Tempat Jatuh Lagi Di Kenang, Inikan Pula Tempat BerKasih Sayang!

Jawapannya..... LANGKAWI!
Mercu Tanda
Sebenarnya saya baru je balik dari Langkawi. Sajer jenjalan ngan rombongan "Che Kiah". Hehehe, rombongan sekolah tapi tak bawak student. Kiranya rombongan cikgu cikgi dan famili.

Okay, hari ni bukan nak cerita pasal rombongan tapi nak cerita pasal tajuk kat atas tu.
Sejak 'kami' (me, my late hubby n Cupie) meninggalkan Perlis hujung tahun 2006, rasanya adalah sekali masa bulan puasa tahun 2007 kami ke sana untuk cari nasi ulam dna jumpa bekas pengasuh Cupi. Lepas tu memang dah tak sempat nak pergi. Sejak ketiadaan arwah abah Cupie, lagilah saya tak ke sana!

Kisahnya, bila bas masuk je ke negeri Perlis, ada satu perasaan sayu yang seakan-akan menarik-narik tangkai hati saya. Masa tu seawal 7 pagi. Bila melalui kawasan kayang, lalu kot Kota Kayang tu,.... tiba-tiba je teringat yang arwah pernah bagitahu dia nak datang ke muzium kota kayang tu sebab dia memang minat dengan hasil seni dan sejarah, tapi tak sempat sebab masa tu tak siap lagi.

muzium kota kayang
Lepas tu lalu kot Kuala Perlis... lagi sayu! Teringat setiap minggu, kadang-kadang dua kali seminggu kami akan datang  ke sini sama ada nak makan laksa n rojak tepi pantai atau makan ikan bakarq ngan sotong celup tepung tang tu (tulih pung bunyi utara dah ha). Masuk je jeti Kuala perlis, mujurqlah tak teriak... sedih sebab teringat selalu pi Langkawi ngan dia.... waduh! Memang sadis gila tapi masa tu kontrol, tahan elok je... bila kawan2 tanya pasai pa monyok je? Sakit perut! Senggugut!

Sampai Langkawi memang sedih sangat.... mujurlah kawan2 hepi kan... dok ambil gambar, sembang2, pastu menyibukkan dirilah sebab saya salah seorang urusetia rombongan ni jadi tak adalah teringat sangat. Lagi pun rombongan Che Kiah ni, ramai famili saya yang ikut, ma, Cik Nah, Cik Nin, Ati dan anakanda Cupie!

Pijak tanah Langkawi, kenangan pun bertamu! "Dulu, mama ngan abah honeymoon kat sinilah Cupie," Cupie sengih-sengih pastu dia jawab... "Cupie tahu, tapi masa tu Cupie tak ada," Hahaha.. budak ni...

Nak cerita sikitlah kenangan tempat bercinta ni. Kononnya lepas kahwin, ada lagi 4 hari cuti sebab saya kahwin dalam cuti sekolah. Planning ngan hubby nak gi Langkawilah sebab dekat sikit so pakai redah je lah, ambil feri, sewa motosikallah konon, maklumlah baru kahwin kan! Masalahnya... masa tu cuti sekolah... satu Pulau kami round, dari semurah-murah bilik tumpangan, ke motel, chalet, ke semahal-mahal hotel, semuanya penuh! Ya Rabbi! Dari pukul 2 petang sampailah pukul 10 malam. Nak buat camana ni? Kalau sewa kereta boleh gak tidur dalam kereta. Ni, sewa motorlah konon, nak romantiklah konon..... badan dah melekit-lekit dah ni.... nak balik Perlis, feri dah tak jalan.... so kami dok kat taman jap. Surat nikah memang tiga empat kali saya check dalam beg... tak pasal kena tangkap khalwat dengan suami sendiri pulak kan! Last2 tak dak pilihan laing, kami pi masjid. Baru je saya nak masuk dalam masjid, penjaga masjid tu kata dia kena kunci masjid! So, saya dok je lah kat kerusi tepi masjid. Mujurlah masa tu ada khemah kenduri kat masjid tu so ada kerusi ngan meja yang belum dikemaskan lagi. Nyamuk, tak yah cakaplah, bintik-bintik habis kaki tangan. Saya rasa saya sempat jugaklah tidur dalam dok berperang ngan nyamuk tu tapi hubby tak tidur langsung, risaulahkan nanti isteri kesayangan kena culik pulak kan! Ahaks!Kul 4.30 pagi kami pergi mandi kat Shell mana entah, lupa dah. Pastu pi round ngan motor sampai habis minyak motor sampailah kul 6. Lepas Subuh, breakfast dan feri pertama kami naik, balik Perlis! Fuhhhh.... pengalaman honeymoon!

Lepas tu kami memang tak pergi masa cuti sekolah. Masa weekend pung kalau kami ke Langkawi, kami booking dulu chalet atau hotel.... apatah lagi bila dah ada Cupie, lagilah haru kalau kena tidur depan masjid lagi kan? Ahh... kenangan... semuanya indah kan! Rindulah pulak! Haru dah ni.... nak cerita, nak cerita, tapi sedih, camana?

Itulah.... last saya ke Langkawi tahun 2006, masa tu masih lagi mengajar di Perlis. Pergi dengan dia dan Cupie. Masa tu seingat saya, kami round habis satu pulau. Seronok walaupun letih dan habih duit! So, bila jejak kaki kat Langkawi hari Jumaat 11.11.2011... memang satu perasaan yang tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Hanya yang mengalami sahaja yang akan memahami apa yang dirasai!
"Abang, saya datang lagi ke sini bang, tapi kali ni tanpa abang!" Waduh.... jiwanglah pulak!

Itulah sedikit sebanyak cerita cerihik suka duka. Betullah kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat kita berKASIH SAYANG! Saya teringat kata-kata seorang kawan yang kematian suami, bila ornag bertanyakan dia, "Kau tak mahu kawin lagi ke?" Tahu tak dia jawab apa? Dia kata "Aku boleh hidup tanpa dia, tapi aku tak boleh hidup dengan orang lain selain dia," masa tu kita tak mengalami apa yang dia alami so kita cuma boleh angguk dan buat-buat faham apa yang dia rasa tapi bila kita sendiri yang merasa apa yang dia pernah rasa, baru kita faham maksudnya.

Setakat inilah... bagi saya sendiri... Saya masih sayangkan dia.... dan saya rasa setakat ni saya boleh hidup tanpa dia... tapi hidup dengan orang lain selain dia.... rasanya setakat ni... tak boleh lagi! Hati ini masih ada dia... rasanya saya tak akan jumpa dah orang lain yang akan sayang saya macam dia sayang saya... rasanya saya tak akan jumpa dah orang lain yang seperti dia, yang menerima buruk baik saya... mungkin sampai bila-bila... tapi tak tahulah... semuanya kuasa Tuhan! Kita hanya mampu merancang. Wallahuallam!

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails