MAKARONI BAKAR VERSI 2-fusionlah konon

Makaroni bakar kali ni mokcik Tihah buat versi buh serbuk kari tapi campur gak ngan susu dll... saja jer... sebab makan yg beli kat kedai tu macam sedap tapi tak puas hati sebab isi ayam/ daging tuh cam sikit jer...
So... mokcik pong buatlah sendiri ...
JOM...



MAKARONI BAKAR


BAHAN A
1. 300g makaroni, di rebus dengan sedikit garam dan minyak hingga empuk. Toskan
2. dua cawan isi ayam yang telah di rebus dan di racik halus
3. 1 biji lobak merah di parut atau di hiris halus memanjang
4. 1 tin cendawan butang dihiris nipis
5. 3 sudu besar rempah kari ayam/ daging di campurkan dengan secawan air
6. 1 tankai daun sup di racik halus
7. Satu tangkai daun bawang di racik halus
8. 1 biji capsicum/ cili merah/ cili hijau di hiris nipis
9. 2 sudu serbuk pati ayam @ 2 kiub pati ayam
10. garam dan gula secukupnya
11. 2 sudu mentega dan 2 sudu minyak masak
12. 1 biji bawang besar dan 4 ulas bawang putih di cincang halus

BAHAN B
1. 7 - 10 biji telur (berdasarkan besar kecil)
2. 1 cawan susu segar
3. 2 sudu tepung gandum
4. garam dan gula secukupnya
5. 1 sudu teh serbuk lada hitam
6. 1 sudu teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA:
*Panaskan oven, 170 C
1. Panaskan mentega yg dicampurkan dengan minyak
2. Tumis bawang hingga agak garing
3. Masukkan pes kari, kacau hingga agak garing
4. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan pati ayam, garam dan gula. Ketepikan
5. Ambil satu mangkuk besar, masukkan lebihan semua bahan A dan juga ayam yg sudah di masak tadi dan gaul sebati. Ketepikan
6. Campurkan bahagian B dan kacau dengan whisk hingga sebati
7. Ambil loyang dan sapukan dengan sedikit mentega @ marjerin. Masukkan campuran bahan A dan tekapkan sedikit agar ianya padat. Curahkan campuran bahan B hingga ia memenuhi semua ruang-ruang.
8. Bakar dengan api atas dan bawah selama 40 minit hingga bahagian atasnya agak keperangan. Cucukkan dengan garfu untuk memastikan campuran telur tadi sudah masak sepenuhnya.
9. Sedia di hidangkan!

utk geng mengaji tokma





PULUT PAUH HARUM MANIS

Setaun sekali jer nikmat ni datang...
Tak apalah sepuluh hinggit sebijik pong tapi memang seeedaaappp!
Kali ni saya order ngan ex student saya kat Perlis. Tahun lepas, masalah pos menyebabkan buah pauh tu dah terlebih masak dan kotak dia pung dah pecah. Tahun ni, Alhamdulillah ok!

Sebenarnya, pulut pauh ni, pulutnya kena kukus dan gaul santan sket bagi lemak. Pastu masa nak makan, kena buh santan yg dimasak dengan sedikit gula. Tapi sebab nak bagi tahan lama sket so bonda buatkan pulut manis yang macam ketupat palas manis tu, cuma tak dibungkusnya. Kat Kelantan, kami panggil 'PULUT HARUNG' sebab pulut yang dikukus akan di harungkan dengan santan dan boleh di makan macam tu jer. Kalau di musim raya, biasanya, kalau bonda buat ketupat, kami adik beradik akan berebut pulut harung lah, yang belum dibungkuskan dengan daun palas lagi!
Jom, layan gambar.


Menyelerakan tak?
Buah pauh ni  baunya harum... isinya sangat manis! Pulut harung pulak... memang sedap!
Ini gambar pokok dan buah pauh harum manis yg saya pinjam dari pakcik Google....





Nak bagi satu pantun!

Harum manis seindah namamu
Di makan dengan pulut manis
Marilah semua kita menjamu
Tak dan nak capai dah tinggal secebis....

ROTI BAKAR - AYAM CENDAWAN BERKEJU

lama dah makcik tak berblog... tapi ari ni raa cam nak kongsi jer resepi ni sebab... sedaaappp!
Alkisahnya masa mokcik tihah n bonda gi Mydin Mall minggu lepas, terbelilah satu roti bakar ni, ada 3 lapisan roti dalam tu. Terkejut jugak bila harganya RM5. Bakpo yg mahal sangat? Tapi sebab nak try punyer pasal, maka terbelilah... Guess what? memang sedap... so bila mokcik Tihah rasa, tengok dia punyer inti semua ... ten tereng.... maka mokcik pong buatlah resepi sendiri... tak di sangka-sangka... menjadik beb... jom...


Kalau tengok dari rupa tu macam tak mengancam sangat kan! Tapi bila makan... sedap!


OK... resepinya

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus ayam cincang @ 2 cawan isi ayam yang dicincang sendiri
1 tin cendawan butang (didadu kecil)
1 biji capsicum (dadu kecil)
1 biji bawang besar holland (dadu kecil)
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
sedikit garam (jika perlu)
2  sudu besar butter @ marjerin atau minyak masak
Roti (secukup kehendak)
Keju cheddar slice
mentega sapuan
*carrot di dadu (kalau nak buh)
*tomato (kalau nak buh)

CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan mentega, bila cair jer, masukkan bawang dadu sampai dia caramelized... cam layu gitu
2. Masukkan ayam cincang
3. Biar ayam separa masak, kemudian masukkan semua bahan lain (kecuali roti dan keju)

4. Ambil sekeping roti, sapukan sedikit mentega @ marjerin dan letakkan inti di atasnya secukup kehendak



5. Ambil sekeping lagi roti, letakkan inti dan sekeping keju cheddar di atasnya.




6. Letakkan sekeping lagi roti bagi menutup inti. Panaskan non stick pan (api perlahan) dan letakkan sedikit mentega( jika perlu), Balikkan roti biar masak serata dan keju cair.

7. Siap, dan boleh dinikmati. Habiskan 3 keping roti ni, gerenti kenyang samai tengahari. Saya sampai ke petang pun boleh! Selamat mencuba