Showing posts with label sayuran. Show all posts
Showing posts with label sayuran. Show all posts

POPIAH AYAM

POPIAH AYAM

BAHAN-BAHAN

1 peket kulit popiah segera

Inti
3 batang karot (hiris memanjang) parut pun tak pe
1 biji sengkuang sederhana besar
1 ketul dada ayam tanpa tulang di dadu kecil
3 ulas bawang putih di cincang halus
sedikit minyak
garam
serbuk lada sulah
1 biji putih telur/ sedikit air dicampur dengan tepung gandum

CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, masukkan ayam hingga separa masak
2. Masukkan karot dan sengkuang serta perasakan.
3. Bila masak, curahkan inti ke dalam penapis, untuk membuang air lebihan. Biarkan selma lebih kurang satu jam, biar ianya agak kering. Kalau intinya basah dan berair, popia akan mudah pecah bila di goreng
4. Ambil sekeping kulit popiah, masukkan inti, gulung dan lekatkan dengan putih telur.
5. Goreng hingga keperangan

***Boleh juga disimpan sejuk beku. Tahan hingga sebulan.




Hmmm... ada lebihan kulit lagi 3-4 keping, saya masukkan inti sardin
Selamat Menjamu Selera. Senang jer, dan sangat sedap. Cicah dengan sos Thai... Mmmm Insyaallah, lain kali saya masukkan resepi untuk buat sos Thai sendiri! Tunggu!!!!

(kuah lodeh + sambal ikan bilis + nasi himpit @ kapit) - LONTONG

YUMMY!
Al-kisahnya... masa kami ke Billion Supermarket kat Kota Sri Mutiara, (bg nama penuh tempat tu lagi, klasss gitu!), bonda beli tempe, tauhu @ taukua, kacang panjang, kobis, dan macam-macam lagiklah.... Mula tu terfikir gak, pesal bonda beli tempe dan tauhu. Biasanya tauhu tu saya je yang beli. Tempe pulak saya tak pernah beli sebab saya tak suka. So... bila ditanya, bonda nak makan lontong!

Aiyoyo... saya tak pernah masak lontong ni. Makan tu suka jugak. Selalunya saya makan di rumah Cik Nah, makcik saya sewaktu hari raya puasa dan raya Haji jer. Search punya search, asyik jumpa resepi yg letak serai, buah keras, halia, jintan-jintan tu... ish rasa macam tak bestlah pulak. Lepas tu baru terfikir. Kenapalah tak tanya makcik saya Cik Nah tu! Ish ish ish.... So dapatlah saya satu resepi yg tersangatlah mudahnya!

Kemudian saya pun telefonlah dia. Bla... bla...bla...

JOM Roll on resepi, untuk 5 orang makan.

KUAH LODEH!

Bahan-bahan:
1. Bawang putih 3 ulas
2. Bawang merah 7 biji
3. 1/2 inci kunyit hidup
-Semuanya di blend halus dengan sikit air
4. 2 keping tauhu
5. 1 keping tempe
-semuanya di goreng dan di potong segiempat
6. Secawan isi ayam
7. 10 ekor udang sederhana di buang kulit.
8. 5 batang kacang panjang
9. 3 helai daun kubis di potong sederhana
10. 1 batang karot di potong dadu
11. 2 biji ubi kentang di potong dadu
12. 1 biji terung di potong dadu
13. Sedikit suun dan sayur pucuk kacang soya di rendam
14. 1 mangkuk santan
15. 1- 2 mangkuk air secukup kehendak

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan kentang dan lobak merah yang di dadu.
3. Bila separa empuk, masukkan isi ayam dan sedikit air.
3. Bila ayam sudah separa masak, masukkan santan dan air
4. Seterusnya masukkan udang dan sayuran yang lain.
5. Bila mendidih, masukkan tempe dan tauhu yang sudah digoreng tadi
6. Perasakan dengan garam dan gula

SAMBAL IKAN BILIS BONDA

Bahan-Bahan:
1. 1 cawan ikan bilis di basuh dan di toskan
2. 10 biji cili kering di basuh, rebus sekejap, tos dan potong kecil
3. 10 biji bawang kecil
4. 4 ulas bawnag putih
5. 1/2 sudu kecil belacan
6. sedikit air asam jawa
7. Garam dan gula melaka secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Kisar halus bawang kecil, bawang putih, cili kering dan belacan dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar hingga betul-betul garing.
3. Masukkan ikan bilis dan bahan-nahan yang lain
4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula melaka

NASI HIMPIT
- 10 bungkus kecil nasi himpit nona


Kuah sedang mendidih

Nasi himpit sedang dalam proses (nona mini)

nasi himpit dah masak

Sambal bilis bonda (sedap giler! Bak kata Cupie)

Ini kuah lodeh

Kuah lodeh + nasi himpit

kuah lodeh + nasi himpit + sambal ikan bilis

Bismillahirrahmanirrahim! Jemput makan ye! Jangan malu-malu!

Resepi diet rendah karbohidrat versi 3 - Sayur air tauhu dan udang

Tauhu, ada orang panggil taukua... apa apa pong ianya produk soya yang rendah carbsnya cuma 1.6g satu keping besar tu kan... so camana nak masak ye, takkan nak goreng je... nak masuk dalam sayur camtu kadang-kadang hancur... so... saya buatkan satu resepi sayur the mudahhhhhh's in de whole world... betoiiii...

SAYUR AIR TAUHU DAN UDANG
(carbs keseluruhan 6.5g, satu hidangan 3.3g)

Bahan-bahannya:
- 3 keping tauhu 
- 1/2 mangkuk udang (kalau nak ratah lebih letak lebih...udang galah pong lagi ok!)
- sayur sawi cina
- bunga kobis
- 1 biji tomato (buang bijinya)
- 1 sudu besar sos tiram
- garam dan sedikit serbuk lada sulah
- 2 ulas bawang putih dan 1/2 biji bawang besar dimayang
- 1 sudu besar minyak zaitun

Cara Membuatnya:
1. Tauhu digoreng dan di potong kuboid
2. panaskan minyak, tumis bawnag putih dan bawang besar
3. Masukkan udang dan sedikit air
4. Masukkan sos tiram, sayur-sayuran dan tauhu dan perasakan. SIAP! Hidang panas




SENANG JER KAN! Kenyang beb.... percayalah cakap MAKCIK TIHAH ni... ehehhe

RESEPI DIET RENDAH KARBOHIDRAT versi 1

Boring gak kan asyik makan benda yang sama jer kan.... so kenalah pelbagaikan masakan agar kita tak boring dan tak mudah putus asa... (nasihatkan diri sendiri tu) ahaks!

Okay, ini satu resepi sebenarnya resepi mee kuah simple dari bondaku. Tapi sebab tak boleh makan carbs maka saya buh lah lauk pauk dan sayuran banyak sket.... maka terhasillah....

KUAH MEE KUAH (5 orang)
Utk satu hidangan - total carbs 4g, kalau ambil karot 5.5g (anggaran sayalah)

Bahan-bahannya:
- semangkuk ayam potong kecil
- semangkuk daging potong kecil
- 1/2 cawan isi udang
- Sayur sawi secukupnya
- Sayur kobis secukupnya
- cili hijau/ merah/ padi
- 2 biji tomato belah 4
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam (jika suka)
- 5 ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar diracik halus
- garam dan gula secukupnya
- Bawang goreng
- Daun sup dan daun bawang di hiris halus
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1 liter air
- 3 biji telur

Cara membuatnya

Panaskan minyak zaitun

Tumis bawang putih dan bawang besar yang di racik halus hingga sedikit garing

masukkan daging

Masukkan ayam

Setelah separa masak, masukkan air secukupnya


Eh lupa pulak, masukkan udang setelah air tadi mendidih

Masukkan sayuran, tambahakn serbuk lada putih dan hitam, garam gula secukupnya

Untuk menghidang, Cedok kuah dan isi dalamnya secukup kehendak, masukkan ke dalam kuali kecil, pecahkan telur... fuyyyoooo


habis semangkuk ni memang kenyang. kalau nak ummpphh ambil cili jeruk 2-3 biji....
Hidangan ni kita boleh masak 2 dalam 1. Ye lah, utk diet kita dan utk famili kita, cuma tambahkan mee je, perah limau nipis sikit, taraaaaa...... dah siap! Anakanda Cupie kata macam mee kuah yang dia sering makan  ngan tok bah selepas solat Isya' kat warung tepi masjid! Hahah... ye ker?

CUBALAH YE SAHABAT-SAHABATKU! Nanti ada waktu saya update resepi lain pula!

daging tumbuk (gepok), sayur air petola dan cendawan, sotong masak sambal

Dah lama kan tak buh resepi lauk pauk. Mahapler, saya terlampaulah sibuknya... bukan sibuk apa, sibuk dan buat-buat sibuk! Hahaha... tak adalah... sibuk hal sekolah lah. Maklumlah kan, saya ngajar kat sekolah yang abru dibukak tahun ni jadi semuanya kena start dari 'zero' to hero lagi... maka kenalah makcik belajar dan buat apa yang patut! Letih tu memanglah letih sebab disamping keje sekolah, ada kerja komuniti lagi, keje kat rumah, keje sampingan, tapi sebenarnya keje-keje tu membuatkan saya rasa seronok dan kadang-kadang membuatkan saya lupa pada masalah2 dan kira okaylah... Tapi bila banyak sangat, jadi sedikit stresslah plak... adalah sikit2 penyakit lama datang.... sakit orang pompuanlah katakan, sakit bulanan saya yang dari kecik2 lagik, start dari akil baligh.... macam hari ni langsung tak boleh bangun. Lepas makan ubat pagi tadi, kena cucuk sejarum kat doktor, sempatlah menyiapkan keje untuk PIBG sekolah hari ni. Tapi lepas je hantar barnag2 untuk PIBG, balik terus pengsan. Malam, baru okay sikit, ni pun masih rasa sakit tapi kalau kita dok ikut je rasa sakit tu makin sakit, tu yang saya bukak laptop ni, cuba buat keje sikit.

Banyak cerita lah pulak kan... okay hari ni saya nak kongsi resepi dari Ma, daging tumbuk! Biasanya ma buat waktu raya Haji sebab banyak daging qurban sedekah dari jiran2 dan sedara mara... pastu nak seimbangkan dengan daging, ada sayur yang paling senang dalam dunia indah alam maya ni... sayur air petola dan cendawan... pastu nak bagi pedas2 sikit, kita buat sotong masak sambal....

JOM!


DAGING tumbuk
 
BAHAN-BAHAN:
½ kilo daging batang pinang
Satu jug kecil air
Serbuk lada sulah
Garam
15 ulas bawang merah
5 biji cili padi
5 biji cili merah/hijau
2 sudu besar ketumbar
 
CARA MEMBUATNYA:
1.     Potong daging lebih kurang seinci tebal dan dua inci panjang.
2.     Rebus daging dengan sedikit lada sulah dan garam sehingga betul-betul empuk.Toskan airnya
3.     Bila daging sudah suam, tumbuk sehingga menjadi nipis
4.     Mayang bawang kecil, cili padi dan cili merah
5.     Goreng daging yang sudah di tumbuk tadi, biar separa garing masukkan ketumbar, hirisan bawang, cili, dan goreng sehingga garing. Toskan minyak dan bolehlah dihidangkan panas.

Daging baru lepas direbus dan ditoskan airnya

tumbuk hingga nipis

Taraaa..... dah boleh ngap!

** Biasanya ma membuat daging tumbuk di musim hari raya korban kerana banyak daging yang diberikan oleh keluarga dan teman yang membuat korban. Daging yang telah ditumbuk dan digoreng sangat rapuh dan enak terutama bila panas kena pulak dengan nasi putih hangat. Fuhhhh....terangkat! Daging lebihan yang ditumbuk tahan beberapa bulan jika di simpan dalam bekas kedap udara dan di letakkan dalam peti sejuk dingin beku.

SAYUR AIR PETOLA DAN CENDAWAN 



BAHAN-BAHANNYA:
2 biji petola                                                  1 cawan cendawan tiram
2 biji cili merah                                            1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih                                    1 sudu udang kering
Sedikit udang yang dibuang kulitnya            Sedikit suun

CARA MEMBUATNYA:
1.     Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih yang telah di titik bersama udang kering.
2.     Masukkan udang dan 3 cawan air. Biarkan mendidih.
3.     Akhir sekali masukkan suun, petola, cendawan, bawang besar dan cili yang sudah di mayang. Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit lada sulah.


  • Satu lagi sayur untuk berdiet. Sedap dan mengenyangkan, tak perlu makan nasi.



Sambal tumis sotong

BAHAN-BAHAN:
          300g sotong saiz kecil dan segar
          5 ulas bawang merah
         2 ulas bawang putih
          5 tangkai cili kering
          1 cm belacan dibakar
          Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:
1.     Basuh sotong dan buang hitamnya serta jangan dipotong.
2.     Panaskan minyak. Tumis bahan kisar ( bawang merah, putih, cili kering dan belacan) hingga garing dan pecah minyak. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
3.     Masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula.
4.     Bila mendidih masukkan sotong. Masak dengan api yang paling kecil sehingga kuah pekat.
guna sotong kecil sebab dia lembut
**
Biasanya saya akan masakkan tumis sotong atau sambal sotong ini  apabila membuat nasi lemak. Untuk membuat sambal tumis ikan bilis, sotong kering, telur, udang mahu pun kerang, juga menggunakan kaedah ini. Setiap kali membuat sambal tumis, pastikan bahan kisar dimasak hingga pecah minyak bagi memastikan sambal tumis enak dan tahan lebih lama. Tolonglah guna cili kering kisar sebab kalau buh cili boh, rasa tak berapa cun... dia ada satu aroma yang kurang cun... pastu lak tak berapa nak tahan ngat. Yang ni dua minggu tahan lagi dalam peti ais... sungguh! Trylah...

sup tomyam putih, pak choy with oyster sauce, telur goreng bibik!

Bukannya apa... sekali sekala cam dah boring je nak makan goreng2 lauk cam ikan, ayam, daging....
so ala-ala cam vegetarianlah pulak walhal campur macam-macam dalam masakan tuh.... kononnya diet sihatlah..
okay, mari kita tengok apa yang dimasak oleh saya....
1. Sup Tomyam Putih
2. Pak Choy With Oyster Sauce
3. Telur Goreng Bibik

Jom... kita pakai apron nak masuk ke dapur kita yang cun melecun itu!!!!!

SUP TOMYAM PUTIH


BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan campuran isi ayam, udang, sotong dan bebola ikan
2 inci lengkuas dititik                                   5 batang serai dititik
Sebatang lobak merah                                   5 kelopak bunga kobis
1 biji lada capsicum/cili merah                      ½ tin cendawan butang
3 kelopak brokoli                                          3 biji tomato belah empat
5 helai daun limau purut                              3 biji limau nipis
3-5 biji cili padi diketuk                                5 ulas bawang putih dititik
1 biji bawang besar dibelah empat

CARA MEMBUATNYA:
1.     Panaskan 1 liter air. Bila mendidih, masukkan campuran isi ayam, udang, sotong dan bebola ikan.
2.     Masukkan lengkuas, serai, bawang putih dan bawang besar.
3.     Bila sudah empuk, masukkan semua sayuran. Perah jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Hidangkan panas.

Macam-macam ada, serba mak neka!
**Tomyam putih panas, masam dan pedas, menyihatkan sesiapa yang demam dan selsema. Hirup sekali, nak hirup lagi. Cubalah, pasti semua memuji!

PAK CHOY WITH OYSTER SAUCE
(Sayur Pak Choy Sos Tiram)

BAHAN-BAHAN
2 tangkai sayur pak choy (sawi kecil)             5 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram                                  1 sudu sos ikan
1 sudu besar kicap cair                                 sedikit minyak bijan*

CARA MEMBUATNYA:
1.     Celur sayur pak choy dalam air mendidih yang diletakkan sedikit minyak bijan
2.     Panaskan minyak. Goreng bawang putih yang telah di cincang halus dan masukkan sedikit air berserta semua sos.
3.     Susun sayur di atas pinggan leper dan curahkan sos ke atasnya.

**
Satu lagi resepi yang selalu saya masakkan untuk hidnagan pengantin. Ringkas tapi berkhasiat. Tidak perlu tambah garam kerana kita sudah menggunakan pelbagai jenis kicap. Minyak bijan boleh digantikan dengan minyak jagung, minyak zaitun ataupun minyak masak biasa. Minyak perlu diletakkan ke dalam rebusan air untuk mencelur agar sayur kelihatan cantik dan berkilat! 


Ada rasa masin manis gitu....
Telur goreng bibik

BAHAN-BAHAN
          3 biji telur
          ½ biji tomato
          1 ulas bawang putih
          ½ biji bawang besar

 
          ½ biji cili merah
          2 biji cili padi
          Sedikit daun kucai*
          Sedikit daun bawang*
          Secubit garam

CARA MEMBUATNYA:
1.     Pecahkan telur, masukkan semua bahan yang telah di racik halus dan sedikit garam. Pukul hingga sebati.
2.     Panaskan minyak. Guna api kecil , goreng hingga betul-betul masak.
3.     telur goreng ini boleh di makan dengan roti, nasi atau pon di makan begitu saja untuk sarapan bagi menggantikan  telur hancur.


Omelet Indon... rupanya buh bawang putih tu jadi makin best... trylah...



**
Saya menamakan telur goreng Bibik sempena orang gaji adik lelaki saya di Kuala Lumpur. Inilah yang selalu dimasaknya untuk anak saudara saya. Sedap juga, disamping khasiatnya yang lengkap. Menurut Bibik, di rumahnya di Sumatera, inilah sarapan yang selalu di hidangkan untuk suami, anak dan juga cucunya.

Pasar Berek 12/ sayur lemak tene+cekur, ikan rebus goreng, solok goreng

Pasar Berek 12 lagiks.... ehehhe
Harini saya sempat amik gambar tapi takdelah se cun mana... amik curi2 gitu
takut peserta2 kat pasar tu terkejut pasai pa lah nak amik gambar.... ehehhe

ni lah lebih kurang... nampak kereta jer...
Gambar dalam pasar tu adalah amik tadi, tapi terdelete... haiyooo... tak apo... nanti fasa ke-2 pulaks!
Okay, harini dah lambat dah pi pasar dalam kul 10, mujurlah abang jual santan tu tak tutup lagiks so dan lagi beli sekilo, kononnya nak baut serimuka... tak taulah jadi ke idak nak buat sebab jap g nak pi servis kereta baru.. ups terlebih sudah....! hahahha

Rasa lama dah tak makan ikan, padahal baru semalam makan... ehehhe so ari ni teruja tgk ikan kembung, selar, selar kuning, so saya borong semua... nak buat apa ikan sampai 2 kilo nih... so terlintas di mindaku yg tak berapa cergas ni, nak buat solok ikan goreng... nak buat solok lada, Cupie tak makan, lagipun kena makan ngan nasi kerabu baru umphh so keputusan muktamad!

Okay, dah setel masak semua dah... ni menu tghari ini!
1. Sayur lemak tene n cekur manis (tene tu petola segi)
2. Ikan rebus goreng
3. Solok ikan goreng
4. Celur pucuk ubi cicah budu

Kita jenguk resepinya:

SAYUR LEMAK TENE N CEKUR

BAHAN-BAHAN:
Sebiji petola segi
Seikat kecil cekur manis
2 biji cili hijau
1 ekor ikan kembung di bakar  
1 sudu kecil lada hitam
3 biji bawang merah kecil
2 cawan santan
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1.     Potong petola segi, cekur manis dan cili hijau
2.     Tumbuk bawang merah, lada hitam dan isi ikan kembung sehingga lumat.(Jangan di kisar)
3.     Panaskan santan. Masukkan bahan tumbuk dan kacau sentiasa bagi mengelakkan santan berketul.
4.     Masukkan semua sayuran. Perasakan dengan garam dan gula.

**
Kami memanggilnya sayur lemak rajin sebab agak remeh untuk membuatnya. Rasanya lemak sebab dicampur sama dengan ikan tetapi tidak muak sebab ada campuran lada hitam. Sayuran lain yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah, kacang panjang, kobis dengan taugeh, bayam merah, labu air juga campuran sayur dari sayur kolok!

IKAN REBUS GORENG

                                                                                                                                                                                         

Bahan-bahan:
250g ikan kembung/ ikan selayang
2 kpg Asam keping
5 sudu cuka makan
Garam dan serbuk perasa
          10 biji bawang kecil
          10 biji cili padi
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara membuatnya:
1.     Ikan dibersihkan dan jika besar di potong dua
2.     Letakkan asam keping di bahagian paling bawah periuk, dilapisi dengan ikan, garam kasar dan sedikit serbuk perasa. Tuangkan cuka dan sedikit air. Tudungkan periuk. Didihkan.
3.     Mayang bawang kecil dan potong cili padi. Panaskan minyak, goreng garing bawang dan cili padi. Toskan minyak.
4.     Goreng ikan yang direbus tadi sampai betul-betul garing. Taburkan bawang dan cili yang telah di goreng.
  
**
Masakan darurat ini sebenarnya pembangkit selera terutama bila demam dan tidak lalu makan! Rasa ikan, bawang dan cili yang di goreng rangup dan pedas, di makan pula dengan nasi panas dan ulam beserta sambal belacan.... terangkat! Sedap juga jika menggunakan ikan selar kuning, selayang atau tongkol.

SOLOK IKAN GORENG

best wooo... ratah saja pong okay!

Tengok isi dalamnya
BAHAN-BAHAN:
          3 ekor ikan kembung/ selayang/ selar
7 ulas bawang merah
2 ulas kecil bawang putih
          ½  inci halia
          1 cawan kelapa parut muda dibuang kulit arinya
          Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:
1.     Ikan dibuang tulang dan dihiris kecil
2.     Tumbuk bawang merah, bawang putih serta halia hingga lumat.
3.     Gaulkan ikan dengan kelapa parut, bahan tumbuk garam serta gula.
4.     Tumbuk sekali lagi agar semua bahan mesra dan sebati.
5.     Bulat-bulatkan dan bolehlah digoreng dengan api sederhana 

**
Salah satu dari lauk popular nasi kerabu.Solok goreng juga dikenali sebagai begedil ikan! Bila bulan puasa, nasi kerabu mama dan solok ikan ni lah juadah yang kami nanti-nantikan!

Gulai Keropeh ayam, Daging bakar perap n air asam, tumis telur sayuran

Masak-masak di rumah adindaku di Bangi....
Hari ni adik ipar cuti lagi so bolehlah saya masak best sket! Ye lah kalau adik ipar dah start keje, mesti boleh masak2 simple je sebab nak jaga yang sikecik Yana tuh yang melalak jer bila mak dia tak ada depan mata! Dengan saya memang dia tak mau langsung.... dengan tokma dia jerlah... tu pong puas melalak baru diam! Ish ish... tak tahulah gimana esok.... Insyaallah kalau mak dia tak ada dia okay kot! kotlah....

Okay harini request dari anakanda sedaranda... si Amar Farouq yang asyik gila main game sekarang ni... dia nak makan kari ayam.... tgk dalam peti ais banyak gak kaki ayam... so kita masak ikut dia... air asam lebihan BBQ family day kelmarin (nanti saya update laing yg famili day)... so kita buat daging bakar perap dan untuk balance... kita buat sayur ringkas2 jer... maaf ye air asam lupa nak amik gambar... tengok2 dah habis....

GULAI KEROPEH AYAM



BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk keropeh ayam (campuran kaki, sayap dan tulang ayam)
1 sudu rempah 4 sekawan
3 ulas bawang putih dimayang
5 ulas bawang merah dimayang
1 inci halia dimayang
Santan dari sebiji kelapa
2 biji cili hijau
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
1 peket kecil rempah kari ayam Adabi / Baba's dicampur sedikit air
Sedikit gula melaka (nisse)
Garam dan air asam jawa
secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1.     Panaskan minyak. Gorengkan rempah kasar seketika. Masukkan bahan yang dimayang halus, goreng hingga wangi dan agak garing. Masukkan rempah kari, masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
2.     Masukkan keropeh ayam, tutupkan periuk, kecilkan api. Balik-balikkan dan biarkan seketika hingga mesra.
3.     Masukkan  santan, sedikit air asam jawa, cili hijau berserta garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga ayam empuk dan lapisan minyak terbentuk di bahagian atas kuah.

**
Ini adalah salah satu lauk kegemaran anak saya selain sup ayam. Setelah kali ke-4 mencuba resepi ini, barulah arwah suami memuji mengatakan kari keropeh ayam saya persis seperti kari ayam ibunya! Kari daging juga menggunakan resepi yang sama cuma waktu memasaknya agak lama bagi memastikan daging empuk dan sedap di makan. Kalau nak tahu air dari tulang ayam inilah yang menyedapkan rasa gulai kari ni. Kalau ke Kelantan, di waktu pagi semasa membeli nasi gulai ayam, jangan lupa minta keropeh ayam!

DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:
          ½ kg daging musir (batang pinang) di bersihkan dan dipotong sebesar tapak tangan
         
Bahan Kisar 
         1 inci halia
          3 biji bawang merah
          3 ulas bawang putih
          ½ cm kunyit hidup/ serbuk kunyit
          Satu sudu besar perahan limau nipis/ lemon
          1 sudu besar sos tiram
          1 sudu kecil sos sotong jika suka
          1 sudu besar sos lada hitam jika suka
          Garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:
1.     Perap  daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya 3 jam
2.     Balut daging dalam aluminium foil dan bakar pada suhu 190°C selama 30 minit
3. Keluarkan daging dari aluminium foil dan bakar semula dalam ketuhar hingga garing
4.     Semasa menghidang potong kecil dan curahkan sos yang keluar semasa membakar daging keatasnya.
5. Boleh di cicah air asam atau di makan begitu saja

**
Biasanya saya menggunakan resepi ini untuk Ayam dan sering juga saya masakkan apabila berkelah dengan kawan-kawan semasa di sekolah dan universiti dulu.. Saya akan masakkan siap-siap di rumah dua ekor ayam dan kawan-kawan yang lain akan membawa mee goreng, keropok, sandwich dan sebagainya. Seronok sangat bila terkenangkan masa-masa dulu! 


TUMIS TELUR SAYURAN
BAHAN-BAHANNYA

3 biji telur
2 cawan campuran sayur (karot, bunga kobis, kacang peas, kobis, capsicum)
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar di dadu kasar
4 ulas bawang putih di cincang
garam, serbuk lada sulah dan perasa secukupnya (saya guna maggi secukup rasa)

CARA MEMBUATNYA
1. Tumis bawang putih dan bawnag besar dengan sedikit minyak hingga wangi
2. Masukkan ikan bilis, goreng hingga ikan bilis masak
3. Masukkan sayur serta rasakan masinnya.
4. Buatkan lubang ditengah, pecahkan telur dan biar sebentar hingga telur mengeras. Kacau-kacau
kan seperti membuat telur hancur dan masak sehingga sayur layu.