gulai nenas ikan kering, ikan kerisi sumbat sambal nenas, goreng kacang buncis hati pedal

Hari Ahad. Biasanya Jumaat jer saya ke pasar berek 12 tapi disebabkan bermulanya cuti sekolah, sambil-sambil beli nasi berlauk pagi, sempatlah jugak membeli sayur dan kuih muih.

Hari ni pada asalnya saya nak masak nasi ayam je sebab semalam ma bersihkan freezer kat rumah. Buang frost2 yang ada tu. Cek punya cek, ada 3 bekas ayam. Rupanya masa hari raya haji hari tu saya beli banyak ayam kononnya nak buat rendang tapi abah bawa balik ayam kampung tiga ekor, tu yang jadi berlebihan ayam! Tup tup Cupi tak mau... dia nak makan ayam kicap jugak. Lat last kena masak cam biasalah. Ini menu untuk hari ni.

1. Gulai nenas ikan masin
2. Kerisi sumbat sambal nenas
3. Goreng kacang buncis dengan hati pedal
4. Ayam masak kicap (Untuk Cupie je, boleh rujuk entry sebelum ni untuk resepi)


Gulai nenas ikan masin

resepi turun temurun dari arwah nenek lagiks

BAHAN-BAHANNYA:
          ½ biji nenas separa masak di kupas kulitnya kemudian di potong
          Santan dari setengah biji kelapa
          150g tulang rangka ikan kurau kering/ ikan merah kering
          2 biji cili merah
          3 ulas bawang merah
          1 ulas bawang putih
          Sedikit kunyit hidup
          1 sudu besar udang kering
          Sedikit garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:
1.     Cili merah, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan udang kering di kisar halus.
2.     Tulang ikan kering di potong dan dibersihkan.
3.     Panaskan api. Masukkan santan, bahan kisar dan ikan kering. Kacau selalu agar santan tidak berketul.
4.     Masukkan nenas dan sedikit garam dan gula jika perlu.Sedia dihidangkan.
* *
Jika perlu atau ikan kering yang digunakan agak lama, bolehlah direndam seketika untuk membuang masin yang berlebihan. Jika menggunakan nenas yang sudah masak, masukkan nenas setelah mendidih dan terus tutupkan api bagi mengelakkan nenas lembik dan kurang enak.

Ikan Kerisi Sumbat Sambal Nenas

3 ekor ikan yang comel

Try tau resepi ni, sedap rupanya, ada rasa masam manis pedas....

BAHAN-BAHANNYA:
3 ekor ikan kerisi sederhana besar dibersihkan dan dibelah belakang (jangan dibuang sisik)
garam kunyit secukupnya

Bahan kisar:
3 biji cili merah
5 biji cili padi
sedikit belacan
3 ulas bawang merah
2 sudu perahan limau nipis
garam gula secukupnya

Bahan dadu:
1 biji bawang besar
sehiris nenas
1 biji tomato

CARA MEMBUATNYA:
1. Ikan kerisi dilumur sedikit garam kunyit (jangan terlalu masin)
2. Campurkan semua bahan kisar dan bahan dadu. Rasakan masin manis masam dan pedasnya.
3. Sumbatkan semua bahan tadi kedalam belahan ikan dan di bahagian rongga tempat insangnya
4. Bakar selama 20 minit sama ada dengan pemanggang, gril mahupun ketuhar 

GORENG BUNCIS HATI PEDAL



BAHAN-BAHANNYA:\
3 ketul hati pedal yang dibersihakn dan di potong dadau besar
200g kacang buncis di potong serong
1 biji telur
3 ulas bawang putih di titik
1 biji bawang besar di mayang
1 biji cili merah di mayang
2 sudu besar minyak masak
serbuk kunyit
garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1. Rebus hati pedal sehingga separa masak. Ketepikan
2. Panaskan minyak. Goreng hati pedal hingga masak tapi jangan terlalu garing
3. Masukkan bawang putih dan goreng sebentar hingga wangi. 
4. Masukkan kacang buncis, bawang besar, cili merah, serbuk kunyit, dan perasakan masinnya.
5. Buat lubang di tengah. Letakkan sesudu kecil minyak dan pecahkan telur. Biarkan sebentar hingga telur mengeras
dan kacau lagi hingga telur hancur. Kacau sebati dan hidangkan

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails