nak cakap satu rahsia ni! Ssyy...

Sus pen tak baca tajuk?
kik kik kik
Saja je sebenarnya. Sekarang pukul 1.53pm. Dah nak balik dah tapi terbukak laptop. Rindulah sebab lama dah tak update blog, so saya tulislah sikit-sikit yer apa yang terlintas di minda.

Sebenarnya, nak cakap rahsia jugaklah ni.... rahsia ni hanya kita je yang tahu (siapa yang baca blog ni dan penulis blog ni)... ehehhe

Saya sekarang tengah dalam proses DIET!... DIET????
Apa maksud DIET?????

Takdelah hebat sangatnya diet saya ni.... saya dalam proses nak menurunkan berat badan saya (tu baru nampak lebih formal kan?). Dah lama sangat dah terkurung dalam sarung nangka ni... kua kua... ingat nak tukarlah sarung nagka yang kecik sikit... hahahha

Sebenarnya saya baru masuk minggu ke-3, guna produk Alpha Lipid SD2. Thanks to my sifu 'Oyan Ismail' yang memperkenalkan produk ni. Ish, janganlah ingat saya nak jual produk, sebenarnya saya nak kongsi cerita jer beb. Setakat ni dah turun 6.7kg, banyak tu woooooo.... masa timbang hari tu 10 hari makan. Pastu saya period seminggu then sekarang dah start balik makan asld2.

Itu je rahsia saya. Jangan terkejut kalau tiba-tiba je blog saya nanti akan jadi blog resepi rendah karbohidrat pulaks... hihihi... itu niat saya lepas ni... cuma tak dan nak kumpul, cipta dan ubahsuai lagi resepi. Baru ada dua tiga jenis je... nanti saya updatekan yer.... BERES! Ada ilmu kita kongsi-kongsikan bersama, baru berkat. Sekarang ni dah kul 2ptg, jap gi nak punch card balik so dalam dua tiga hari lagi saya update, camana nak diet cara ni yer.... eehhehhe

Nantikan kemunculan saya dengan imej baru.... ehehhe.... Insyaallah (jika saya kuat semangatlah)

LETIH

Fuh... letih!
Satu patah perkataan yang selalu kita dengar....
Kat mana-mana pun.... contohnya kalau balik rumah lepas kerja seharian di pejabat....
"Letihlah mama ni... ambilkan air boleh?"
Budak sekolah pong tahu letih. Kalau bagi kerja sikit mulalah
"Letihlah cikgu, kerja sekolah lain banyak lagi nak kena buat," Walhal dia belum buat satu apa pun lagi kerja sekolah... ish ish
Anak-anak kat rumah pun macam tu. Kalau minta tolong belikan kicap ke roti ke kat kedai..
"Letihlah mama, hari ni ada PJK kat sekolah" La... apa kaitan ngan PJK yang pukul 8 pagi tadi punya cerita walhal masa di suruh tu pukul 5 petang!

Saja je tu tulis, bagi mukaddimah sikit.
Hari ni memang rasa letih sangat. Pagi tadi uruskan senarai nama budak2 dapat baisiswa, cepat2 siapkan sebab PAR sekolah nak hantar ke JPN kul 10 pagi. Bila bagi je kat dia tadi... "Saya pergi kul 2 petang ni lah kak yer?" ish ish ish, nak buat camana, angguk jerlah dah kita nak mintak tolong dia kan!
Pastu uruskan buku akaun KWAPM budak2 yang nak kena buat majlisnya hari Sabtu ni... mujurlah ada dua tiga orang budak2 yang kelas dia cikgu tak hadir so bolehlah mintak tolong. Siap je urusan tu, teringat yang buku bertugas mingguan belum isi lagi.... kelam kabut cari kehadiran pelajar setiap kelas pulak. Pahtu tengok buku rekod mengajar, tak siap lagi, hari ni nak kena hantar. Tengah2 kalut, PKPentadbiran pulak call suruh lengkapkan markah PBS on-line.... UWAAAAAAA... rasa nak menempik2 duniawi wei..... tapi mujurlah Allah anugerahkan kesabaran buatku maka aku cuma nyanyi jer... hahahha... siap nyanyi lagu... Saloma dan P Ramlee...
"Jiwa rasa gelora... kasih pada teruna..." kua kua kua....

Tak abih lagi tu... balik tadi anakanda pulak tepon dia ada latihan berlakon sampai kul 5. Tak apalah, bonda telepon beritahu yang si Cupie tak inform dia balik lambat so dia tunggu tercegat depan pagar sekolah. kelam kabut pulak kita call orang tu orang ni... bagi mesej sampai....
Pastu tengah layan lagu Ekamatra dalam kereta nak balik, bonda call lagi bagitau dia tak masak maka kena cari kedailah pulak beli lauk! Sampai rumah kelam kabut mandi dan solat, sebab dah lewat dah... pahtu....
dok kat depan laptop ni lah.... meluahkan perasaan sambil berehat! Letih tak baca? Yang tanggung lagi letih....

Tak abih agik ni.... ingat hari ni nak rehat. Baru sat sat, bonda cakap petang ni kita ke rumah makcikku sebab ada tahlil arwah bapa sepupuku! LETIHHHHH.... NYAAAAA.....

Rasanya nak ber 'treadmill' pun tak larat dah hari ni.... Mata ni makin nak pejam jer.... tak boleh tak boleh... jap gi kena amik nakanda .... 5 minit lagi. Balik dari amik anakanda nak bersiap ke rumah makcik. Rehat kat rumah dialah.... boleh ke rehat kalau orang nak buat tahlil????? Uwaaaaa..... esok je lah rehat! L

LETIH!

UDANG MASAM MANIS & KERABU PAUH SEAFOOD & SIAKAP KUKUS ALA SIAM

Lamanya tak update... sibuk di sekolah sebenarnya.... sibuk je manjang tapi tak tahulah pulak apa yang sibuk sangat.... ehehhe... keje kan biasalah....

Okay, hari ni Jumaat, cuti so dapatlah saya memasakkan diriku dirimu kepada diri keluargaku... ish, merapu dah ni...
Okay jom kita tengok saya masak apa hari ni. Simple, very simple tapi ahli2 rumahku makan bertambah-tambah nampaknya. Alhamdulillah

JOM KITA TENGOK RESIPI

KERABU PAUH SEAFOOD

Okay, kerabu pauh seafood ni cara membuatnya sama macam kerabu ala siam yang saya dah pernah post sebelum ni. Sila klik sini http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/03/kerabu-kaki-ayam-kerabu-sotong-kerabu.html
Cuma saya adaptasikan sedikit.... cam gini...

Rebus udang dan sotong dengan sedikit garam dan perasa secara berasingan. Boleh juga ditambah secukup rasa MAGGI jika suka atau sedikit gula

Gaulkan buah pauh rangup, bawang merah, serai, cili merah, cili padi, tomato dan timun yang telah dihiris ikut kesesuaian

Campurkan udang dan sotong rebus tadi bersama sedikit airn rebusannya

Tambahkan sos ikan, garam dan sedikit gula serta perahkan limau nipis secukupnya. tara... dah siappp... mmmm memang menyengat. Saya akan ratah je biasanya

Inilah sos @ kicap ikan cap sotong. Ada juga orang panggil sos sotong. Nama komersialnya "NAMPLA"
UDANG MASAM MANIS

BAHAN-BAHANNYA:
-Semangkuk udang dibuang kulit, belah belakang dan tinggalkan ekornya
-3 sudu tepung jagung
-sedikit garam dan serbuk lada putih
-Minyak untuk menggoreng

Sos
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 3 ulas bawang putih dimayang
- 1 biji bawang besar di potong bulat
- 1 biji tomato*
- garam dan gula secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam, serbuk lada putih dan tepung jagung.
2. Goreng udang hingga masak. Ketepikan
3. Panaskan kuali, tumis bawang putih hingga naik baunya
4. Masukkan semua sos dan sedikit air. Perasakan. Akhir sekali amsukkan bawang besar dan tomato
5. Curahkan di atas udang yang digoreng tadi. Hidangkan panas.


Udang di lumur garam dan lada sulah kemudian di gaul dengan tepung jagung

Goreng udang hingga masak dan toskan

Curahkan sos dna hidangkan panas

IKAN KUKUS ALA THAI

Resepi ikan kukus ni dah pernah saya postkan, boleh klik di sini
http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/02/tomyam-campur-sotong-goreng-kunyit.html
Lebihkan halia sebab nak buang angin dalam badan. Bonda yang suruh, dia suka makan halia

Gambar tak berapa cun , baisalah anakand ayang amik. Yang belum masak pulak tu, yang dah masak tak diambilnya... Alahai anakku...
Ni saya amik gambar dari post sebelum ni.... Cubalah yer....

PULUT KUNING BERHIAS

PULUT KUNING BERHIAS

Pulut kuning ni memanglah sangat sinonim dengan majlis perkahwinan, pertunangan, khatam Quran, jamuan raya, bayar nazar, berniat jika lulus periksa dan bla...bla...bla...
Saya selalu je tengok kalau majlis kahwin mesti ada pulut kuning yang dipacak bunga telur. Tapi malangnya, pulut kuning yang dipacak bunga telur ni jarang orang makan. Sebabnya:
1. Pulut ni dah jadi keras bahagian atas seabb terdedah
2. Pulut ni dah 'pecah perut' maksudnya, dimasak agak lama sebab nak bagi ianya lembik dan senang ditekan dan dipadatkan agak bila kita cucuk bunga telur, bunga telur tak jatuh dah
3. Tak sedaplah kot bila dah kena padat dan payah nak kunyah
So.... saya pun terlihatlah di blog2 pasal pulut kuning berhias lebih kurang awal taun lepas lagi. Macam suka je tengok, pulutnya masih elok lagi, pastu ianya dihias cantik dengan telur, cili, serunding daging, iakn, ayam. Ada yang letak rendang buat macam kolam gitu... So... terniatlah di hati, mana2 saudara saya yang akan kahwin, saya nak buatkan satu macam tu.... dan terhasillah niatku itu...... ini hasilnya....
Ini pulut kuning pertama yang saya hias. Masa kahwin sepupuku si Firdaus bulan 6 yang lepas
Pulut kuning yang pertama saya hiaskan, memang tergesa-gesa. Masa tu saya guna bekas pizza bulat ikea sebagai base dia. Letak penuh2 dan tekan sikit bagi padat. Sebelum tu kena sapu minyak sikit kat bahagian dalam bekas tu bagi senang pulut tu meluncur keluar dari bekas. Pastu saya ratakan serunding daging kat tengah2. Pastu saya amik bekas puding yang macam skirt kembang tu. Sebab bekas plastik yang digunakan tak adalah tinggi mana so kena buh sekerat je lah pulut tu. Then, saya haiskan dengan telur rebus, tomato ceri dan daun pudina.
Sedia untuk letak diatas par sebagai salah satu hantaran

Ini untuk hantaran sepupuku Amiro Safwan yang kahwin masa raya hari tu

Kiut tak?

Guna daun ulam raja sebab daun sup yang dibeli dah layu. Daun parsley tak ada. Maklumlah hari raya kan so banyak benda yang tak ada. Mujur ada daun ulam raja Che Na belakang rumah 



Ni pulut kedua yang saya hias masa majlis kahwin abe long (Amiro Safwan). Yang ni pong tergesa2 jugak buat. Pastu pulak saya jadi gelabah sikit sebabnya ramai yang jadi peminat masa saya tengah buat ni. Waduh, saya bukan boleh kalau orang ramai-ramai tengok, nervous!!!! Sebab tu kalau kawan2 mintak saya buat kelas masak saya tak berapa nak setuju sangat sebab saya ni cepat nervous, rasa cam semua kerja yang dibuat tak jadi.... hahahahha kena mandi bunga nampaknya!
Comey tak?

Masa majlis persaraan Ustazah Siti Zaharah di sekolah hari Rabu baru2 ni


semasa tengah menghias pulut

Telah siap sebagai hantaran

Sesi memotong pulut sebagai ganti kek sempena hari lahir Che Sue

Yang ni saya hias masa majlis persaraan Ustazah sahabat baikku. Ye lah, everyday saya ke sekolah dengan dia. Sunyi rasa bila dia dah pencen. Yang ni pong tergesa2 jugak. Buat ngan sahabat sekerja dan beberapa pelajar menolong kupas telur dan sebagainya. Pulut ni Ustazah potong sambil kami nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu" ramai2 nyanyi, sayalah yang jadi tukang nyanyi dna conduct budak2. Alaa malu sikit2 je... ala malu ngan budak2 nagn rakan sekerja setara manalah sangat kan!

Saya tengok kat internet ni mahal jugak dia orang charge. Kalau satu tingkat pulut tu, dalam RM50++, aklau dua tingkat RM70++. Kalau cam saya buat ni adalah dalam RM60++... setakat ni saya dah terima 3 tempahan dari rakan sekerja dan saudara mara yang nak kahwin hujung2 tahun ni... ish, tak retilah nak charge. Biasanya saya akan cakap, sediakanlah semua barang, saya hias ... 'free'.... ish ish ish... baisalah makcik alah ngan kawan-kawan ni.... Yang penting dia orang happy kan, kita pong tumpang happy gaks....
Alhamdulillah!

TUHAN JAGAKAN DIA


 Tuhan Jagakan Dia Lyrics

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
urtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
ku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tadi, baru sekejap tadi, Cupie bukak lagu ni. Sebelum ni memang saya pernah dengar lagu ni tapi tadi dia bukak youtube yang berserta lirik. First time nyanyi dan tengok lirik, bergenang-genang air mata walaupun Cupie ada dok nyanyi sama siap dengan gaya2 lucunya. Entahlah.... kenapa ya jadi cam gitu?

Biasanya kalau dengar lagu sedih camana pun kalau tak hayati memang payah nak sedih ni. Ish, menusuk kalbu makcik dengar dan baca lirik dia.

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku


Lirik mula2 tu pong dah rasa sedih dah... dah tersentuh di hati! Pastu sampai korus


Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadam


Berapa banyak kali saya kelip2 biji mata tak bagi ketara kat si Cupie. Ish memang dasat lah.... menyentuh, menusuk, menikam tangkai hatiku!

Ku akan sentiasa mendoakanmu, kerna ku tahu kau sentiasa di bawah lindunganNya.
Tuhan, jagakan dia, dia kekasihku 'kan tetap milikku, aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hatiku.....

Ternampak-nampak lagi dia senyum....
Ternampak-nampak lagi dia kenyit mata....
Ternampak-nampak lagi dia angkat kening....
Ternampak-nampak lagi dia ketawa....
Ternampak-nampak lagi redup  renungan matanya....

Masih terasa kasih sayangnya....
Masih terasa keikhlasan cintanya....
Masih terasa hangat usapnya....

Dan yang paling  terasa... ungkap katanya....
"Ma, walau apa pun yang terjadi, awak ingatlah, awaklah yang terbaik pernah hadir dalam hidup saya selepas mak saya! Saya sayang awak sangat-sangat! Doa untuk saya ya....."

Kata orang 'Jangan di kenang orang yang telah pergi'... mulanya saya cuba ikut kata orang tu.... tapi ia menyebabkan lagi pedih kat dalam dada saya ni. Jadi saya ambil keputusan, jangan memaksa diri untuk tidak mengenang.... kerana hanya kenangan yang bahagia itu saja yang akan membahagiakan hidup kita... Saya selesa hidup dalam kenangannya... kerana saya akan bersemangat untuk meneruskan hidup bersama kenangannya.... Setiap kali saya pandang wajah anak sebelum tidur, saya ternampak-nampak wajah 'abahnya' jadi saya rasa seperti dia masih ada, masih ada sebagai pemberi semangat kepada saya dan anak....

dahlah... buat drama swasta pulak malam ni... bereja-reja dah ayaq mata makcik nih ha....


RAYA 6 Bonda & Ayahanda - NASI DAGANG!

Raya Poser 6
Kalau orang tanya berapa hari lagi nak abih poser 6? Saya akn jawab 6 hari lagi! Ternganga jap kawan! Minda nak cerna tu payah jugak kan! Dalam 1/2 minit ke 1 minit tu baru lah dia orang gelak sambil kata "Chet, mung tak poser lasung lagi lah ni?" Hahahha...
Tak tahulah tahun ni, dah 2 minggu Syawal tapi masih tak start2 lagi puasa 6 saya. Jangan jadi cam tahun lepas, bukan puasa 6, puasa 4. nak buat camana, asyik puasa satu hari, tangguh sebab ada rumah terbuka kawan2lah, ada kelas tambahan petang lah, pastu bila dah suntuk tu, datang periodlah pulaks. Maka setakat 4 jerlah, kira puasa gantilah tu! Hahahha... makcik Tihah ni macam-macam!
Tahun ni, seminggu awal tu sibuk ngan nikah kahwin (bukan diri sendiri ya, tapi sepupu sepapat). Dengan buat hantaran, makan beradap pastu pulak ada tempahan dari kawan-kawan sedara mara. Rumah terbuka utk keluarga belah ayahanda lagi.... pastu masuk sekolah, kena kursus di Terengganu pulak sampai hari Khamis lepas. Jumaat Sabtu kononnya nak rileks dulu. Harini dan esok ayah bonda nak raya 6 dulu masak nasi dagang. Hujung minggu ni nak ke Perak, bawak budak2 rombongan ke Tambun! Waduh, macam2 alasan kan! Sebenarnya, bak kata orang "Kalau nak seribu daya, kalau tak berapa nak seribu dalih kan!"

Okay, harini saya nak buh gambar je nasi dagang ni sebab ada kerja lain nak buat. Ehehhe nak buat skrip utk guru yanga kan bersara di sekolah hujung minggu ni.

Jom roll on gambar kay!!!

Nasi dagang baru siap, panas-panas lagi... best oooo...

Gulai Udang

Gulai Ikan Aye (Tongkol) versi Terengganu
Sepinggan Nasi Dagang dgn gulai udang, ikan tongkol dan telur rebus