Puding @ agar-agar @ beledo - tip ikut pengalaman saya lah....

Teruja tak habih lagik nih.... sebab Kelantan menang lawan ATM tadi. Serak dah tak keluar suara asyik menjerit dari tadi. Inilah kali pertama saya tonton bola dari mula sampai akhir untuk tahun ni dan tak sia-sia sebab Kelantan menang............. ke FINAL di Bukit Jalil nnnnn kami cuti lagi.. yeeehaaahhhh....

Okey... kita masuk bab yang sebenar-benarnya saya nak bercerita sekarang ni.
AGAR-AGAR! Satu masakan atau hidangan pencuci mulut yang memang saya tak reti langsung nak buat suatu ketika dahulu! Langsung tak reti.... tapi saya suka makan agar-agar sebab ianya sejuk jer bila masuk mulut dan trakea eh silap.. esofagus kita!

Bermulanya saya minat buat agar-agar ialah bila saya beli buku agar-agar & puding! Yang tak bestnya masa tu dia orang guna 'serbuk agar-agar'! Lagilah pening dengan sukatannyalah... nak kena timbang ukur dan sebagainya.... tapi saya try buat! Alhamdulillah percubaan pertama berjaya. Lepas tu saya buat lagi, dan akhirnya saya dapat reka pulak resepi.... itulah alkisah camana saya berkecimpung dalam masak memasak agar-agar dan puding secara amatur.... ehehhe.... okay!

Hari ni saya nak kongsi TIPS!
Biasanya kalau kita ke kedai runcit, ada di jual serbuk agar-agar dalam peket kecil. kalau tak silap ada jenama layang-layang, cap bintang dan sebagainya. Saya bermula dengan peket2 ni lah. Satu peket berisi 10 @ 12g serbuk agar-agar. Kalau ikut sukata yang dinyatakan, satu peket agar-agar kena tambah satu liter air. Okay, setelah dah banyak kali saya buat agar-agar dan puding ni, dan menilai banyak juga resepi yang menggunakan agar-agar serbuk,  saya dah dapat SIFIRnya...

1
Kalau kita nak buat agar-agar biasa, cuma tambah 1 liter air dan gula secukupnya serta pewarna atau perisa sahaja. Tetapi jika kita nak tambahkan susu, santan atau cecair yang agak pekat, kita kena kurangkan sukatannya. Kalau tidak, agar-agar kita akan lembik... lebi kuranglah.
Contohnya kalau kita nak menggunakan susu cair, kita boleh letak sebanyak mana kita nak letak cuma campuran susu cair dan air mesti 850ml atau lebih sket jer. Jangan buat sampai 1 liter. Samalah juga kalau kita nak campurkan susu, air buah koktel, saya cadangkan jangan sampai 1 liter untuk satu peket agar-agar serbuk. Jadi bila saya dah dapat sifir ni, saya boleh buat apa saja resepi puding atau agar-agar yang saya nak. Letak coklat ke, susu strawberry ke, koktel buah campuran ke, santan gula melaka ke, Insyaallah okay!

2
Penggunaan tepung jagung boleh memekatkan dan struktur puding menjadi smooth. Contohnya jika kita terlebih sikit air, serbuk agar2 dah habis, so tambahkan sedikit tepung jagung. Bacuh dulu dalam sedikit air, baru tuang dan jangan lupa kacau yer!

3
Telur juga dapat memekatkan dan melemakkan puding (terutama puding yang menggunakan santan dan susu). Biasanya telur digunakan bersama dengan tepung jagung. Caranya, tambahkan satu sudu tepung jagung, sebiji telur kuning dan sedikit air ke dalam bekas. Kacau dengan whisk hingga sebati dan curahkan dalam agar-agar sewaktu campuran agar-agar kita hampir mendidih dan kacau campuran tu tanpa henti sampai ia mendidih. Kalau letak sebiji telur terus pun tak apa tapi struktur puding kita akan jadi tak smooth, ala, macam kita buat agar-agar lumut atau agar-agar telur gula merah tu, dia akan jadi macam ketul2 kecil, bubble gitu. Tapi rasanya tak berubah. Sedap jugak. Biasanya kalau letak telur, saya akan letakkan juga sedikit esen vanila, bagi mematahkan rasa hanyir telur.

4
Penggunaan kastad menyebabkan struktur agar-agar @ puding menjadi lembut. Sama juga, ambil sesudu kastad dan bancuh dengan air dulu baru dituangkan ke dalam bancuhan agar-agar yang hampir mendidih dan kacau rata tanpa henti hinggalah ianya mendidih dan meletup-letup! Biasanya kastad sesuai dengan buah-buahan seperti jagung, koktel dan juga coklat!

5
Bancuhan agar-agar hendaklah dimasak hingga betul-betul mendidih. Jika tidak agar-agar tak akan mengeras dengan sempurna (saya dah terkena sekali dan saya ingat sampai bila-bila!). Ianya tak sama dengan serbuk jeli kerana serbuk jeli hanya perlu larut sahaja dan ianya kembali mengeras. maksudnya, guna air panas pong dah okaey!

Itulah sedikit sebanyak tip dari pengalaman saya. Di bawah ini ada gambar beberapa agar-agardan puding yang pernah saya hasilkan. Kebanyakannya saya reka sendiri. Untuk resipi bolehlah search di atas yer, sebab kebanyakan agar-agar dan puding saya dah masukkan resepinya dalam blog saya ini.

PUDING THE RED WARRIOR (PUDING BUAH KOKTEL)







PUDING COKLAT CADBURY (LAPIS SUSU DAN BUAH)






PUDING KELADI




puding cendol gula melaka

puding ni buat untuk hantaran dan makan beradap

Puding jagung lapis santan



Puding jagung pandan

PUDING TRIFLE SPECIAL WITH EXTRA FRUITS









puding gula hangus




Inilah saja yang dapat saya kongsikan sedikit sebanyak. Kita sama-sama masak puding ye... jangan lupa jenguk resepi kat blog makcik tihah ni yer... mamacupiecorner!!!

6 ulasan:

Norida Muhammad said...

Assalamualaikum blh mintak phone no. Ke lbh sng untuk bertanya...

nur dot dot said...

Assalamualaikum.. Ade resepi tuk agar2 diatas tak?

mamacupie / Fatihah Pauzihal said...

Waalaikumussalam. Agar-agar mana tu? Kebanyakan resepi saya dah masukkan dalam blog ni. Boleh taip nama puding di 'search'. Terima kasih ya sebab sudi singgah kat blog. Sori sibuk, dah lama tak tgk blog

the_helianthuss said...

Terima kasih! Sgt berguna bg sy yg first time nak try nie. :b

mamacupie / Fatihah Pauzihal said...

Sama-sama. Selamat beragar2 dan berpuding!

sha killa said...

Salam mamacupie. Sy nak tany sy cuba buat puding pakai custard dan susu guna serbuk agar2. Tp sy nye puding tu keras skit dan rasa agar2. Xde rasa lemak2 mcm puding. Apa yg sy silap ye? Mohon petunjuk. Sy guna serbuk agar2 10g tu....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails