Mee Kari Mamacupie... step by step!

Yuhu.... Salam Ramadhan Al Mubarak! Dah 5 hari Ramadhan baru boleh nak update blog, ni pong sebab saya "cuti", kalau tak memang tak menyempat lagiks!

Okay harini hari Khamis so esok Jumaat (semua dah tahu kan? ehehhe) means, hari esok cuti... Jadi saya dah plan harini nak masak banyak2 dan bahagi2kan kat sedara mara dan jiran2. Kiranya dah jadi adat saya dan ma, kalau bulan puasa memang kami akan masak dan jamu orang bukak puasa, tak kisahlah sama ada panggil datang rumah, saya pergi hantarkan atau tepon je suruh dia orang datang ambil, lagi senang!

Ini ada satu hadith mengenai memberi makan orang berbuka puasa dan sempena bulan Ramadhan, saya dan ma ingin mengambil satu kesempatan ini!

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)

 Dan Alhamdulillah harini saya dan ma berkesempatan. Saya masak MEE KARI! Sebabnya, yang pertama, Cupie suka makan! Yang kedua, saya dah lama tak makan! Yang ketiga, pakcik saya Ayahchik suka jugak dan bila lama sikit saya tak buat, dia pun mulalah bersuara, dah lama tak makanlah dan bla...bla...! Yang keempat sebab arwah abah Cupie suka makan dan selalu cakap mee kari saya menepati selera dia (huhu) dan Yang kelima, entahlah, sebab mee kari saya tak pernah 'post'kan lagi di blog!

Panjang pulak mukaddimahnya.... Mari kita tengok mee kari Mamacupie!

Habis semangkuk rasa nak tido teruih... hahahha

Okay, tadi saya buat untuk seekor ayam, kali ni saya 'reduce'kan resepi ni utk sebelah ekor ayam jer... orang panggil sebelah ke?

BAHAN-BAHANNYA:

Mee kuning dicelur sebentar angkat dan toskan!

Kuah Kari
Setengah ekor ayam potong sederhana kecil (Kalau pergi kedai suruh potong 24 utk seekor ayam)
6 ulas bawang putih
10 biji bawang merah kecil
2 inci halia
2 sudu besar cili kering kisar / 5 biji cili kering 
3 tangkai daun kari
1 peket serbuk kari daging Baba's (peket kecil warna hijau)
1 mangkuk santan pekat
3 mangkuk air (sekadar banyak mana kuah yang dikehendaki)
10-15 ekor udang sederhana (saiz L)
Isi kerang (ikut kemahuan, lebih kurang 1/2 cawan)
Air asam jawa
garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Aksesori Mee Kari
Bebola ikan/ udang/ sotong/ kek ikan/ ketam
Tauhu yang telah digoreng
kacang panjang/ kacang buncis
sayur sawi
taugeh
telur rebus


Daun kari (dah nak pupus dah kat belakang tu, mujur ada anak pokok yang baru nak tumbuh)

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan minyak. Goreng daun kari sekejap biar keluar aromanya. Jangan sampai hangit.


2. Bawang putih, halia, bawang merah dibahagi dua samarata. Satu bahagian di mayang halus dan satu bahagian lagi di kisar bersama cili kering.
3. Apabila daun kari sudah agak wangi, masukkan bawang dan halia dan dimayang halus tadi dan goreng hingga garing. Kemudian masukkan bahagian yang dikisar. Goreng hingga pecah minyak.
Masak hingga pecah minyak. Hendaklah dikacau sentiasa agar tidak hangit/ berkerak dibahagian bawahnya

Bancuh serbuk kari dengan air

Masukkan bancuhan serbuk kari  dan kacau sentiasa hingga pecah minyak. Jika terlalu kering tambahkan air
4. Apabila sudah pecah minyak dan agak garing, masukkan ayam tadi dengan semangkuk air. Kacau sebati, sederhanakan api dapur dna tutup periuk seketika. Biarkan air ayam meresap. Sesekali kacau hingga ayam agak empuk
Masak hingga ayam agak empuk.
5. Kemudian masukkan santan, air asam jawa, garam serta gula secukupnya. Bila mendidih, masukkan kerang dan udang. (Jangan masak udang terlalu lama nanti hilang manisnya)

Untuk Aksesori

1. Celur segala bebola yang di kehendaki serta sayur mayur. Tauhu digoreng.
Celur semua sayuran. Hari ni saya buat extra sebab  nak bahagikan kepada sedara dan jiran2.

Biasanya kalau dihidangkan, yang ni orang ambil lebih!
2. Hidangkan bersama mi dan kuah kari. Mmmm best woooo...

INI CARA STEP BY STEP CAMANA NAK HIDANGKAN!


Bahan aksesori mee kari
Masukkan mee

Kuah karinya dan segala mak neka kat dalam tu...

Tambahkan sayur mayur yang ada


Bebola ikan, tauhu goreng dan telur rebus

Dah siap..... taraa......
Jangan lupa mencuba yer....
Biasanya kalau rumah terbuka setiap hari raya puasa memang saya masakkan mee kari. Boleh dikatakan permintaan ramai jugaklah.... ehehhe sedaplah kot... hahahha perasang!

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails