'MAN IN BLACK Vs DONA KARAN PENANG'

Baca title ni, macam pelik je kan? Apa kaitan Man In Black dengan Dona Karan pulak? Apasal ada Penang kat belakang tu?

Sebelum tu kita jenguk gambar kenangan lama saya di USM Penang. Ada kaitan dengan title ni...


Geng S_pe_d_r Mer_h. USM.1997

Ada satu cerpen yang dah lama saya tulis. Adalah dalam 5 tahun lepas. Saya pernah hantar ke penulisan2u.blogspot dan Alhamdulillah, komen2 tuh membuatkan saya teruja. Bukan apa, cerita ni ada 60% benar dan 40% direka2 bagi menyedapkannya. Kisah benar tu ada banyak bende yang benarnya, macam lokasi, nama kawan-kawan, kisah cinta kenkawan, nama-nama boifren... sebab tu cerpen ni dekat sangat dengan hati saya. Geng-geng S_pe_d_r Mer_h atau singkatannya G.S.M.. dok kat Desa Universiti, bersebelahan dengan USM. Kat depan Desa U tu ada Mc Donald... ingat tak kenkawan?

'MAN IN BLACK Vs DONA KARAN PENANG'
Itu tajuk cerpen yang membuatkan saya sentiasa senyum setiap kali membacanya. Geng2 GSM pun senyum
sorang-sorang bila baca kan...kan...kan...

Di sini saya sertakan cerpen ni. Selamat Membaca, dan komenlah apa yang patut.


‘MAN IN BLACK VS DONA KARAN PENANG’
 
“Boleh kita jumpa?”
“Kenapa nak jumpa?”
“Sebab nak tengok awak.”
“Kenapa nak tengok saya?”
“Sebab nak kenallah cik oi...”
“Kenapa nak kenal?”
“Sebab tak kenal maka tak cinta.”
Tanganku berhenti bergerak, kaku di atas papan kekunci komputer.
“Hello, enibodi hom?”Fikiranku ligat mencari helah
“Saya di Penang, awak kat KL, nak jumpa camna?”
“Ler.. saya pi Penanglah.. tu pun mau tanya ka?”
“Saya tak mau jumpa awak!” Aku ‘disconnect’ line internet, tutup suis komputer dan beredar ke beranda. Angin sepoi pukul 3 pagi dingin menjamah tubuhku yang hanya berbaju panas dan berseluar pendek gambar donald duck! Aku menjenguk ke bawah, kereta wira biru yang masuk ke kawasan apartmen Desa Universiti nampak kecil saja dari tingkat lapan.
“Ring,ring” Aku tersentak. Budak gila mana telefon malam-malam buta ni? Bergegas aku mengangkat telefon sebelum ia mengejutkan rakan-rakan serumah yang lain.
“Assalamualaikum!” Kedengaran suara lelaki di corong telefon. Ni mesti boyfriend si Bali ni.
“Waalaikumussalam, Encik Imi oi, Bali dah tidur, kalau rindu sangat pun, lain kali janjilah ngan dia kul baper nak call, ish tak ada perancangan langsung!” Suara ketawa jelas menusuk ke gegendang telingaku. Si Rahimi tu rasanya ketawa cam lain, ni mesti salah nombor atau saja-saja dial sebab nak mengorat!
“Dona Karan Penang!” What? Itu nick name aku bila berchatting kat internet, ish hantu mana yang bagi nombor telefon rumah sewa aku ni?
“Tak ada orang nama Dona Karan kat sini. Karan letrik adalah!” Suara ketawa itu bergema lagi.... gila apa mamat ni?
“Ini Man In Black lah, tak payah nak menafikan lagi, saya dapat nombor ni dari Intan Kesepian, housemate awakkan? i.p address pun sama,” Hantu punya si Fini, yang kau pergi jual nick name aku, apasal?
“Intan Kesepian mana pulak ni? Awak dok merapu apa memalam buta ni? Rumah awak ada jam tak? Ini gangguan mental dan fizikal ni, saya boleh repot polis...”
“Awak ni kelakarlah, macam masa chat gak, tak berubah karakter. Boleh kita jumpa tak?” Hah, dia buat pulak dah, ini yang aku tak berapa gemar bila bersembang kat internet, sikit-sikit nak jumpa, padahal chatting tu cuma seronok-seronok aje, lepaskan tensionlah kata orang!
“Hello, enibodi hom?” Hah!
“Saya tanya boleh kita jumpa tak? Esok saya kena outstation Penang. After five, saya tunggu kat depan masjid USM, man in black, chaoss!”
“Nanti....” Ish... letak telefon pulak mamat ni. Apasal dengan dia ni? Aku tak kata setuju pun nak jumpa. Kes naya ni ha... lantak dialah, biar dia tunggu sampai berjanggut penuh muka. Aku ketawa sendirian lalu beransur ke bilik. Bali, Zurin dan Fini terguling di atas tilam TOTO dengan pelbagai aksi. Aku ketawa lagi melihatkan gelagat tidur rakan-rakan sebilikku, kalaulah ada kamera video kan syok.....boleh hantar kat rancangan tv tu... nama apa rancangan tu aku pun dah lupa... barulah glamour, satu USM bisa gempak!
Aku merebahkan badan di sebelah Fini.
Man In Black! Dah lima bulan aku chatting ngan dia, tiap-tiap malam sembang, tak pernah miss! Mamat tu lain sikitlah.... kelakar, tak adalah jiwang sangat... romantik tu ada gak ler!Romantik? Uwekkk! Nak termuntah pulak. Sejak bila aku kenal unsur romantik? Aku ketawa kecil, ish camanalah rupa dia ek? Dari suara tadi tu, rasa cam handsome je..... jangan tertipu..... mesti hitam legam, gigi jongang, kurus kering pastu pakai spek cam budak skima.... Hi hi hi
“Woi, yang kau gelak soarang-sorang pehal? Tidurlah!” Fini mencampakkan bantal peluk Doraemon yang sama besar denganku, nasib baik sempat elak!

            “Mana dia?”   
“Tu kot, Man In Black?”       
“Mana?”         
“Tu, kat tepi Satria biru Skyline tu,” Aku menjenguk dari belakang kereta kancil buruk si Bali.
            Topi hitam, t-shirt hitam, jeans hitam, spek hitam, kasut hitam tapi tali putih.... ish kat dalam-dalam pun warna hitam gak apa..... aku tersengih sendiri melayan otak nakalku!
            “Boleh tahan gak.... tinggi, badan dia kurus sikit dari Afdlin Syauki dalam cerita Soal Hati, rambut macam mat skima ngan gigi rongak atau tidak aku tak tahu sebab tak nampak!” Bali mula menghakimi fizikal lelaki di seberang jalan itu.
            “Camana?”     
“Camana apa?”          
“Jomlah pergi cakap hai.... dia tunggu tuh ha!” Aku memandang kearah Bali seketika. Bali yang memakai jubah biru gelap, bertudung purdah kuning air yang cuma menampakkan mata sahaja. Aku memandang kearah ‘side mirror’, wajahku juga ditutup dengan purdah hitam cuma menampakkan mata dan cermin mata tebal! Aku membetulkan jubah biru gelap yang ku pinjam dari Noraniza, teman sekuliah dan mula mengenakan sarung tangan berwarna hitam.
            “Hish, betul-betullah kau macam ustazah in black” Kami ketawa kecil lalu berjalan kearah lelaki yang sedang memusing-musingkan topi hitamnya.
            “Assalamualaikum!” Wajah itu memandang kearah kami. Dengan kerutan di dahi, dia menjawab salam lalu membuka cermin mata hitamnya. Boleh tahan gak mamat ni!
            “Encik ni Man In Black ke?”Soalan dan suara Bali yang lemah lembut membuatkan aku hampir terpengsan menahan tawa di dada.
            “Dona Karan?”          
“Bukan saya, kawan saya ni!” Bali menunjukkan kearahku dengan ibu jarinya. Sopan sungguh minah ni.... hampir terkeluar tawa kecil dari bibirku! Dia senyum kearahku, nampak tenang, tapi aku pasti dia sangat terkejut dengan penampilanku yang sebenarnya adalah ‘penampilan palsuku’!
            “Maaf ye Encik, kita dah jumpa dan, saya minta diri, kalau lama-lama nanti, takut timbul fitnah pula” Kami berlalu tanpa mendengar jawapan darinya! Sepatutnya aku ketawa, seronok, kerana rancangan kami berjaya tapi ada sesuatu di hatiku yang menyebabkan aku rasa bersalah!
            “Bali, betulke apa kita buat ni?”        
“Entah, kau yang punya rancangan, aku ikut je, tak pasal-pasal aku kena basuh baju kak Niza” Kereta yang di pandu Bali melintasi Man In Black yang masih tak berganjak dari tempatnya!

            Dua hari aku tidak membuka internet, hanya melihat dari jauh rakan serumah berchatting. Rasa bersalah masih ada tapi... lantaklah... dia bukan kenal aku pung!... tapi rasa di hati..... ahhhh.... mungkin aku kesunyian!
            “Farah, betul kau tak mau ikut?” Aku angguk malas.
            “Tak mau kirim apa-apa?” Aku mengeleng.
            “ Ish, kau ni macam orang mabuklah Farah....”
            “Mabuk abendenya?” Wajah Zurin, Fini dan Bali di muka pintu bilik, ku pandang malas.
            “Mabuk asrama.... eh... silap... asmara...”dan belum sempat aku membalas, mereka sudah lari keluar dari bilik! Aku tersenyum sendiri!
            ‘Farah... tepon.....” Dengan malas aku melangkah keluar dari bilik. Ini tentu Roswadi yang nak pinjam assignment aku! Gagang ku ambil dari Fini yang tersenyum-senyum! Gila minah ni, tersengih tak tentu hala!
            “Hello, telefon sekejap lagi boleh tak? Saya nak tid....”
            “ Dona Karan!” What! Mata yang hampir layu tiba-tiba saja terbuka luas! Suara itu? Panggilan itu? Ada rasa yang meresap ke jiwaku.......
            “Saya tunggu awak kat Mc Donald depan apartmen Desa Universiti, sepuluh minit dari sekarang, nak belanja awak makan, see you!” Gagang di letak! Ya Allah, apa kena dengan mamat ni? Aku meletakkan gagang telefon di tanganku. Aku mendongak kearah tiga dara pingitan yang memang penyibuk itu!
            “Dia kata apa?”
            “Dia tunggu kat Mc D, la ni jugak!”
            “Yes, makan free lagi, tak yahlah pi beli nasi goreng abang Barcelona kat Gelugor!”          
“Wei... sapa kata aku nak pergi jumpa dia?” Tiga wajah itu memandangku tajam!
            “Macam ni, kita pergi Mc D, tapi nak usha je, makan, kena bayar sendiri.... rileks ar.... dia mana kenal kita, kan Bali?... hihi, korang tunggu aku nak salin baju!” “Kejamlah kau ni.....” Aku sengih kecil.... entah kenapa hatiku berbunga riang.... resah dua hari tidak berchatting seolah-olah hilang.... terbang.....ada rasa yang menggamit untuk aku memandang wajahnya......
            “Mana?”         
“Tu, yang bersandar kat dinding sorang-sorang tu, pakai serba hitam....”Bali yang pernah melihatnya memuncungkan mulutnya yang kecil!
            “Handsome abang Puchong aku lagi!” Fini mencebikkan bibirnya.
            “ Sedap mata memandang, manis tu ada.... ok lah tu...”       
“Wei, yang korang dok handsome tak handsome tu, pehalnya?”                  “Tengok, ada orang jealous!” Kami ketawa lagi.....
            “Kau tak kesian ke kat dia?” Aku mengeleng tapi di dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.  Lelaki berkumis tipis itu selamba saja bersandar di dinding sambil mengunyah kentang goreng. Sesekali mata kami bertembung tapi aku pasti dia tidak mengenaliku. Aku menggigit burger ayam sambil ekor mataku masih kearahnya yang selang dua meja dari kami.
            “Aku nak interview dia jap!” Fini bangun.
            “Kau nak buat apa tuh?” Dia mengenyitkan mata kearahku dan berjalan kearah lelaki itu. Fini, sikapnya  memang tak dijangka, kadang-kadang ok, kadang-kadang gila-gila juga. Aku pun tak tahu macamana mamat dari Puchong tu boleh suka kat dia!
            “Tunggu siapa?”         
“Hah? Ooooo tunggu kawan!” Fini senyum dan berjalan kearah kami kembali.
            “Suara dia macho gak, suara jantan beb!”     
“Gila kau!” Gelak ketawa kami memenuhi seluruh ruang restoran Mc Donald yang hanya tinggal dua meja sahaja berpenghuni. Maklumlah dah hampir nak di tutup! Hatiku seolah berkata sesuatu tatkala mata itu terpandang mata ini, apa ya?

            Seminggu aku tersiksa! Bila chatting, si dia tiada. Tatkala telefon berdering, hatiku bertanya-tanya. Terlalu marahkah dia padaku? Sudah berkali-kali aku menghantar email ucapan maaf, namun tiada balasan. Apa sudah jadi pada aku? Gila! Yang aku nampak, bayangan wajahnya, di dapur, di depan cermin, di depan buku Auto Cad, di side mirror motosikal Krissku, di skrin LCD semasa kuliah, di net gelanggang badminton dan yang paling utama di skrin komputerku. Apa dah jadi dengan aku? Gila bayangkah aku?
Angaukah aku pada sesuatu yang jauh tidak pasti?
            Aku bangun dari kerusi meja makan  di dapur. Sudah lama aku berangan, sudah lama aku berkhayal, ini tak boleh jadi, aku mesti keluar hari ini, keluar dari bayang-bayangnya! Entahkan dia ingat kat aku, entahkan dia saja main-main, entahkan dia tu laki orang, manalah aku tahu...... yang aku sibuk-sibuk teringat kat dia, kenapa?
            “ Nak ke mana Farah?”          
“nak tenangkan jiwa sat.... nak pi ronda,”Fini tersengih-sengih memandangku.
            “Tersengih pasal pa?”             
“Aku cuma nak tengok kawan aku bahagia!”
            “Bahagia apa pulak ni?Merepek tak tentu hala, tu lah orang bangun kul 6 kau bangun kul sebelas!”Fini tersengih lagi. Memang tak boleh layan budak ni, dah tak betul.
            “Best of luck!” Best of luck apa pulak? Aku menyarungkan jeans hitam, t-shirt hitam dan tudung kuning air petak hitam kepunyaan Bali.
            “Zurin, aku pinjam sport shoes kau ni, kau bagi ke tidak, aku dah pakai pun. Wei, Fini, kunci motor aku mana? Semalam kau ngan Puchong dating amik motor aku, kau letak mana?”        
“Kat atas tv,”suara Fini sayup kedengaran dari bilik air.
            “Nih, kalau Mek Ja datang, mintak dia fotostat nota kat aku sama, suruh dia makan dulu tak yah tunggu kakak dia ni, otak aku tengah berselirat!” Bali yang sedang menghirup maggie tomyam hanya mengangkat tangan menandakan faham arahanku.
            Aku membuka pintu rumah dan menyarungkan topi keledar hitam entah kepunyaan siapa aku pun tak pasti, maklumlah kami dah terlalu rapat, pinjam meminjam sudah perkara biasa!
            “Assalamualaikum!” What? Kunci motosikal di tanganku terlepas. Awalnya khayalan aku datang, belum sempat aku keluar rumah! Tapi kali ini khayalan itu datang bersama t-shirt merah dan jeans biru gelap, bukan semuanya hitam seperti biasa. Aku mengerdipkan mataku beberapa kali.
            “Rindu kat saya ke, pakai all black?” Aik, khayalan aku boleh bercakap? Betulke dia di hadapank\u?
            “Sayalah ni, yang awak rindu......” Otakku mula berfikir waras, lantas pintu ku tutup cepat-cepat! Jantungku berdegup pantas. Macamana dia tahu rumah ni? Macamana dia kenal aku? Macamana dia tahu aku rindu kat dia? Macamana dia tahu aku bukak pintu? FINI!!!!!!!!!!!!

            “Kami cuma nak kau bahagia, tak masam-masam lagi, tak marah-marah lagi, salah ke?”Aku memandang tiga wajah dihadapanku silih berganti.
            “Selama ni pun aku bahagia apa.....”
            “Kami nak kau yang dulu Farah, yang ceria, yang gila-gila, bila kau start chatting ngan dia, kami dah nampak perubahan tu, kami tak mau kau ingatkan jandur lagi!”Jandur ialah singkatan dari jantan durjana, bekas boyfriend internetku yang pertama dan terakhir.
            “Aku tak ingat kat dia pun!” Lelaki awal 30-an yang manis tutur bicara, sopan budi pekerti, berakhlak mulia, manis wajahnya, ada tanda hitam yang samar-samar di dahinya, bak kata orang, lelaki melayu Islam terakhir!
            “ Abih yang kau balik cuti kat kampung seminggu, mata merah dan bengkak tiap-tiap pagi tu apanya?” Itu kisah tahun lepas, sewaktu aku mula mengenal internet dan chatting! Hairan juga kerana selama ini hatiku memang terlalu sukar untuk dihampiri apalagi disentuh, namun lelaki yang sudah beristeri, beranak tiga setengah (sebab isterinya sedang mengandung ketika itu) begitu mengambil berat, tentang kuliahku, tentang hidupku dan memberikan dorongan serta kata-kata nasihat. Betul juga kata orang, lelaki beristeri lebih banyak pengalaman! Dasar JanDur!
            “ Ler, korang ni pandai-pandai je, aku ok apa?” Ok? Huh, tiga bulan aku menjauhi komputer, hampir-hampir aku mengambil cuti satu semester! Terlalu besar impaknya!
            “ Payah sembang ngan kau ni, ego! Budak all black tu, ambil cuti 2 minggu tau, nak jumpa kau, dia dok kat tingkat 11, rumah geng budak Science comp final year!”
            “Mana kau tahu semua ni Fini?”
            “Dia paksu aku, belah mak aku, baru balik dari Jerman, buat medic!” What?
            “ So, ini memang rancangan korang nak kenakan aku, nak malukan aku?” Tiga wajah itu seolah tidak faham.... atau buat-buat tak faham! Aku bangun mencapai kunci motosikal di atas CPU komputer dan tanpa menghiraukan penjelasan mereka, aku berlalu ke arah pintu rumah!


            Motosikal ku pecut laju ke ‘Visi Rock’, tempat yang paling cantik, paling tinggi dan paling mendamaikan di Universiti Sains Malaysia, Cuma kadang-kadang ia dicemari oleh pasangan-pasangan yang dating dengan agak ‘melampau’.... tak apa... pak ‘guard’ ada... bila kena cekup, baru mereka tahu langit tinggi rendah.
            Aku melabuhkan punggung ke atas batu besar. Jambatan Pulau Pinang jelas kelihatan dari kejauhan dan bangunan Komtar, mercu tanda Pulau Pinnag juga dapat dilihat. Aku mendapat ketenangan di sini, kedamaian........
            “Farah.... hang buat pa tang ni?” Rezal Rohan? Budak tak betul yang setiap hari Selasa hantar susu Dutch Lady rendah lemak kat aku? Alasannya, sebab hari Selasalah dia jumpa kali pertama dengan aku dan waktu tu aku sedang beli susu kotak tu dekat Cafe Siswa....... mental budak ni!
            “Suka hati akulah.... kau pulak yang follow aku sampai sini, pehal?”
            “Aku ghindulah kat hang..... satu setengah hari dah tak nampak muka hang....” Rasa seram sejuk pulak bila mamat ni turun dari motosikal dan mula menghampiriku.
            “La.... kau ni kenapa?”           
“Oghang tak dok ni.... aku nak cium hang, leh?” Ya Allah..... kenapa dengan mamat ni? Aku mula berundur....  satu tangan sasa hinggap di bahuku..... pantas ku tepis dan memberikan satu hayunan pancung ke dadanya yang ke pelajari dalam seni silat gayong, sehingga aku memperolehi tali pinggang hitam. Tidak cukup dengan itu, sepak layang pantas terkena ke kepalanya dan lelaki itu jatuh tergolek! Aku melompat pantas ke atas rumput di tepi lelaki itu.... tapi..... bukan ke dia pakai baju biru tadi?
            “Farah!! Stop!!” Aku memandang wajah Rezal Rohan di hadapanku yang sedang di pegang kedua tangannya oleh Fendi dan Shahir, budak tahun akhir, Sains Komputer yang menyewa di tingkat 11, se apartment dengan ku!
            “ Terror gak awak ye?” Dia? Aku sepak terajang dia? Aku menelan air liur dan aku pasti wajahku berubah, entah merah, hijau, biru ataupun hitam legam! Ada darah merah pekat yang mengalir keluar dari bibirnya.
            “ Sorry!” Tanpa aku sedari, aku melangkah laju ke motosikalku dan memecut pulang ke rumah...... dan.... ada air yang bergenang di situ.... aku tak pasti kenapa!

            “ Awak ni susah saya nak faham, tapi saya suka!”
            “ Suka? Orang gila cam Rezal tu je yang suka kat saya....”
            “ Saya pun gila gak.... gilakan awak..... minggu depan kita jumpa.... tak sabarnya...”
            “ Sapa nak jumpa awak? Tak takut kena terajang lagi ke?”
            “Amboi kasarnya bahasa.... tapi saya suka... mak pun datang Penang minggu depan... nak jumpa menantu dia......” What? Skrin komputer ku pandang lagi.
            “Elo.... ada orang tak? Mak nak jumpa awak tau....” Walau ada debar di hatiku tapi ria yang bertapak mula menular, ke seluruh anggota tubuhku.....
            “Haaaa.... angau lagi!” Aku berpaling.... Empat orang sahabat karibku tersengih-sengih di belakangku.
            “Agak-agak korang kan.... Man In Black Vs Dona Karan Penang, sapa menang?”
            “Dua-dua kalah....... jatuh cintan beb......” Woi......
            “Kau kena ucap terima kasih pada aku.... belanja aku 40 hari 40 malam, boleh kan Mak Su!” Fini tersengih dan kami ketawa bersama...........................

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails