QUICHE AYAM CENDAWAN

Semalam jenuh tanya miss Google ape ke bezanya quiche ngan pai? Akhirnya terjawab sudah so hari ni makcik Tihah buatlah quiche n jugak pie. Base dia sama cuma pie dia takdek filling atau topping dia... lebih kurang gitulah...

Okay... resepinya sama je ngan pai ayam cendawan kat sini http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/11/pai-ayam-cendawan-salam-cinta.html

malas nak klik? Aloh... klik pun malah.... okeylah makcik Tihah buh resepi penuh deh...

QUICHE AYAM
Hmmm....

Pastrinya:
250g butter
50g marjerin @ shortening
2 sudu gula  aising (blend je sikit bagi jadi halus)
550g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu air ais
secubit garam


Intinya:
1 mangkuk isi ayam/ ayam cincang/ daging pong boleh
3 biji kentang (dadu kecil)
1 batang lobak merah (dadu kecil)
1 tin cendawan butang (hiris memanjang)
3 tangkai daun sup (dicincang kasar)
1 cawan susu segar @ susu cair * (optional)
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar Cina di dadu
sedikit serbuk lada putih dan hitam
1 sudu besar oregano *(optional)
1 sudu serbuk lada hitam * (optional)
2 sudu sos tiram
2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan air
garam dan gula secukupnya

Filling/ Toping
4 biji telur
Secubit garam dan serbuk lada sulah / secukup rasa megi
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar krim/ kalau takde buh je tepung gandum 3 sudu besar... betoi...                            
Keju mozarella/ cheddar/ parmesan (parut atau potong kecil)
Satukan semua kecuali keju parut. Kacau dengan whisk hingga sebati

Cara Membuatnya:
1. Untuk pastri. Satukan mentega, marjerin dan gula. Kacau sebati (guna tangan je).
2. Masukkan telur, esen vanilla dan garam. Kacau lagi
3. Masukkan tepung gandum. Guna kaedah gaul ramas guna hujung jari. Buat hingga jadi seperti serbuk roti. Bila dah nampak dah sebati, ok dah, masukkan air ais. Kalau adunan melekat kat bekas, taburkan tepung sikit dan gaul lagi. Buh dalam plastik atau wrap dia. Simpan jap dalam peti ais, minimum, 20 minit.
4. Keluarkan dan bolehlah di canai ataupun kalau saya buat, saya tekan-tekan kat acuan je, malas nak canai (kalau acuan kecik... kalau besar kena canai , okey!). Janganlah tebal sangat kan dan janganlah nipis sangat.
5. Ok, untuk inti. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga layu.
6. Masukkan isi ayam. Biar separa masak. kemudian masukkan semua perasa, sos tiram, garam gula, serbuk lada, oregano. Pastu masukkan susu segar dan kentang serta lobak merah. Sederhanakan api, tutup kuali hingga kentang dan lobak merah hampir empuk.(Kalau tak mau lemak sangat tak payah letak susu segar, just letak  air sikit)
7. Kemudian masukkan cendawan butang, daun sup dan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar biar ianya pekat dan melekat sesama sendiri. Jangan berkuah ye, nanti pastri akan pecah dan tak rangup bila kita letak inti. Tutupkan api. Biarkan ianya betul-betul sejuk. (Saya letak dalam peti ais dulu)
8. Kalau acuan besar, bakar dulu 15 minit kulit quiche tu. Kalau acuan kecil boleh terus letak inti (pastikan dah sejuk).
9. Penuhkan dengan inti kemudian curahkan filling memenuhi ruang-ruang kosong. Taburkan keju diatasnya. Bakar hingga keperangan. About 30 minit gitu.
10. Waktu masih panas pun boleh dikeluarkan dari acuan sebab ianya tak melekat... percayalah kat saya....

Roll on foto...
Baru je kuar oven
Ready to serve
Dalam bekas pai besar.... actually keju tak cukup tu yg pakai letak jer... kena sikit sikit jer... ehhehe
SELAMAT MENCUBA!

MUSIM ORANG KAHWIN DATANG LAGI... MAKAN BERADAP....

Orang kahwin? Memanglah sinonim bila cuti sekolah jer... orang kahwin. Bila orang kahwin jer... cuti sekolah.... hua hua hua...

Sebenarnyalah kan... cuti sekolah kali ni saya nak relaks.... dan menumpukan sepenuh perhatian pada kerja2 lain yang tiada kaitan dengan tempahan puding ke, kek ke, apa-apalah.... sebab saya nak relaks... ok... relaks! Saya cadang cuti dua minggu ni saya nak kemas bilik, nak susun dan kemaskini buku2, novel dan lain-lain di bilik saya. Then, saya nak siapkan novel terbaru yang terbengkalai entah berapa kurun dah.....
Itu cerita asalnya jadi setiap kali ada orang nak tempah, saya akan bagi 1001 alasan. Pada yang rapat2 tu saya beritahulah cerita sebenar... tapi... dia orang tak peduli... siap buat paksa rela.... siap guna bonda saya lagi so.... terpaksa dalam rela dan gundahlah maka makcik buat jugaklah!

Okay... yang pertama di hari Jumaat mula cuti kena wat trifle makan beradap ngan hantaran....
Inilah hasilnya...
desert untuk makan beradap
Banyak ni je makcik buat.... kira cukup2 meja ehehhe
Takkan orang lain tak merasa kan... so tambahlah satu bekas lagiks!
Untuk hantaran kena buat bagi overr sket.... 

Okay.... then.... keesokan harinya kena wat makan beradap pulaks!
Ni kejer last minute sebab cari barang last minutes. Kenapa jadi cam tu....? Sebab bagitahu last minute!
Biasalah.....
Rasernyer ni yang paling simple saya pernah buat kot....
As usual... mesti ada bakul buah-buahan...
Bawal emas masam manis

Udang bread crumbs

Kerabu campur (mangga, karot, timun, capsicum, tomato)
3 hidangan je buat
Seperti biasa pelengkapnya... desert...trifle
Selamat Menjamu Selera!

50 KARYA TERBAIK GURU MALAYSIA 2013


Dah lama makcik tak menulis blog ni kan!
Sebenarnya perkara ni dah berlaku about 2 weeks ago.
Saya pernah cerita kan yang saya terpilih antara 50 karya terbaik guru Malaysia. So nak cerita cerihik lah sket... takbanyak pong yang dapat diceritakan
16 Mei, hari guru so saya ke Negeri Sembilan, di Stadium Nilai untuk menyertai sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Actually adalah sedikit hok hek hok hek pasal majlis tu tapi abaikan jer... yg penting saya menghadirinya dan saya nampak stand yang letak buku saya. Rasa bangga lah jugak sebab terpilih dan siap dipamerkan lagi buku kita tuh kan... seronok sangat... Syukur Alhamdulillah!
Cuma terkilan sebab macam 'lost' jer hari tu. Bila saya sampai nak daftar kat mana pun tak tahu, tanya orang tu tak tahu, orang ni tak tahu... bukankah saya di jemput? Mujurlah ada rakan se penerbit, at least kenal orang jugak kan! Pastu mujur ada adik iparku Aziey yang menghantar ku ke sana, ada sahabat lamaku si Anis yang juga ke sana untuk bertemu saya dan tak lupa my cousin Nadia yang mengikuti rombongan PPD Kelantan. Yang pertama terkilan sebab tak dilayan... lebih kuranglah... pastu bila tanya ada tempat ke disediakan untuk duduk di dalam dewan tu pong mereka tak tahu.... walhal memang ada tempat VIP siap tulis kat kerusi lagi 'pengkarya'! Satu lagi, katanya ada sesi tandatangan tapi tak ada pong! Kira datang macam tu, balik pun macam tu, pandai2lah kau bawa diri! Saya pon tak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Tak apalh nak buat camana kan.... okay kita layan gambar jerlah yer....
With my cousin Nadia depan pintu masuk Dewan
With Anis Salwanis,... 15 tahun tak jumpa! 
Close up sket....
Inilah karya saya yang terpilih diantara 50 karya terbaik guru Malaysia 2013
Dia orang letak kat atas stand kiranya ada 50 stand lah untuk display...
Alhamdulillah!