Showing posts with label CERPEN. Show all posts
Showing posts with label CERPEN. Show all posts

My next novel "LAVENDER DARI ROCHESTER"

Asyik masak jer kan!
Rasanya blog penulis novel yang lain tak banyak yang masak, mesti cerita terbaru tentang novel dan bla...bla...bla...

Tak adalah, sebenarnya, malam ni nak kongsi sikit. Ni utk kawan2 yang tak sabar nak baca novel baru saya (ada ke?) eheheh biarlah perasan sendiri pong tak apa... kik kik kik....

Kisah ni sebenarnya kisah biasa saja (walaupun ada nak masuk era2 sinetron Indon sikit) tapi Insyaallah saya gabungkan elemen lawak2 sikit esp, watak 'Zakir', ada unsur suspen sikit, unsur 'cinta & kasih sayang' of course mesti ada, pahtu kisah kekeluargaan dan kebangkitan dari kedukaan masa lalu... cam tu lah kononnya....

Di sini saya letak sikit bab 1, eh bukan bab 1, proloq... eh bukan jugak... apa ya orang panggil, mukaddimah kot... ehehhe....

Sikit je tau.... nanti basi pulak kalu letak banyak-banyak...

Saya letak kisah watak utama.... harap-harap kawan suka ya....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LUTFIYAH
               
Lutfiyah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia bangun dari meja bacaan dan berjalan ke katil. Punggungnya direbahkan ke atas tilam empuk jenama ‘Dunlopillo’. Dia kemudiannya, menjatuhkan belakang badan dan kepalanya ke atas tilam itu.
                Sudah seminggu dia begini. Masih belum menemui jalan penyelesaiaannya. Perlukah dia menuruti segala yang telah diamanatkan? Perlukah dia mencari sesuatu yang tidak tahu hujung pangkalnya? Perlukah dia mengikut gerak hati Babanya yang hanya diceritakan sekali itu sahaja? Arghhhh..... bagaimana dengan kuliah Ijazah Lanjutan yang sedang diikutinya? Perlukah dia meninggalkan semua itu demi sebuah jawapan dan sebuah hubungan yang entah masih wujud atau...?
                “Nong  Puteri....” Wajah ibu Sumaiyah muncul di balik pintu. Wajah yang sudah mempunyai kedutan di bawah kelopak mata serta di dahi itu hanya senyum kecil dan berpeluk tubuh.
                “Nong, nggak mau sarapan?” Lutfiyah senyum hambar. Dia menoleh kearah jam di dinding yang sudah pun menunjukkan ke angka 8.50 minit pagi.
                “Sekejap lagi saya turun bu,” Ibu Sumaiyah berjalan menghampirinya. Dia mengelus perlahan rambut Lutfiyah yang cuma separas bahu itu lalu mengucup ubun-ubun yang sudah keras, bukan seperti dua puluh enam tahun dulu, masih lembut dan belum ditumbuhi rambut sepenuhnya. Begitulah yang selalu dilakukannya bagi menzahirkan kasih sayang. Lutfiyah tahu, ibu Sumaiyahlah yang menjaganya sejak kecil dan bila saja dia mula mengenal dunia... dunianya ialah ibu Sumaiyah dan baba yang sebenarnya, sangat jarang berada bersamanya.
                “Masak apa hari ni bu?” Ibu Sumaiyah senyum lagi dan mengambil tempat berhadapan dengan Lutfiyah yang kelihatan sedikit sugul.
                “Fettucini goreng, ibu letak isi ayam, banyak....”Begitu bersemangat ibu Sumaiyah menerangkan bagi memancing selera anak gadis itu.
                “Sekejap lagi lah bu. Mmmm... auntie Lira dah keluar?” Mendengar saja nama auntie Lira, senyuman ibu Sumaiyah sedikit kendur, lalu dia mengangguk perlahan.
                “Dah... dari tadi. Nanti Puteri turun ya?” Lutfiyah mengangguk lagi dan hanya memandang lenggok ibu Sumaiyah, keluar dari biliknya.
Ibu Sumaiyah, seorang wanita tabah yang kematian  suaminya akibat patukan ular tedung di kebun mereka di Jawa Tengah, lebih kurang dua puluh enam tahun yang lalu. Sejak itu dialah yang mengasuh Lutfiyah dan menjaga makan minum Lutfiyah dan babanya di kota besar Kuala Lumpur. Lima belas tahun lepas, selepas saja baba berkahwin dengan auntie Lira, mereka berpindah ke Australia, kemudian mereka berpindah lagi ke Filipina atas urusan kerja baba. Baru saja lima tahun yang lepas, baba meluaskan perniagaannya,  membeli rumah dan beberapa aset  di pekan Rochester, hingga sekarang. 
Sudah lama baba ke Madinah, atas urusan kerja penghantaran barangan dengan syarikat perkapalan yang di kongsi dengan sahabatnya, uncle Sameer Khan. Seminggu yang lepas baba menelefon dari Madinah, menyuruhnya pulang ke Malaysia? Tapi mengapa? Sudah dua bulan dia tidak bertemu baba. Dia rindu, sangat rindu. Dia dapat merasakan diantara mereka sudah mula mempunyai jurang. Walaupun selama ini baba sibuk, walaupun baba sudah mempunyai auntie Lira, namun kasih baba tetap seperti dulu, dia pasti baba betul-betul sayangkannya, walaupun jarang meluangkan masa untuknya.
Auntie Lira? Entahlah, dia pun tidak faham dengan sikap ibu tirinya yang cuma berbeza lima belas tahun dari usianya. Kadang dia baik, peramah, sering bertanya khabar tentang kuliah... namun kadang-kadang dia cuma menyepi... bila di tanya dia cuma senyum, kemudian keluar, entah ke mana. Dengan ibu Sumaiyah, langsung tidak bertegur sapa, hanya mengangguk dan mengeleng saja. Hendak dikatakan auntie Lira ibu tiri yang tidak baik, tidak juga. Dia baik, penyayang... tapi mungkin kerana dia masih muda, tidak mempunyai anak, jadi dia kurang memahami Lutfiyah. Cuma apa yang Lutfiyah perasan, auntie Lira dengan baba seolah mempunyai masalah. Tidak bergelak ketawa seperti kebiasaannya, tidak bergurau senda seperti dulu lagi... dan... dia pasti yang auntie Lira dengan baba sudah tidak tidur sebilik! Apa yang dia pasti lagi, kali ini auntie Lira tidak mengikut baba ke luar negara atas urusan kerja seperti kebiasaannya. Kenapa? Entahlah, namun hati tetap berprasangka!

“Puteri?” Lutfiyah tersentak dan dia melangut kepada suara yang memanggil.
“Baba? Bila baba pulang?” Entah mengapa dia hanya bertanya dalam keadaan terkejut dan bukannya memeluk baba seperti biasa.
“Puteri sihat sayang?” Lutfiyah mengangguk. Baba menghulurkan sejambak bunga lavender yang masih segar. Lutfiyah menyambutnya dengan senyuman dan mencium aroma menenangkan dari bunga berwarna ungu itu. Baba tahu dia sukakan bunga yang sederhana itu. Dia mendongak kearah baba yang sudah pun duduk di atas katil berhadapan dengannya.
“Puteri kena balik...” Lutfiyah diam. Mengangguk pun tidak, mengeleng pun tidak.
“Puteri sayangkan baba?” Lutfiyah mengangguk.
“Puteri kena balik sayang... kena tolong baba...”Lutfiyah memandang baba tanpa berkerdip dan dia dapat melihat sesuatu yang tidak pernah dia lihat di mata baba. Baba menangis!

“Trut... trut...” Lutfiyah tersentak. Dia membuka mata. Wajah baba sudah hilang, yang ada cuma ruang kosong dibiliknya. Dia mencari-cari telefon bimbitnya yang dicampakkan ke atas katil dan bila telefon itu dijumpai, deringannya berhenti. 
                “Maldan?” Nama di skrin telefonnya disebut perlahan. Dia mengeluh kecil  lalu meletakkan kembali telefon bimbitnya di sisi. Dia menoleh sekilas kearah jambangan lavender di atas meja yang sudah kering.  Ah... Baba!


ZAKIR

                Zakir berjalan pantas. Peluh mula berjejeran di dahi, tengkuk dan badannya. Kenapalah di waktu begini motosikal buat hal?
                Sesuatu bergetar di kocek seluarnya dan pantas dia menggagau mencari telefon bimbit sambil kakinya masih pantas mengorak langkah.
                “Ok, bos, iya... sekejap lagi... iya... saya  faham!” Talian disebelah sana dimatikan. Zakir mengeluh perlahan kemudian mengeluh sekali lagi, dengan agak kuat. Kakinya mula lenguh. Menapak hampir dua kilometer, menyusuri beberapa blok bangunan dengan kadar 30km sejam, memang memenatkan!
                Dia mendongak ke atas, meneliti papan tanda besar yang sudah dipaku kejap ke dinding. Kemudian dia membaca sekali lagi alamat di sampul surat 10 x 5 inci ditangannya lalu mengangguk sendiri. Tanpa berlengah dia memanjat tangga dengan kadar sekali langkah, dua anak tangga dan mula termengah-mengah dihadapan pintu. Dia mengesat peluh dengan sapu tangan yang selalu diletakkan ke dalam kocek seluarnya walaupun dia sebenarnya kurang gemar dengan kehadiran sapu tangan tersebut. Beberapa kali juga kawan-kawan serumah memerli apabila terlihatkan dia melipat sapu tangan dan memasukkan ke dalam kocek. ‘Mamat skima’ kata mereka, tak sesuai dengan gaya ‘rockers’ yang selalu diikutinya. Lantaklah, mamat skima ke apa ke, yang penting bila berpeluh-peluh begini, ada juga gunanya sapu tangan ni! Dia membetulkan baju tshirt berkolar dan seluar jeans hitamnya lalu membuka pintu. Hawa sejuk dari penghawa dingin melegakan separuh dari kepanasan yang dirasainya. Dia pantas ke meja penyambut tetamu dan menghulurkan sampul surat tersebut. Gadis di meja penyambut tetamu, cuma senyum dan melihat saja dia menandatangani buku log yang telah disediakan.
                “Terima kasih!”
                “Kasihmu ku terima dengan rela hati!” Gadis bertudung dan berkebaya coklat tua itu sedikit terkejut namun kemudiannya tersipu-sipu malu. Zakir memberikan senyuman penggodanya lalu menoleh sekilas kepada gadis tersebut sebelum menutup pintu pejabat! Ah... selesai tugas hari ni!
                “Hello, Alin.... tak boleh keluarlah petang ni, ada kerja sikit,” Zakir senyum kecil sambil berjalan perlahan, mengikuti lorong yang dilalui sebentar tadi untuk ke tempat membaiki motosikalnya.
                “Malam ni... mmm malam ni pun tak bolehlah sayang... petang esok kay?” Suara yang sudah mula merajuk disebelah sana, diajuknya dengan wajah yang diherot-herotkan, kemudian dia senyum lagi.
                “Okay sayang, bye!” Telefon bimbit dimasukkan ke dalam kocek kembali. Zakir gelak besar, kemudian menutup mulutnya tatkala dia terpandangkan beberapa orang gadis yang sedang membelek akhbar dan majalah dikedai buku yang dilaluinya sedang memerhati kearahnya. Dia mengangkat kening dan mengenyitkan mata. Seorang dari gadis yang hanya memakai t’shirt singkat dan seluar  jeans paras lutut, mengepalkan penumbuk dan mengacu kearahnya. Dia tersentak dan kemudian membuat muka selamba dan berjalan pantas dari situ.
                “Gila budak pompuan tuh, macam jantan,” Dia mengeleng-ngelengkan kepala sambil kakinya terus menghitung langkah. Peluh kembali merajai wajah. Mujurlah dia memang seorang ahli sukan. Boleh dikatakan setiap petang dia akan bermain bola sepak di padang tempat dia menyewa. Kadangkala bermain futsal di kelab. Ada juga dia ke Gimnasium jika berkelapangan. Maksudnya, jika tiada ‘dating’lah!
                “Bro!” Seorang lelaki yang hampir sebaya dengannya, mungkin lebih muda mendongak dan mengangkat tangan kearahnya. Zakir berjalan menghampiri. Motosikal Kris merah hati kesayangannya comot di sana sini.
                “Camana Bro?”
                “Sat gi... hang pi lah minum dulu ka, ayat marka soghang dua ka kat warung Pak Mat Togel tu, siap nanti aku helo,”
                “Ok, set!” Muslin tersengih dan menampakkan giginya yang kekuningan akibat kuat merokok itu lalu kembali menyiapkan kerjanya. Nasib baiklah ada Muslin! Tak payahlah dia mengheret motosikalnya ke bengkel dalam panas remang macam ni. Budak betul bendul ni yang tolong bawakkan ke sini, tak tahulah sama ada dia heret, angkat, pikul atau pun tarik ngan lori!
Zakir berjalan keluar dari bengkel motosikal yang cuma menumpang disebelah kedai mencuci kereta itu, melintas jalan dan menghampiri warung yang agak lengang, mungkin kerana waktu makan tengahari sudah lama berlalu. Dia mengangkat tangan ke arah seorang tua, lingkungan akhir 50-an.
                “Pak Mat, minum biasa satu... makan pun, biasa satu!” Pak Mat cuma mengangguk dan mula mengarahkan anak perempuannya yang sedang memotong sayur agar membuat bihun goreng. Dia menatang teh ais dan meletakkan di hadapan Zakir. Zakir yang cuba senyum-senyum kearah anak Pak Mat mengalih pandang dan senyum kecil kepada wajah tua berkopiah putih yang sudah pun mengambil tempat dihadapannya.
                “Kau dari mana Zack? Berpeluh-peluh, busuk haung...” Dia meneguk dua kali teh ais yang berwarna oren tua keruh itu lalu meletakkan kembali gelasnya di atas meja. Dulu, dia bukannya gemar sangat minum minuman bersusu, apatah lagi teh susu. Namun sejak dia bekerja jauh dari kampung, dia jadi gemar minum teh susu. Bila minum, dia akan terasa dekat dengan abangnya Hadi  dan neneknya, Nek Mah. Sebabnya, Hadi terlalu gemarkan teh susu dan Nek Mah sentiasa buatkan teh susu untuk mereka!
                “Cam biasalah Pak Mat, hantar surat. Motor pulak buat hal... tuh yang kena menapak... boss pulak cerewet, lambat sikit mulalah telefon, pot pet pot pet....” Pak Mat mengelengkan kepalanya perlahan. Anak muda dihadapannya ini sudah begitu mesra dengannya. Sudah hampir dua tahun dia mengenali Zakir yang perangai gila-gila tapi baik budaknya.
Walaupun kalau dilihat luaran, dengan rambut panjang yang ditocang kemas, selalu melepak dengan budak-budak motor kat bengkel, selalu juga dia mengikut budak-budak motor tu merempit, walaupun dia sendiri tidak pernah merempit! Bermain gitar malam-malam kat depan warung, mengusik budak-budak perempuan yang baru balik dari kerja kilang... tapi bila sudah lama mengenali anak yatim piatu ni, Pak Mat nampak akan kejujurannya. Sembahyang pun selalu jugak bila diperhatikan. Ye lah, balik dari kerja, sementara menunggu Muslin habis kerja, surau stesen Petronas kat seberang jalan tu lah tempat dia, sebelum dia bertenggek kat warung sampai pukul enam setengah. Pak Mat pasti Zakir menunaikan sembahyang Asar sebab kopiah putih selalu saja dia nampak terselit di tepi beg sandangnya.  Jauh beza dengan rakan-rakan serumahnya yang lain!
“Dah selesai keje ari ni?” Zakir mengangguk dan senyum meleret kearah Mardhati, anak gadis Pak Mat Togel! Pak Mat buat-buat tidak nampak dengan aksi dua uda dan dara dihadapannya.
“Ambilkan abang, sos!” Mardhati mengangguk dan mencapai sos cili di meja bersebelahan lalu menghulurkan kearah Zakir, kemudian dengan tersipu-sipu dia kembali ke bahagian dapur warung itu, meneruskan kerjanya! Zakir senyum lagi kearah Mardhati yang kelihatannya sedang mencuri-curi pandang kearahnya tatkala bahunya ditepuk dari belakang! Pantas, dia berpaling.
“Astagfirullahalazim... nasib baik aku tak tertelan sudu ni,” Muslin tersengih-sengih lalu duduk disebelahnya.
“Dah siap!” Zakir mengangguk.
“Hang memang Zack, depan Pak Mat, hang tunjuk alim no, melatah pun guna ayat sopan...” Zakir ketawa kecil sambil sempat lagi bermain mata dengan Mardhati yang sedang menggoreng sesuatu di kuali.
“Weitt...”
“Apanya?” Muslin memandang sekilas kearah sahabat serumah merangkap sahabat karibnya itu.
“ Jadi dak pekena malam ni?” Zakir menolak pinggan melamin biru muda yang sudah kosong  kehadapan lalu meneguk air teh ais yang tinggal separuh itu sehingga habis.
“Tengoklah...  letihlah... esok kerja,”
“Ala... haghi-haghi gheja bro, aku pun gheja... jom arr bukan buat pa pon, tengok je... dapat ayat sorang dua marka, kita baliklah...”
“Kau ni lah tak dak benda lain, asyik marka, marka... malaslah... aku nak krohhhhh,” Zakir bangun, menggeliat perlahan lalu melambai Mardhati, membuat  isyarat agar mengira jumlah harga makanannya.
“Empat ringgit bang,” Zakir senyum. Mardhati yang hitam manis bertahi lalat di pipi  itu juga senyum. Duit dihulur dan bersambut... seperti gerakan gerak perlahan di dalam filem, Zakir mengenyitkan mata dan melambai Mardhati yang juga sedang membalas senyuman dengan manja... Zakir berpaling untuk pergi namun dia berpaling semula kearah Mardhati yang juga turut berpaling dengan rambutnya yang ditiup angin sepoi bahasa... pandangan mata Zakir seolah terpana dengan keindahan itu lalu... kaki Zakir melangkah dan...
“Adoi!” Dia terlanggar Makcik Shamsiah yang sedang sarat membawa beg plastik penuh dengan sayur dan buah... Berterabur barang-barang dari dalam beg plastik... Ya Allah... bakal mak mertua...! Wajah masam mencuka yang sedang bercekak pinggang itu memandang tajam kearahnya.
“Kutip balikkkkkkkkkkkkkk!”

HADI
               
Jalan bengkang bengkok tinggi rendah membuatkan dia mual. Kepalanya pening lalu dia memberikan isyarat ke kiri dan berhenti di pinggir jalan. Dia menyandarkan badannya ke kusyen kereta yang lembut.
                “Aku salah makan ke tadi?” Dia memicit-micit perlahan dahi dan belakang tengkuk dan beberapa kali terluah bunyi ‘erkk’ dari mulutnya. Di tepuk-tepuknya perlahan bahu dan kepalanya hingga mengeluarkan beberapa lagi bunyi yang sama kemudian dia memejamkan mata. Ada sedikit kelegaan meresap namun rasa mual itu masih ada.
                Jam di bawah pemain cd kereta di kerling sekilas. Pukul 10.30 malam.
                “Tidurlah sekejap,” Dia bersuara kepada dirinya sendiri lalu mencapai telefon bimbit dan menekan beberapa butang kemudian meletakkannya kembali ke kusyen sebelah lalu memejamkan matanya.
                “Bang.... bang.... bangun bang..... hari ni kan kita nak ke Lumut....”
                Dia menggeliat perlahan. Matanya di buka. Wajah manis tembam dihadapannya tersenyum manja.
                “Abang..... dah janji kan......”
                “Give me five minute, dear....” Terasa sesuatu yang lembut menghempap ke wajahnya. Dia menolak bantal peluk yang menutup separuh wajahnya.
                “Sayang....” Suara gelak ketawa manja di nikmatinya seketika.
                “Bangun.....”
                “Kalau abang bangun, sayang nak bagi apa?” Wajah yang sedang ketawa itu dirangkulnya. Satu ciuman hinggap di pipi gebu itu.
                “Ed,  busuklah....” Dia ketawa besar...  Begitulah selalunya. Bila marah je, panggilan abang terus bertukar menjadi ‘Ed’, nama mesranya semasa di Universiti dulu!

                Matanya di buka. Suasana gelap di kiri kanan. Titis titis hujan membasahi cermin hadapan kereta. Dia meraup wajah. Hujan di luar makin lebat, selebat hujan dihatinya. Dia beristighfar seketika lalu menyeka air yang bergenang di birai matanya.
                “Allahuakbar...  Allah Maha Besar,” Dia meluahkan ayat keramat yang sering dituturkannya siang dan malam. Itulah yang sering terjadi tatkala matanya di pejamkan. Bayangan demi bayangan... Kenangan demi kenangan...
                Sejalur cahaya terpancar dari skrin telefon bimbitnya. Dia mencapainya lalu memandang nama yang tertera di skrin. Satu senyuman terukir dibibir.
                “Kau kat mana Adi?” Hadi batuk-batuk kecil, membuang segala sebak yang terangkum di kerongkongnya tadi.
                “Kat tepi jalan...”
                “La... naper dok tepi jalan? Wei, kul baper nak sampai? Nenek dok sibuk tanya nuh, tak larat nak jawab dah aku...” Suara Zakir yang ceria, menghilangkan segala kegusaran.
                “Aku terlena tadi Ker, kul baper dah ni?”
                “ Dua belas..”
                “Lori barang dah sampai Ker?”
                “Dah... kul 8 tadi. Sakit abih badan aku ni angkat barang... Nenek dok pot pet pot pet...”
                “Sal apa pot pet lak?”
                “Yerla, tak tahu nak letak kat mana semua tu, satu rumah kau angkut ek?”
                “Mmmm... yerla, takkan aku nak tinggal kat buyer tuh? Aku tahulah nak letak kat mana, aku dah siapkan pelan besarkan ruang tamu ngan tambah bilik tu. Kau ada bagitau nenek? Kalau kau bagitau, siap kau! Aku nak buat surprise.”
                “Aku simpan rahsialah, cuma aku tak tahan dengar orang tua tu membebel. Kau faham-fahamlah kan...” Mereka ketawa bersama.
                “Kau kat ner ni?” 
                “Mmm... dah nak masuk Gerik rasanya...”
                “Hish.... gila kau tido kat tepi jalan cam tu... aku dengar ada ponti...”
                “Dah... dah tak yah merapu... dengar suara kau, ilang mengantuk aku, aku nak chow dah ni,” Suara gelak besar kedengaran dari sebelah sana lalu dia senyum kemudian menutup telefon bimbitnya. Zakir! Penyeri kehidupannya dan nenek!
                Hadi meneguk air mineral yang cuma tinggal separuh botol lalu mula memberikan isyarat ke kanan.  Dia tekad kini, untuk memulakan kehidupan barunya!

WARDAH
               
                “Okay, jangan lupa semua, esok cikgu nak kamu bawak apa?” Wajah-wajah kecil yang nakal dihadapannya dipandang satu persatu.
                “Sayur-sayuran cikgu!”
                “Bagus, sekarang... Danial, baca doa,” Seorang kanak-kanak lelaki yang paling gempal di dalam kelas bangun diikuti dengan semua kanak-kanak yang lain. Kedua tangan diangkat dan doa di baca penuh bersemangat.
                “Terima kasih cikgu!”
                “Terima kasih semua,” Tanpa perlu disuruh-suruh kesemua dua belas orang kanak-kanak berusia enam tahun itu beratur dan bersalam lalu mencium tangannya. Bunyi bising mula kedengaran bila mereka berebut-rebut untuk keluar dari kelas. Dia cuma senyum dengan segala karenah yang sering menghiburkan hatinya.
                “Cikgu Wada!” Wardah yang sedang memadamkan tulisan di papan putih berpaling kearah wajah kecil yang sedang memegang bucu baju kurungnya.
                “Ada apa Mira?” Dia duduk berlutut agar dia kelihatan sama tinggi dengan gadis kecil itu.
                “Abang kat luar tu bagi,” Mira menghulurkan surat bersampul biru lalu berlari keluar sebelum sempat Wardah bertanya lanjut.
                Wardah mula memerhati sekeliling dan dia berjalan ke pintu kelas lalu matanya terarah kepada tiga orang pemuda di atas motosikal di luar pagar TASKA. Dia pasti tiga pemuda itu bukanlah waris yang datang untuk mengambil anak-anak mereka. Dia pasti kerana dia amat mengenali mereka.
                Pemuda yang berada di tengah membuat satu flying kiss yang ditujukan kearahnya, kemudian meletakkan ibu jari kanannya ke telinga mengisyaratkan agar Wardah menelefonnya lalu mereka menghidupkan enjin motosikal dan berlalu pergi. Wardah mendengus kecil lalu berjalan masuk ke kelas dan duduk di kerusi guru. Dia kenal mereka. Rakan sekelasnya semasa sekolah menengah. 
                “Tak serik-serik budak-budak tu,” Dia mengeluh kecil lalu memasukkan sampul surat biru itu ke dalam beg tangannya.
                “Tak balik lagi Wada?” Dia mendongak. Wajah Kak Marlini yang sedang tersenyum dipandangnya lalu mengeleng.
                “Kejap lagi kak, ingat nak kemas-kemas sikit bilik ni, esokkan cuti,” Kak Marlini mengangguk.
                “Akak balik dulu, jangan lupa kunci pintu pagar nanti ya,” Lenggok wanita berusia 34 tahun, guru besar TASKA itu, dipandangnya hingga hilang dari pandangan. Memang sudah lumrah, hari Khamis, Kak Marlini akan pulang awal kerana suaminya yang mengajar di Terengganu akan balik ke sini. Jika tidak, hari-hari biasa kalau tidak menginjak ke Asar, wanita itu tidak akan pulang. Ye lah, dia cuma bersendirian selepas kehilangan anaknya setahun lepas akibat jantung berlubang dan sehingga sekarang mereka masih belum dikurniakan cahaya mata lain.
                Dia? Hari ini hari Khamis dan hari ini dia akan berada lama sedikit di TASKA kerana dia tidak perlu memasak untuk Nek Mah, jiran merangkap nenek angkatnya yang tinggal bersendirian, kerana cucu Nek Mah yang bekerja di Kuala Lumpur akan pulang menjenguknya. Katanya dia mengambil cuti.  Kalau tidak, hari-hari dia akan memasak bersama Nek Mah. Dia seronok kerana sambil mereka memasak, Nek Mah akan bercerita. Dia gemarkan cerita-cerita Nek Mah, terutama cerita tentang dua orang cucu Nek Mah yang menjadi rakannya merangkap abang angkatnya sejak kecil. Dia tak rasa terbeban pun dengan rutin itu kerana Nek Mah pun bukan orang lain, saudara mereka juga.
Dia cuma berdua dengan ayah. Kakaknya sudah berkahwin dan sekarang mengikut suaminya yang mengikat kontrak bekerja di luar negara selama empat tahun. Ayahnya peraih ikan, kalau tidak menginjak ke Asar, dia tak akan dapat bertemu wajah itu, lagipun ayah jarang makan tengahari di rumah. Lepas solat Isyak di surau barulah ayah akan menjamah nasi. Jadi, dari dia melangut saja di rumah, lebih baik dia di sini, mengemas apa yang patut.
“Wada!” Dia mengenali suara itu lalu pantas saja dia berpaling.
“A.a..awak... eh  a...bang.. buat apa kat sini?” Dadanya berdegup pantas, dia pun tidak pasti penyebabnya.
“Nenek kata motor Wada rosak ek? Tadi Wada datang sekolah Pak Teh hantar?” Wardah mengangguk. Lelaki dihadapannya senyum lebar.
“Bila abang sampai?” Soalnya berbasa basi walaupun dia sudah tahu jawapannya kerana Nek Mah sudah banyak kali memberitahu tentang kepulangan cucu bongsunya ini.
“Pagi tadi. Jom balik dengan abang,” Tanpa menunggu jawapan balas, topi keledar dihulurkan dan dia teragak-agak menyambutnya. Lelaki itu mencapai beg dari  kain kasa segiempat tepat yang selalu dibawa Wardah untuk mengisi bahan-bahan bantu mengajarnya, lalu berjalan keluar dari pintu kelas.
“Abang Ker!” Lelaki tinggi lampai berambut separas bahu yang ditocang kemas dan cuma berseluar paras lutut dengan kemeja pagoda putih lengan pendek itu berpaling.
“Err.. Saya kunci pintu dulu,” Lelaki itu mengangguk dan melemparkan senyuman yang membuatkan Wardah tak tentu arah. Perlukah dia membonceng  motosikal dengan lelaki itu? Nanti apa kata orang kampung? Dia kan gadis sunti? Lelaki tu pulak teruna sunti? Bukan muhrim pulak tu? Ahh... tak semena segaris senyuman terbit dari bibirnya. Dia rasa bahagia!


SYURGA DI BALIK WAJAHMU

Ilham cerpen ni dari my late hubby. Dia pun minat juga menulis. Adalah saya terjumpa cerpen yang dia tulis, tapi biarlah saya simpan cerpen2 tu sebagai kenangan saya dan dia sahaja. Chewahhhh... start nak jiwang dah ni memalam cam ni. Malam Jumaat pulak tu... bukan apa, malam jumaat, esoknya cuti so bolehlah berfeeling2 sikit kat blog nih...

Okay, cerpen ni kira cerpen orang2 dewasalah, bukan remaja sebab ianhya menceritakan tentang rumahtangga. Pernah juga saya try hantar cerpen ni kat majalah, tapi tak publish pong, tak apalah kita kongsi2 baca. Cerita nya biasa je... tapi entahlah.... ini antara favourite cerpen saya jugaklah...

Masa buat cerpen ni dah lama. Masa tu pelakon 'Razalie' tu baru menang ada satu rancangan kat TV3, apa ke nama entah lupa dah.... so terbayang2lah dia yang jadi hero citer ni... heroin tu tak terbayang sape2lah pulak masa tu, cuma yang jadi ornag ketiga tu ada gak terbayangkan wajah Eli Mazlin tuh yg buh nama dia Lin jugak tu... hahahha

inilah razali hussin

elly mazlein

LAYAN....



SYURGA DI SEBALIK WAJAHMU


            Rumah berkembar satu setengah tingkat, empat bilik, tiga bilik air, tiga tempat letak kereta, ruang taman tepi yang luas, di litupi dengan rumput mutiara. Dihujung pagar kelihatan sepohon rambutan, mangga serta pokok kelapa pandan yang tersusun rapi. Empat kerusi kayu dan sebuah meja serta payung kecil di atasnya menyerikan lagi halaman. Di tengah halaman ada sebuah air terjun buatan serta kolam ikan kecil dan di atasnya ada sebuah jambatan yang diperbuat dari kayu. Ringkas sahaja tapi sungguh mendamaikan.
            “Abang, mari minum!” Razali yang terleka di kejutkan oleh suara halus yang sudah hampir sepuluh tahun didengarinya, sentiasa dirindui, sentiasa mendamaikan dan nada suara itu tidak pernah ditinggikan. Ada tangan yang melingkari pinggangnya dan kehangatan tubuh yang bersentuhan begitu membahagiakan.
            “Fikir apa sayang?” Dia berpaling memandang wajah yang tidak pernah merungut apatah lagi mengungkit. Dahi bersih itu dikucup penuh kasih sayang.
            “ Tak ada apa cuma, teringatkan waktu susah dulu, abang buat kerja apa pun tak menjadi, nasib baik Ina kerja, tolong abang, tolong keluarga kita,”
            “ Tuhan dah makbulkan doa kita bang,” Wajah mulus yang agak berisi itu dipandangnya lagi.
            “ Terima kasih Ina,” Senyuman saling diberikan.
            Bunyi telefon mematikan senyuman seketika. Zalina meninggalkan suaminya dengan urusan di telefon dan berlalu ke kerusi kayu di tepi taman.
            “ Call me back in fifteen minute!” Punat tertera gambar telefon berwarna merah ditekannya. Ada rasa yang bergetar di hatinya dan bila wajah isteri yang tersenyum dari jauh di pandang....... ada rasa bersalah yang kian menjelma.
            “Ina, barang yang kita order dah sampai, abang kena turun KL malam ni, tolong siapkan pakaian untuk dua hari, abang keluar sekejap!” Bunyi deruman ‘Arena’ biru tua kedengaran sebelum sempat Zalina mengeluarkan suaranya! Dia senyum kecil dengan kegopohan suaminya. Dia kagum dengan suaminya yang berusaha keras untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

            Wajah wanita awal 30-an dihadapannya di pandang seketika.
            “ Promise me ok? Lunch and dinner at my place...... please......” Senyuman manja itu sudah lebih sepuluh tahun tidak dilihatnya dan senyuman itu masih seperti dulu, mesra dan membuatnya terbuai-buai......
            “ Lunch, I cannot make it but dinner..... I’ll try!” Tangan lembut itu menyentuh tangannya perlahan, juga hangatnya, masih seperti dulu....... Oh Tuhan..... perasaan apakah yang melandaku ini?
            Lenggok wanita yang berkebaya ketat itu di pandang seketika. Perasaan itu muncul lagi. Lambaian mesra di balas dengan senyuman sehingga kelibat tubuh kecil molek itu hilang dari balik pintu kaca bangunan pejabat sepuluh tingkat.
            Ada rasa bahagia yang mula bertandang. Dia lupa.... lupa segala apabila senyuman itu membayanginya. Lebih sedekad dulu, ia menghilang dan kini perasaan itu mula bertandang lagi.
            Deringan SMS berbunyi dan huruf yang tertera membuatnya tersenyum lagi. Baru lima minit,tapi pesanan rindu itu sudah mula berkunjung. Senyumannya kini, di bawa ke mana-mana.

            Zalina mundar mandir di ruang tamu yang berdinding ungu lembut. Dia tidak mahu percaya dan tidak mahu memikirkannya tapi ia hadir juga, menjengah lalu menunjal-nunjal benaknya. Jika panggilan tidak dikenali tiga bulan dulu, dia abaikan sahaja kerana tiada curiga di hati. Bisikan kakak ipar yang serba salah juga dinafikan walau pun dia tahu buat apa kakak yang terlalu baik itu berbohong, tapi..... kali ini bungkusan hadiah itu menjawab segala pertanyaan dan rasa yang sering berdetik di hatinya! Sampai hati abang...... tiadakah lagi rasa sayang abang pada Ina? Pada anak-anak kita? Ilman dan Iliana? Air yang bergenang tanpa henti sejak sejam yang lalu, mengalir lagi.... dan dia terisak-isak sendirian di sofa lembut ruang tamu.
            “Mama.....” Wajah Ilman dan Ilyana muncul di hadapannya, segera air yang bersisa diseka.
            “Kenapa mama nangis?,”Tangan gadis kecil empat tahun itu di tarik dalam dakapan, lalu diusap rambut separas bahu dengan penuh kelembutan seorang ibu.
            “Mama tak nangis sayang, Ilman bawa adik masuk tidur ya!” Ilman yang berusia lapan tahun hanya menurut perintah dan menarik tangan adiknya. Lenggok abang dan adik di pandangnya penuh kasih dan sebak.
            Dia tidak boleh menangis sahaja, dia perlu bangun mencari kebenaran dan kalau itulah yang dimahukan kekasih hatinya, dia sanggup menghadapi apa sahaja. Dia perlu tabah mengharungi segalanya. Dia tekad!

            “Abang letih?” Wajah suami yang berkerut itu di pandangnya penuh kasih walau di jiwa penuh bergelodak. Wajah itu mengangguk, lalu dia duduk di sisi dan memicit-micit bahu lelaki sasa yang mula di sayangi setelah lafaz akad disempurnakan. Kisah silam di buang jauh ke hujung dunia, bayangan wajah selain di hadapannya di bungkus erat lalu dicampakkan ke dasar lautan. Dia ingin jadi isteri solehah, dia ingin jadi ibu mithali dan itulah yang dipegangnya sehingga saat ini!
            Razali memegang erat tangan di bahunya, rasa bersalah yang samar-samar tadi mula membuak-buak! Dia terlalu baik.......
            “Ina, duduk di tepi abang sayang!” Walau ada air yang bergenang di mata, Zalina hanya menurut dan senyum seolah dia tidak mengerti apa-apa.
            “Ilman dan Yana dah tidur?” Zalina mengangguk!
            “Esok Ina mengajar, kan, tidurlah sayang!”Kucupan lembut hinggap di dahinya lalu Razali bangun menuju ke bilik air. Zalina juga bangun, keluar dari bilik, menuruni tangga dan menuju ke dapur. Pili air di sinki dibuka laju, selaju air yang mengalir di pipinya. Kucupan itu masih hangat, tiada bezanya. Pautan jemarinya masih erat, penuh kasih, tiada bezanya..... bodohkah aku kerana terlalu mempercayai? Tidak waraskah aku kerana terlalu meyakini?
            “Ina.....” Air di pipi di seka lalu jemarinya pantas mencapai botol nescafe di hujung rak.
            “Abang nak susu ke gula?” Tangannya di paut pantas.
            “Ina menangis?” Dia mengeleng lalu tangannya mengacau air nescafe tanpa menghiraukan mata yang merenungnya.
            “Ada masalah di sekolah?” Dia mengeleng.
            “Tak ada apalah bang, mungkin Ina letih, mengantuk ni...”Masih beralasan.
            “Abang minumlah, Ina naik dulu,” Razali terpaku apabila tubuh itu berlalu meninggalkannya tanpa kucupan di pipi seperti kebiasaan. Dia tahukah? Tak mungkin...... tapi..... deringan SMS bergema, dan persoalan itu berlalu apabila bait-bait rindu mula bertandang walau baru beberapa jam berpisah! Senyuman di bibir tak henti-henti di ukir dan jemarinya mula pantas membalas rindu.
            Zalina yang berada di balik pintu terpaku tanpa nada. Ya Allah, selamatkanlah suamiku dari godaan syaitan, bukakanlah pintu hatinya ke jalan yang benar..... janganlah engkau biarkannya sesat terlalu jauh..... dan pipi itu basah lagi untuk kesekian kalinya!

            Dia tahu suaminya akan pulang hari ini. Dia akan hadiahkan apa yang diinginkan suaminya. Dia akan hadiahkan kebahagiaan kepadanya..... dia akan melayan suaminya dengan sepenuh jiwa, penuh kasih, penuh cinta! Baju tidur satin biru muda melekat di badannya. Wajahnya di solek ringkas, minyak wangi berbau lembut, segar dan menenangkan di sembur ke seluruh badannya.....
            Deringan telefon bimbit melewati angannya.
            “Ina, abang tak jadi balik hari ini. Tiga hari lagi stok baru akan sampai, abang rasa abang tunggu je lah... tak payah ulang alik lagi..... Ina ok ke?” Penyataan itu seolah batu besar yang menghentak jantungnya! Ingin sahaja dia meninggikan suara, menyuarakan kekecewaan dan ketidak setiaan suaminya namun dia kembali beristighfar.... dia tahu batasnya. Dia tahu dosa pahala.
            “Ok,”
            “Nanti abang call lagi,” Telefon di matikan! Dia terjelepuk di atas katil yang di hias indah dengan cadar warna kesukaan suaminya, di baluti bauan aromaterapi yang mendamaikan.....Ahhhh..... Ujian ini darimu Ya Allah....... aku redha menerimanya, tapi.... dia tak boleh biarkan ia hanyut sehingga tidak nampak lagi pangkal jalannya........ dia berteleku seketika, mindanya mula meneroka kemungkinan-kemungkinan dan jalan-jalan berduri yang akan di hadapinya......
Dia tekad! Dia tidak mahu menanggung dosa dan dia tidak mahu suaminya terus hanyut. Biarlah hatinya di guris kerana dia tahu luka itu pasti akan bercantum semula walaupun ianya tidak mungkin akan sembuh sepenuhnya. Dia akan tabah, dia akan jadi sesetia Sayyidatina Khadijah dan Aishah! Dia akan jadi isteri mithali.... dia tidak akan meminta yang lebih dari haknya. Dia pasti!
            Dia bangun, mencapai beberapa helai baju dan peralatan diri. Dia perlu berbuat sesuatu walaupun ianya pahit. Beberapa panggilan di buat dan dia pasti dengan keputusannya.

            “Kita kahwin....” Jemari yang tadi digenggamnya, dirungkai perlahan.
            “Dulu kita dah buat kesilapan Zali, and I won’t let it happen again. Mungkin sudah jodoh kita,” Wajah manis dihadapannya di pandang dengan perasaan berbelah bagi.
            “Awal lagi Lin, nanti dulu,” Sebetulnya dia tidak mahu melukai hati itu..... yang sentiasa setia......
            “Awal kata you? I dah jadi anak dara tua dah tau....”                      
“Tua-tua pun cantik!”
            “I serius ni.....” Inilah yang ditakutinya sejak mula bersua kembali dengan cinta pertamanya...... di sini rindu..... di sana sayang......
            “Nanti dulu, bagi I stabil dulu.....”
            “Tak stabil lagi macam ni? You jangan main-main Zali.... I balik dulu....”
            “Lin.....” Tubuh genit itu berlari pantas ke ‘Chevrolet Aveo’ kuning terang di seberang jalan.
            Razali mengeluh panjang. Dia yang membiarkan hatinya terpaut kembali. Dia yang membiarkan tembok kesetiaan di hatinya runtuh, dia yang membiarkan dirinya dicengkam rasa bersalah, semua adalah kerana dirinya sendiri...... dia......
Sanggupkah hati insan yang terlalu banyak berkorban itu dilukai? Tangga-tangga sukar didaki bersama, tidak pernah terdengar rungutan walau secebis.... dan bila saat-saat sukar itu berlalu, sanggupkah hati itu disisihkan? Dia bangun, melangut ke langit yang cerah, memandang gumpalan awan yang pelbagai dan wajah-wajah insan di hatinya muncul satu persatu.... keletah manja putera dan puteri menggamit jiwa halusnya.Terlalu tamakkah aku?

            Mazlin memandu laju kearah rumah teres dua tingkat yang dihuni bersama rakan sekerja. Sepuluh tahun dia menutup hatinya untuk insan lain. Rasa bersalah dan menyesal kerana meninggalkan cintanya demi mengejar cita-cita kini ingin ditebus kembali. Razali seolah mengelak dari ikatan yang di pinta, walaupun kasih yang ditunjukkan sudah lebih dari meyakinkan. Dia tidak tahu kenapa.....
            Ada Kenari merah hati dihadapan rumah, mungkin rakan-rakan Aizon, rakan serumahnya, lalu dia berjalan terus ke pintu, memberi salam dan masuk ke ruang tamu tanpa mendengar jawapan salam.
            “Lin, ada orang nak jumpa....” Mazlin memandang kearah wanita yang sudah bangun dari sofa empuk, lebih kurang seusianya, bertudung petak hijau lumut dan berbaju kurung hijau muda. Manis orangnya walaupun sedikit berisi. Senyuman diberi dan berbalas. Aizon berlalu ke dapur  meninggalkan mereka.
            “Ya, ada apa-apa yang saya boleh tolong?”
            “Saya Zalina,” Tangan dihulur dan bersambut.
            “ Saya minta maaf kerana mengganggu Cik Mazlin, tapi ada sesuatu yang saya perlu bincangkan,” Mazlin mendengar penuh perhatian.
            “ Saya mewakili Razali,” Zali? Adiknya kah? Rasanya Razali anak bongsu....
            “ Saya tahu Cik Mazlin benar-benar sayangkannya dan dia juga begitu,”
“Cik ni siapa?” Zalina menelan liur dan menarik nafas panjang. Berat rasa kerongkongnya, kelu rasa lidahnya.
“ Saya.... isterinya....” Mazlin terkedu.... pandangannya berbalam...... kepalanya sakit... berdenyut-denyut...... dan pandangannya gelap. Gelita!

            Mazlin membuka matanya perlahan. Pedih tapi digagahi jua.
            “Cik Lin dah ok ke?” Wanita ini? Mengusap lembut rambutku? Kenapa tak ditamparnya sahaja aku? Kenapa tak dimakinya aku? Kenapa tak di hentak-hentak saja kepalaku? Kenapa tak di sepak terajang saja tubuhku?
            “Saya minta maaf Cik Lin, saya tak tahu akan jadi begini,” Wajah ikhlas itu di pandangnya lagi. Mulianya hati wanita ini. Sanggupkah aku merampas kebahagiaannya?  
            “Maafkan saya..... maafkan saya.... saya tak tahu semua ini......” Mazlin terisak-isak lalu Zalina merangkulnya perlahan dan mereka tenggelam dalam tangisan.
            “Ina.... Lin!” Dua wajah memandang kearah empunya suara. Razali terpana. Dua wajah itu di pandang silih berganti.
            “Abang, Ina datang bukan nak bergaduh, mahupun mencari salah siapa.... kalau betullah abang  sayangkan Cik Lin, Ina redha dan Ina ke sini untuk merisik Cik Lin bagi pihak abang!” Ya Allah.... siapakah insan ini yang diutuskan untuknya?...... terlalu besar pengorbanan insan ini........... terlalu indah hati dan jiwanya......
            “Abang, kalau Ina masih diperlukan, janganlah sisihkan Ina tapi jika abang dah tak perlukan Ina lagi, terpulanglah pada abang, Ina redha ketentuanNya........” Hati itu sudah dilukai, kalau pun ianya akan di toreh lagi, dia reda.......
            “Ina, maafkan abang......” Zalina tercegat di hadapan insan yang sudah lama bertahta di hatinya tanpa reaksi yang pasti.
            “Lin maafkan I.........” Mazlin masih lagi teresak di sisi Aizon yang sudah mula mengerti drama dihadapannya.
            “Abang masih sayangkan Ina, sampai bila-bila......” Zalina tidak mampu lagi mendengarnya dan kaki itu mula menapak pergi..... membawa hati yang berdarah....... Abang..... Ina pun sayangkan abang sampai bila-bila tapi...... ia sudah tidak sama lagi........ Ya Tuhan, tabahkan hati insan kerdil ini......
            Razali berlari mengejar tapi Kenari merah hati sudah mula menyusup laju di jalan raya......... “Ina, maafkan abang...... selama ini abang tidak sedar akan syurga di sebalik wajahmu.... maafkan abang....” dan air mata lelakinya gugur jua..........................

Hati Seorang NurAin!

Ni namanya cerpen ala-ala skima gituh.... cerpen ala-ala budak baiklah......
Sebenarnya saya buat cerpen ni sebab kawan suruh buat untuk masukkan dalam majalah sekolah. Jadinya, kenalah buat ayat-ayat sopan sebab student2 nak baca. Tapi bab 'hati' tu mestilah buh jugak, barulah ada feel! Cerpen ni ada dalam majalah sekolah SMK Dato' Jaafar Hassan tahun 2006 kot ke 2007, lupa dah....
Cerpen cikgu cikgilah katakan.... LAYAN!!!!


HATI SEORANG NUR AIN

            Aku melangkah selaju mungkin, tanpa menghiraukan ucapan salam pelajar-pelajar yang berselisih denganku. Ada air yang mula tumpah, semakin gugur mencurah-curah.... air yang ku tahan dari mengalir semasa di bilik Pengetua tadi. Setabah seorang  insan bernama Nur Ain, air yang sedari tadi bergenang, gugur jua.
            “Kenapa Ain?” Tanpa memandang kearah yang empunya suara, pintu tandas ku tutup pantas dan segala  yang terbuku di dada, ku keluarkan semuanya... tanpa tertinggal walau sedikit!
            Aku hormati dia sebagai ketua institusi, aku sanjungi dia dan aku jadikan dia idola dalam hidupku! Bukankah dia yang selalu mengambil  berat tentangku, yang memujiku semasa mensyuarat guru minggu lepas? Cikgu yang rajin, berdedikasi, seorang contoh guru muda yang berkorban tenaga untuk pelajar-pelajarnya, berkorban masa luang, berpotensi untuk pergi lebih jauh... tapi mengapa? Hanya kerana khabar angin yang tidak tahu hujung pangkalnya, aku diperlakukan seperti pesalah? Aku di katakan sebegitu rupa? Adakah kerana status diriku? Dan khabar angin itu...... Cikgu Aidil Azri......
           
“Kenapa cikgu Ain?”             
“Tayar pancit pulak!” Aidil Azri menghampiriku. Dipandang sekeliling, tiada pelajar atau kakitangan sekolah yang kelihatan. Jam dijeling sekilas, 7.10 minit petang. Dahinya yang berpeluh diseka dengan lengan baju. Hatiku mula tak tenteram. Waktu senja, berdua dengan cikgu Aidil Azri yang menjadi kegilaan pelajar kerana wajah tampannya... Ahhh... aku juga yang silap, menaip soalan peperiksaan hingga tak sedar hari dah lewat! Ku pandang bersahaja jejaka 31 tahun yang agak resah. Berseluar pendek dan baju T yang nampak basah, berpeluh kerana bermain bola sepak, ‘seksi’ juga... fikiran nakalku membuat tafsiran..... tapi, apa yang dia buat di depan makmal komputer? Padang sekolah, selang tiga blok dari sini?
            “ Saya ambil CD chemistry ni, nampak cikgu Ain sorang-sorang, musykil juga!” Aku angguk bersahaja, terlupa pula yang Aidil Azri cikgu kelab komputer, kunci makmal komputer  dia ada pegang satu set.
            “Tayar spare ada?” Aku mengelengkan kepala.
            “Kelmarin saya basuh kereta luar dan dalam, habis semua saya buang, dengan tayar spare sekali, tak apalah nanti saya call Mira,” Aidil Azri mengeluh perlahan... dan matanya memandang kearah mentari yang memerah di ufuk barat.
            “Saya hantar, gelap dah ni... bahaya. Kereta, saya park kat tepi padang, jom!”Dia melangkah mendahuluiku. Kalau aku telefon Mira, mau setengah jam baru sampai..... langkah Aidil Azri mula ku turuti, menuju kearah ‘Vitara’ biru gelap yang kelihatan samar-samar di senja yang semakin tiba ke penghujung.

Itu cerita hampir setahun yang lalu, ketika  aku baru bertugas di daerah ini, dan hari-hari yang ku lalui, hanya sapaan ringkas dan senyuman yang menghiasi diari pertemuan kami secara kebetulan, itu pun kerana kami sama-sama menjadi ‘penjaga’ kepada makmal komputer! Kenapa baru sekarang kisah itu di bentangkan kembali? Salahkah aku menerima pertolongan ikhlas itu?
            “Ain.. Ain... buka pintu ni,” Aku mengesat air mata dengan tisu yang sentiasa ku sediakan di dalam beg tanganku. Pintu tandas ku buka.
            Wajah Kak Mariati, Kak Hajar, Wan Su, Mira, Rozi dan Safariza muncul dihadapanku.
            “Kenapa Ain?”           
“Puan Zadariah marah engkau ke?”   
“Pasal hal apa?”         
“Ain, kongsilah dengan kami...” Bertubi-tubi pertanyaan hinggap ke gegendang telingaku. Aku cuma mengeleng.....             
“Ain...”           
“Tak ada apa-apa...” Dan wajah-wajah itu mengeluh tidak puas hati.

*          *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          *         

            Aku bukan sengaja tidak mahu bercakap dengannya, mahu pun tidak membalas senyumannya, apatah lagi untuk membenci dirinya yang telah ku senangi dalam diam, tapi... antara aku dan dia seolah-olah ada jurang yang dalam, apatah lagi dengan gosip dan pandangan warga sekolah terhadapku, walaupun aku tidak tahu siapa yang membawa mulut tentang kami!          
“Ok kelas, minggu depan hari Isnin, sebelum pukul 2, saya nak semua folio Kerja Projek Matematik Tambahan, ada di atas meja saya, faham?” Aku memandang wajah pelajarku seorang demi seorang. Wajah resah, gundah, risau, senyum sinis, semuanya bercampur baur.
            “Kalau tak siap cikgu?” Wajah Sufri Amirul yang  sering tidak menyiapkan kerja sekolah dan kerap menerima hukuman denda berdiri atas kerusi, jalan itik dan membuat kerja sekolah di luar kelas itu, ku pandang tajam. Dia menundukkan wajah, mungkin kesal atas keterlanjurannya tadi.
            “Jawapannya, minggu depan, bilik Pengetua akan jadi kelas awak!” Aku melangkah keluar tanpa mendengar ucapan terima kasih dari pelajar-pelajar. Hatiku tiba-tiba panas. Aku beristigfar seketika, maafkan cikgu anak-anakku.....
            “Cikgu Ain!”              
“Ya Allah!” Buku-buku latihan  yang berselerak dihadapan tangga cepat-cepat ku ambil tanpa memandang wajah orang yang memanggilku, kerana suara itu sudah terlalu aku kenali!
            “Tak payah susah-susah tolong saya,” tangan yang baru saja mencapai sebuah buku latihan pelajarku dengan niat menolong, terhenti tiba-tiba. Dia bangun, berpeluk tubuh dan memerhatiku. Sungguh aku tidak suka dengan situasi ini!
            “Cikgu Ain, can we talk?” Dua tiga orang pelajar yang melintasi kami, tersenyum-senyum penuh makna.
            “Tak boleh!” Cepat-cepat aku melangkah meninggalkannya tapi bisikan kecil itu masih dapat aku dengari.
            “Pukul 5.30, Restoran Cempaka, saya tunggu!” Ya Allah, dia masih tak faham-faham lagi ke? Jiwaku memberontak walaupun jauh disudut hati ada rasa yang ingin bertapak!
 ************************************************************************

            “Minta perhatian semua!” Semua wajah yang ada di dalam bilik guru memandang kearahku. Tabahlah hati.....
            “Assalamualaikum! Banyak cerita yang saya dengar tentang diri saya yang saya sendiri tidak pernah dengar dan tidak tahu pun sebenarnya. Jadi kalau boleh, jumpalah sendiri dengan saya, tanyalah saya dulu sebelum bercerita tentang saya kepada orang lain. Tolong hormati saya sebagai insan!” Air yang bergenang ku tahan dari jatuh namun ianya gugur jua. Terlalu berat beban ini, Ya Allah!
            “Terima kasih!” Suasana riuh bertukar sunyi. Terlalu sunyi! Aku mengambil buku-buku di atas meja, menggalas beg tangan dan melangkah laju, tanpa menghiraukan panggilan rakan-rakan yang bersimpati! Ya Allah, tabahkan hati insan yang kecil ini!
            “ Cikgu Ain,” Cepat-cepat ku seka air yang masih bersisa dipinggir mata sebelum memandang kearah pelajar yang memanggilku.
            “Pengetua nak jumpa cikgu, sekarang!” Ada debar yang bertapak. Ada degup yang semakin berombak. Apa lagi kali ini?
            “Cikgu Ain, sila duduk!” Aku hanya mengangguk! Wajah dihadapanku tidak seserius yang aku jangkakan.
            “Ada apa cikgu?” Puan Zadariah memandangku dan kemudian senyum kecil, lalu menghulurkan sekeping surat yang separuh berlipat.
            “Cikgu Ain, ditangkap berkhalwat!” Ya Allah! Siapa yang tulis ni? Siapa yang menjaja cerita yang langsung tiada kebenarannya? Ya Allah...........
            “Cikgu Ain...... cikgu ok ke?” Pandanganku mula berpinar...... wajah Puan Zadariah berbalam-balam....... kelam..........hitam!
************************************************************************
            Kelopak mataku terasa amat berat tapi suara yang sayup-sayup menyapa telingaku, membuatkan aku terus mencuba mengangkat kelopak mataku yang seperti ditindih-tindih itu.
            “Ain, berehat dulu...” Puan Zadariah? Kak Salmi, kerani pejabat sekolah? Mira? Kak Hajar? Aku memandang sekeliling............ bilik pengetua? Apa yang terjadi? Kepalaku berdenyut, ada plaster yang melekap di dahiku.
            “Ain pengsan tadi, jatuh terkena kerusi, ada luka sikit kat dahi,” Mira merungkaikan pertanyaan di minda, satu persatu lembaran tadi meresap ke benakku. Surat itu?
            “ Ain ok ke?” Aku mengangguk lalu bangun dari sofa, menyarungkan tudung dan memandang tepat kewajah dihadapanku seolah menunggu hukuman yang akan dijatuhkan.
            “ Saya rasa baik kita selesaikan semua ini secepat mungkin sebelum ada hal lain yang akan timbul lagi,” Semua mata yang ada memandang tepat ke wajah Puan Zadariah.
            “Ini surat layang, saya rampas dari  beberapa orang pelajar. Surat ini sudah di fotostat dan diedarkan oleh seseorang, yang sengaja ingin menjatuhkan cikgu Ain dan cikgu Aidil Azri,” Dadaku terasa berombak hebat...... menghempas ke lantai jantungku, memulas-mulas ke tangkai hatiku...........
            “ Surat ini fitnah! Kita dah dapat tangkap makhluk tu, semua ini kerana cemburu!” Bila Puan Zadariah menyebut ‘makhluk’, itu tandanya dia sangat marah!
            “Jangan bimbang Ain, saya dah siasat semua ni, awak dan Azri tak bersalah! Awak boleh balik berehat,”            
“Tapi cikgu, siapa?”               
“Saya akan umumkan nanti, dalam perhimpunan!” Aku menggangguk walaupun tidak puas hati! Dan hari itu aku pulang awal........... tidur! Dan aku bermimpi......... indah......... ada wajah seseorang yang amat aku sayangi, amat aku rindui.......... walaupun realitinya ia sudah lama hilang.......
************************************************************************
            “Cikgu Ain, saya minta maaf kerana sebelum ni, saya salah sangka terhadap cikgu,” Puan Zadariah menghulurkan tangannya, lalu ku sambut tanpa dendam yang berbekas, selepas mendengar pengakuan dari pelajar, yang cemburukan hubungan baikku dengan Aidil Azri. Suhana, pelajar tingkatan 6 atas, mengaku membuat surat layang serta menyebarkan fitnah terhadap kami, sudah pun mengisi borang pertukaran sekolah. Semuanya gara-gara kemaruk cinta dengan guru! Cinta yang tak berbalas!
            “Saya minta maaf kerana mengungkit status Ain. Setahun yang lepas, selama lebih 10 tahun, status itu jugalah yang saya pegang, sebelum saya diketemukan dengan ayah Azri!” What? Wajah Aidil Azri disebelah, ku pandang sekilas. Aidil Azri, anak tiri Puan Zadariah? Wajah itu menggangguk seolah faham dengan apa yang bermain di mindaku!
            “ Terlanjur kita bertiga di sini, boleh tak saya bertanya?” Kenapa dengan Puan Zadariah ni? Pelik betul bunyi ayat yang disusun!
            “Tanya apa cikgu?” Puan Zadariah senyum, Aidil Azri juga senyum tapi....... ada kelainan dalam senyuman itu.....
            “Boleh tak keluarga Azri bertandang ke rumah keluarga Ain hujung minggu ni?”
            “Rumah keluarga saya kat Kelantan cikgu, nak buat apa?” Sesuatu mula terlintas.................... Azri? Aku? Wajah Azri ku pandang sekilas, namun kali ini mata itu tajam merenungku. Puan Zadariah hanya senyum.
            “Untuk merapatkan hubungan keluarga kita, dan kita,” Puan Zadariah tergelak kecil atas keberanian ucapan Aidil Azri....... aku pasti pipiku merah, wajahku merah...... dan hatiku juga merah......... seperti ada anak panah yang baru melekap di situ......... dan untuk pertama kali selepas tiga tahun, aku mula merasai kembali apa yang aku rasa semasa bersama arwah suamiku, yang hanya sempat mencium dahiku di hari pernikahan kami..........Abang..... Ain rindu......................