TRIFLE SPECIAL WITH XTRA FRESH FRUITS

ASSALAMUALAIKUM!
Blog ni baru create tadi jadi saya ada sedikit teruja + ada sedikit masa sebab cuti hujung minggu
so, nak kongsi-kongsilah sikit.... masak-memasak!

Sebenarnya saya ni memang kata orang kerjanya dok fikir, 'nak masak apa ya?',
'Kalau masak lebih boleh bagi kat si polan si polan,' ... 'Cupie nak makan apa ya hari ni?'
'Abah makan ke kalau aku masak lauk ni? Ma makan ke?' itu jerlah yang dok dalam fikiran.
Terutamanya   bila waktu cuti, mulalah otak dan tangan ni tak boleh diam...
Macamana nak 'ku_u_kan' badan kalau cam ni? har har har .Wap masakan tu pun dah boleh bagi
badan naik... ye ker?

Sebenarnya tujuan saya berblog ni, salah satunya nak berkongsi resepi.
Kadang2 saya masak saya postkan gambar kat facebook. Ramailah kawan2 yang emel
nak tanya resepi. Letih jugak nak menaip dan men'copy'kan resepi so
kalau ada blog bolehlah kawan-kawan berkongsi. Salah satu sebabnya lah...

Banyak cerita pulak.
Hari ni nak kongsi resepi 'Trifle with xtra fresh fruit'. Nama tu macam mengancam je kan!
 Kawan-kawan kat sekolah suka sangat2lah bila saya bawak. Entahlah sedap atau pun sebab makan 'free'.
Jom...





'TRIFLE SPECIAL' (with Xtra Fresh Fruit)


BAHAN-BAHANNYA
Lapis Bawah:
1 biji kek gulung (sebarang perisa)

Lapis tengah:
5 sudu besar tepung kastad bird
1 tin susu cair
1 cawan susu segar
3 cawan air
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Lapis atas:
30 gm serbuk jeli segera
1 liter air
1 cawan gula pasir
Perisa strawberry
Pewarna merah (beberapa titik jer)

Untuk hiasan:
1 tin laici
I tin koktel buah
1 tin kecil buah pic
Air buah2 koktel secukupnya
Buah-buahan segar secukupnya

Cara membuatnya:
1.     Lapis bawah:
-         Potong kek gulung dan susunkan ke dalam bekas.
-         Curahkan sirap/ air dari campuran koktel buah dan laici hingga semua kek menjadi lembab
2.     Lapis tengah:
-         Campurkan semua bahan lapis tengah kedalam periuk. Kacau semua bahan agar sebati, sebaiknya gunakan whisk. (jangan bukak api dapur dulu)
-          Hidupkan api dan masak sehingga mendidih. Kacau tanpa henti.
-         Lapiskan di atas kek gulung tadi hingga melitupi semua kawasan bekas.
-         Biar lapisan kastad sudah sedikit mengeras, ambil buah koktel dan laici. Ratakan kesemua bahagian. (Jangan ambil airnya)


3.     Lapis atas:
-         Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih
-         Tuangkan ke atas lapis buah-buahan koktel tadi.
-         Hiaskan dengan buah strawberry, kiwi dan peach ikut kreativiti sendiri.




* Puding trifle buah-buahan ini sering saya terima tempahan untuk majlis-majlis tertentu. Ada juga yang mintakan saya menghiasnya untuk dijadikan hantaran pertunangan dan perkahwinan. Untuk makan beradab, puding ini menjadi tarikan kerana ianya berwarna warni dan sedap. Boleh juga dijadikan sebagai buah tangan bila ke rumah saudara mara dan sahabat handai. Rasanya yang masam, manis dan berkrim amat sesuai sebagai penutup hidangan. Cubalah, tak susah pun!

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails