KENTANG BAKAR BERKEJU INTI DAGING (Cheesy bake potato with meat)

Fuh... nama mak oiii... panjangnya resepi...
Sebenarnya cam ni... saya bukanlah penggemar kentang pong tapi bolehlah makan... tapi bila try kentang bakar berkeju yang ada saya beli dari seorang kawan, mak oi... sedaplah pulak! Try pulak beli online dengan kawan adik, sedap jugak walaupun resepinya lain, so godek punya godek cari resepi, maka terciptalah resepi sendiri berbasickan dengan apa yang pernah saya rasa dan ubah style sket. Resepi ni saya buat masa bonda buat majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk geng2 usrah, geng mengaji dan jiran tetangga wanita sahaja.


Jom roll on resepi

BAHAN-BAHAN

KENTANG
10 biji kentang (Nak pakai kentang Russet ke kentang biasa pun, ok jer, no prob...)
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar mayonis
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu serbuk pati ayam

INTI DAGING
1 mangkuk daging cincang (Kalau nak buh inti lebih, boleh masak daging lebih sket)
1/2 tin sos cendawan prego (Sos carbonara cendawan pun boleh, tak mau buh pong boleh)
1 cawan susu segar
2 sudu mentega / marjerin / minyak zaitun
1 sudu mix herb/ oregano
1/2 cawan cendawan butang, (cincang kasar)
1 sudu serbuk pati ayam
3 ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar dadu
sedikit garam

Keju ceddar slice
hirisan cili merah

CARA MEMBUATNYA

KENTANG
1. Basuh bersih kentang dan rebus, jangan terlalu masak nanti ianya lembik
2. Setelah sejuk, belah dua
3. Dengan menggunaka sudu teh, korek inti bahagian tengah kentang
4. Kentang yang diambil dari bahagian tengah itu di lecek dna campurkan dengan susu segar, mayonis, lada sulah, pati ayam. Gaul sebati. Ketepikan

Kentang yang di rebus, toskan dan sejukkan sebentar

Belah dua dan korek bahagian tengahnya. Hati-hati jangan sampai kentang rosak

Bahagian tengah kentang yang telah di keluarkan
Ini hasil dari kentang lecek. Resepi ini boleh juga dijadikan inti untuk sandwich!

INTI DAGING
1. Panaskan mentega, tumis bawang yang dicincang hingga wangi
2. Masukkan semua bahan lain dan perasakan.

Ini inti daging yang telah siap dan disejukkan sebentar

Untuk mengisi kentang, di sini saya sertakan langkah demi langkah. Sebelum mengisi kentang, panaskan dulu oven ke 180 C ya.
Kentang rebus yang telah di belah dua dan di korek inti bahagian tengahnya

Masukkan inti kentang lecek dan ratakan dengan sudu

Tambahkan inti daging dan letak biar ia sedikit menggunung

Serikan denagn sehiris cili merah

Selimutkannya dengan keju cheddar slice. Saya potong empat sebab banyak sangat nanti ia meleleh.
Kemudian, susunkan di atas dulang dan bakar dalam 5-10 minit. Jangan terlalu lama, nanti kalau ia terlalu meleleh, dah tak cantik!

Dah masak. Adik saya kata, saya kedekut keju. Itu atas kesukaan kitalah. Maklumlah masa buat kentang ni
keju tak berapa nak cukup kan... hihi malas nak pergi beli. 
Letak dalam cup comel-comel dan hidangkan!

QUICHE AYAM CENDAWAN (step by step)

Salam

Banyaknya sawang.... dah berbulan tak menjenguk blog.
Okay, tahun lepas saya ada kongsi resepi quiche ni, tapi sekadar resepi dan gambar yang dah siap. So hari ni saya nak kongsi resepi dengan langkah2nya sekali.
Senang je.. Cuba ye!

Resepinya....
(Saya ambil dari entry sebelum ni... malas nak taip!)

Pastrinya:
250g butter
50g marjerin @ shortening
2 sudu gula  aising (blend je sikit bagi jadi halus)
550g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu air ais
secubit garam

Intinya:
1 mangkuk isi ayam/ ayam cincang/ daging pong boleh
3 biji kentang (dadu kecil)
1 batang lobak merah (dadu kecil)
1 tin cendawan butang (hiris memanjang)
3 tangkai daun sup (dicincang kasar)
1 cawan susu segar @ susu cair * (optional)
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar Cina di dadu
sedikit serbuk lada putih dan hitam
1 sudu besar oregano *(optional)
1 sudu serbuk lada hitam * (optional)
2 sudu sos tiram
2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan air
garam dan gula secukupnya

Kastad Filling/ Toping
4 biji telur
Secubit garam dan serbuk lada sulah / secukup rasa megi
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar krim/ kalau takde buh je tepung gandum 3 sudu besar... betoi...                            
Keju mozarella/ cheddar/ parmesan (parut atau potong kecil)
Satukan semua kecuali keju parut. Kacau dengan whisk hingga sebati

Cara Membuatnya:
1. Untuk pastri. Satukan mentega, marjerin dan gula. Kacau sebati (guna tangan je).
2. Masukkan telur, esen vanilla dan garam. Kacau lagi
3. Masukkan tepung gandum. Guna kaedah gaul ramas guna hujung jari. Buat hingga jadi seperti serbuk roti. Bila dah nampak dah sebati, ok dah, masukkan air ais. Kalau adunan melekat kat bekas, taburkan tepung sikit dan gaul lagi. 
4. Keluarkan dan bolehlah di canai ataupun kalau saya buat, saya tekan-tekan kat acuan je, malas nak canai (kalau acuan kecik... kalau besar kena canai , okey!). Janganlah tebal sangat kan dan janganlah nipis sangat.
5. Ok, untuk inti. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga layu.
6. Masukkan isi ayam. Biar separa masak. kemudian masukkan semua perasa, sos tiram, garam gula, serbuk lada, oregano. Pastu masukkan susu segar dan kentang serta lobak merah. Sederhanakan api, tutup kuali hingga kentang dan lobak merah hampir empuk.(Kalau tak mau lemak sangat tak payah letak susu segar, just letak  air sikit)
7. Kemudian masukkan cendawan butang, daun sup dan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar biar ianya pekat dan melekat sesama sendiri. Jangan berkuah ye, nanti pastri akan pecah dan tak rangup bila kita letak inti. Tutupkan api. Biarkan ianya betul-betul sejuk. (Saya letak dalam peti ais dulu)
8. Kalau acuan besar, bakar dulu 15 minit kulit quiche tu. Kalau acuan kecil boleh terus letak inti (pastikan dah sejuk).
9. Penuhkan dengan inti kemudian curahkan filling memenuhi ruang-ruang kosong. Taburkan keju diatasnya. Bakar hingga keperangan. About 30 minit gitu.
10. Waktu masih panas pun boleh dikeluarkan dari acuan sebab ianya tak melekat... percayalah kat saya....

Ini gambar langkah demi langkah ya!
Ini doh yang telah di uli- tidak terlalu berderai dan tidak terlalu lembik
Pastikan bila di lenyek ke acuan ianya tidak melekat terlalu kuat.

Inti iaitu campuran kentang, karot, cendawan butang, isi ayam

kastad filling iaitu campuran telur, susu, krim/ sedikit tepung gandum

doh yang telah di lenyekkan ke acuan

Tambah inti


Tuangkan filling dan parutan keju 

Bakar pada suhu 180 C sehingga intinya kembang dan
 crust atau kulit quiche kelihatan kembang dan terkeluar dari acuan

Keluarkan dari acuan

SIAP!