ULANG ALIK KRAI... & PULUT PAUH!

Selasa, Rabu, Khamis... turun kul 9 pagi, sampai rumah kul 8 malam!
Pergi mana?
Mana lagi, ke kuala krai!

Padan dah... yerlah, 3 minggu tok cara lasung pasal kijo... menjadi bibik kan....
So, bila kelik kelate jah... mace2 nak kena buat... terutamanya nak menyiapkan buku penguruse sekolah... letis gilooosss....

Mujurlah ada kenkawan yang sanggup bersama2 dok melangut dan bekerja di sekolah. At least ada gak yang buleh bersembang2. Thanks ko Kak Zora, Lily, Kak Mah, Da dan geng2 pejabat, kak Yah, kak Nah, abe We, abe Yie, Cg Mi PK1, dan kak Nor PKKo yang menumpangkan anakandaku di rumahnya untuk bermain playstation dgn Amir, anak lelaki kesayangannya!

Fuh... mutar itik beb... macam kata anak2 studentku kalau takleh jawab soalan add maths... "spinning duck"!

Okaylah, hari ni bulih kelik awal sebab dah settle semua so lepah booking servis kereta kat perodua tadi, kami ke Restoran Selera Cik Siti dekat rumah. Lapar punyer pasal, order Chicken Chop, chicken wings, nasi goreng kampung dan pulut pauh! Mak oi... nafsu!!!! Last2 boleh makan nasi goreng kampung dan chicken chop jer...,., yang laing bungkusi baliki rumahi....

Okay... punyerlah sedap pulut pauh... teringat dekat adindaku yang dipanggil Che Sue oleh si Cupie... dia berehi sangat makanan jenama Siam nih ha... pernahlah buat dulu.... jommm... kita tengok resepinya... layan!!

PULUT PAUH!

yummy... cupie pong dah makan.. dulu tak mau... try sekali nak lagiks....

BAHAN-BAHANNYA:

3 biji Buah pauh (mempelam yang isi kuning dan manis, sederhana lembut) - Chukanan, harum manis, mas hitam dll
1 cawan beras pulut susu / wangi
2 cawan santan pekat
garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:

1. Basuh beras pulut. Rendam sekejap dengan air panas biar ia kembang, dalam 15 minit - 1/2 jam (malas nak rendam lama-lama dgn air biasa, eheheh)
2. toskan beras pulut. 1/2 cawan santan + 1/2 cawan air, dipanaskan dengan garam dan sedikit gula (ikut selera). Jangan biar mendidih, cukup sekadar gula dan garam hancur. Masukkan santan tadi ke dalam loyang yang mengandungi beras pulut. Sukat airnya biar cukup2 tenggelam semua beras pulut.
3. Kukus hingga masak
4. Lebihan santan pekat tadi dimasak dengan garam dan gula. Kali ini biar sedikit manis. Jangan biar mendidih.
5. Letakkan pulut kukus bersama hirisan buah pauh tadi dan bila hendak dihidangkan barulah dicurahkan dengan pati santan.

** Ada yang suka makan pulut kukus dengan hirisan buah mempelam tanpa dicurahkan santan pekat. Ada juga yang suka makan pulut kukus dengan santan pekat banyak2 dgn hirisan mempelam dan ada juga yang tak suka hirisan mempelam. Makan pulut dengan santan jer... Wallahuallam! Trylah..,.. memang sedap!

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails