TELUR BUNGKUS DAN GULAI UDANG DAN MAJLIS KHATAM QURAN SERTA AGIHAN ZAKAT

Resepi ni actuallynya buat tiga hari lepas tapi sebab sibuk dengan urusan khatam Quran dan pengagihan zakat kat sekolah jadi tertundalah ni...
Brosur yg di buat dengan kalut-kalut... eheheh
Okay nak cerita sikit. Sekolah saya mengajar ni memang kebanyakan pelajarnya terdiri dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kalau yang senang sikit pun, anak-anak pegawai kerajaan dan pengusaha batik atau kontraktor. Maka ramai jugaklah yang dapat zakat ni. Seronoknya bila tengok wajah-wajah mereka yang senyum je bila dapat sampul angpau tu. Ye lah sekurang-kurangnya dapat meringankan walaupun sedikit beban. Jangan beli mercun sudahlah....

Okay berbalik kepada gulai udang versi kelantan.... simple jer.... kalau nak cerita sejarah gulai udang ni banyak jugak tapi biasalah saya cerita jugak sikit. Gulai kuning lengkuas ni memang sinonim dengan orang Kelantan. Kalau nasi berlauk pagi tu, lauk utama ialah gulai kuning ikan tongkol dan gulai ayam. Kalau lauk nasi dagang, biasanya kat Kelantan akan ada juga gulai udang. Cara masak macam masak gulai kuning ikan tongkol tapi senang lagi... betulll tak tipulah....

Kalau buat gulai lemak kuning lengkuas ni tak kiralah udang ke, ketam ke, ikan ke saya akan teringatkan adik lelaki saya sebab budak tu memang suka sangat dengan gulai ni, esp ketam! Ingat dulu, arwah suami selalu je jealous sebab bila adik lelaki saya nak datang rumah, walau macam mana pun saya mesti cari ketam! Hehehhe, suami saya pong suka juga gulai ni terutamanya ikan tongkol! Dia memang tak cakap dia suka ataupun sedap kalau saya masak, tapi dari raut wajah dan excitednya dia makan siap bertambah-tambah lagi tu, saya rasa seronok dan bahagia! Walaupun keseronokan tu sekejap je tapi ianya akan kekal dalam memori saya, Insyaallah selamanya. Sebab kata orang setiap kenangan manis akan sentiasa terpahat di jiwa!

GULAI UDANG DENGAN TIMUN

1/2 kg udang sederhana (udang harimau atau udang galah lagi best, tapi mahallah!) *pastikan segar!
5 biji bawang merah kecil
1 inci lengkuas
1 ulas bawang putih
7-10 cili kering
sedikit kunyit hidup / serbuk kunyit
semangkuk santan pekat
3 keping asam keping (secukupnya)
garam dan gula secukupnya
timun batang di belah dua dan kerat sepanjang seinci setengah
3 biji cili hijau*

CARA MEMBUATNYA:
1. Kisar bawnag merah, cili kering, lengkuas, kunyit dengan secawan air.
2. Masukkan santan,  dan bahan kisar ke dalam periuk (jika pekat tambahkan air). Kacau selalu hingga nampak berasap (panas) jangan sampai mendidih.
3. Masukkan timun dan cili hijau (jangan potong)
4. Bila mendidih dan timun masak, masukkan udang.
5. Perasakan dengan asam keping, garam dan gula secukupnya.
Bila panas, masukkan timun

Bila mendidih dan timun masak, masukkan udang

Kacau agar santan tidak berketul

Siap, dalam tak sampai pong 10 minit


TELUR BUNGKUS

1/4 mangkuk Isi ayam di dadu
1/4 mangkuk isi udang di dadu
1/4 isi sotong di dadu
1/2 biji bawnag besar Cina di dadu
cili merah di dadu
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh sos tomato
1 sudu besar sos cili
garam dan gula
3 ulas bawnag putih di cincang
sedikkit minyak
* Jika suka boleh masukkan sayur campur atau bunga kobis dan sawi yang didadu kecil. yang ni saya tak buh sebab si Cupie tak makan!

CARA MEMBUATNYA
1. Untuk intinya. Panaskan minyak dalam 2-3 sudu je. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan semua bahan yang lain. Perasakan. Angkat dan ketepikan.



2. Pecahkan 3 biji telur. Masukkan sedikit garam dan pukul hingga sebati.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Lenggang-lenggangkan kuali biar minyak terkena serata bahagian. Tunggu hingga kuali betul-betul panas dna berasap. Tuangkan lebihan minyak agar minyak tidak bertakung di dasar kuali.
4. Kecilkan api ke paling minima. Curahkan telur dan lenggang-lenggangkan ke serata bahagian dalam kuali.
5. Masukkan inti dan lipat telur seperti melipat murtabak.
6. Tutupkan api. Ambil pinggan lekapkan ke atas telur tadi dan terbalikkan kuali agar telur senang dan cantik terletak di atas pinggan



Dah siap.... taraaaa....
Masa bukak puasa tu berebut Cupie dan Tok Bah.... seronokkan bila orang suka amkan masakan kita kan??? Cubalah!

LAKSA KEDAH VERSI MAMACUPIE!

Urppp... Alhamdulillah! Makan lagi....
Baru jer abihkan laksa kedah semalam punyer... fuh... lama tak makan... tahap teringin tu akhirnya membuahkan hasil air tanganku dan dapatlah berkongsi dengan sedara mara dan beberapa sahabatku! Alhamdulillah...

Dulu... ini cerita dululah... b4 kahwin dulu, tau makan jer tu pong beli kat kedai, laksa Penang. Sebab tak pernah jumpa yang sedap so laksa kat Cabang 4 Cherang (gerai nasi kerabu dan kuih muih pada waktu petang, ada juga jual laksa, laksam dan mee talam yg dah dibungkus siap) tu abih sedap dah lah bagi saya. Hahaha... then... jumpa ngan sorang mamat ni, bercinta, bertunang dan kahwin. So, dia orang kedah, mak dia selalu masak laksa. Kakak dia pong pakar masak laksa so saya pong jadi tersuka dengan laksa ni... Mula2 tu rasa cam payah bebenarlah nak masak laksa ni. Masa dok Perlis dulu, kalau sekolah buat jamuan laksa, saya tukang rebus telur jerlah, kalau tak pong, tukang bawak timun ngan ulam2 ulaman lain... hahhaha terukkan!

Nak dijadikan cerita, selepas 5 tahun kahwin, kami pindah ke Sungai Petani. Kat sini, semua sedara mara suami ada dan bila orang cakap pasal laksa, suami saya akn kata "Maksu bukan pandai pong masak laksa, dia tau makan je..." (Maksu tu panggilan sedara mara kat saya sebab suami saya bongsu, dipanggil Pak Su) Waduh... ayat-ayat cinta tu memang pedih rasanya maka saya pong belajar masak kuah laksa ngan kakak ipar. First time buat.... menjadi beb! Pak Su tambah dua kali..... hahahha maka selepas itu selalu jugaklah saya buat sebab anakanda pong suka gak walaupun budak tu makan ngan tangan! Hahaha.... namun itu semua tinggal memori.... dan sekarang... saya dah jarang masak laksa..... dah tak ada orang nak tambah dua tiga kali!!! Anakanda pong setakat makan sekali tu jerlah... tak ada dah berlumba-lumba makan macam ngan masa abah dia ada dulu!!! Kenangan... kenangan selalu buat saya sedih.... tak tahulah kenapa.... TAPIIIII....
kelmarin.... entah kenapa, saya rasa nak makan laksa kedah dan bila saya cakap dengan ma, dia pong terfikir gitu gaks... terutama bila tengok ikan segar bugar mata hijau bergetah tu kat gerai pakcik depan Taman Sari (menimbun ikan-ikan dia, ambil dari Tok Bali)... maka terbelilah 1kg ikan selayang, 1 kg ikan mata uji rashid, dan 1/2 kg ikan selar kuning!

Banyak dah saya melalut lalut tu... biasaklah... time banyak idea tu... time takdak idea tu langsung tak bukak blog! Jom.... roll on resipi laksa kedah yang termudahsssss in the world!

LAKSA KEDAH VERSI MAMACUPIE!

1 bungkus laksa kering.

KUAH
1/2 kg ikan selayang @ ikan mata uji rasid @ ikan tamban @ ikan termenung dan apa-apa ikan yang banyak isinya. (Saya syorkan ikan selayang, isi dia manis)
5 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan (belah empat)
asam keping secukupnya
sedikit cuka
garam
gula
1/3 cawan isi udang segar
4 biji bawang besar india (merah)
1 ulas bawang putih
5-10 biji cili kering
1 inci belacan (jika suka)

BAHAN HIASAN
4 biji telur di rebus masak
2 hiris nenas potong dadu
1 biji bawang besar Cina (putih) hiris bulat nipis
1 biji cili merah dihiris serong
4-5 biji cili padi (jika suka)
3 tangkai daun salad
1 biji timun
2 biji limau kasturi
kicap manis (jika suka)

CARA MEMBUATNYA
1. Bersihkan ikan, masukkan ke dalam periuk dengan sedikit cuka, 3 keping asam keping (atau secukup masam), garam dan sedikit perasa (jika suka). Didihkan hingga ikan masak. Bila sedikit sejuk, asingkan isi dan tulangnya.
2. Kisar isi ikan separa hancur dengan 2 cawan air.
3. Kisar tulang ikan dengan secawan air dan kemudian tapiskan ke dalam periuk.
4. Bawang, isi udang, cili kering dan belacan dikisar dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam periuk bersama ikan tadi.
5. Masukkan lebihan air rebusan ikan bersama asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Didihkan. Rasakan masam, masin dan manisnya. Renehkan dengan api kecil lebih kurang setengah jam untuk rasa kuah yang menyeluruh. Kacau sesekali agar tidak hangit.


Inilah rupanya kuah laksa yang dah masak

Laksa

Bahan tambahan bagi menyedapkan laksa kita!

Mula-mula, sendukkan kuah sesuka hati kita

Masukkan laksa juga sesuka hati kita

Masukkan sayur mayur seperti salad, timun dan hirisan bawang

Masukkan nenas dan telur rebus (saya suka nenas yang banyak)
Perahkan jus limau kasturi



Gaul rata dan ngappppp!

La... dah abih??? Tak tinggal sikit pong kuahnya???? ehheheh jangan mare yer!




My next novel "LAVENDER DARI ROCHESTER"

Asyik masak jer kan!
Rasanya blog penulis novel yang lain tak banyak yang masak, mesti cerita terbaru tentang novel dan bla...bla...bla...

Tak adalah, sebenarnya, malam ni nak kongsi sikit. Ni utk kawan2 yang tak sabar nak baca novel baru saya (ada ke?) eheheh biarlah perasan sendiri pong tak apa... kik kik kik....

Kisah ni sebenarnya kisah biasa saja (walaupun ada nak masuk era2 sinetron Indon sikit) tapi Insyaallah saya gabungkan elemen lawak2 sikit esp, watak 'Zakir', ada unsur suspen sikit, unsur 'cinta & kasih sayang' of course mesti ada, pahtu kisah kekeluargaan dan kebangkitan dari kedukaan masa lalu... cam tu lah kononnya....

Di sini saya letak sikit bab 1, eh bukan bab 1, proloq... eh bukan jugak... apa ya orang panggil, mukaddimah kot... ehehhe....

Sikit je tau.... nanti basi pulak kalu letak banyak-banyak...

Saya letak kisah watak utama.... harap-harap kawan suka ya....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LUTFIYAH
               
Lutfiyah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia bangun dari meja bacaan dan berjalan ke katil. Punggungnya direbahkan ke atas tilam empuk jenama ‘Dunlopillo’. Dia kemudiannya, menjatuhkan belakang badan dan kepalanya ke atas tilam itu.
                Sudah seminggu dia begini. Masih belum menemui jalan penyelesaiaannya. Perlukah dia menuruti segala yang telah diamanatkan? Perlukah dia mencari sesuatu yang tidak tahu hujung pangkalnya? Perlukah dia mengikut gerak hati Babanya yang hanya diceritakan sekali itu sahaja? Arghhhh..... bagaimana dengan kuliah Ijazah Lanjutan yang sedang diikutinya? Perlukah dia meninggalkan semua itu demi sebuah jawapan dan sebuah hubungan yang entah masih wujud atau...?
                “Nong  Puteri....” Wajah ibu Sumaiyah muncul di balik pintu. Wajah yang sudah mempunyai kedutan di bawah kelopak mata serta di dahi itu hanya senyum kecil dan berpeluk tubuh.
                “Nong, nggak mau sarapan?” Lutfiyah senyum hambar. Dia menoleh kearah jam di dinding yang sudah pun menunjukkan ke angka 8.50 minit pagi.
                “Sekejap lagi saya turun bu,” Ibu Sumaiyah berjalan menghampirinya. Dia mengelus perlahan rambut Lutfiyah yang cuma separas bahu itu lalu mengucup ubun-ubun yang sudah keras, bukan seperti dua puluh enam tahun dulu, masih lembut dan belum ditumbuhi rambut sepenuhnya. Begitulah yang selalu dilakukannya bagi menzahirkan kasih sayang. Lutfiyah tahu, ibu Sumaiyahlah yang menjaganya sejak kecil dan bila saja dia mula mengenal dunia... dunianya ialah ibu Sumaiyah dan baba yang sebenarnya, sangat jarang berada bersamanya.
                “Masak apa hari ni bu?” Ibu Sumaiyah senyum lagi dan mengambil tempat berhadapan dengan Lutfiyah yang kelihatan sedikit sugul.
                “Fettucini goreng, ibu letak isi ayam, banyak....”Begitu bersemangat ibu Sumaiyah menerangkan bagi memancing selera anak gadis itu.
                “Sekejap lagi lah bu. Mmmm... auntie Lira dah keluar?” Mendengar saja nama auntie Lira, senyuman ibu Sumaiyah sedikit kendur, lalu dia mengangguk perlahan.
                “Dah... dari tadi. Nanti Puteri turun ya?” Lutfiyah mengangguk lagi dan hanya memandang lenggok ibu Sumaiyah, keluar dari biliknya.
Ibu Sumaiyah, seorang wanita tabah yang kematian  suaminya akibat patukan ular tedung di kebun mereka di Jawa Tengah, lebih kurang dua puluh enam tahun yang lalu. Sejak itu dialah yang mengasuh Lutfiyah dan menjaga makan minum Lutfiyah dan babanya di kota besar Kuala Lumpur. Lima belas tahun lepas, selepas saja baba berkahwin dengan auntie Lira, mereka berpindah ke Australia, kemudian mereka berpindah lagi ke Filipina atas urusan kerja baba. Baru saja lima tahun yang lepas, baba meluaskan perniagaannya,  membeli rumah dan beberapa aset  di pekan Rochester, hingga sekarang. 
Sudah lama baba ke Madinah, atas urusan kerja penghantaran barangan dengan syarikat perkapalan yang di kongsi dengan sahabatnya, uncle Sameer Khan. Seminggu yang lepas baba menelefon dari Madinah, menyuruhnya pulang ke Malaysia? Tapi mengapa? Sudah dua bulan dia tidak bertemu baba. Dia rindu, sangat rindu. Dia dapat merasakan diantara mereka sudah mula mempunyai jurang. Walaupun selama ini baba sibuk, walaupun baba sudah mempunyai auntie Lira, namun kasih baba tetap seperti dulu, dia pasti baba betul-betul sayangkannya, walaupun jarang meluangkan masa untuknya.
Auntie Lira? Entahlah, dia pun tidak faham dengan sikap ibu tirinya yang cuma berbeza lima belas tahun dari usianya. Kadang dia baik, peramah, sering bertanya khabar tentang kuliah... namun kadang-kadang dia cuma menyepi... bila di tanya dia cuma senyum, kemudian keluar, entah ke mana. Dengan ibu Sumaiyah, langsung tidak bertegur sapa, hanya mengangguk dan mengeleng saja. Hendak dikatakan auntie Lira ibu tiri yang tidak baik, tidak juga. Dia baik, penyayang... tapi mungkin kerana dia masih muda, tidak mempunyai anak, jadi dia kurang memahami Lutfiyah. Cuma apa yang Lutfiyah perasan, auntie Lira dengan baba seolah mempunyai masalah. Tidak bergelak ketawa seperti kebiasaannya, tidak bergurau senda seperti dulu lagi... dan... dia pasti yang auntie Lira dengan baba sudah tidak tidur sebilik! Apa yang dia pasti lagi, kali ini auntie Lira tidak mengikut baba ke luar negara atas urusan kerja seperti kebiasaannya. Kenapa? Entahlah, namun hati tetap berprasangka!

“Puteri?” Lutfiyah tersentak dan dia melangut kepada suara yang memanggil.
“Baba? Bila baba pulang?” Entah mengapa dia hanya bertanya dalam keadaan terkejut dan bukannya memeluk baba seperti biasa.
“Puteri sihat sayang?” Lutfiyah mengangguk. Baba menghulurkan sejambak bunga lavender yang masih segar. Lutfiyah menyambutnya dengan senyuman dan mencium aroma menenangkan dari bunga berwarna ungu itu. Baba tahu dia sukakan bunga yang sederhana itu. Dia mendongak kearah baba yang sudah pun duduk di atas katil berhadapan dengannya.
“Puteri kena balik...” Lutfiyah diam. Mengangguk pun tidak, mengeleng pun tidak.
“Puteri sayangkan baba?” Lutfiyah mengangguk.
“Puteri kena balik sayang... kena tolong baba...”Lutfiyah memandang baba tanpa berkerdip dan dia dapat melihat sesuatu yang tidak pernah dia lihat di mata baba. Baba menangis!

“Trut... trut...” Lutfiyah tersentak. Dia membuka mata. Wajah baba sudah hilang, yang ada cuma ruang kosong dibiliknya. Dia mencari-cari telefon bimbitnya yang dicampakkan ke atas katil dan bila telefon itu dijumpai, deringannya berhenti. 
                “Maldan?” Nama di skrin telefonnya disebut perlahan. Dia mengeluh kecil  lalu meletakkan kembali telefon bimbitnya di sisi. Dia menoleh sekilas kearah jambangan lavender di atas meja yang sudah kering.  Ah... Baba!


ZAKIR

                Zakir berjalan pantas. Peluh mula berjejeran di dahi, tengkuk dan badannya. Kenapalah di waktu begini motosikal buat hal?
                Sesuatu bergetar di kocek seluarnya dan pantas dia menggagau mencari telefon bimbit sambil kakinya masih pantas mengorak langkah.
                “Ok, bos, iya... sekejap lagi... iya... saya  faham!” Talian disebelah sana dimatikan. Zakir mengeluh perlahan kemudian mengeluh sekali lagi, dengan agak kuat. Kakinya mula lenguh. Menapak hampir dua kilometer, menyusuri beberapa blok bangunan dengan kadar 30km sejam, memang memenatkan!
                Dia mendongak ke atas, meneliti papan tanda besar yang sudah dipaku kejap ke dinding. Kemudian dia membaca sekali lagi alamat di sampul surat 10 x 5 inci ditangannya lalu mengangguk sendiri. Tanpa berlengah dia memanjat tangga dengan kadar sekali langkah, dua anak tangga dan mula termengah-mengah dihadapan pintu. Dia mengesat peluh dengan sapu tangan yang selalu diletakkan ke dalam kocek seluarnya walaupun dia sebenarnya kurang gemar dengan kehadiran sapu tangan tersebut. Beberapa kali juga kawan-kawan serumah memerli apabila terlihatkan dia melipat sapu tangan dan memasukkan ke dalam kocek. ‘Mamat skima’ kata mereka, tak sesuai dengan gaya ‘rockers’ yang selalu diikutinya. Lantaklah, mamat skima ke apa ke, yang penting bila berpeluh-peluh begini, ada juga gunanya sapu tangan ni! Dia membetulkan baju tshirt berkolar dan seluar jeans hitamnya lalu membuka pintu. Hawa sejuk dari penghawa dingin melegakan separuh dari kepanasan yang dirasainya. Dia pantas ke meja penyambut tetamu dan menghulurkan sampul surat tersebut. Gadis di meja penyambut tetamu, cuma senyum dan melihat saja dia menandatangani buku log yang telah disediakan.
                “Terima kasih!”
                “Kasihmu ku terima dengan rela hati!” Gadis bertudung dan berkebaya coklat tua itu sedikit terkejut namun kemudiannya tersipu-sipu malu. Zakir memberikan senyuman penggodanya lalu menoleh sekilas kepada gadis tersebut sebelum menutup pintu pejabat! Ah... selesai tugas hari ni!
                “Hello, Alin.... tak boleh keluarlah petang ni, ada kerja sikit,” Zakir senyum kecil sambil berjalan perlahan, mengikuti lorong yang dilalui sebentar tadi untuk ke tempat membaiki motosikalnya.
                “Malam ni... mmm malam ni pun tak bolehlah sayang... petang esok kay?” Suara yang sudah mula merajuk disebelah sana, diajuknya dengan wajah yang diherot-herotkan, kemudian dia senyum lagi.
                “Okay sayang, bye!” Telefon bimbit dimasukkan ke dalam kocek kembali. Zakir gelak besar, kemudian menutup mulutnya tatkala dia terpandangkan beberapa orang gadis yang sedang membelek akhbar dan majalah dikedai buku yang dilaluinya sedang memerhati kearahnya. Dia mengangkat kening dan mengenyitkan mata. Seorang dari gadis yang hanya memakai t’shirt singkat dan seluar  jeans paras lutut, mengepalkan penumbuk dan mengacu kearahnya. Dia tersentak dan kemudian membuat muka selamba dan berjalan pantas dari situ.
                “Gila budak pompuan tuh, macam jantan,” Dia mengeleng-ngelengkan kepala sambil kakinya terus menghitung langkah. Peluh kembali merajai wajah. Mujurlah dia memang seorang ahli sukan. Boleh dikatakan setiap petang dia akan bermain bola sepak di padang tempat dia menyewa. Kadangkala bermain futsal di kelab. Ada juga dia ke Gimnasium jika berkelapangan. Maksudnya, jika tiada ‘dating’lah!
                “Bro!” Seorang lelaki yang hampir sebaya dengannya, mungkin lebih muda mendongak dan mengangkat tangan kearahnya. Zakir berjalan menghampiri. Motosikal Kris merah hati kesayangannya comot di sana sini.
                “Camana Bro?”
                “Sat gi... hang pi lah minum dulu ka, ayat marka soghang dua ka kat warung Pak Mat Togel tu, siap nanti aku helo,”
                “Ok, set!” Muslin tersengih dan menampakkan giginya yang kekuningan akibat kuat merokok itu lalu kembali menyiapkan kerjanya. Nasib baiklah ada Muslin! Tak payahlah dia mengheret motosikalnya ke bengkel dalam panas remang macam ni. Budak betul bendul ni yang tolong bawakkan ke sini, tak tahulah sama ada dia heret, angkat, pikul atau pun tarik ngan lori!
Zakir berjalan keluar dari bengkel motosikal yang cuma menumpang disebelah kedai mencuci kereta itu, melintas jalan dan menghampiri warung yang agak lengang, mungkin kerana waktu makan tengahari sudah lama berlalu. Dia mengangkat tangan ke arah seorang tua, lingkungan akhir 50-an.
                “Pak Mat, minum biasa satu... makan pun, biasa satu!” Pak Mat cuma mengangguk dan mula mengarahkan anak perempuannya yang sedang memotong sayur agar membuat bihun goreng. Dia menatang teh ais dan meletakkan di hadapan Zakir. Zakir yang cuba senyum-senyum kearah anak Pak Mat mengalih pandang dan senyum kecil kepada wajah tua berkopiah putih yang sudah pun mengambil tempat dihadapannya.
                “Kau dari mana Zack? Berpeluh-peluh, busuk haung...” Dia meneguk dua kali teh ais yang berwarna oren tua keruh itu lalu meletakkan kembali gelasnya di atas meja. Dulu, dia bukannya gemar sangat minum minuman bersusu, apatah lagi teh susu. Namun sejak dia bekerja jauh dari kampung, dia jadi gemar minum teh susu. Bila minum, dia akan terasa dekat dengan abangnya Hadi  dan neneknya, Nek Mah. Sebabnya, Hadi terlalu gemarkan teh susu dan Nek Mah sentiasa buatkan teh susu untuk mereka!
                “Cam biasalah Pak Mat, hantar surat. Motor pulak buat hal... tuh yang kena menapak... boss pulak cerewet, lambat sikit mulalah telefon, pot pet pot pet....” Pak Mat mengelengkan kepalanya perlahan. Anak muda dihadapannya ini sudah begitu mesra dengannya. Sudah hampir dua tahun dia mengenali Zakir yang perangai gila-gila tapi baik budaknya.
Walaupun kalau dilihat luaran, dengan rambut panjang yang ditocang kemas, selalu melepak dengan budak-budak motor kat bengkel, selalu juga dia mengikut budak-budak motor tu merempit, walaupun dia sendiri tidak pernah merempit! Bermain gitar malam-malam kat depan warung, mengusik budak-budak perempuan yang baru balik dari kerja kilang... tapi bila sudah lama mengenali anak yatim piatu ni, Pak Mat nampak akan kejujurannya. Sembahyang pun selalu jugak bila diperhatikan. Ye lah, balik dari kerja, sementara menunggu Muslin habis kerja, surau stesen Petronas kat seberang jalan tu lah tempat dia, sebelum dia bertenggek kat warung sampai pukul enam setengah. Pak Mat pasti Zakir menunaikan sembahyang Asar sebab kopiah putih selalu saja dia nampak terselit di tepi beg sandangnya.  Jauh beza dengan rakan-rakan serumahnya yang lain!
“Dah selesai keje ari ni?” Zakir mengangguk dan senyum meleret kearah Mardhati, anak gadis Pak Mat Togel! Pak Mat buat-buat tidak nampak dengan aksi dua uda dan dara dihadapannya.
“Ambilkan abang, sos!” Mardhati mengangguk dan mencapai sos cili di meja bersebelahan lalu menghulurkan kearah Zakir, kemudian dengan tersipu-sipu dia kembali ke bahagian dapur warung itu, meneruskan kerjanya! Zakir senyum lagi kearah Mardhati yang kelihatannya sedang mencuri-curi pandang kearahnya tatkala bahunya ditepuk dari belakang! Pantas, dia berpaling.
“Astagfirullahalazim... nasib baik aku tak tertelan sudu ni,” Muslin tersengih-sengih lalu duduk disebelahnya.
“Dah siap!” Zakir mengangguk.
“Hang memang Zack, depan Pak Mat, hang tunjuk alim no, melatah pun guna ayat sopan...” Zakir ketawa kecil sambil sempat lagi bermain mata dengan Mardhati yang sedang menggoreng sesuatu di kuali.
“Weitt...”
“Apanya?” Muslin memandang sekilas kearah sahabat serumah merangkap sahabat karibnya itu.
“ Jadi dak pekena malam ni?” Zakir menolak pinggan melamin biru muda yang sudah kosong  kehadapan lalu meneguk air teh ais yang tinggal separuh itu sehingga habis.
“Tengoklah...  letihlah... esok kerja,”
“Ala... haghi-haghi gheja bro, aku pun gheja... jom arr bukan buat pa pon, tengok je... dapat ayat sorang dua marka, kita baliklah...”
“Kau ni lah tak dak benda lain, asyik marka, marka... malaslah... aku nak krohhhhh,” Zakir bangun, menggeliat perlahan lalu melambai Mardhati, membuat  isyarat agar mengira jumlah harga makanannya.
“Empat ringgit bang,” Zakir senyum. Mardhati yang hitam manis bertahi lalat di pipi  itu juga senyum. Duit dihulur dan bersambut... seperti gerakan gerak perlahan di dalam filem, Zakir mengenyitkan mata dan melambai Mardhati yang juga sedang membalas senyuman dengan manja... Zakir berpaling untuk pergi namun dia berpaling semula kearah Mardhati yang juga turut berpaling dengan rambutnya yang ditiup angin sepoi bahasa... pandangan mata Zakir seolah terpana dengan keindahan itu lalu... kaki Zakir melangkah dan...
“Adoi!” Dia terlanggar Makcik Shamsiah yang sedang sarat membawa beg plastik penuh dengan sayur dan buah... Berterabur barang-barang dari dalam beg plastik... Ya Allah... bakal mak mertua...! Wajah masam mencuka yang sedang bercekak pinggang itu memandang tajam kearahnya.
“Kutip balikkkkkkkkkkkkkk!”

HADI
               
Jalan bengkang bengkok tinggi rendah membuatkan dia mual. Kepalanya pening lalu dia memberikan isyarat ke kiri dan berhenti di pinggir jalan. Dia menyandarkan badannya ke kusyen kereta yang lembut.
                “Aku salah makan ke tadi?” Dia memicit-micit perlahan dahi dan belakang tengkuk dan beberapa kali terluah bunyi ‘erkk’ dari mulutnya. Di tepuk-tepuknya perlahan bahu dan kepalanya hingga mengeluarkan beberapa lagi bunyi yang sama kemudian dia memejamkan mata. Ada sedikit kelegaan meresap namun rasa mual itu masih ada.
                Jam di bawah pemain cd kereta di kerling sekilas. Pukul 10.30 malam.
                “Tidurlah sekejap,” Dia bersuara kepada dirinya sendiri lalu mencapai telefon bimbit dan menekan beberapa butang kemudian meletakkannya kembali ke kusyen sebelah lalu memejamkan matanya.
                “Bang.... bang.... bangun bang..... hari ni kan kita nak ke Lumut....”
                Dia menggeliat perlahan. Matanya di buka. Wajah manis tembam dihadapannya tersenyum manja.
                “Abang..... dah janji kan......”
                “Give me five minute, dear....” Terasa sesuatu yang lembut menghempap ke wajahnya. Dia menolak bantal peluk yang menutup separuh wajahnya.
                “Sayang....” Suara gelak ketawa manja di nikmatinya seketika.
                “Bangun.....”
                “Kalau abang bangun, sayang nak bagi apa?” Wajah yang sedang ketawa itu dirangkulnya. Satu ciuman hinggap di pipi gebu itu.
                “Ed,  busuklah....” Dia ketawa besar...  Begitulah selalunya. Bila marah je, panggilan abang terus bertukar menjadi ‘Ed’, nama mesranya semasa di Universiti dulu!

                Matanya di buka. Suasana gelap di kiri kanan. Titis titis hujan membasahi cermin hadapan kereta. Dia meraup wajah. Hujan di luar makin lebat, selebat hujan dihatinya. Dia beristighfar seketika lalu menyeka air yang bergenang di birai matanya.
                “Allahuakbar...  Allah Maha Besar,” Dia meluahkan ayat keramat yang sering dituturkannya siang dan malam. Itulah yang sering terjadi tatkala matanya di pejamkan. Bayangan demi bayangan... Kenangan demi kenangan...
                Sejalur cahaya terpancar dari skrin telefon bimbitnya. Dia mencapainya lalu memandang nama yang tertera di skrin. Satu senyuman terukir dibibir.
                “Kau kat mana Adi?” Hadi batuk-batuk kecil, membuang segala sebak yang terangkum di kerongkongnya tadi.
                “Kat tepi jalan...”
                “La... naper dok tepi jalan? Wei, kul baper nak sampai? Nenek dok sibuk tanya nuh, tak larat nak jawab dah aku...” Suara Zakir yang ceria, menghilangkan segala kegusaran.
                “Aku terlena tadi Ker, kul baper dah ni?”
                “ Dua belas..”
                “Lori barang dah sampai Ker?”
                “Dah... kul 8 tadi. Sakit abih badan aku ni angkat barang... Nenek dok pot pet pot pet...”
                “Sal apa pot pet lak?”
                “Yerla, tak tahu nak letak kat mana semua tu, satu rumah kau angkut ek?”
                “Mmmm... yerla, takkan aku nak tinggal kat buyer tuh? Aku tahulah nak letak kat mana, aku dah siapkan pelan besarkan ruang tamu ngan tambah bilik tu. Kau ada bagitau nenek? Kalau kau bagitau, siap kau! Aku nak buat surprise.
                “Aku simpan rahsialah, cuma aku tak tahan dengar orang tua tu membebel. Kau faham-fahamlah kan...” Mereka ketawa bersama.
                “Kau kat ner ni?” 
                “Mmm... dah nak masuk Gerik rasanya...”
                “Hish.... gila kau tido kat tepi jalan cam tu... aku dengar ada ponti...”
                “Dah... dah tak yah merapu... dengar suara kau, ilang mengantuk aku, aku nak chow dah ni,” Suara gelak besar kedengaran dari sebelah sana lalu dia senyum kemudian menutup telefon bimbitnya. Zakir! Penyeri kehidupannya dan nenek!
                Hadi meneguk air mineral yang cuma tinggal separuh botol lalu mula memberikan isyarat ke kanan.  Dia tekad kini, untuk memulakan kehidupan barunya!

WARDAH
               
                “Okay, jangan lupa semua, esok cikgu nak kamu bawak apa?” Wajah-wajah kecil yang nakal dihadapannya dipandang satu persatu.
                “Sayur-sayuran cikgu!”
                “Bagus, sekarang... Danial, baca doa,” Seorang kanak-kanak lelaki yang paling gempal di dalam kelas bangun diikuti dengan semua kanak-kanak yang lain. Kedua tangan diangkat dan doa di baca penuh bersemangat.
                “Terima kasih cikgu!”
                “Terima kasih semua,” Tanpa perlu disuruh-suruh kesemua dua belas orang kanak-kanak berusia enam tahun itu beratur dan bersalam lalu mencium tangannya. Bunyi bising mula kedengaran bila mereka berebut-rebut untuk keluar dari kelas. Dia cuma senyum dengan segala karenah yang sering menghiburkan hatinya.
                “Cikgu Wada!” Wardah yang sedang memadamkan tulisan di papan putih berpaling kearah wajah kecil yang sedang memegang bucu baju kurungnya.
                “Ada apa Mira?” Dia duduk berlutut agar dia kelihatan sama tinggi dengan gadis kecil itu.
                “Abang kat luar tu bagi,” Mira menghulurkan surat bersampul biru lalu berlari keluar sebelum sempat Wardah bertanya lanjut.
                Wardah mula memerhati sekeliling dan dia berjalan ke pintu kelas lalu matanya terarah kepada tiga orang pemuda di atas motosikal di luar pagar TASKA. Dia pasti tiga pemuda itu bukanlah waris yang datang untuk mengambil anak-anak mereka. Dia pasti kerana dia amat mengenali mereka.
                Pemuda yang berada di tengah membuat satu flying kiss yang ditujukan kearahnya, kemudian meletakkan ibu jari kanannya ke telinga mengisyaratkan agar Wardah menelefonnya lalu mereka menghidupkan enjin motosikal dan berlalu pergi. Wardah mendengus kecil lalu berjalan masuk ke kelas dan duduk di kerusi guru. Dia kenal mereka. Rakan sekelasnya semasa sekolah menengah. 
                “Tak serik-serik budak-budak tu,” Dia mengeluh kecil lalu memasukkan sampul surat biru itu ke dalam beg tangannya.
                “Tak balik lagi Wada?” Dia mendongak. Wajah Kak Marlini yang sedang tersenyum dipandangnya lalu mengeleng.
                “Kejap lagi kak, ingat nak kemas-kemas sikit bilik ni, esokkan cuti,” Kak Marlini mengangguk.
                “Akak balik dulu, jangan lupa kunci pintu pagar nanti ya,” Lenggok wanita berusia 34 tahun, guru besar TASKA itu, dipandangnya hingga hilang dari pandangan. Memang sudah lumrah, hari Khamis, Kak Marlini akan pulang awal kerana suaminya yang mengajar di Terengganu akan balik ke sini. Jika tidak, hari-hari biasa kalau tidak menginjak ke Asar, wanita itu tidak akan pulang. Ye lah, dia cuma bersendirian selepas kehilangan anaknya setahun lepas akibat jantung berlubang dan sehingga sekarang mereka masih belum dikurniakan cahaya mata lain.
                Dia? Hari ini hari Khamis dan hari ini dia akan berada lama sedikit di TASKA kerana dia tidak perlu memasak untuk Nek Mah, jiran merangkap nenek angkatnya yang tinggal bersendirian, kerana cucu Nek Mah yang bekerja di Kuala Lumpur akan pulang menjenguknya. Katanya dia mengambil cuti.  Kalau tidak, hari-hari dia akan memasak bersama Nek Mah. Dia seronok kerana sambil mereka memasak, Nek Mah akan bercerita. Dia gemarkan cerita-cerita Nek Mah, terutama cerita tentang dua orang cucu Nek Mah yang menjadi rakannya merangkap abang angkatnya sejak kecil. Dia tak rasa terbeban pun dengan rutin itu kerana Nek Mah pun bukan orang lain, saudara mereka juga.
Dia cuma berdua dengan ayah. Kakaknya sudah berkahwin dan sekarang mengikut suaminya yang mengikat kontrak bekerja di luar negara selama empat tahun. Ayahnya peraih ikan, kalau tidak menginjak ke Asar, dia tak akan dapat bertemu wajah itu, lagipun ayah jarang makan tengahari di rumah. Lepas solat Isyak di surau barulah ayah akan menjamah nasi. Jadi, dari dia melangut saja di rumah, lebih baik dia di sini, mengemas apa yang patut.
“Wada!” Dia mengenali suara itu lalu pantas saja dia berpaling.
“A.a..awak... eh  a...bang.. buat apa kat sini?” Dadanya berdegup pantas, dia pun tidak pasti penyebabnya.
“Nenek kata motor Wada rosak ek? Tadi Wada datang sekolah Pak Teh hantar?” Wardah mengangguk. Lelaki dihadapannya senyum lebar.
“Bila abang sampai?” Soalnya berbasa basi walaupun dia sudah tahu jawapannya kerana Nek Mah sudah banyak kali memberitahu tentang kepulangan cucu bongsunya ini.
“Pagi tadi. Jom balik dengan abang,” Tanpa menunggu jawapan balas, topi keledar dihulurkan dan dia teragak-agak menyambutnya. Lelaki itu mencapai beg dari  kain kasa segiempat tepat yang selalu dibawa Wardah untuk mengisi bahan-bahan bantu mengajarnya, lalu berjalan keluar dari pintu kelas.
“Abang Ker!” Lelaki tinggi lampai berambut separas bahu yang ditocang kemas dan cuma berseluar paras lutut dengan kemeja pagoda putih lengan pendek itu berpaling.
“Err.. Saya kunci pintu dulu,” Lelaki itu mengangguk dan melemparkan senyuman yang membuatkan Wardah tak tentu arah. Perlukah dia membonceng  motosikal dengan lelaki itu? Nanti apa kata orang kampung? Dia kan gadis sunti? Lelaki tu pulak teruna sunti? Bukan muhrim pulak tu? Ahh... tak semena segaris senyuman terbit dari bibirnya. Dia rasa bahagia!


IFTAR JAMAEI Dan BROSUR @ BUKU PROGRAM

Salam Ramadhan hari ke-13
Tadi Alhamdulillah berlangsungnya iftar Ramadhan kat SMK Badang. Iftar special sebab semua pelajar, guru dan keluarga, pekerja dan jaga dan semualah...

Mujurlah berlangsung dengan baik walaupun ada kelam kabut sikit sebab tak menyempat-nyempat nak buh air kat bebudak... yerlah mintak tolong ngan budak2 kan, dia ornag lemah lembut sikit, mula-mula buh ais, pahtu buh laici, pahtu tuang air... last-last dah nak berbuka dah, buh je ais dan segala mak neka dalam jag, hah, hangpa tuang sendiri.... ehehhe... tapi bagus, terbaeeekkkk punyer! Kerjasama tu yang penting! Lagipun ni iftar pertama untuk SMK Badang yang baru beroperasi 11/11/2011..... terbaeeekkkk punyer! Nasi pong best, ayamnya... mak oiii... makan ayam je pong dha kenyang! Besar beb!

Nak post gambar pong tak dan nak amik maklumlah sibuk menyibuk je kan. Saya ada buat brosur tadi, tapi tak tahulah dia ornag bagi ke tak kat VIP sebab semua orang sibuk masa tu....

Buat 'lorat-lorat' sak ni... (nak cepat kan!)
Anak-anak cikgu tadi biasalah bila dah semua pergi solat Maghrib kat surau, dia ornag pong menjadikan Dewan Besar tu sebagai tempat bermain dengan jayanya. Termasuklah anakandaku Cupie cuma Cupie ni biasalah dia rasa dia dah besar sikit banding ngan lain-lain tu so dia 'slow'kan sikitlah.... ehehhe seronok tengok budak-budak tu.... bahagia je, tak perlu fikir pasal benda2 lain... yang mereka tahu, seronok!

Sebelum tu pada 2 Ramadhan lalu sekolah menjemput seorang Imam utk ceramah Ramadhan. Budak2 tak mengantuk langsung. Seronok sangat. Beliau memang pandai menggunakan intonasi suara menyebabkan budak2 sekolah ternganga dan gelak je memanjang... mesti kalau khutbah Jumaat orang tak lena ni! Ni ada brosurnya saya buat!

Hijau melambangkan ketenangan....
Sebenarnya saya sudah jatuh cinta dengan membuat brosur ni sejak mengajar di SMK Sungai Layar Sungai Petani. Masa tu saya memang mengajar ICT jadi guru2 ICTlah yang bertanggungjawab utk buat brosur, buat cover page utk buku-buku program dan juga buat buletin bulanan sekolah. Dari situ saya belajar dengan kak Ros, Maza (thanks a lot to both of you) dan Alhamdulillah, saya dah jatuh cinta dengan seni ini walaupun sebagai amatur lagi. Lagipun masa tu kami diamanahkan utk buat buku program MSSD peringkat Kuala Muda Yan. PKKo pulak minta kami hasilkan cover dan dia akan pilih yang terbaik dan Alhamdulillah cover saya terpilih.  Sekarang ni dah jadi kerja tetap dan berpencen saya untuk buat brosur / buku program jika ada apa-apa program di sekolah. Saya tak kisah sebab saya suka dan enjoy terutamanya bila hasilnya menarik dan semua orang suka! Cuma adalah kadang-kadang saya ter'miss' atau tersilap ejaan tu.... biasalah... kalut + lorat... ehehhe. Baru-baru ni saya ke kursus Adobe Photoshop, memang seronok rasanya belajar benda2 cam ni!

Ini cover untuk MSSD yang dipilih utk tahun 2009 daerah Kuala Muda Yan

Yang ni brosur semasa senamrobik 1 sukan 1 murid 1 Malaysia baru-baru ni
Okaylah setakat ni dulu ya. Tak boleh tunjuk semua, nanti basi! eheheheh...

Saja je sebenarnya berkongsi dengan semua. Sebenarnya bila saya dah siapkan satu brosur dengan baik dan cantik, saya rasa puas hati dan seronok sangat. Biarlah ornag kata syok sendiri pong! Sebab tu lah kalau ada orang kata, "ala senang je nak buat, copy paste je, kan dah ada semua dah..." saya rasa cam tak best sikitlah sebab bagi saya yang kita boleh copy paste kita copy paste, itupun bahagian AJK dan jenis font je. Yang lain tu kalau boleh dan macam-macam mana pong saya kena tukar dan bagi masuk dengan tema program apa yang nak dibuat! Sekadar berkongsi!

Okay, selamat berpuasa!