Okay, tgk tajuk harini... NASI AYAM! Ada beberapa kawan dan sedara mara yang minta uploadkan resepi dan gambar nasi ayam di blog MAMACUPIE.... dia orang makan sedap kot! Hehehe perasangggg!!
Okay, entry ni may be panjang sket sebab atas permintaan rakan-rakan, nak kena buat step by step. Insyaallah boleh buat untuk bukak puasa nanti yer!
Sebenarnya resepi ni adalah gabungan resepi dari Cik Mat saya, resepi dari Cik Nah saya dan resepi yang saya dok usha usha kat internet dan beberapa buku masakan yang laing. So saya rasa Insyaallah ianya akan jadi nasi ayam yang paling best antara yang ter best dalam famili saya lah.... kua kua kua kua kua....
Maaflah yer... gambo2 tu x berapa nak menarik sebab makcik kan amatur lagi so saya pong edit2lah setakat mana yang saya tahu guna fotoshop yang baru je gi belajar minggu lepas.... ehehheh
NASI AYAM MAMACUPIE
AYAM
1 ekor ayam potong empat. Buangkan separuh dari kulit dan asingkan kaki, bahagian sayap dan tengkuk (utk sup)
2 inci halia
8 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar madu/ 1 sudu besar gula
1 sudu besar garam halus (secukup rasa)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar cuka / perahan lemon/ perahan limau nipis (nak bagi ayam rangup bahagian luarnya)
1 cawan air
******
1. Kisar semua bahan kecuali ayam. Rasakan dihujung lidah, jika kurang masinnya tambahkan sikit garam. (Ayam tak perlu masin sangat sebab nanti ianay dimakan dengan sos dan sambal kicap) Biar sedang-sedang je rasanya.
2. Perapkan ayam yang dibelah empat tadi dengan bahan kisar. Perap sekurang2nya sejam atau lebih. (Kalau tak sempat pun tak apa, biar dia meresap jap, terus masuk oven!)
Perap ayam dengan bahan kisar |
Susun dalam tempat pembakar |
4. Cara yang ketiga ni saya selalu buat. Ambil dulang pembakar. Lenserkan sikit minyak dan susun semua ayam tadi. Dengan suhu 180C, bakar selama 30 minit hingga jus2nya keluar. Selepas itu keluarkan. Susun semula diatas gril pemanggang dan lapiskan dibawahnya dulang pembakar (agar ketuhar kita senang dibersihkan). Sapukan sambal kicap(tengok resepinya dibawah) yang telah dicampurkan dengan sedikit jus ayam tadi keatas ayam. Bakar lagi selama 30 minit. Hasilnya memang lembut, rasanya meresap dan sedap. Kalau daging pong saya guna cara ni, kompem tak liat walaupun kita guna daging bahagian yang berurat! Ini namanya "kombinasi teknik, kukus, gril, panggang" ala macam iklan yang selalu tengok masa "masterchef selebriti' tu! Ahaks!
tuangkan kicap rata-rata di atas ayam tadi dna bakar hingga masak |
Bahagian keropeh ayam (sayap, kaki, leher, hati pedal dll)
(kadang-kadang saya masukkan juga ayam dalam seketul dua yang dipotong kecil-kecil)
Rempah kasar - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cabe, lada hitam, ketumbar, bunga cengkih
(kalau ada 4 sekawan tu je pong dah ok)
2 inci halia
6 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
4 biji kentang
2 batang karot
sepeket bebola ikan
3 keping kek ikan
daun bawang, daun sup
2 sudu teh kiub pati ayam (tak ada pong takpe)
garam dan perasa secukupnya
1 senduk minyak masak
*****
1. Mayang halia dan bawang. Potong dadu besar karot dan kentang. Potong kecil ayam dan bebola ikan/ kek ikan
mayang bawang dan halia |
Ini rempah kasar. Dari kiri, bunga lawang, cengkih,kulit kayu manis (ats),buah pelaga, lada hitam dan cabe(ats) |
Dadu besar karot dan kentang |
Ayam potong kecil |
Fishball potong kecil |
3. Masukkan ayam dan secawan air. Tutupkan periuk dan biar seketika hingga ayam agak empuk
Tumiskan rempah kasar + hirisan bawang dan halia |
Masukkan ayam dan secawan air. Tutupkan periuk biar air ayam meresap |
Masukkan karot dan kentang |
5. Tambahkan air secukupnya. Perasakan dengan garam, dan pati ayam.
6. Bila kentang dan karot empuk, tutupkan api. Hidangkan dengan hirisan limau nipis dan taburkan daun bawang dan daun sup yang dihiris halus
hirisan daun sup dan daun bawang |
1 kg beras wangi/ beras biasa pong okay gak, cuma pastikan penggunaan air agar nasi tidak lembik atau keras
sedikit kulit ayam**
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 batang kulit kayu manis dan 2 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
3 sudu besar mentega / minyak sapi / marjerin
2 sudu besar pati ayam**
sedikit garam
sedikit pewarna kuning lemon**
1 @ 2 cawan sup ayam dari resepi di atas
(kalau guna kiub ayam ambil 1 cawan, kalau tak guna ambil 2 cawan)
Air secukupnya
****
1. Basuh beras hingga bersih.
2. Masukkan sup ayam dan air secukupnya (ukuran airnya sama seperti memasak nasi biasa)
3. Simpul daun pandan dan carikkan hujung2nya. Masukkan dalam beras dan air tadi
4. Masukkan serbuk pati ayam dan garam. Kacau dan rasakan masinnya. Bagi rasa masin tu sikit2 je... biasanya saya letak 1 sudu je garam.
5. Dalam kuali berlainan, panaskan mentega. Masukkan hirisan halia, bawang putih, bawang merah, bunga lawang dan kulit kayu manis. Masak hingga naik baunya. Tuangkan kesemua tumisan tadi kedalam beras tadi. Masukkan beberapa titis pewarna kuning (jika suka) dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga masak. Kareh-karehkan beras semasa ianya mendidih dan bila airnya kering untuk memastikan ianya masak serata dan bumbunya juga.
Tumis dalam kuali berasingan mentega, hirisan bawang, halia dan kulit kayu manis dengan bunga lawang |
Masukkan kesemuanya ke dalam periuk |
Kacau2 rata kesemuanya baru di'on'kan |
Nasi dah masaklah... wanginya.... |
SAMBAL KICAP
5 sudu besar sos tiram
1 cawan kicap manis
2 senduk sos lebihan perapan ayam (sebab tu bahan perap dikisar denagn secawan air)
2 senduk sup ayam
sedikit air
****
1. Campurkan semua bahan. Didihkan. Jika agak masin, neutralkannya dengan air dan sedikit gula. Biasanya memang agak masin sebab ianya akan dicurahkan keatas ayam nanti yang tak berapa masin
SOS CILI NASI AYAM
10 biji cili besar merah
5 biji cilipadi (jika mahu pedas)
10 ulas bawang putih
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 senduk sos lebihan perapan ayam
2 senduk sup ayam
4 biji buah tomato segar di dadu kecil
****
1. Patah2kan cili. Masukkan kesemua cili dan bawang putih berserta sup ayam ke dalam blender. kisar sampai betul2 hancur.
2. Tuangkan ke dalam periuk/ kuali. Didihkan. Masukkan bahan2 yang lain.
3. Rasa masam manis dan masinnya. (Biasanya kena letak gula sikit bagi samarata rasanya).
4. Tutupkan api. Masukkan buah tomato yang didadu tadi.
Didihkan semua bahan kecuali tomato yang didadu |
Tutup api. Tuangkan sos ke dalam bekas lain dan campurkan tomato yang didadu tadi |
Ini Sambal kicap yang diletakkan sos nasi ayam!!! Yummy!!! |
COMPLETO!!!
TIPS... actually semua dah tahu tapi tak pa, saya bagitahu gak untuk yang tak berapa nak tahu!
Nampak macam remehkan. Taklah... macam ni. Masa potong dan bersihkan ayam, potong siap2 ayam untuk sup. Masa kupas bawang dan halia, kupas banyak2 terus untuk bahan perap ayam, sup ayam, untuk nasi dan juga sos. Walaupun saya dah banyak kali masak nasi ayam tapi saya tetap bilang/ kira berapa biji nak buat sup, berapa biji nak buat nasi, berapa ulas untuk sos dan bla...bla..bla...
Pas tu, habih je perap ayam, sementara tunggu air perapan meresap tu, buat sup dulu. Bila sampai step dah bubuh ayam, kentang semua tu, sementara tunggu mendidih, masukkan beras. Basuh bersih2. Cari daun pandan siap2. Boleh juga tumis siap2 bahan untuk nasi, yang guna mentega tu la... then bila sup dah mendidih sikit, terus ambil air sup tu buh dalam nasik. Senang kan!. Kiranya kalau bulan puasa, saya masuk dapur dalam kul 5.30/ 5.45ptg gitu. Sebenarnya ayam tu yang lambat sikit. Kadang2 saya tak tunggu sejam pun. terus saya masuk dalam oven. Sedap jugak sebab bila makan dengan sos tu rasa tu dah bercampur2 sebab semua kita guna air dari ayam.... sebab tu namanya NASI AYAM! Insyaallah boleh buat. Upsss satu lagi. Sos dan sambal kicap tu buat last sekali sebab nak guna sup ayam jugak.
Try ya, pastu bolehlah bagitahu saya macam mana, berjaya ke idak.... okay kita roll on gambar lagiks ya!
NASI |
SUP AYAM YUMMY! |
KICAP & SOS |
AYAM YANG DAH DI FOTONG FOTONGKAN! |
SALAD TIMUN DAN TOMATO (Pelengkap Hidangan) |
SEPINGGAN LENGKAP NASI AYAM MAMACUPIE! |
SELAMAT MENCUBA!!!!!
0 ulasan:
Post a Comment