Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

lasagna roti dengan kentang dan daging

Salam semua
Sahur!
Susahkan kalau tekak memang tak boleh menerima nasi waktu sahur. Tapi bonda, waktu sahur pun menambah nasi. Alhamdulillah, Allah bagi bonda berselera. Saya dan anak memang kurang sikit seleranya waktu sahur jadi kenalah buat sesuatu untuk bagi mulut tu rasa nak kunyah. Saya tak apa, sebab dah biasa. Anakanda Cupie tu, dia ada gastrik. Kalau tak sahur, mulalah angin naik sampai nak muntah. Kadang2 bila bukak puasa pun dia cuma boleh minum air, sebab sakit katanya.

Okey, ini resepi mudah saja. Saya gabungkan resepi kentang dari sherperd pai/ kentang lecek untuk sandwich, lasagna roti dan roti cheese yang dah biasa saya buat. Memang mengenyangkan walau makan sehiris sebab ada roti, kentang, sayur da juga cheese. Tahun lepas, saya masakkan dalam aluminum foil tu dan bagi bagikan untuk saudara mara. Seronok tengok wajah2 mereka.

Jom roll on resipi


BAHAN BAHANNYA:
12 keping roti gardenia/ hi5 @ lain-lain
3 biji kentang direbus dan dilecek
daging / ayam kisar (1 cawan)
2 ulas bawang putih dan separuh bawang besar holland di dadu kecil
1 batang lobak merah di dadu @ dihiris halus/ parut
5-7 biji cendawan butang dalam tin di hiris halus
1 cawan keju mozarella/ parmesan/ cheddar
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh oregano/ mix herbs
2 + 1 sudu teh pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 + 1 sudu teh serbuk lada putih
sedikit garam dan gula
3 biji teluri
1 sudu besar mentega/ marjerin
parsley kering (optional)*

CARA MEMBUATNYA

INTI DAGING/ AYAM
1. Panaskan marjerin. Tumis bawang hingga wangi
2.Masukkan ayam/ daging kisar. Masukkan oregano, serbuk lada hitam dan putih. pati ayam.
3. Masukkan lobak merah dan cendawan butang. Perasakan dengan garam dan gula

INTI KENTANG
1. Lecek kentang hingga semua hancur. Masukkan susu segar.
2. Masukkan  1 sudu kecil pati ayam, serbuk lada putih dan sedikit garam.

CARA MENYUSUN:
1. Pecahkan telur. Masukkan setengah cawan susu lebihan untuk kentang tadi dan sedikit garam. Pukul telur hingga rata. Lenserkan acuan dengan mentega/ marjerin
2. Ambil sekeping roti dan celup sepenuhnya dalam bancuhan telur. Susun di dalam loyang.
3. Ratakan semua inti kentang ke atas roti tadi. Taburkan 1/3 dari keju parut
4. Ulang langah 2 dan letakkan di atas inti kentang tadi. Ambil semua inti ayam dan ratakan di atas roti tadi. Tabur 1/3dari keju parut
5. Ulang langkah 2. Tuang lebihan bancuhan telur tadi. Taburkan baki keju parut. Taburkan daun parsley kering di atasnya.
6. Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit pada suhu 180 C sehingga keju bertukar keperangan.

letak dalam aluminium foil sebab untuk di bahagiakan kepada saudara mara sempena bulan poser.

terlebih garing sikit yang ni... kua kua



ROTI JOHN (Step by Step)..yg bukan John yang buat!

Salam
Ari ni terajin sket so kita update resepi roti John plop...
Jommmmm...

nampak menyelerakan kan..kan.kan...
ROTI JOHN Versi Mamacupie

Bahan-bahannya:

1. Roti panjang (utk buat hamlet tu...)
2. 1 mangkuk daging cincang (beli yg dah siap)
3. 2 sudu besar serbuk kari daging (ikut suka brand apa pong)
4. 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang besar (didadu halus)
5. garam dan gula secukupnya
6. Telur dan butter secukupnya
7. Kobis, salad, tomato dan bawang hiris secukupnya
8. Sos cili n mayonis secukupnya

Cara membuatnya:

1. Mula-mula kita masak inti dia dulu. Panaskan minyak (dalam 2 sudu gitu). Tumis bawang putih n besar hingga wangi. Jgn sampai hangus kay!
2. Masukkan daging, rempah kari yg dah dicampur sedikit air. Masak hingga daging masak.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
Inti roti John yg dah siap masak.
4. Potong semua sayur-sayuran @ campuran salad sesuka hati
campuran kobis, salad, karot, tomato dan bawang
5. Ambil 3-4 sudu besar inti, pecahkan dua biji telur (boleh buat 3 biji roti John)

kacau sebati

6. Roti di potong bahagian tengah tapi jangan sampai putus. Sapu mentega atau marjerin. Bakar sekejap di kedua-dua belah hingga keperangan. Letak sedikit minyak di atas kuali non stick, curahkan satu senduk campuran telur ke dalam kuali dan terus terlangkupkan roti tadi.
letak satu senduk campuran inti dan telur

Biarkan ia masak dan balikkan

balikkan dan bakar sekejap bahagian belakang untuk lebih rangup
7. Sapukan sedikit mayonis, sos cili dan letak campuran salad. Siap!
letak sos cili disebelah dan mayonis di sebelah satu lagi

Tambah campuran salad

Kapitkannya...

Potong dan Ngap! Juicy n sedap weh... makan panas-panas tau!



ROTI BAKAR - AYAM CENDAWAN BERKEJU

lama dah makcik tak berblog... tapi ari ni raa cam nak kongsi jer resepi ni sebab... sedaaappp!
Alkisahnya masa mokcik tihah n bonda gi Mydin Mall minggu lepas, terbelilah satu roti bakar ni, ada 3 lapisan roti dalam tu. Terkejut jugak bila harganya RM5. Bakpo yg mahal sangat? Tapi sebab nak try punyer pasal, maka terbelilah... Guess what? memang sedap... so bila mokcik Tihah rasa, tengok dia punyer inti semua ... ten tereng.... maka mokcik pong buatlah resepi sendiri... tak di sangka-sangka... menjadik beb... jom...


Kalau tengok dari rupa tu macam tak mengancam sangat kan! Tapi bila makan... sedap!


OK... resepinya

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus ayam cincang @ 2 cawan isi ayam yang dicincang sendiri
1 tin cendawan butang (didadu kecil)
1 biji capsicum (dadu kecil)
1 biji bawang besar holland (dadu kecil)
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
sedikit garam (jika perlu)
2  sudu besar butter @ marjerin atau minyak masak
Roti (secukup kehendak)
Keju cheddar slice
mentega sapuan
*carrot di dadu (kalau nak buh)
*tomato (kalau nak buh)

CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan mentega, bila cair jer, masukkan bawang dadu sampai dia caramelized... cam layu gitu
2. Masukkan ayam cincang
3. Biar ayam separa masak, kemudian masukkan semua bahan lain (kecuali roti dan keju)

4. Ambil sekeping roti, sapukan sedikit mentega @ marjerin dan letakkan inti di atasnya secukup kehendak



5. Ambil sekeping lagi roti, letakkan inti dan sekeping keju cheddar di atasnya.




6. Letakkan sekeping lagi roti bagi menutup inti. Panaskan non stick pan (api perlahan) dan letakkan sedikit mentega( jika perlu), Balikkan roti biar masak serata dan keju cair.

7. Siap, dan boleh dinikmati. Habiskan 3 keping roti ni, gerenti kenyang samai tengahari. Saya sampai ke petang pun boleh! Selamat mencuba



Sandwich kentang dan tuna@ sardin MAMACUPIE... hmmm luxurious...

Lamo bebenor tak menulis di blog ni kan... tak kongsi resepi... tak kongsi cerita... bukannya apa, saya sungguhlah menyibukkan diri saya sendiri yang sudah sedia sibuk ini!

Okay, dah lama sebenarnya saya tak buat sandwich... walhal itulah makanan asasi yang termudahhsss sebenarnya, cuma potong, bukak tin, campak, curah, gaul! Fuyyooo...

Okay, untuk nampak lebih kaya...maksudnya lebih creamy, lebih mengancam gitu so saya buat lapis klentang bersama tuna. Ayahanda, bonda dan anakanda serta adinda2 semua sukalah... kenkawan kat sekolah kat Perlis dulu selalu jer suruh buat... rindu kat kenkawan semua!
Saja letak inti banyak sket bagi ala-ala nak meleleh gituw..

Okay, kita tengok resepinya

BAHAN-BAHAN:
roti putih kalau blh Gardenia atau Hi 5. Roti murah pun boleh cuma bila dah sapukan inti dan dah dilapis2 tu perlu wrap dengan plastik wrap tu atau letak dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan roti menjadi kering dan keras dna tak sedap nak makan.
marjerin/ mentega untuk disapukan di atas roti

Inti layer 1

4 biji kentang
2 sudu besar mayonis
1 sudu teh serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam dihancurkan
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 cawan susu segar / susu cair
sedikit garam

Inti layer 2

1 tin tuna in oil / sardin (jenama ayambrand/yeo's/kingcup @ marina) - yg lain tu kurang menyengat rasanya
1 biji timun batang saiz kecil
1 biji saiz kecil bawang besar cina (putih)
2 biji tomato saiz kecil
2 biji cili merah
4 sudu besar mayonis
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:

1. Kentang dibasuh bersih dan di rebus dengan air dan sedikit garam sehingga empuk


2. Toskan, kupas kulitnya dan dilenyek sehingga hancur

3. Campurkan mayonis, serbuk pati ayam, serbuk lada hitam dan lada putih. Gaul rata.


4. Masukkan susu segar/ cair dan gaul rata. rasakan masin masamnya.



Inti layer dua

1. Asingkan tuna dari minyak. Lenyek hingga hancur. Jika menggunakan sardin, buang sos tomatonya dan tinggalkan sedikit sahaja.
2. Semua jenis sayuran di potong dadu kecil, lalu di gaul bersama tuna tadi.

3. Masukkan mayonis dan sedikit garam. Gaul rata dan rasakan masin manis masamnya

CARA MENGHIDANGKAN:
1. Ambil dua keping roti dan sapukan dengan marjerin/ mentega
2. Sapukan inti kentang ke atas roti tadi dan sekeping lagi disapukan inti tuna


Satu disapu marjerin dan kentang. Satu lagi disapu marjerin dan tuna. lapiskan
3. Ambil sekeping lagi roti dan tekapkan diatasnya. Potong dari bucu ke bucu atau sesuka hati asal bahagia.


Puding roti sedap + strawberry dan coklat!

Tu dia!!!!
Memang 'kill kill die die' sungguh tajuk resepi hari ni. Jenuh pikir dah makcik nak buh nama apa puding roti ni, tuh yang kuar lagu tu.... hahahha

Okay, sebenarnya inilah puding roti yang paling senang dan tak banyak karenah tapi sedap dan canteqq... sungguh... tak caya? Mai kita tengok!!!!!

BAHAN-BAHAN

1 buku kecil roti gardenia atau apa2 roti (gardenia lagik sedap ye!)
1/2 buku roti butterscotch / roti mentega / roti manis
1 cawan susu segar
1 cawan susu cair
3 sudu besar mentega dicairkan (ala buh je dalam microwave jap, cairlah dia)
4 sudu besar gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Strawberry filling @ jem strawberry secukupnya
coklat emulco @ pes coklat @ coklat masakan dicairkan @3 sudu milo + 3 sudu air panas

CARA MEMBUATNYA

1. Carik-carikkan roti sesuka hati besar atau kecil.
2. Campurkan susu segar, susu cair, mentega, gula, telur dan esen vanilla ke dalam pengisar dan kisar hingga betul2 sebati.
3. Tuangkan ke atas roti dan gaul biar semua roti menyerap bahan kisar. Biarkan selama 15 minit - 30 minit.
4. Ambil loyang, lenserkan sedikit mentega. Letakkan satu senduk adunan roti tadi. Ratakan strawberry filling @ jem ke atasnya. Ambil lagi satu senduk adunan dan letakkan diatasnya. Ratakan coklat emulco @ pes coklat. Buat begitu seterusnya hingga habis adunan.
5. Bakar pada suhu 160 C dalam 30 - 45 minit bergantung pada adunan dan besar kecil loyang yang digunakan.


Sebelum di 'oven'kan!

Rasa masam dan manis strawberry filing dan pahit manis coklat tu menambahkan kesedapan

Cantikkan layer-layer yang tak teratur tu? Sedap.. tak adalah manis sangat tapi kalau nak lebih manis boleh tambahkan gula atau letakkan sedikit madu!
Cubalah yer... senang jer!

PIZZA super duper yummy makcik Tihah... senang je... jom!




Jom masak pizza.
Al-kisahnya dah lama saya merehatkan bread maker saya tu kan so adalah suara-suara sumbang anakku, bondaku, cousin2ku yang buat ayat-ayat perli suruh juallah, letak kat besi buruklah dan bla.. bla.. bla... Maka tercetuslah idea nak buat pizza. lagikpun nak buat istimewa ni nak dedikasikan buat kawanku Che Sue (Ustazah Siti Zaharah) yang akan bersara selepas raya Idul Fitri nanti. Maka... teng tereng.... my super duper yummy pizza!

Senang je, tak perlu pakai bread maker pung jadik. Sungguh, saya dah try buat tapi kalau tak pakai bread maker saya buat dalam satu adunan jerlah, sakit tangan nak menguli mende tuh.... ehehheeh

Sebelum ni saya dah buat 3, 4 jenis resepi gakler pizza nih. Semuanya menjadi Alhamdulillah cuma maybe ada yang crust tu, doh dia lembut sangat. Ada yang tak berapa nak masak dan bla...bla...bla... so saya pung buatlah satu crust sendiri yang diubahsuai dari beberapa jenis resepi termasuklah resepi yang datang bersama bread maker dan Alhamdulillah nampaknya jadi. Sos pizza biasalah saya beli sos spagetti prego yang original jer. Haritu saya try buat sendiri, rasa cam tak berbaloi je dengan guna sikit sangat tuh kan so beli je la. kalau beli yg dah siap kat kedai bahan kek pong sedap gaks. Toppingnya belasah je apa yang nak dibubuh, asalkan anda semua bahagia, eheheheh... bahagia kan???? ke tak berapa nak bahagia??? Ish melalut dah saya ni. Okay kita tengok bahan-bahannya. Ini utk buat dua biji pizza. Kira bolehlah makan satu famili, mak ayah dan dua atau tiga anak.

Belum dibakar. Wraped dgn cling film utk simpanan dihari tua... uppsss... dihari lapar dan malas sedunia so kita bakor jerrr.... kua kua...


BAHAN DOH PIZZA:

280g tepung berprotein tinggi (saya cuba guna tepung gandum biasa pung sama je rasanya)
15g butter
1 sudu kecil gula
secubit garam
50ml susu segar/ susu cair
130ml air sejuk dalam peti ais
1 sudu kecil yis segera (mauripan)
1 sudu kecil pelembut roti (bread softener)

CARA BUAT DOH:
1. Kalau guna bread maker, buh jer semua bahan tu. Tekan fungsi 'dough', tunggu hingga siap. Saya buat dua kali, maksudnya saya tekan sekali, siap then saya tekan sekali lagi. Lagi lembut roti kita. Pahtu saya biar je dalam bread maker tu lebih kurang 20-30 minit atau ianya kembang sekali ganda.

1. Kalau uli sendiri, buat macam ni.
- Gaul tepung, pelembut roti (tak ada pung tak apa) dengan yis dalam mangkuk.
- Campurkan air dalam peti ais, susu, garam dan gula. Kacau bagi larut. Saya guna gula halus senang sikit nak larut.
- Cairkan butter (buh je sat dalam microwave, sikit je tu). Campur butter dan campuran air dan susu tadi ke dalam tepung. Gaul dengan tangan bagi rata dan licin. (Ni bergantung atas cara gaul. Kalau asyik berhenti je sebab lenguh tangan, lambatlah nak licin. Biasanya dalam 10-15 minit okay dah)
- Uli atas permukaan rata (cth: dalam dulang besar ke atau atas meja ke), tabur tepung bagi tak melekat. Bulatkan dan biar selama 20-30 minit atau hingga kembang dua kali ganda. Tutup dengan plastik cling atau pinggan ke apa-apa ke. Kalau terdedah dia akan kering bahagian atas.

2. Ambil doh yang dah kembang tadi dan tumbuk-tumbukkan bagi buang angin dalam tu. Uli sekali lagi dan canai ikut acuan. Saya pakai kerat ngan pisau je lepas canai tu. Kalau nampak lompang mana-mana, saya tampal-tampalkan jer, nantipun roti tu dok kat bahagian bawah, orang tak nampak! ehehhe... kerja senang.
3. Biar sekejap dalam acuan bagi dia kembang dalam 5 minit. 
4. Bakar sekejap dalam suhu 180-200C dalam 5 minit je. Sedia di letakkan inti

BAHAN-BAHAN TOPPING

Sos Pizza
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar Cina (warna putih)
1 sudu besar mentega
1 cawan ayam cincang/ daging kisar
4 batang sosej
5-7 ekor udang sederhana besar (dibuang kepala dan separuh kulit, dibelah belakang)
cendawan butang
Capsicum hijau/merah/kuning
1 biji tomato dihiris memanjang
nenas dalam tin
1 sudu kecil  oregano
1 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil secukup rasa
serbuk lada hitam & serbuk lada putih
sedikit garam
keju parut mozarella/ parmesan

CARA MEMBUATNYA:
1. Cincang bawang putih dan bawang besar
2. Gaulkan ayam kisar dengan oregano, pati ayam, serbuk lada, secukup rasa dan garam. Perap 1/2 jam
3. Panaskan mentega, masukkan bawnag cincang dan campuran ayam kisar. Gaul sebati hingga masak
4. Perap udang dengan sedikit lada hitam dan secukup rasa
5. Ambil doh, sapukan sos pizza dan letakkan topping yang anda gemari. Akhirinya dengan tabvuran keju parut.

Campurkan serbuk lada sulah, lada hitam, oregano, secukup rasa, garam dan serbuk pati ayam. gaul sebati

Chop bawang putih dan bawang besar


Bawang putih yang telah dichop/ cincang 

Sapukan sos pizza/ sos spageti prego original

Taburakn ayam cincang yang telah digoreng dgn mentega dan bawang tadi

Susun hirisan sosej (rebus sekejap), cendawan butang dan capsicum

Tambahkan udang dan hirisan tomato

Taburkan nenas dalam tin

Taburakn rata parutan keju mozarella/ parmesan

Siap! Boleh di bakar atau wrap dgn plastik cling simpan dalam peti sejuk beku!


Pizza utk Cupie... tak ada sayur mayur.... nampak tak melted cheese tu...

BEST Wooo...


Nampak tak cheese yang tertarik tu... ehehheh cubalah... senang jer....