Showing posts with label Ala barat. Show all posts
Showing posts with label Ala barat. Show all posts

lasagna roti dengan kentang dan daging

Salam semua
Sahur!
Susahkan kalau tekak memang tak boleh menerima nasi waktu sahur. Tapi bonda, waktu sahur pun menambah nasi. Alhamdulillah, Allah bagi bonda berselera. Saya dan anak memang kurang sikit seleranya waktu sahur jadi kenalah buat sesuatu untuk bagi mulut tu rasa nak kunyah. Saya tak apa, sebab dah biasa. Anakanda Cupie tu, dia ada gastrik. Kalau tak sahur, mulalah angin naik sampai nak muntah. Kadang2 bila bukak puasa pun dia cuma boleh minum air, sebab sakit katanya.

Okey, ini resepi mudah saja. Saya gabungkan resepi kentang dari sherperd pai/ kentang lecek untuk sandwich, lasagna roti dan roti cheese yang dah biasa saya buat. Memang mengenyangkan walau makan sehiris sebab ada roti, kentang, sayur da juga cheese. Tahun lepas, saya masakkan dalam aluminum foil tu dan bagi bagikan untuk saudara mara. Seronok tengok wajah2 mereka.

Jom roll on resipi


BAHAN BAHANNYA:
12 keping roti gardenia/ hi5 @ lain-lain
3 biji kentang direbus dan dilecek
daging / ayam kisar (1 cawan)
2 ulas bawang putih dan separuh bawang besar holland di dadu kecil
1 batang lobak merah di dadu @ dihiris halus/ parut
5-7 biji cendawan butang dalam tin di hiris halus
1 cawan keju mozarella/ parmesan/ cheddar
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh oregano/ mix herbs
2 + 1 sudu teh pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 + 1 sudu teh serbuk lada putih
sedikit garam dan gula
3 biji teluri
1 sudu besar mentega/ marjerin
parsley kering (optional)*

CARA MEMBUATNYA

INTI DAGING/ AYAM
1. Panaskan marjerin. Tumis bawang hingga wangi
2.Masukkan ayam/ daging kisar. Masukkan oregano, serbuk lada hitam dan putih. pati ayam.
3. Masukkan lobak merah dan cendawan butang. Perasakan dengan garam dan gula

INTI KENTANG
1. Lecek kentang hingga semua hancur. Masukkan susu segar.
2. Masukkan  1 sudu kecil pati ayam, serbuk lada putih dan sedikit garam.

CARA MENYUSUN:
1. Pecahkan telur. Masukkan setengah cawan susu lebihan untuk kentang tadi dan sedikit garam. Pukul telur hingga rata. Lenserkan acuan dengan mentega/ marjerin
2. Ambil sekeping roti dan celup sepenuhnya dalam bancuhan telur. Susun di dalam loyang.
3. Ratakan semua inti kentang ke atas roti tadi. Taburkan 1/3 dari keju parut
4. Ulang langah 2 dan letakkan di atas inti kentang tadi. Ambil semua inti ayam dan ratakan di atas roti tadi. Tabur 1/3dari keju parut
5. Ulang langkah 2. Tuang lebihan bancuhan telur tadi. Taburkan baki keju parut. Taburkan daun parsley kering di atasnya.
6. Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit pada suhu 180 C sehingga keju bertukar keperangan.

letak dalam aluminium foil sebab untuk di bahagiakan kepada saudara mara sempena bulan poser.

terlebih garing sikit yang ni... kua kua



chicken mushroom soup n garlic bread n easy chicken mushroom pizza versi mokcik Tihah

Salam semua
Dah lama tak mengupdate blog.
Busy sket ngan exam budak2, n macam2lah...
Okay since ramai yg tanya pasal chicken mushroom soup, garlic bread n pizza yg saya update kat fb n ig tu so saya kongsi resepi kat sini ya... jom... senang jer!

ni yg kita nak masak jap jer lagi.... hihi
Okey sebenarnya, saya masak untuk geng mengaji tokma. Sebenarnya juga saya tak puas hati makan garlic bread n mushroom soup kat pizza sebab sikit... so saya pong googlelah cari resepi n trylah ubahsuai siket sesuka hati saya.

Okey... ni resepinya

CHICKEN MUSHROOM SOUP!

Bahan-bahannya:
1. 1 keping dada ayam potong kecil2.
2. 1 tin cendawan butang, buang airnya dan dadu kecil
3. 500ml susu segar fullcream
4. 1 cawan tepung gandum + air 1 cawan
5. 700- 1000ml air bergantung pada kepekatan yg dikehendaki
7. 2 sudu besar serbuk pati ayam atau 1-2 kiub pati ayam
8. sedikit oregano, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan garam
9. Optional - 'serbuk mushroom soup' (2 sudu besar) - tak ada pong tak apa!

Cara memasak:
1. Panaskan air, rebus isi ayam hingga empuk (saya guna 2 dada ayam utk bagi lagi mewah)
2. Masukkan cendawan, susu, biar mendidih
3. Masukkan bancuhan tepung gandum, pati ayam dan semua perasa.
4. Acu cuba try dan ekjas ekjas rasanya. bila dah buh bancuhan tepung gandum kena sentiasa kacau kalau tak nanti ia berketul dan berkerak. Siap!

GARLIC BREAD

Bahan-bahannya:
1. 1 buku butter (buttercup, farmcow... etc)
2. 1 labu bawang putih
3. Sedikit minyak masak
4. Roti perancis @ roti sosej@ roti gardenia @ roti apa saja yg tawar

Cara membuatnya:
1. Cincang halus bawang putih
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih. Jgn sampai hangus ya!
3. Masukkan butter, kacau sampai cair.
4. Simpan dalam fridge. Kalau nak makan, sapukan di roti dan panggang sekejap atas pan non stick. Makan masa panas2. Kalau malas, buh je roti gardenia dalam pembakar roti, pastu sapu butter garlic nih. Done!




EASY PIZZA

Bahan-bahan:
1. Doh roti yg dah siap (buat sendiri @ beli je yg frozen)
2. 1 keping dada ayam, dadu
3. sedikit oregano dan garam, dua ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar dadu.
    sedikit mentega
4. bahan2 toping pizza sesuka hati such as (cendawan, nenas tin, bawang, sosej n etc)
5. sos spageti traditional prego @ apa-apa jenama
6. Keju mozarela parut

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak @ butter, masukkan bawang putih dan bawang besar dadu, goreng hingga wangi. Masukkan isi ayam, oregano dan garam.
2. Ambil roti piza, sapukan sos prego, aturkan isi ayam yg do goreng tadi dan segala macam topping sesuka hati. Taburkan keju mozarela dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 C
3. Done.

letak segala jenis bahan yg ada dalam peti ais... hihi

tabur keju mozarella


dah siap!

versi Cupie

ROASTED CHICKEN with PUMPKIN N POTATOES...

Klasss... nama resepi mokcik ri ni... senang jer...
sudah masak dan tergolek-golek...
BAHAN:

1 ekor ayam dibersihkan (kalau ambil dari peti ais, biarkan di luar hingga ke suhu bilik)
serbuk lada hitam kasar
garam
Italian Mixed Herbs/ Oregano
serbuk pati ayam
Secukup Rasa Meggi (jika perlu)
1/3 buku Mentega di cairkan
Labu saiz kecil
Kentang 3 biji
1 biji lemon
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (bersaiz kecil)

CARA MEMBUATNYA:
1. Bersihkan kentang dan labu. Potong bentuk wedges (jgn buang kulit)
2. Sapu mentega di seluruh ayam dan bahagian dalamannya agar ia rangup apabila masak nanti. Simpan sedikit untuk di gaulkan bersama kentang dan labu
3. Tabur garam, serbuk lada hitam, Italian Mixed Herbs, secukup rasa dan sapu rata-rata di seluruh bahagian ayam termasuk bahagian dalamnya. Perah 1/2 biji  lemon di sekelilingnya.
4. Sumbatkan bawang besar dan 2 ulas bawang putih yang telah di potong lapan. Perapkan seketika (2-3 jam)
5. Susun kentang dan labu di dalam dulang pembakar. Cincang bawang putih selebihnya dan taburkan di semua tempat. Letak garam dan serbuk lada hitam. Perahkan setengah biji lemon dan curahkan lebihan mentega cair. Gaul-gaulkan biar sebati
6. Letakkan ayam di tengah-tengah dan labu serta kentang di sekelilingnya. Bakar dalam suhu 180-200 C selama 45 minit hingga 1 jam.
Sedia dihidangkan bersama roti bawang putih atau sup cendawan serta sos cili.
Sebelum di ovenkan!


ROTI AYAM KEJU BAKAR MOKCIK TEEHAH ... EHEHHE

Macamlah hebat sangat kan, walhal roti celup telur buh ayam ngan cheese dan bakar jer pong!!!
Jom tengok resepi yang termudahsss in de world...


ROTI AYAM KEJU BAKAR

Bahan-bahan:

BAHAN A
12 keping roti gardenia/ or whatever roti yg ada
empat biji telur
secawan susu segar/ cair
sedikit garam

BAHAN B (inti)
sepeket ayam cincang
sebiji bawang besar - cincang
5 ulas bawang putih - cincang
3 sudu besar minyak masak/ zaitun/ marjerin/ mentega
sebiji capsicum hijau kecil - dadu kecil
5-7 biji cendawan butang hiris nipis
1 sudu kecil mixed herbs / oregano/ (tak buh pong tak pe)
1 sudu  pati ayam/ 2 kiub pati ayam (tak buh pun tak apa tapi kurang sedaplah)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
garam gula secukupnya

BAHAN C
4 keping cheddar cheese
2 keping cheddar cheese (potong memanjang atau parut)

CARA MEMBUATNYA:
1. Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih cincang hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan goreng separuh masak
3. Masukkan semua bahan yang lain. Perasakan.
4. Panaskan oven, 180 C
5. Sediakan loyang pembakar. Lenserkan marjerin (letak banyak sikit takut roti melekat bila dah masak)
6. Pecahkan telur dan masukkan susu dan sedikit garam. kacau hingga sebati. ketepikan
7. Ambil sekeping roti, celup ke dalam telur dan susun di dalam loyang
8. Letakkan inti diatasnya
9. Ambil lagi roti, ulang proses yangs ama seperti di no. 7
10. Ulang proses no.8 dan lapiskan keju diatasnya. Tutup dengan satu agi lapisan roti yang dicelup telur
11. taburkan keju diatasnya dan bakar selama 1/2 jam
12. Siap

yummy tak?

ini untuk geng mengaji tokma... hias sket dgn cili





SELAMAT MENCUBA!


makaroni bakar in cup!

Makaroni bakar lagi kan...kan...kan... nak wat camana, yg ni jerlah yg paling mudah utk di sediakan, tapi nampak macam susah nak buat tapi macam sedap dan yg penting macam klassss gitew!

Ok... resepinya bulih cari kat blog mokcik nih... kalu malas, ha, tekan je kat sini
http://mamacupiecorner.blogspot.com/2015/05/makaroni-bakar-versi-2-fusionlah-konon.html
atau di sini
http://mamacupiecorner.blogspot.com/2011/10/makaroni-cheese-ala-western.html

Ok... jom kita tgk..


yang ni saya buat untuk hantaran pertunangan anak sahabat bonda tapi lupa nak snap yg dah dihias..

Tambah kapsyen

Rerupernyer... kalo buh dalam cup lagi senenag kerja. yg pertama tak yah basuh tray, yg kedua senang untuk di bahagi-bahagikan dan yang ketiga, senang nak masak!... cubalah...guna cupcake punyer bekas!

MAKARONI BAKAR VERSI 2-fusionlah konon

Makaroni bakar kali ni mokcik Tihah buat versi buh serbuk kari tapi campur gak ngan susu dll... saja jer... sebab makan yg beli kat kedai tu macam sedap tapi tak puas hati sebab isi ayam/ daging tuh cam sikit jer...
So... mokcik pong buatlah sendiri ...
JOM...



MAKARONI BAKAR


BAHAN A
1. 300g makaroni, di rebus dengan sedikit garam dan minyak hingga empuk. Toskan
2. dua cawan isi ayam yang telah di rebus dan di racik halus
3. 1 biji lobak merah di parut atau di hiris halus memanjang
4. 1 tin cendawan butang dihiris nipis
5. 3 sudu besar rempah kari ayam/ daging di campurkan dengan secawan air
6. 1 tankai daun sup di racik halus
7. Satu tangkai daun bawang di racik halus
8. 1 biji capsicum/ cili merah/ cili hijau di hiris nipis
9. 2 sudu serbuk pati ayam @ 2 kiub pati ayam
10. garam dan gula secukupnya
11. 2 sudu mentega dan 2 sudu minyak masak
12. 1 biji bawang besar dan 4 ulas bawang putih di cincang halus

BAHAN B
1. 7 - 10 biji telur (berdasarkan besar kecil)
2. 1 cawan susu segar
3. 2 sudu tepung gandum
4. garam dan gula secukupnya
5. 1 sudu teh serbuk lada hitam
6. 1 sudu teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA:
*Panaskan oven, 170 C
1. Panaskan mentega yg dicampurkan dengan minyak
2. Tumis bawang hingga agak garing
3. Masukkan pes kari, kacau hingga agak garing
4. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan pati ayam, garam dan gula. Ketepikan
5. Ambil satu mangkuk besar, masukkan lebihan semua bahan A dan juga ayam yg sudah di masak tadi dan gaul sebati. Ketepikan
6. Campurkan bahagian B dan kacau dengan whisk hingga sebati
7. Ambil loyang dan sapukan dengan sedikit mentega @ marjerin. Masukkan campuran bahan A dan tekapkan sedikit agar ianya padat. Curahkan campuran bahan B hingga ia memenuhi semua ruang-ruang.
8. Bakar dengan api atas dan bawah selama 40 minit hingga bahagian atasnya agak keperangan. Cucukkan dengan garfu untuk memastikan campuran telur tadi sudah masak sepenuhnya.
9. Sedia di hidangkan!

utk geng mengaji tokma





ROTI BAKAR - AYAM CENDAWAN BERKEJU

lama dah makcik tak berblog... tapi ari ni raa cam nak kongsi jer resepi ni sebab... sedaaappp!
Alkisahnya masa mokcik tihah n bonda gi Mydin Mall minggu lepas, terbelilah satu roti bakar ni, ada 3 lapisan roti dalam tu. Terkejut jugak bila harganya RM5. Bakpo yg mahal sangat? Tapi sebab nak try punyer pasal, maka terbelilah... Guess what? memang sedap... so bila mokcik Tihah rasa, tengok dia punyer inti semua ... ten tereng.... maka mokcik pong buatlah resepi sendiri... tak di sangka-sangka... menjadik beb... jom...


Kalau tengok dari rupa tu macam tak mengancam sangat kan! Tapi bila makan... sedap!


OK... resepinya

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus ayam cincang @ 2 cawan isi ayam yang dicincang sendiri
1 tin cendawan butang (didadu kecil)
1 biji capsicum (dadu kecil)
1 biji bawang besar holland (dadu kecil)
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
sedikit garam (jika perlu)
2  sudu besar butter @ marjerin atau minyak masak
Roti (secukup kehendak)
Keju cheddar slice
mentega sapuan
*carrot di dadu (kalau nak buh)
*tomato (kalau nak buh)

CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan mentega, bila cair jer, masukkan bawang dadu sampai dia caramelized... cam layu gitu
2. Masukkan ayam cincang
3. Biar ayam separa masak, kemudian masukkan semua bahan lain (kecuali roti dan keju)

4. Ambil sekeping roti, sapukan sedikit mentega @ marjerin dan letakkan inti di atasnya secukup kehendak



5. Ambil sekeping lagi roti, letakkan inti dan sekeping keju cheddar di atasnya.




6. Letakkan sekeping lagi roti bagi menutup inti. Panaskan non stick pan (api perlahan) dan letakkan sedikit mentega( jika perlu), Balikkan roti biar masak serata dan keju cair.

7. Siap, dan boleh dinikmati. Habiskan 3 keping roti ni, gerenti kenyang samai tengahari. Saya sampai ke petang pun boleh! Selamat mencuba



SHEPERD PIE

Salam semua

Masakan omputihlah kononnya. Sebenarnya senang jer nak buat tapi kita jer yg tak berapa nak rajin. ehehhe
Bonda suka sangat makan kentang so resepi ini dedikasi untuk beliau. Resepi sherperd pie yang termudahsss lah saaaangat! Selamat mencuba


BAHAN-BAHAN

Kulit pai
5 biji kentang
susu segar
garam
telur kuning dan pewarna kuning

Inti
daging cincang
cendawan butang
bawang besar
bawang putih
sos tomato
sos cili
herba campur (mix herbs)
serbuk pati ayam
garam dan gula
mentega

CARA MEMBUATNYA:
1. Basuh kentang dan rebus dengan sedikit garam hingga empuk
2. Sejukkan sebentar, kupas kulit dan lecek
3. Campurkan secawan susu segar dan sedikit garam dan lenyekkan lagi. Kalau malas, guna je mixer tapi jangan lama sangat putar, bimbang takut ianya menjadi liat dan tak cantik. Ketepikan
4. Untuk inti. Panaskan dua sudu mentega/ marjerin dan tumis satu labu bawang besar dan 3 ulas bawang putih yang sudah di racik/ dadu halus hingga wangi dan layu
5. Masukkan semangkuk daging cincang/ ayam cincang, 3 sudu sos tomato dan 3 sudu sos cili, 1 sudu serbuk pati ayam dan sedikit mixherbs/ oregano.
6. Masukkan 1 tin cendawan butang yang di hiris nipis serta perasakan dengan garam dan gula
7. Sediakan dulang pembakar. Masukkan kentang lecek sebagai kulit pai di bahagian bawah. ratakan ke seluruh dulang. Kemudian masukkan inti (ketebalan inti atas kehendak masing-masing). Kemudian tutupkan inti dengan kentang lecek dan ratakan.
8. Sebelum di bakar, sapukan bahagian atas pai dengan kuning telur yang sudah di campur sedikit pewarna kuning
9. Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit dalam suhu 180 C

isi kentang

kentang lecek

inti pai

ratakan kentang lecek

masukkan inti dan ratakan

tambahkan kentang lecek di bahagian atas dan ratakan

telur kuning yang sudah dicampur sedikit pewarna kemudiannya di sapu keatas pai sebelum di bakar





KENTANG BAKAR BERKEJU INTI DAGING (Cheesy bake potato with meat)

Fuh... nama mak oiii... panjangnya resepi...
Sebenarnya cam ni... saya bukanlah penggemar kentang pong tapi bolehlah makan... tapi bila try kentang bakar berkeju yang ada saya beli dari seorang kawan, mak oi... sedaplah pulak! Try pulak beli online dengan kawan adik, sedap jugak walaupun resepinya lain, so godek punya godek cari resepi, maka terciptalah resepi sendiri berbasickan dengan apa yang pernah saya rasa dan ubah style sket. Resepi ni saya buat masa bonda buat majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk geng2 usrah, geng mengaji dan jiran tetangga wanita sahaja.


Jom roll on resepi

BAHAN-BAHAN

KENTANG
10 biji kentang (Nak pakai kentang Russet ke kentang biasa pun, ok jer, no prob...)
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar mayonis
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu serbuk pati ayam

INTI DAGING
1 mangkuk daging cincang (Kalau nak buh inti lebih, boleh masak daging lebih sket)
1/2 tin sos cendawan prego (Sos carbonara cendawan pun boleh, tak mau buh pong boleh)
1 cawan susu segar
2 sudu mentega / marjerin / minyak zaitun
1 sudu mix herb/ oregano
1/2 cawan cendawan butang, (cincang kasar)
1 sudu serbuk pati ayam
3 ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar dadu
sedikit garam

Keju ceddar slice
hirisan cili merah

CARA MEMBUATNYA

KENTANG
1. Basuh bersih kentang dan rebus, jangan terlalu masak nanti ianya lembik
2. Setelah sejuk, belah dua
3. Dengan menggunaka sudu teh, korek inti bahagian tengah kentang
4. Kentang yang diambil dari bahagian tengah itu di lecek dna campurkan dengan susu segar, mayonis, lada sulah, pati ayam. Gaul sebati. Ketepikan

Kentang yang di rebus, toskan dan sejukkan sebentar

Belah dua dan korek bahagian tengahnya. Hati-hati jangan sampai kentang rosak

Bahagian tengah kentang yang telah di keluarkan
Ini hasil dari kentang lecek. Resepi ini boleh juga dijadikan inti untuk sandwich!

INTI DAGING
1. Panaskan mentega, tumis bawang yang dicincang hingga wangi
2. Masukkan semua bahan lain dan perasakan.

Ini inti daging yang telah siap dan disejukkan sebentar

Untuk mengisi kentang, di sini saya sertakan langkah demi langkah. Sebelum mengisi kentang, panaskan dulu oven ke 180 C ya.
Kentang rebus yang telah di belah dua dan di korek inti bahagian tengahnya

Masukkan inti kentang lecek dan ratakan dengan sudu

Tambahkan inti daging dan letak biar ia sedikit menggunung

Serikan denagn sehiris cili merah

Selimutkannya dengan keju cheddar slice. Saya potong empat sebab banyak sangat nanti ia meleleh.
Kemudian, susunkan di atas dulang dan bakar dalam 5-10 minit. Jangan terlalu lama, nanti kalau ia terlalu meleleh, dah tak cantik!

Dah masak. Adik saya kata, saya kedekut keju. Itu atas kesukaan kitalah. Maklumlah masa buat kentang ni
keju tak berapa nak cukup kan... hihi malas nak pergi beli. 
Letak dalam cup comel-comel dan hidangkan!