Waris warah a.k.a saudara mara!

Camana tajuk entry kali ni? Lari sket ya dari yang biasa-biasa....
Mmmm... sebenarnya cuti sekolah yg dah nak abih esok ni, saya dan famili menyibukkan diri ke sana ke mari untuk kenduri warah warah kami.

Awal cuti saya ke Sungai Petani. Anak saudara arwah suami kahwin. Dua pasang sekaligus. Adik dan kakak. Meriah jugaklah sebab saya pon dah lama tak ke sana kan... Adalah dalam 3 tahun cam tu. Bukan tak mahu ke sana tapi waktu dan kerja membataskan. Kali ini camana2 pong saya pi jugak. Kali ni siap drive sendiri... caya tak makcik Tihah drive sorang-sorang dari Kota Bharu ke Sungai Petani without berhenti kat mana-mana? hahahhah... gelak perasan hebat! Actually saya ke sana dengan bonda, adik bongsu dan of course Cupie. Sebenarnya, kakak ipar saya, kak Mun, dia sakit teruk jugaklah, almost 15 years dia suffer kidney failure n almost 15 years jugak dia bergantung pada hemodialisis machine. Tapi saya memang tabik springgg toing toing kat kak Mun sebab dia seorang yang sangat tabah, sangat-sangat tabah... Dia jugalah inspirasi saya meneruskan kehidupan selepas arwah suami saya meninggal. Kedukaan saya hanya secebis saja dari apa yang dia alami! Saya rasa, saya tak pernah lagi jumpa orang yang setabah dia, sekuat dia, secekal semangat dia.... betul!
Ini my sis in law, kak Mun!
dua pasang pengantin. Siblings.. baju oren, kakak, baju putih, adik!
Maksu dia enterprem
(Anak-anak penakan abang dah besar... kalaulah abang ada...)
Anak-anak saudaraku.. dan cucu-cucu saudara... (rasa cam tua sangat bila diaorang panggil TOKSU!)
Serba sedikit gambar yg sempat dirakam. Biasalah, kalau gambar yang tak masuk si Cupie, maksudnya, dialah photographernya... aduh... amaturlah katakan....

Kami sewa hotel Wifi, dok dua malam. Ma ngan adik saya cuma pi kenduri jer so masa akad nikah semua dia orang tak ada. Pastu kami pi tanjung dawai...
Kereta bau ikan masin n belacangggg... fuyyoo...
adikku melaram dengan ikan masinggggg....
Balik jer dari Sungai petani, rehat sehari, sediakan pula untuk my cousin Irah, yg kenduri pada hari Khamis. Waduh, letih bangat tapi enjoy jer... bagi saya kalau boleh masak tu kira satu 'terapi' jugaklah... hahahha tapi lepas siap semuanya, terus terbungkam... letih sangatlah kot!

Sebenarnya, bila kenduri ni, seronok... yerlah, boleh jumpa saudara mara... seriusly, masa ni lah boleh tahu tentang perkembangan masing-masing, boleh gurau2 senda... letih memang letih tapi seronok sebenarnya....

My cousin Irah... selamat pengantin baru!

trifle special buat makan-makan
trifle makan beradap
tat buah untuk hantaran n juga makan-makan
makan beradap yang simple but nice ajerr...


Hantaran yang bonda design kan...
Seronokkan kenduri.... ini ada beberapa foto diriku, dirimu dan waris warah terdekatku... ehehhe
bersama cousinku kak da dan mak su da

Cousin2ku kak da, kak ya n my aunt, Che Na, adik pompuan bongsu abah!
Inilah namanya kehidupan! Kehidupan bersama orang-orang sekeliling yang ada kaitan dengan kita. Jalinan hubungan kekeluargaan ini tak akan putus... Insyaallah...

Lavender Dari Rochester dalam Berita Harian!

Hihihi... rasa cam artis jer.... hahahha...

Tak adalah, cuma nasib baik jer dia pilih novel saya kan untuk buat review dalam ruangan sastera di berita harian. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Saya harap ramailah yang beli novel saya nanti yer!

Actuallynya dah lama dah ni, dua minggu lepas tapi saya memang sibuk sangat, takl sempat nak update.

Kebetulan gambar tu je yang ada masa tu... hihihi
TERIMA KASIH SEMUA DI ATAS SOKONGAN KEPADA SAYA SELAMA INI!
Ini gambar Cupie yang amik so kena letak juga... anak mamalah katakan...