MAULIDURRASUL

Terlewatkah????
Tak apalah, nak cerita sikit pasal sambutan Maulidurrasul di sekolahku, upss sekolah baru ku.
Actually semasa dok di KK bukan Kota Kinabalu, Kuala Krai... tak adalah sambutan sehebat ini.
Biasalah, setiap sekolah ada rencana masing-masing. Macam-macam boleh buat kan. Sama ada nak buat ceramah je masa perhimpunan sebab tak mahu ganggu proses Pembelajaran, atau pun nak buat macam sambutan ahri raya gitu... itu semua atas dasar sekolah dan pihak pentadbir. No komen!

Di sini saya dapat pengalaman baru. Di Kota Bharu rupa-rupanya sambutan maulidurrasul disambut agak meriah juga. Dengan perarakan membawa sepanduk sambil berselawat, pelajar-pelajar pakai baju melayu dan baju kurung, ada ceramah, ada jamuan, seronok dan pelajar-pelajar juga kurang rasa 'tension'... ye lah selama ni asyik belajar saja kan... tapi lepas je jamuan, kelas berjalan seperti biasa...
terbaekkkk!!!

Ok, jom kita tengok brosur yang sempat disiapkan. Untuk VIP jer tau... pastu ada makan2 sikit dan saya buat trifle untuk VIP dan kenkawan. Saja je kongsi buat maulud, lagikpon bolehlah promosi sama... maklumlah sekolah baru kan...

Setelah dipikiorkan... inilah hasilnya!


Ada 2 majlis hari tu...

roti sardin gulung n popia nestum

Roti sardin gulung??? Biasalah tu, hari-hari boleh jumpa kan... pagi2 ziarah kedai jual nasik, jumpalah kuih ni... no big deal!

Tak adalah, ni resepi saya dapat dari kak Mun, kakak iparku tercenta... ehehhe (miss u kak mun)!
Biasanya dolu2lah, saya buat sardin gulung, yang celup telur dan goreng... mak oi minyak dia bukan main banyak. Dahlah tu bila sejuk, tak sedap, betul tak? Yang ni senang je...

Ok, beralih kepada cerita popia nestum! Masa raya haji ari tuh ingatnya nak buat banyak2 popia nestum ni... bukan sebab nak meniaga tapi niat dihati nak bahagi2kan kat mak mak saudara saya tercinta tapi rupanya penyakit 'malas' mengatasi segalanya, dan buat untuk rumah je so banyaklah lebihan serdak dia yang dah saya blendkan so bila tengok kulit popia masih ada, maka projek pun bermula bersama anakandaku si Cupie yang sungguhlah tak berapa nak menolong tu... paksa2 makanya dia buat gak! Bila dah start buat tu, seronoklah pulak... ehehehhe

Jom tengok resepi yang senang lenang walaupun begitu malas mengatasi segalanya. Ahaks!


Roti sardin gulung

BAHAN-BAHAN:
-Sebuku roti gardenia     
-1 tin kecil sardine (ayam brand/ yeo’s )
-3 sudu besar mayonis     
-1 sudu mentega
-1 biji bawang besar di dadu halus               
-Minyak untuk menggoreng
-1 biji cili merah di dadu halus
-3 sosej direbus (jika suka)

CARA MEMBUATNYA:
1.     Ikan sardin(diambil sedikit sosnya), mayonis, bawang besar dan cili merah serta sedikit garam di gaul bersama dan dilenyekkan hingga halus
2.     Kukus roti sekeping demi sekeping. Semasa masih panas, lenyekkan hingga nipis.
3.     Masukkan satu sudu kecil campuran sardin dan gulungkan.Letakkan sosej jika suka.  Gamkan hujungnya dengan sedikit putih telur.
4.     Panaskan minyak dengan campuran satu sudu besar mentega. Goreng hingga garing. Hidangkan panas.
**
Dalam banyak-banyak resepi sardin gulung yang pernah saya cuba, inilah yang terbaik. Sangat ringkas, tak perlu celup telur tapi rangupnya, Allah sahaja yang tahu. Sedap sangat. Sebuku roti tu tak cukup untuk satu famili saya. Abah saja dah 5 keping! Mama sering buatkan siap-siap kemudian simpan dalam peti dingin beku. Sebulan pun okay lagi! Kakak ipar saya yang berikan resepi ini dan saya ubahsuaikan sedikit. Sebagai tukang masak di INTAN, banyak resepi dan pengalaman berguna yang saya dapat dari dia. Terima kasih kak Mun!


Rangup walaupun ditinggalkan seharian

POPIA NESTUM

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus kulit popia segera
1 bungkus kecil nestum
1 bungkus kecil susu tepung
2 cawan gula
Sedikit putih telur/ campuran tepung gandum dan air (gam)

CARA MEMBUATNYA:
1.     Gulung kulit popia, gamkan dihujungnya dengan putih telur. Potong serong
2.     Kisar kering susu tepung, nestum dan gula. Masukkan ke dalam bekas kedap udara
3.     Goreng kulit popia, toskan dan gaul dengan bahan kisar semasa masih panas. Lebihan bahan kisar tahan lama dan disimpan dalam bekas kedap udara.

makan 1, nak lagi dan lagi dan lagi... tgk2 habis sebotol!



CUSTARD FRUIT COCKTAIL PUDDING WITH VANILLA SAUCE

Fuyyoooo.... glamer habih tajuk puding makcik ni! hahahha

Itu nama penuh kot omputih lah... kalau biasa kita panggil puding kastad fruit koktel je... vanila sauce tu, kuah susu dia yang kita buh esen vanila sikit... itu je... ehehhe

Sebenarnya puding ni selalu je ma buat. Cuma syaratnya kena makan masa sejuk, baru bawak kuar dari peti ais... baru best! Cam gitulah gamaknya... Selalunya masa rumah terbuka hari raya, saya akan masukkan kastad dan lapiskan dengan agar2 @ jeli yang kurang manis dalam bekas2 kecil. Lepastu saya letak asing sos vanila yang telah dicampurkan dengan buah2an koktel dan juga buah2an segar. Bila nak makan, tuangkan je campuran sos tu... memang nak menambah rasanya...

Rasa kastad dan agar2 tu kurang manis sebab nak seimbangkan dengan sos vanila susu yang manis. Masam dari koktel buah tu akan mempelbagaikan rasa. Satu tips: Kalau sukakan buah2an segar, campurlkan dulu hirisan buah2an segar seperti anggur, epal, pear, strawberi ke dalam buah2an koktel. Biarkan semalaman dalam peti ais. Ingat, kiwi tak boleh dicampur awal2 sebab ia akan memberikan rasa pahit. Bila nak makan baru kita campurkan sekali.

buah-buahan ni boleh di campur sekali ke dalam fruit koktel...


Jom kita tengok cara2 membuatnya....


BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A (kastard)                        Bahan B (sos susu)
5 sudu bumbu kastard                         1/2 tin susu cair
5 cawan air                                        2 kotak kecil susu UHT
½ cawan gula                                     1 cawan gula pasir
Sedikit garam                                     1 biji telur n esen vanila

 Bahan C (agar-agar)                   Bahan D
1 paket serbuk agar-agar                     1 tin ’fruit cocktail’
1 liter air                                            5 biji strawberry (jika suka)
½ cawan gula                                     2 biji kiwi (jika suka)
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:
1.     Campurkan semua bahan A. Kecilkan api dan kacau hingga pekat dan meletup-letup. Sejukkan di dalam bekas
2.     Campurkan semua bahan C. Masak hingga semuanya hancur dan sebati. Boleh juga diletakkan perisa buah-buahan atau pewarna. Sejukkan di dalam bekas
3.     Masukkan semua bahan B. Kacau dulu dengan whisk hingga telur hancur. Masak diatas api dan perlu dikacau tanpa henti agar telur tidak berketul-ketul. Sejukkan.
4.     Campurkan semua bahan A, B, C dan D mengikut cara di bawah.

potong kastad dan agar-agar

tuangkan sos susu vanila

masukkan fruit koktel dan sedikit sos masamnya

campurkan buah-buahan lain jika suka

nikmatinya!

TARAA......!!!!
**
Setiap kali ada jamuan sama ada rumah terbuka, kenduri kahwin, kenduri arwah, pasti mama dan saya akan masakkan puding ni sebab ianya sangat ringkas.  Nampak macam remehkan, tapi percayalah semuanya pakai campak je..... eheheh cubalah, sekejap je. Sejukkan dalam peti ais agar rasanya bertambah segar dan sedap!

Cerpen "Mengenangmu"

Salam!
Actuallynya dah banyak kali saya share cerpen ni tapi saja je nak buat koleksi kat sini. Dalam penulisan 2u pun ada dan banyak saya dapat komen2 membina dna komen2 yang membuatkan ornag menitis air mata. Sebenarnya saya buat cerpen ni dari kisah benar diri saya sendiri dan setakat ni 99% benar. Ada tokok tambah dalam 1% tu saja je bagi flow cerita tu ok!

Jom baca dan hayati dan nangis kalau nak nangis! Tak apa, tak ada orang nampaklah...


MENGENANGMU..........

            Terpandangkan lautan, gamitan memori mula mencuit-cuit. Indahnya tatkala sepasang kaki ini dan dia melangkah menuju ke dalam feri dari ruang menunggu di jeti Kuala Perlis. Orang yang berpusu-pusu mendorong untuk kami turut berhimpit-himpit.
            Ku paut lengannya yang baru seminggu menjadi suamiku, lalu memandang kearah wajahnya yang sedang tersenyum kepadaku.
            “Ingat tak first time kita naik feri?” Aku cuma mengangguk. Walaupun destinasi dan tujuan berbeza namun disitulah kali pertama kami bersua setelah beberapa bulan berchatting di internet.
            “Sapa kata bercinta kat internet sia-sia, kan?” Dia mengangguk lalu mengenggam erat jemariku. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan kebahagiaan ini buat kami.
            Cuma satu malam kami di Langkawi. Keesokan paginya, tatkala jam menunjukkan ke angka 4.30 pagi, kami sudahpun selesai membersihkan diri. Sudahlah semalam tidur di hadapan masjid, mandi pula di stesen minyak Mobil.
            “Dugaan sayang!”      
“Ye lah tu….” Muncungku sudah mula panjang sedepa. Dia memeluk erat bahuku, memujuk. Bermula pukul dua petang sehingga sepuluh malam, kami mengelilingi Langkawi dengan motosikal yang kami sewa. Dari semurah-murah rumah tumpangan hinggalah semahal-mahal hotel, semuanya sudah penuh.
            “Kan saya dah kata, cuti sekolah…..”lalu kami pulang ke Kuala Perlis dengan feri pertama pagi itu!
            “Kita honeymoon kat Lumutlah, dulukan abang kerja kat situ,” Hanya anggukan sahaja yang mampu ku beri. Demi memujuk hatiku, dalam keletihan kerana tidak dapat tidur semalaman, dia tetap memandu ke daerah Lumut. Kesian suamiku!
           
Aku menggenggam pasir yang memutih lalu membuka genggaman perlahan-lahan, dan pasir-pasir halus mula gugur melalui celahan jemariku. Kini aku datang lagi ke sini bang…..
            “Mama…….”Shufi berlarian kearahku, bersama plastik dan isinya, kulit-kulit siput.
            “Banyaknya, Cupi kutip kat mana?”
            “Tu….. ada banyak lagi mama, kat sana, kat Tok Bah ngan Tok Ma,”Aku senyum lagi lalu memandang sahaja anak tunggalku berlarian kearah datuk dan neneknya.
            Ku susuri lagi gigian pantai yang memutih.
            “Bang…. bangunlah bang..... tengok double line ni….”
            “Double line apanya?” Dia menggosok-gosok mata dan menggeliat malas.
            “Sayang oi…. pagi-pagi buta ni…”   
“Tengoklah ni bang…..” Aku menghulurkan bekas plastik segi empat tepat berwarna putih sebesar jari telunjuk. Pantas dia mengambil alat plastik itu dari tanganku. Kelihatan dua jalur berwarna merah menegak yang timbul selepas aku menitikkan beberapa titis urinku pagi itu. Senyum lebar mula merajai wajahnya, namun dia masih terpaku di situ. Matanya hanya memandang sahaja aku yang sudah mula melompat-lompat kegirangan.
            Di tempat kerja, aku mula menyebarkan berita gembira. Ingin ku kongsikan dengan seluruh dunia..... biar semua tahu..... kami bakal menjadi mama dan abah!
            “Bang, nak makan mee gorenglah....” Aku memicit perlahan bahu suami yang baru pulang dari kerja.
            “Nanti lepas sembahyang maghrib kita keluar beli....”
            “Nak makan mee goreng kedai Midah!” What? Pantas dia berpaling kearahku dan mengedipkan matanya beberapa kali lalu menelan air liur.
            “Kat Sungai Petani tu?” Aku mengangguk. Entahlah, mulut ni rasa teringin sangat nak makan mee goreng kedai tu yang agak basah-basah sikit. Letak pulak cabai jeruk potong dengan kicap, kecur air liurku.
              “Tapi esokkan kita kerja.... dari Kangar ke Sungai Petani, dua jam lebih gak tu....”Aku mula menarik muka.... abang ni.... takkan tu pun nak berkira...... mataku mula bergenang.....
            “Okaylah sayang.... lepas mandi, solat, kita pergi...”Bibirku mula menguntumkan senyuman dan malam itu kami ke Sungai Petani mencari mee goreng kedai Midah.... mengidam..... baby ni lah nak makan!
            “Bang.... doakan saya ye....”Tanganku digenggam erat dan ubun-ubunku dicium penuh kasih lalu matanya mengekoriku masuk ke ruang bersalin hospital Tuanku Fauziah. Ayah dan emak berserta nenek saudaraku hanya memandang sahaja aku di tolak masuk ke labour room. Hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya aku tatkala itu namun bibir dan hatiku tak henti-henti berzikir dan berdoa.
            “Ya Allah, permudahkanlah kelahiran sulungku ini.....”
           
Aku menarik nafas seketika lalu duduk di atas tunggul kayu mati yang dihanyutkan air. Ku lontarkan pandangan kearah pulau-pulau yang berselerakan di tengah lautan. Indahnya ciptaanmu Tuhan..... Beberapa pelancong asing berlarian dihadapanku menuju ke laut. Ada seorang anak kecil berlarian di gigi pantai, di kejar seorang lelaki dewasa lingkungan 30-an. Mataku tak lepas dari memandang lelaki itu yang mengangkat anak kecil lalu menghayunkan ke kiri dan ke kanan. Suara ketawa anak kecil itu jelas kedengaran di telingaku dan ianya menerbitkan rasa di hatiku.
           
“Abah.... jatuh anak tu.....”    
“Taklah....” Shufi yang berusia tiga tahun dibiarkan sahaja berjalan di gigi pantai....
            “Abah.....”      
“Ish mama ni..... abah tahulah.....”Pantas tangannya mengangkat Shufi dan mengeletek perlahan anak kecil itu yang semakin bulat dan comel.
            “Mama.... bes... jomla....” Aku hanya melambai-lambai sahaja kearah Shufi yang sedang memanggilku.
            “Ma... jom kita naik bot!”      
“Tak mahulah....”       
“Jomlah.... kita ke Tanjung Dawai, beli ikan masin lepastu kita balik ke sinilah.... seringgit je tambang.....”
            “Tak mahulah.... saya takut...” Dia ketawa kecil. Dah tahu aku takut naik bot-bot kecil macam tu, di suruhnya juga.
            “Kalau abah teringin sangat sangat, pergilah ngan Cupi, saya tunggu sini,”
            “Ish.... tak mahulah, nanti orang culik bini abang pulak....”
            “Siapalah nak culik dah tua-tua ni....”           
“Apa.... ulang sekali lagi.... dah tua?”Ish.... aku menampar perlahan bahunya. Ketawanya yang kuat membuatkan Shufi turut ketawa sama dan ia juga meng war warkan ria di hatiku.
           
“Arghhhhh...... kenangan......” Aku mengeluh lagi entah untuk kali yang ke berapa..... Langit yang tadinya cerah mula dilitupi awan dan titis-titis kecil mula terasa di wajahku.
            “Mama... mama.... hujan ni..... tok ma dan tok bah suruh panggil....”Shufi menarik tanganku dan pantas aku bangun, menutup kepalanya dengan separuh tudungku dan berlari-lari anak ke Charlie chalet di Pantai Cenang.
            “Cupi ikut tokma tau, nanti tokma bagi mandi,”       
“Mama nak buat apa kat sini?”                      
“Saja nak amik angin....”        
“Angin mana boleh ambik, kan kita tak nampak!” Kami ketawa kecil lalu Shufi membontoti neneknya ke chalet yang kami sewa.
            “Tokbah belikan ayam goreng tau!!!!”Kedengaran suara Shufi menjerit kearah ayahku yang sudah pun menghidupkan enjin kereta untuk membeli makanan tengahari.   Aku hanya senyum kecil dengan telatahnya lalu melunjurkan kaki di atas pangkin berbumbung yang disediakan oleh pihak pengurusan chalet berhadapan dengan laut, dan membelakangi chalet yang kami sewa. Pelancong-pelancong asing masih lagi mandi laut tanpa menghiraukan gerimis yang hadir. Cuti tiga hari yang diberikan kerajaan membuatkan kawasan Pantai Cenang dipenuhi orang ramai.
Aku masih tak berganjak. Ku sandarkan badan ke tiang pangkin dan memandang laut lepas. Ya Allah....... agungnya kuasamu.....
           
“Ma.... bangun ma.....”Mata, ku buka perlahan. Wajah suamiku yang berkerut-kerut membuatkan aku segera bangun dari katil. Ku perhatikan Shufi yang tidur disebelahku sekilas, lalu berjalan membuntuti suamiku ke ruang tamu rumah teres lot tepi empat bilik yang baru kami duduki tidak sampai sebulan.
            “Penatlah ma, tak boleh nafas.... urutkan....” Pantas aku mengambil minyak gamat panas lalu menggosok-gosok perlahan ke dada dan belakangnya. Seketika dia tersandar di sofa. Dengus nafasnya membuatkan aku gelisah.
            “Kita ke kecemasan abah, buh oksigen,”dia mengelengkan kepala.
            “Cupi tidur ma... kesian dia...”                      
“Tak apa, saya kejutkan, nanti bagi dia tidur dalam kereta,” dia mengelengkan kepala sekali lagi.
            “Dah ok dah....” Aku mengeluh lagi. Begitulah setiap kali aku mengesyorkan ke hospital. Asma yang dihidapi suamiku semakin teruk, lagipun menurut doktor, bukan asma biasa, tapi asma yang disebabkan dari jantung!
            “Ma, abah muntah darah.........” Ya Allah..... terlepas buku kedatangan murid dari tanganku lalu aku terduduk di kerusi di pejabat sekolah.
            “Kenapa ni?”Aku memandang kak Zizan, Penolong kanan HEM tempatku mengajar.
            “Kak... suami saya telefon, dia muntah darah,”        
“La... pas tu hang tunggu apa lagi... pi balik.... isi borang kuning, nanti kak Zan sain...”Aku mengangguk dan bergegas menurut arahannya. Tanpa menghiraukan panggilan pelajar-pelajar yang terserempak denganku, langkah ku atur laju ke kereta dan Kenari biru bergerak menuju ke Bandar Utama, Sungai Petani.
            “Abah....” Suamiku muncul dengan senyuman yang seolah dipaksa-paksa di balik pintu.
            “Macamana bang?” Aku tidak mampu menutup keresahan yang menyoroti wajahku. Sudahlah sepanjang 15 minit perjalanan balik tadi, air mataku tak henti-henti tumpah!
“Ok je.... cuma abang tak faham, kenapa perlu berdarah?”Lalu dia mengheret tanganku dan kami duduk di sofa.
“Abah tak payah kerjalah, rehat, nanti mama telefon Bang Yen, dia boleh ‘handle’, ok?” Suamiku hanya mengangguk perlahan.
            “Sakit tak bah?”Dia mengeleng, tapi aku pasti ianya hanya sekadar menyedapkan hatiku. Seketika suamiku batuk lagi, keras sangat bunyinya dan kali ini dia muntahkan darah lagi.
            “Abah makan ubat tak lagi pagi ni?”Dia mengelengkan kepala.
            “Ha... tulah.... ubat tak mau makan, pas tu batuk, penat, sakit dada....”
            “Yang....”Dia memeluk bahuku erat kemudian menolak daguku ke atas agar dia dapat memandang wajahku.
            “Ma... sayang jugak awak kat saya ya!”        
“Suami saya, kan... mestilah sayang....”Dia mencium dahiku perlahan. Aku tersentak. Kenapa romantik sangat hari ni? Bukan hari jadi aku pun.... nak kata ulang tahun perkahwinan pun bukan....           
“Ma...dengar sini sayang. Pandang saya.... “ Aku melangut kearah wajahnya yang agak serius.
“Awak ingatlah ma, walau apa pun terjadi, awaklah yang terbaik yang pernah terjadi dalam hidup saya, selepas mak saya.....” Entah mengapa, ada air yang mula bergenang di birai mata ku..... sebak yang tiba-tiba muncul mula menular ke urat nadiku......
            “Laaa.... tu yang abah malas nak romantik-romantik ni.... dah... malulah nangis tua-tua ni.... nasib baik anak kat tadika lagi....” dia menyapu air yang mula gugur ke pipiku dan pantas bangun, berpaling dan berlalu namun aku pasti ada air yang turut bergenang di matanya.
           
Nada dering lagu ‘Lonely’ bergetar dalam poket seluarku. Terbang segala memoir dibenakku.
            “Kak Ah, jangan lupa beli kain pario pastu periuk vision....”Suara adik bongsuku sedikit sebanyak menghilangkan duka di hati. Air mata yang turut bergenang tadi, ku seka pantas.  
            “Bagitau ma, lah.... telefon ma... dia ada ngan Cupi tadi,”
            “Ok... kak Ah ok tak?”          
“Ok je....” telefon di matikan. Pandangan, ku lontarkan lagi ke laut lepas. Seolah satu ketenangan meresap apabila lautan itu ku pandang. Ianya beralun penuh irama, kadang-kadang perlahan, kadang-kadang laju dan agak ganas..... ianya melambangkan hatiku saat ini.....
            Aku berjalan beberapa langkah ke arah pantai dan berhenti lalu berpeluk tubuh.
            Entahlah..... setiap kali kaki ini melangkah.... setiap kali mata ini memandang.... setiap kali bibir ini tersenyum...... setiap kali itulah denyut jantungku memanggil-manggil namanya.....
           
“Abah.... makan tau.... gula dalam badan abah rendah sangat,”Wajah pucat itu hanya mengangguk dan mulutnya menerima suapan moi dari tanganku.
            “ Doktor kata lepas ni abah masuk CCU, abah akan ok nanti, percayalah saya....” Walau aku cuba menahan air yang bergenang namun ia gugur jua. Sehebat mana pun kesabaran dan ketabahan yang ada pada diriku tak mampu jua ku selindungkan sepenuhnya dari dia. Aku nampak wajahnya yang memandang sayu ke wajahku. Aku tahu dia begitu menghargai segala usahaku selama ini. Aku tahu dia begitu sayangkan aku sebagaimana aku menyayanginya...
            “Abah rehat dulu, ingat Allah banyak-banyak,”dia hanya mampu mengangguk dan memejamkan matanya. Ya Tuhan..... janganlah kau ambil dia dariku..... aku masih belum puas menikmati kasih sayangnya.....
            Surah Yaasin ku capai dan aku mengalunkan ayat-ayat suci itu buat kesekian kalinya untuk dia. Jemariku menggenggam erat jemarinya dan genggaman itu di balas kejap. Aku tahu dia juga tidak mahu berpisah...
            “Abah..... kita kat CCU sekarang, abah dengar tak?” Hanya mata yang terbuka itu saja membalas kataku. Tangannya ku genggam seolah aku tak akan lepaskannya lagi namun di CCU, peraturannya tidak boleh menunggu pesakit.
            “Abah..... mama balik rumah dulu, sembahyang maghrib... lepas tu mama datang balik jaga abah ya....” Mata itu berbicara tanpa kata. Keluarga ku memenuhi ruang legar di luar bilik CCU. Tatkala aku dan anakku bersendirian seketika dengannya, ada genangan air di matanya yang tidak mampu ku tafsirkan. Ku genggamkan jemari anakku ke jemarinya.
            “Cium tangan abah sayang, cium pipi abah,”Shufi hanya menurut dan aku dapat lihat sayu di matanya, walaupun anak kesayangan kami itu tidak mengatakan apa-apa pada ketika itu. Shufi memandang abahnya kemudian memandangku... aku nampak matanya berkaca. Apakah anak sekecil itu sudah mampu mengerti?
            ‘Ciumlah abahmu ini sayang... selepas ini mungkin kau tak akan menemuinya lagi,’ mungkin itulah yang dirasai suamiku tatkala titis-titis kecil membasahi birai matanya.  
            “Mama balik kejap ya bah?” Matanya di pejamkan dan di buka semula seolah memberikan kebenaran kepadaku. Ya Allah.... hanya kau saja yang tahu betapa beratnya hatiku untuk meninggalkannya walhal sebelum ini aku tidak pernah meninggalkannya sendirian. Kau peliharalah dia Ya Allah...... hanya Engkau yang maha mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.....
            Tatkala salam pertama ku lafazkan selepas sembahyang maghrib, telefonku berbunyi, dan debar di dada.... ku rasakan seperti mahu pecah.
            “Puan, suami puan tenat, tolong cepat ya....” Aku, ayah dan anakku bergegas ke hospital yang cuma sepuluh minit perjalanan. Emak berjanji untuk menyusul kemudian.
            “Ya Allah... ya Allah....”
            “Puan, tunggu dalam bilik dulu.... nanti doktor datang,” Ya Allah.... ya Allah.......
            “Puan,” Seorang doktor lelaki berkopiah putih, lingkungan umurku duduk di sofa bilik menunggu berhadapan denganku.
            “Puan tahukan, jantung suami puan cuma 15 peratus saja yang berfungsi...  tadi selepas maghrib, dia tenat.... kami dah cuba buat apa yang patut.....”dia menarik nafas seketika.
            “Allah sayangkan dia puan..... saya sempat ajarkan dia mengucap tadi....” Aku cuma terpaku di situ, tiada tindak balas.
            “Puan faham tak ni.... suami puan dah tak ada, pukul 8.45 malam tadi....”Aku masih lagi diam, tidak bersuara.
            “Puan..... puan... faham tak ni....”Seketika, aku beristigfar, dan... air yang ku tahan itu gugur lagi..... lagi........
            “Ya Allah.... engkau telah pinjamkan tujuh tahun seorang lelaki bergelar suami kepadaku, dan engkau telah mengambilnya kembali hari ini.... aku redha ya Allah.... redha....” Wajah yang pucat dan kaku berusia 37 tahun itu ku cium penuh kasih untuk yang terakhir kali.....
           
“Mama!”Shufi berlarian kearahku. Emak dan ayahku mengekori dari belakang.
            “Jomlah makan... tok bah kata kita pergi makan kat kedailah, bagi mama bawak kereta, tok bah tak tahu sangat  jalan kat sini,”            
“Ye lah, mama tukar baju sekejap,” Aku berjalan ke arah chalet dan membiarkan emak dan ayahku mendengar celoteh cucu sulungnya yang sudah pun mengjangkau usia sembilan tahun.
            Aku menoleh kearah laut seketika. Ombaknya menghempas pantai tanpa henti.... tanpa jemu...... Ya Allah.... engkau tabahkanlah hatiku dalam meniti usia perjalanan hidupku walau tanpa dia......
            Al Fatihah untuk suamiku..... Mohd Shuib bin Man!

‘takkan pernah habis air mataku, bila ku ingat tentang dirimu,
            mungkin hanya kau yang tahu, mengapa sampai saat ini,
ku masih sendiri, adakah di sana,
kau rindu padaku, meski kita kini ada,
di dunia berbeza.... bila masih mungkin,
waktu berputar,  akan ku tunggu dirimu,
biarlah ku simpan, sampai nanti aku,
kan ada di sana, tenanglah dirimu,
dalam kedamaian, ingatlah cintaku,
kau tak terlihat lagi,
namun cintamu abadi......”                  --Mengenangmu-- ‘Kerispatih’
           
Kisah benar ini ku titip khas buat arwah suamiku.....
Bersemadilah sayang..... Tuhan lebih menyayangimu! 

MY MR DEEJAY!

Deejay????
Sebut deejay je mesti ingat radio, betul tak?
"Hello Mr DJ" eheheh
Tak adalah, sekarang ni kan pagi2 memang selalu bukak radio. Lepas je hantar Cupie sekolah, saya akan turn on radio kat keter. Sebelum hantar Cupie takleh bukak radio sebab nak bagi amanat2 penting kat budak tu, macam 'duit tu jangan bagi kat kawan pulak!' atau 'Nak makan jap gi, lipat tangan baju dulu, tak larat mama nak gonyoh,' atau 'kan dah lambat ni, Cupie tak apo lah, mama ni, lepas kul 7 gak memang jem lah, tak kesian ko mama ko sampai lambat kat sekolah nanti pengetua mama marah?' atau 'Tu lah, mama suruh check buku dulu, kan tertinggal dah pahtu buat muka, nak marah abih semua orang!'

Hahha... itu ayat2 yang biasa dan sinonim dengan mama n Cupie everyday nak gi sekolah. So, bila je hantar Cupie, selesai satu tugas dan untuk merempuh traffic jamp2 kat beberapa tempat sebelum sampai sekolah tu, maka saya pun turn on radiolah. Dulu saya suka dengar 'Suria fm' masa Shira dan Zizi dan Halim, rasa okay je, tak adalah bising dan memekakkan telinga. Biasalah kita tengah bersesak traffic jamp, dia orang pung bersesak pakat orang tu orang ni nak cakap dulu, so bingit! Bagi sayalah. So sejak Nabil ngan Kencana masuk, saya dah tukar ke THR Gegar atau Era... rasa tenang sikit! Sorilah bagi yang minat Nabil n Kenchana tu tapi memang saya tak boleh terima jenis lawak2 bodoh tu. Kadang2 kesian kat Halim, kena kontrol depa. Sinar fm pun saya  rasa bingit pagi-pagi dengar dia ornag bertekak!

Okay, ada satu deejay kat THR Gegar, lupa dah nama, tapi dia memang cakap kontrol macho abih. Keluar suara jantan... terutama bila dia buat mesej ngan iklan. Saya bukan nak cerita pasal dia tapi nak cerita pasal deejay yang memang saya kenal. Betul-betul kenal. Dia ni nak kata suara sedap tu, tak adalah sangat sebab ada lagi suara deejay yang lagi macho tapi bila mula2 dengar tu terus jatuh cinta....

Kenal ngan Deejay ni on-line jugak, chatting dan beremel. Biasalah zaman tengah-tengah muda trang tang tang masa tu. Bila dah lama berchatting, tepon menelepon pulaks. Masa tu dengar suara dia, mak oi... machonya... tang tu gak terjatuh cinta ngan suaranya.... Entahlah, nak kata sedap gila pun tak, nak kata suara garau macho jantan pun tak jugak, nak kata suara romantis mendayu-dayu pun tak jugak, entahlah... macam ada something dalam suaranya yang menyebabkan saya nak cakap lagi nak cakap lagi dan lagi... lagi... ehehheh... so saya fahamlah apalah yang menyebabkan pendengar2 gila kat deejay walau tak pernah jumpa tu kan! Macam lagu Zainal Abidin tu...
Headwind

Hanya Di Radio 

Hanya di radio ku mendengar suaramu
Setiap kata aku menghayatinya
Dengan rasa cinta di hati
Bila engkau baca puisi

Siapa engkau yang bersuara emas
Bolehkah aku merayu kepada mu
Biar hanya sekejap waktu
Agar tercurah perasaan ku

( korus 1 )
Hanya di radio
Ku rasa perhubungan cinta
Beginilah rasa mesranya
Walau tiada paras dan rupa

( korus 2 )
Hanya di radio
Aku bayangkan diri mu itu
Secantik-cantik manusia
Dan semolek-molek pekerti

Tetapi sayang hanyalah di radio
Bilakah dapat kita bertentang mata
Agar bisa ku memastikan
Bahawa kau belum berpunya


Saya memang suka lagu ni. Lagu ni juga yang dia nyanyi kat saya... pelikkan, patutnya sayalah yang nyanyi kat dia, hahha! Kemudian kami jumpa kat tunggu feri. Mula2 tengok tu... alamak... bukanlah teruk sangat tapi tidaklah seperti kehandsoman suaranya. Bila dia cakap... dengar suara... sahlah memang betul dia!

Alkisahnya kawan saya ni memang deejay. Free lance punyer deejay. Dia akan buat deejay kontrak sebab katanya kalau kontrak, mahal sikit. Bila perayaan memang dia sibuk, esp chinese new year, raya puasa, christmas, tahun baru sebab masa ni pasaraya buat sale so memang perlu deejay. Dia pulak memang jadi rebutanlah! Pastu kalau ada ocassion macam nak launch product baru ke, ada hari setiausaha ke, memang orang panggil dialah.... Tapi kan... memang rasa glamer je bila ada kawan deejay, lebih-lebih pulak kawan istimewa.... hahhahha.... suka! Sebab bila kita keluar makan ngan dia masa dia rehat ke... semua pandang... semua pakat cakap... girlfriend abang deejay tu! Seronok kan! Masa tu lah....

Saya teringat dia pernah cerita. Masa tu dia buat deejay kat pasaraya sempena nak rayalah... Ada sorang makcik ni... tiba-tiba je muncul depan dia. Yang seronoknya makcik ni boleh cakap, " La, ni ka yang dok bercakap tadi? Ingatkan lawa..." Keciknya hati kawan... boleh makcik tu cakap lagu tu kat dia! Ada pulak makcik yang siap datang sembang, bagi nombor telefon, siap nak buat menantu pun ada! Bila dia bercerita, seronok dengar.... dok lama lagi pun tak apa! Ahaks!

Tapi kan deejay sekarang ni tak macam deejay dulu2 betul tak? Tak dengar suara pun ornag boleh tunggu kemunculannya kat radio sampai tergila-gila pun ada. Sekarang ni, artis pakat tukar profesion jadi deejay! Tak tahulah nak cakap apa.... suara tak sedap pun boleh jadi deejay gak... biasalah masa berubah... kena ikut arus... kalau tak ambil depa kerja, sapa nak dengar channel radio depa kan!

Berbalik kepada abang deejay yang sangat2 saya kenal tu, orangnya tak adalah handsome, tapi manis tu adalah bila dia senyum. Bila marah, mak oi... ngan kita2 rasa macam dia nak telan. Tapi deejay memang pandai borak... pandai ayat... kalau tak.. tak adalah saya teringat-ingat kat dia kan! Sayangnya abang deejay saya tu dah tak ada, dah meninggal bulan 8 tahun 2008, seminggu sebelum umat Islam menyambut puasa dan dia adalah arwah SUAMI saya. Al-Fatihah untuknya!

Balik sekolah tadilah, dengar suara deejay THR Gegar tu, teringat masa dia buat deejay, lebih kurang tu lah juga suaranya. Bukan apa.... Rindu je sebenarnya! Bila rindu maka mulalah saya bercerita pasal dia... Masa dah kahwin dulu pun macam tulah... bila kat rumah tak ada nak cakap romantik2 ke apa ke... tapi bila dalam telefon, rasa cam best je... dengar suara dia pun rasa cam jatuh cinta untuk kesekian kalinya. Cakap dengan orang lain tak rasa macam tu. Dia tahu kelemahan saya, jadi kalau kami ada gaduh2, merajuk ke, dia akan telefon saya... kelakar kan? Kenangan semuanya indah! Entah macamanalah nak teruskan kehidupan ini kalau tak ada kenangan... Kadnag-kadang kenangan menguatkan semangat kita untuk terus berjuang dalam kehidupan ini!

Ni gambar saya ngan arwah DJ Joe ngan anak kami, Cupie!

SATU KEBETULAN

Suratan Atau Kebetulan 

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Lagu Kenny Remy Martin is one of my favourite song. Cerpen ni ter'inspire' dari lagu ni lah... lepas tu pulak masa buat cerita ni baru lepas tengok cerekarama. Masa tu rasanya pelakon dia Zizan Nin ngan Zul Huzaimy kot... saya suka jugak tengok lakonan dia orang. Pas tu saya teringat sorang kawan yang ala-ala kalut gitu masa sekolah dulu, pastu masa dah mula jadi cikgu jumpa pula ngan kawan2 yang vogue gitu. Yang kena pakai tudung, baju, beg tangan, kasut semuanya sedondon! Tang makmal komputer tu pulak sebab masa tu memang saya dok kat makmal je ngajar ICT kat Sungai Petani, ramai yang suruh print sijil masa tu. Biasalah, setiap cerita yang di ceritakan mesti ada peristiwa yang berlaku di sebaliknya, betul tak?

boleh tahan...

Jom kita baca cerpen ni. Sekadar untuk enjoy, seronok-seronok, apa salahnya kan? 

SATU KEBETULAN.......

Tiga bulan yang lalu...

            “Mung tahu dok, aku sakit ati gilo kat jate tu?” Wirda hanya mengangguk. Wajah Damia dihadapannya merah padam. Dia mengetap-ngetap bibir tanda terlalu geram.
            “Pas tu kau nak aku buat apa?” Damia bangun, mundar mandir dihadapan meja bilik guru makmal komputer.
            “Kito gi KL minggu depe, nok?”Wirda diam dan mindanya ligat berfikir.
            “Sempat ke? Cuti dua hari je....”
            “La... mung ni lah... kalu cuti sari pong aku sanggop... mung teme aku deh? Tulonglah... sekali ni jah.... aku nok gi genyeh jate tok guno tu....”
            “Ok, aku temankan kau je, tapi aku tak mau terlibat...” Damia angguk lantas mencapai telefon bimbit di dalam beg tangan warna merah hati. Wirda hanya memandang sahaja sahabat karibnya yang putih melepak dan pandai bergaya itu. Tak hairanlah kalau di sekolah tempat mereka mengajar, Damia dikenali sebagai mak datin muda!
            “Doh... semuo bereh... kito tido rumoh adik aku kat Bangi. Don’t worry about transport and cost, I will settle it, are you okay my dear?” Ucap Damia penuh bersemangat. Cikgu Bahasa Inggeris berasal dari Kelantan itu senyum sampai ke pipi.
            “Aku gi dulu deh, ado kelah,” Lenggok Damia yang berkebaya merah hati dari kain sari dan bertudung corak abstrak yang di pinkan di belakang kepala, di pandangnya hingga hilang dari pandangan. Dia melepaskan keluhan kecil.
            Apa salahnya sesekali dia menolong Damia? Sesiapa yang tidak mengenali Damia pasti menganggap dia sombong. Malahan pelajar memanggilnya dengan gelaran ‘Harimau Malaya versi pompuan’. Memang cara dan lagak dia begitu, apa boleh buat, yang pasti Wirda kenal hati budinya. Walaupun mulutnya memang tak pernah diinsuranskan, namun hatinya, Wirda tahu, sangat mulia!
            “Ida, buat mail merge jap kat aku, nak print sijil ni...”Dia mendongak. Baihaqi dihadapan hanya tersengih-sengih kecil.
            “Kau ni kalau tak menyusah kat aku satu hari, boleh tak?”
            “Aku nak manja ngan sapa lagi...”
            “Yerla.... yela... bak sini,” Baihaqi menghulurkan pen drive dan satu plastik berisi kertas sijil.
            “Ida.... kenenkan kat aku si Damia, leh?”
            “Hish..... nak mampos.... silap-silap putus persahabatan ngan aku. Kau bukan tak kenal Damia, garang!”Wirda bersuara selamba namun matanya melirik kearah Baihaqi yang mencuka. Dia mula ketawa di dalam hati.
            “Ye lah... aku tahu sapa aku ni.... Mia tu cantik, anak orang kaya....”
            “Tahu tak apa.....”Damia tu milik orang dah.....Wajah mencuka Baihaqi membuatkan suasana di dalam bilik guru makmal komputer sepi.  Yang kedengaran hanya bunyi mesin pencetak.
************************************************************************
            “Mana?”
            “Tu......” Muncung Damia panjang kearah  dua orang lelaki yang sedang membelakangkan kami.
            “Sure ke ni?”
            “La... aku sure hundred percent!”
            “Kawan-kawan dia kot... bukan dia sorang...”
            “Aku peduli apo?”
            “Abih, kau nak buat pe?”
            “Aku nok belasoh bagi dio tinggal besar lidi. Mung napok dok betino gatal tepi dio tuh? Muko mace ‘Angelina Jolie’ konon.... bibir besar sajo... hitam legam.... aku ni tok lawa ko? Tok solid ko?” Damia memuncungkan bibir kearah dirinya sendiri sambil jari tangannya juga menuding kearah dirinya sendiri. Wirda hanya mengangguk-ngangguk mengiakan.
            “Wait....  Astagfirullahal azim....” Damia mengurut-ngurut dadanya perlahan lalu berjalan mengambil tempat selang dua kerusi dari kumpulan sasarannya, berhadapan tasik.
            “Ida... munglah saing aku dunio akhirat.... jom serang....” Mereka bangun dan berjalan pantas penuh gelora kearah sasaran yang sedang duduk bertiga di atas rumput sambil menikmati pizza.
            “ Assalamualaikum!” Tiga wajah memandang kearah mereka. Wirda tersentak! Dia rasa pernah lihat dua orang lelaki dihadapannya. Wajahnya yang kehairanan itu dilirikkan kearah Damia namun sahabat merangkap rakan serumahnya itu tidak membalas dengan sebarang reaksi pun.
            “Damia? Apa Mia buat kat sini?” Sedikit gugup, lelaki berkacamata hitam dengan rambut yang terpacak dan berkumis tipis menegur Damia.
            “Buat bodoh je....” Nada suara geram jelas kedengaran.
            “Buk” Satu tumbukan padu hinggap di hujung bibir lelaki itu. Semua yang memandang sepi tak terkata. Rakan lelaki itu cuba menahan namun Wirda pantas memberikan terjahan karate dari tangan kanannya tepat ke pipi kiri. Kedua orang lelaki itu jatuh terduduk.
            “Zarul..... nak main-main ngan orang lain, boleh.... but with me.... no way! Putus tunang! Stop!”
            “Mia..... ini adik abang, yang pernah abang ceritakan dulu... yang lari dari rumah lima tahun lepas tu.... tak caya tengok IC dia!” Damia diam. Wirda juga diam terpaku disitu. Tanpa berlengah, Damia menarik tangan Wirda dan mereka berlalu pantas. Wajah mereka merah padam! Seketika, Wirda teringat di mana dia pernah melihat kedua lelaki itu. Di slot cerekarama tv3!

Dua bulan yang lalu.....

            Wirda berjalan perlahan-lahan mencari buku rujukan di sebalik rak. Dia mengambil tangga tiga tingkat dan memanjatnya berhati-hati. Tangannya mengambil sebuah buku dari rak paling atas, membeleknya seketika kemudian meletaknya kembali. Dia turun dari tangga, membawa tangga ke rak sebelah dan mula memanjatnya kembali.
Matanya melilau ke sana ke mari. Dia mengeleng-ngelengkan kepala. Susahnya nak mencari buku rujukan untuk tesis Master nya!
            Dia memandang sekeliling. Ruang di tingkat dua perpustakaan awam agak lengang. Pukul 3 petang, bukan hari minggu, pasti saja lengang. Biasanya pelajar-pelajar sekolah yang selalu mengunjungi perpustakaan awam. Kalau hari minggu pasti saja sesak.
            Wirda memanjat lagi tangga tiga tingkat untuk cubaan terakhir. Selepas ini kalau dia masih tidak menemui buku yang dihajati, dia akan balik. Tidur!
            “Yes!” Jari tangan kanan digenggam dan tangan kiri memegang buku. Badannya tidak seimbang lalu dia tergelincir dari tangga. Ada tangan menggapai bahunya dan mereka jatuh terduduk dengan kaki Wirda masih lagi terlekat di anak tangga pertama.
            “Aduh!” Ada tangan yang mengangkat kakinya dari anak tangga dan membantunya berdiri. Mujurlah dia pakai seluar panjang, kalau pakai baju kurung atau skirt, mampus... malu satu dunia... dibuatnya ada orang ambil gambar masuk youtube, pasti dia dah letak jawatan sebagai guru!
            “Terima kasih Encik!” Wirda tak sanggup memandang lelaki dihadapannya, dia malu sangat! Tu lah.... teruja sangat jumpa buku, pastu cuai!
            “Cik ok ke?” Wirda melangut sambil mengangguk perlahan dua tiga kali. Matanya tertancap kearah pipi kiri lelaki itu yang lebam kebiruan. Matanya merayap ke arah mata, hidung dan mulut. Dia ni?
            “Kita pernah jumpa kan?” Alamak! Macam mana nak buat ni? Mana nak letak muka ni?    
            “Sori.... hari tu saya tak sempat nak minta maaf... sebab saya karate awak!” Wajah itu sedikit berkerut kemudian tergelak kecil.
            “Awaklah yang bersama dengan Mia..... tak pe, sikit je, tapi awak terrorlah!” Wirda berpaling dan berlalu pantas.
            “Tunggu dulu!” Wirda memperlahankan langkahnya yang terhenjut-henjut, bila mendengar bunyi ‘syy’ dari pustakawan di kaunter. Dia menoleh kearah lelaki itu yang sudah pun dikerumuni beberapa orang gadis, meminta autograf! Dia nampak kepala lelaki itu yang tertoleh-toleh kearahnya. Dia ni lah yang gadis-gadis mimpi siang dan malam, termasuk dirinya!
           
            “Aku keno kursus komputer duo minggu kat Langkawi,”
            “So?” Damia memandang Wirda yang sedang khusyuk menaip rancangan pengajaran harian di laptop nya.
            “Masalohnya, aku nok gi jupo tune aku kat KL, nok gi beli bare hantaran kawen kami....”
            “Pastu kau nak suruh aku ganti tempat kau?”
            “Kalu mung nok...tulonglah aku kali ni...”
            “Nak... nak... tapi gantikan tempat kau, pegi KL, beli barang hantaran ngan tunang kau!”
            “Wei... mana boleh!” Mereka gelak kecil.
            “Ida, please don’t tell anybody about my fiance... please.... I’m afraid if  press will find me.... we want a privacy,
            “Yelah... yelah... aku pun tak mau karate orang lagi dah....” Mereka ketawa lagi. Damia bangun dari katil dan berlalu ke biliknya apabila telefon bimbitnya berdering. Lenggok gadis berkulit putih gebu berseluar pendek paras lutut itu hanya dipandang bersahaja. Macam manalah Minah Kelate ni buleh mengorat antara pelakon paling top kat Malaysia ni?
            Wirda bangun dari berteleku di hadapan laptop. Menutup suis di dinding dan membuka pintu bilik. Dia berjalan capek-capek kearah halaman rumah teres yang di sewa berdua dengan Damia. Kakinya yang terseliuh masih terasa bisa tatkala membuat pergerakan yang agak lasak. Dah dua kali mengurut dengan Bidan Limah, emak kepada pelajarnya pun masih lagi terasa bisanya.
Niat dihatinya ingin menggembur tanah beberapa buah pasu bunga di halaman. Pertama sekali dia perlu menyiram pokok dahulu lalu diambilnya getah paip dan memulas kepala paip. Kenapa air tak keluar? Dia mencapai hujung getah paip dan cuba menguis tanah yang melekat. Ketika itulah kedengaran bunyi hon kereta. Dia terkejut dan tertarik getah paip. Tak semena, air yang tidak keluar tadi menyimbah laju kearah wajah dan membasahi sehingga ke baju t shirt yang dipakainya.
            “Tumpang tanya.... rumah Cik.....” Wirda memandang wajah yang muncul di sebalik pintu pagar. Dia lagi? Ya Allah, mana nak letak muka ni? Wirda menutup paip air dan berjalan pantas masuk ke dalam rumah dengan baju dan wajah yang basah lencun. Dia berselisih dengan Damia di muka pintu.
            “Bakpo ni Ida?” Wirda berlalu ke bilik air tanpa membalas pertanyaan.
            “Rizan, tadi baru Zarul tepon bagitau kau ada shooting kat sini, kau dah muncul......”
            “Kenapa dengan kawan kau tu?”
            “Oo.. Wirda... terkejut kot.... !”

Sebulan yang lalu…

            Wirda berjalan pantas. Jam di pergelangan tangan di toleh beberapa kali.
            “Mampus!” Sesekali dia berlari-lari anak.
            “Masa ni lah kereta  nak rosak pun!” Arghh...
            Dia menahan teksi namun sia-sia kerana sudah ada penghuni lain.
            “Bai... kau kat mana, kau kena tolong aku... hello... isk!” telefon bimbit di pandang sepi. Skrin masih gelap walaupun di tekan beberapa punat. Bateri kong!
            Dia menoleh kearah jam di tangan sekali lagi. Dia melepaskan keluhan berat lalu duduk di batas simen pokok bunga di tepi jalan raya. Dia meraup wajahnya.
            Beg tangan di buka. Dia mengeluh lagi. Keluhan yang lebih berat dari tadi.
            “Apalah... malang nasibku. Nasib baik teksi tak berhenti tadi.... kalau tak.. entah-entah kena kawen ngan drebar teksi sebab takleh bayar tambang...”
            Dia memikirkan sesuatu namun masih buntu!
            Sebuah Toyota Altis warna perak berhenti betl-betul di hadapannya. Dia hanya memandang sahaja tanpa reaksi.
            Cermin tingkap terbuka perlahan-lahan.
            “Cik Wirda?” Ya Allah! Dia ni lagi? Wirda bingkas, menutup sebelah wajahnya dengan beg tangan dan berjalan pantas. Beberapa titis air membasahi tudungnya, kemudian ia terus membasahi wajahnya, bahunya........ hujan mulai lebat.
            “Cik Wirda nak kemana, saya hantarkan, hujan lebat ni,” Wirda memandang kearah kereta yang sudah pun menghampirinya.
            “Basah habis dah ni cik Wirda, jom!” Tanpa berfikir panjang lagi, Wirda masuk ke dalam kereta yang pintunya sudah sedia terbuka!           
************************************************************************
Hari ini........

            Wirda  diam. Wajah ibunya di pandang. Wajah-wajah dihadapannya di pandang satu per satu lalu dia tunduk kembali.
            “Ibu belah lelaki bolehlah sarung cincin sekarang,” Wirda senyum lalu menghulurkan tangannya. Dia tidak pasti dia ikhlas atau tidak tapi dia menurut sahaja. Baik bagi ibu dan ayahnya, baiklah bagi dia.
            Kedua belah pipinya dicium oleh bakal ibu mertuanya. Dia menyalami dan mencium tangan bakal ibu mertuanya diikuti dengan bakal kakak iparnya, kemudian mencium dan memeluk ibunya.
            Minggu lepas dia mendapat berita yang dia dirisik dan kemudian ibu memintanya balik untuk melangsungkan pertunangan. Sebagai anak yang patuh dia mengikut sahaja walaupun dia pasti dia tidak ikhlas sepenuhnya.
            “Kita bergambar lah.... ajak anak teruna naik....”
            “La... masa bertunang, bukan ke anak teruna tak boleh datang?”
            “Ish, zaman sekarang tak pa... jangan menyalahi hukum syarak dahlah...” Terdengar gelak-gelak  kecil tetamu yang hadir. Dia bangun diikuti oleh bakal ibu mertua dan ibunya sendiri
            Jantung Wirda berdegup kencang. Inilah kali pertama dia akan memandang bakal suaminya. Dia berdoa di dalam hati tanpa disedari.
            “Assalamualaikum!” Wirda mendongak.
            “Ya Allah.... my hero... Rizan?” Dia teringatkan cerekarama yang ditontonnya minggu lepas. Lelaki dihadapannya inilah yang melafazkan cinta kepada si gadis di pinggir sungai, dan pada malamnya dia mimpikan lelaki itu di dalam tidurnya! Lelaki yang sering ditemui tanpa dirancang, dan sering ditemui dalam keadaan yang tidak berapa best!
 Matanya terasa berpinar dan Wirda rebah di atas karpet biru muda yang baru di beli ibunya di pekan semalam. Mata Wirda sempat melihat cemas di wajah bakal suaminya dan suara-suara kelam kabut.......
            Semuanya kebetulan atau sudah ditakdirkan?
            “Eeee... seronoknya...... Damia aku tak sabar nak cerita kat kau!” Senyum mereka bersatu tatkala Wirda  membuka kelopak  matanya.