengcungkil gigi depan dan belakang kepala.
6.     Di dalam periuk, lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi kesemuanya.
7.     Susun sotong biar memenuhi ruang dasar dan tindan perlahan di atasnya.
8.     Masukkan santan pekat tadi bersama sedikit garam, dan gula melaka.
9.     Hidupkan api yang paling kecil, tutupkan periuk dan masak selama 30-45minit (hingga pulut dalam sotong tu masak). Santan tu akan pecah minyak. 

sudu kecil dan pencungkil gigi

beras pulut yang digaul dengan sedikit santan dan garam

Masukkan beras pulut ke dalam sotong, separuh sotong je tau!

Sumbat dan tekan bagi padat


kemaskan dengan pengcungkil gigi kiri dan kanan


Susun sotong diatas daun pandan yang disusun di dasar periuk

Masukkan santan dan bahan-bahan lain. Didihkan. Jangan campur air sebab air sotong akan keluar nanti.
Dah masak... tapi ni gambar pinjam. Lagu nilah rupa bentuknya bila dah masak. Best woooooo...