PUDING ROTI SOS VANILA


Puding Roti.... satu nama puding yang boleh dikatakan semua orang tahu nak buat. Puding roti ni biasanya ornag buat bila ada roti yang tak abih, dah dekat nak xpired, roti yang keras kejong(pinjam dialek kelate)...
Sebab selalunya, puding roti pasti 'laku'! Itu yang berlaku di rumah sayalah...

Okay, kali ni nak kongsi satu resepi 'Puding Roti Sos Vanila'. Nama macam 'gah' je kan... actuallynya bukan tara mana pong! ehehe... cuma dekat sos susu tuh taruk esen vanila sikit... jadilah sos vanila... jom...
Baru keluar oven

puding roti... (Ini untuk hantaran anak kawan baik ma)

Sedia untuk di 'ngap'... Letak sos vanilla then letak buah-buah sikit bagi lagi best!

BAHAN-BAHAN:
          1 buku roti
          1 tin susu cair
          1 cawan susu segar
          2 sudu besar madu / gula
          3 sudu mentega
          4 biji telur

Sos Vanila
         1 tin susu cair
         2 cawan susu segar
         2 biji telur
         1/2 cawan gula
         2 sudu teh esen vanila

CARA MEMBUATNYA:
1.     Carik-carikkan roti
2.     Pecahkan telur, masukkan mentega, gula, dan susu. Kisar hingga sebati
3.     Gaulkan dengan roti. Biarkan sebentar. Taburkan kismis jika suka. Bakar/ kukus hingga masak 
4. Untuk sos vanila, campurkan semua bahan, kacau dengan menggunakan whisk hingga semua bahan bercampur sebati.
5. Hidupkan api dapur dan kacau tanpa henti hingga susu panas (tak perlu mendidih). Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
* Kalau ada roti yang dah nak luput tarikh.... tolonglah buat puding roti! Elakkan pembaziran!
   Puding roti agak tawar sebab sos vanila manis. Semasa menghidang, tuangkan sos vanila ke atas puding
   dan hidangkan bersama koktel buah atau buah segar seperti strawberry dan kiwi. Fuh.... kalah hotel!

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails