KENTANG BAKAR BERKEJU INTI DAGING (Cheesy bake potato with meat)

Fuh... nama mak oiii... panjangnya resepi...
Sebenarnya cam ni... saya bukanlah penggemar kentang pong tapi bolehlah makan... tapi bila try kentang bakar berkeju yang ada saya beli dari seorang kawan, mak oi... sedaplah pulak! Try pulak beli online dengan kawan adik, sedap jugak walaupun resepinya lain, so godek punya godek cari resepi, maka terciptalah resepi sendiri berbasickan dengan apa yang pernah saya rasa dan ubah style sket. Resepi ni saya buat masa bonda buat majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk geng2 usrah, geng mengaji dan jiran tetangga wanita sahaja.


Jom roll on resepi

BAHAN-BAHAN

KENTANG
10 biji kentang (Nak pakai kentang Russet ke kentang biasa pun, ok jer, no prob...)
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar mayonis
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu serbuk pati ayam

INTI DAGING
1 mangkuk daging cincang (Kalau nak buh inti lebih, boleh masak daging lebih sket)
1/2 tin sos cendawan prego (Sos carbonara cendawan pun boleh, tak mau buh pong boleh)
1 cawan susu segar
2 sudu mentega / marjerin / minyak zaitun
1 sudu mix herb/ oregano
1/2 cawan cendawan butang, (cincang kasar)
1 sudu serbuk pati ayam
3 ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar dadu
sedikit garam

Keju ceddar slice
hirisan cili merah

CARA MEMBUATNYA

KENTANG
1. Basuh bersih kentang dan rebus, jangan terlalu masak nanti ianya lembik
2. Setelah sejuk, belah dua
3. Dengan menggunaka sudu teh, korek inti bahagian tengah kentang
4. Kentang yang diambil dari bahagian tengah itu di lecek dna campurkan dengan susu segar, mayonis, lada sulah, pati ayam. Gaul sebati. Ketepikan

Kentang yang di rebus, toskan dan sejukkan sebentar

Belah dua dan korek bahagian tengahnya. Hati-hati jangan sampai kentang rosak

Bahagian tengah kentang yang telah di keluarkan
Ini hasil dari kentang lecek. Resepi ini boleh juga dijadikan inti untuk sandwich!

INTI DAGING
1. Panaskan mentega, tumis bawang yang dicincang hingga wangi
2. Masukkan semua bahan lain dan perasakan.

Ini inti daging yang telah siap dan disejukkan sebentar

Untuk mengisi kentang, di sini saya sertakan langkah demi langkah. Sebelum mengisi kentang, panaskan dulu oven ke 180 C ya.
Kentang rebus yang telah di belah dua dan di korek inti bahagian tengahnya

Masukkan inti kentang lecek dan ratakan dengan sudu

Tambahkan inti daging dan letak biar ia sedikit menggunung

Serikan denagn sehiris cili merah

Selimutkannya dengan keju cheddar slice. Saya potong empat sebab banyak sangat nanti ia meleleh.
Kemudian, susunkan di atas dulang dan bakar dalam 5-10 minit. Jangan terlalu lama, nanti kalau ia terlalu meleleh, dah tak cantik!

Dah masak. Adik saya kata, saya kedekut keju. Itu atas kesukaan kitalah. Maklumlah masa buat kentang ni
keju tak berapa nak cukup kan... hihi malas nak pergi beli. 
Letak dalam cup comel-comel dan hidangkan!

QUICHE AYAM CENDAWAN (step by step)

Salam

Banyaknya sawang.... dah berbulan tak menjenguk blog.
Okay, tahun lepas saya ada kongsi resepi quiche ni, tapi sekadar resepi dan gambar yang dah siap. So hari ni saya nak kongsi resepi dengan langkah2nya sekali.
Senang je.. Cuba ye!

Resepinya....
(Saya ambil dari entry sebelum ni... malas nak taip!)

Pastrinya:
250g butter
50g marjerin @ shortening
2 sudu gula  aising (blend je sikit bagi jadi halus)
550g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu air ais
secubit garam

Intinya:
1 mangkuk isi ayam/ ayam cincang/ daging pong boleh
3 biji kentang (dadu kecil)
1 batang lobak merah (dadu kecil)
1 tin cendawan butang (hiris memanjang)
3 tangkai daun sup (dicincang kasar)
1 cawan susu segar @ susu cair * (optional)
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar Cina di dadu
sedikit serbuk lada putih dan hitam
1 sudu besar oregano *(optional)
1 sudu serbuk lada hitam * (optional)
2 sudu sos tiram
2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan air
garam dan gula secukupnya

Kastad Filling/ Toping
4 biji telur
Secubit garam dan serbuk lada sulah / secukup rasa megi
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar krim/ kalau takde buh je tepung gandum 3 sudu besar... betoi...                            
Keju mozarella/ cheddar/ parmesan (parut atau potong kecil)
Satukan semua kecuali keju parut. Kacau dengan whisk hingga sebati

Cara Membuatnya:
1. Untuk pastri. Satukan mentega, marjerin dan gula. Kacau sebati (guna tangan je).
2. Masukkan telur, esen vanilla dan garam. Kacau lagi
3. Masukkan tepung gandum. Guna kaedah gaul ramas guna hujung jari. Buat hingga jadi seperti serbuk roti. Bila dah nampak dah sebati, ok dah, masukkan air ais. Kalau adunan melekat kat bekas, taburkan tepung sikit dan gaul lagi. 
4. Keluarkan dan bolehlah di canai ataupun kalau saya buat, saya tekan-tekan kat acuan je, malas nak canai (kalau acuan kecik... kalau besar kena canai , okey!). Janganlah tebal sangat kan dan janganlah nipis sangat.
5. Ok, untuk inti. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga layu.
6. Masukkan isi ayam. Biar separa masak. kemudian masukkan semua perasa, sos tiram, garam gula, serbuk lada, oregano. Pastu masukkan susu segar dan kentang serta lobak merah. Sederhanakan api, tutup kuali hingga kentang dan lobak merah hampir empuk.(Kalau tak mau lemak sangat tak payah letak susu segar, just letak  air sikit)
7. Kemudian masukkan cendawan butang, daun sup dan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar biar ianya pekat dan melekat sesama sendiri. Jangan berkuah ye, nanti pastri akan pecah dan tak rangup bila kita letak inti. Tutupkan api. Biarkan ianya betul-betul sejuk. (Saya letak dalam peti ais dulu)
8. Kalau acuan besar, bakar dulu 15 minit kulit quiche tu. Kalau acuan kecil boleh terus letak inti (pastikan dah sejuk).
9. Penuhkan dengan inti kemudian curahkan filling memenuhi ruang-ruang kosong. Taburkan keju diatasnya. Bakar hingga keperangan. About 30 minit gitu.
10. Waktu masih panas pun boleh dikeluarkan dari acuan sebab ianya tak melekat... percayalah kat saya....

Ini gambar langkah demi langkah ya!
Ini doh yang telah di uli- tidak terlalu berderai dan tidak terlalu lembik
Pastikan bila di lenyek ke acuan ianya tidak melekat terlalu kuat.

Inti iaitu campuran kentang, karot, cendawan butang, isi ayam

kastad filling iaitu campuran telur, susu, krim/ sedikit tepung gandum

doh yang telah di lenyekkan ke acuan

Tambah inti


Tuangkan filling dan parutan keju 

Bakar pada suhu 180 C sehingga intinya kembang dan
 crust atau kulit quiche kelihatan kembang dan terkeluar dari acuan

Keluarkan dari acuan

SIAP!

Mee Kuah Hailam...

Kan makcik Tihah dah cakap nak tulis banyak sket hari ni.... 3 entry beb...

Okay... hari ni nak kongsi resepi Mee Kuah Hailam... The Very Simplest, Senangest and Sedapest...Percayalah kat mokcik Tihah.... betoiiii

Biasanya saya masak Mee Kuah Hailam ni time ada ramai nak datang rumahdan kesuntukan masa... sebab ianya senang... nanti kita cerita kat bawah...

Saya masak ni minggu lepas masa hari bonda mengaji Al-Quran. Geng2 pencen mengaji Quran setiap minggu dan mereka akan bergilir-gilir mengaji di rumah salah seorang dari geng mengaji, jadi minggu lepas kat rumah saya, maka bonda pong sebuklah nak masak itu dan ini bagi meraikan sahabat2nya so saya terfikir... buat mee kuah hailam jerlah senang... campak campak jer...

Okay... ini resepinya untuk 2 bungkus mee kuning... dalam 7-8 orang makan

Bahan-bahannya:

Kuah
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk campuran udang, sotong dan bebola ikan
1/2 cawan sos tiram
10 ulas bawang putih (cencang lumat)
2 biji bawang besar (potong dadu kecil)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
sedikit garam
cili merah (potong bulat)
1/2 cawan bunga kobis
4-5 tangkai sawi
1 biji lobak merah
3 biji tomato belah empat
1 liter air (secukup kehendak)

BAHAN IRINGAN
2 bungkus mee kuning (di basuh, tos dan celur)
4 biji telur (rebus)
sedikit bawang goreng
sedikit daun bawang + daun sup (cencang halus)
limau nipis (potong 4)

SOS KICAP
10 biji cili padi (di hiris nipis)
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar kicap soya

CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan satu senduk minyak
2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi
3. Masukkan ayam dan campuran udang, sotong dan bebola ikan serta sedikit air. Tutup periuk dan renehkan seketika
4. Masukkan semua sos dan perasa serta air
5. Bila mendidih, masukkan semua sayuran dan rasakan masin manisnya
4. Hidangkan dengan bahan iringan dan sos kicap.
ayam yang di potong kecil

Campuran makanan laut dan bebola

Kuah sedang di reneh

Siap

Mee dan sos kicap

Bahan iringan penambah rasa, telur rebus, daun bawang+daun sup, bawang goreng dan limau nipis

Hidangkan kuahnya berasingan

Inilah dia......

pauh harum manis....

Hari ni makcik tihah nak post banyak sket dalam blog... sbb lama tak berblog kan...

Okay... ceritanya...
Saya order buah harum manis dari kawan kat Perlis. Sebab teringin sangat. So nak berkongsilah sket. Bukan berkongsi makan.... berkongsi cerita....

Kali pertama saya makan harum manis ni masa mengajar kat Perlis. Masa tu hairanlah kenapa yang buah ni glamer sangat, mahal pulak tu. Satu hari, ada student yang bagi, suruh try sebab ayah dia jual... aduh... terus jatuh cinta beb...

Rasanya lebih kurang je dengan buah mempelam mas hitam (golden black) campur dengan buah mempelam chokanan (yang kualiti baik punya dan manis)... tapi lebih sedap lagi... betulll... baunya... harum... satu pejabat pos bulih bau tau masa saya pergi ambil kat pejabat pos ari tu... Siap pekerja pekerja tu tanya lagi... buah apa tu kak?

Cuma kecewa sikit sebab kotak dah pecah. Nasib baiklah buah tu ok lagi walaupun ada yang dah lebam lebam sikit kan.... Tak apalah... dia dah travel beratus batu macam tu lah.... di lempar ke sana ke mari... huhu

Tau harganya? Masa tu mahal lagi... satu kotak tu RM 60 campur kos pos RM 10. so RM 70. Berapa biji???? Cuba teka??? 8 biji jer???? hihihi bila bonda tanya, bagitahu jerlah... Nganga dia....

Yang penting, kempunan ku sudah terubat.... Jom layan gambar....
pokoknya tak tinggi mana pong tapi buah penuh....
dikotakkan dan di hantar
Banyak ni jer yang ada dalam kotak... uhuhu tapi berbaloi baloi...
Fuh.... nikmatnya....

Jom.... pulut mempelam....

Ada satu cerita tentang pulut mempelam ni.... nantilah lain kali saya cerita...

HAPPY BIRTHDAY CUPIE!

Uh... lambat sangat dah ni pos birthday Cupie tapi biasalah mamacupie ni sokmo jer gini... asyik lambat sket... kadang-kadang lambat banyak... eheheh

06.05.2014 maka anak teruna ku menyambut hari jadinya yang ke-12. Dah besar anak mama... besar sangat.... tinggi plop tu.... kita ni takat hidung dia jer... baru 12 tahun tu... ikut arwah bapaknyalah tu...

Al-kisahnya, mama terlupo mula2 tu hari jadi anak mama, pastu barulah teringat itu pun tok ma yang ingatkan. Sori... mama banyak kejer kat sekolah, bertindan-tindan... bertingket tingket....

Cupie, be a good boy...


Untuk menghappykan anak mama... kami buat jamuan sket. Rengkas je... panggil kawan Cupie dua tiga orang n famili. Jom... tengok mama masak apa....
Mee goreng letak 'lauk' banyak-banyak

popia, nugget n ayam goreng n bihun


tepapam tok ma yang bes giler...

pulut harung

puding cendol sbb ni favourite cupie

kek red velvet



Musim orang kawen! Puding, pulut berhias n makan beradap

Salam
Cuti sekolah satu minggu... mak oiii cepatnya masa berlalu seminggu tu...
Habis... satu rancangan pun tak menjadi... rancang sendiri2 jer, macam nak mengemas rak buku dalam bilik, susun balik novel, siapkan manuskrip, jenjalan kat kedai buku ngan cupie... hadoi.... satu pun tak buat!

Alkisahnya, cousin ku kahwin. Alhamdulillah, walimatul urus semuanya berjalan dengan lancar. Saya, biasalah, akan berada di belakang tabir, buatlah apa yang patut... saya ngan bondalah... siapa lagi partner in crime saya tu... ehehhe... sayang bonda!

Okay, untuk cousin saya yang pertama, Ati...saya cuma buat desert makan beradap jer... dan door gift - trifle n puding pancawarna! itu pun untuk V.I.P jer. Pengsanlah makcik kalau nak buat untuk semua tetamu wei.... pastu wat gubahan pulut kuning. Pastu adalah buat kerabu mempelam untuk tetamu VIP juga. Banyak juga rupanya nak menghiris segala macam benda untuk 100 orang makan! Mujurlah ada jiran2 sebelah dan saudara mara yang lain. Itulah pentingnya... KERJASAMA! Bonda, as usual buat gubahan hantaranlah... klasss wa cakap lu...

Jom kita tengok gubahan Tok Ma si Cupie buat a.k.a bondaku

guna polisterin dan segala renda dan kain. Saya surrender... tak reti nak buat


antara gubahan-gubahan hantaran... tema coklat dan kuning... ada rambu ramba lagiks


Ini untuk balas besan. Dalam kotak hadiah tu kain untuk besan

kreativiti bonda!

Okay... itu yang bonda buatlah... ini dari anakanda nya... ehehhe. Sorilah bebanyak. Idea tak berapa nak datang masa buat gubahan pulut so ciplaklah sket dari idea2 kat internet. Sori Kak Wan (Citarasawan), ada juga amik idea kak wan sket2 ehehhe... bukan untuk jual kak, untuk tolong sedara mara jer...
Saya letak nama, gubahan ni... "PULUT BURUNG CINTA"... Aduh... 

Perasan tak apa yang takder? Muncungnya... ehhehe sori, cili merah tak ada so pi bubuh kat rumah kendurilah gamaknya

letak dalam bekas tu...nampak cam okey jer... shomelll jugak kan?

Okay, pastu ni pulut yang saya gubah untuk wedding my second cousin, Amir Sufi.. Ustaz Pi kita...
Ini nama dia' TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA' hihihi... tu yg nampak tersungkur tu....

Ini koktel pulut kuning. Letak kat tengah2 meja makan beradap

Punyerlah dung dang dung dang wat makan beradap... satu pong tak snap pcture... hua hua hua...
dahlah untuk majlis kahwin Ustaz Pi ni, semuanya menu yang baru, except kerabu mangga. Hua hua... check punyer check... haaaa... ada sekeping gambar ayam gulung sayur sayuran... itu pun cousin yang sorang lagi tolong amik... huhuhu

chicken roll / ayam gulung sos cendawan n black pepper
ini one of the doorgiftuntuk VIP. Ada trifle, ada puding pancawarna... 

Ini special saya buat untuk letak kat meja beradap... disamping warna warni kira untuk desert jugoplah...

Disamping untuk cousin, ada juga tempahan dari kawan2 dan kawan2 bonda untuk tunang, risik, kahwin anak-anak dia orang.... biasanya say buat pudinglah... dan ada juga makaroni bakar serta pai dan quiche

quiche... lupa nak snap yang dalam bekas yang siap digubah

makaroni in cup  baru nak bakar
makaroni cheese bakar
puding trifle n puding coklat buah buahan

Setakat ini dululah perkongsian saya kali ini. Insyaallah saya akan letak resepi chicken roll sebab ada kawan-kawan yang tanya. Kalau boleh saya nak masak sekali lagi, snap picture step by step barulah saya nak letak kat sini. Senanglah sikit kan!