PAI AYAM CENDAWAN & "Salam Cinta"

Pai Ayam?
Dah lama dah saya teringin nak masak pai. Saya memang suka makan pai ke tat ke, sebab tu lah saya 'chubby' cam gini... 'chubby' ker? eheh tak kisahlah... so saya pong google cari resepilah... (ini cerita dua bulan lepas) then bila saya banding2kan resepi tu, lebih kurang je dengan resepi pastri tat buah yg selalu saya buat... mmm.. pikiaq punya pikiaq... saya pong buat olahan sikit... sikit je... inti tu pong saya olah jugak style 'suka hati' saya... maka terhasillah 'pai ayam'!

Okay tu cerita dululah. Tiba2 je ada kawan yang order tat buah utk kawin anak dia. Pastu dia tanya, pai ayam ke, daging ke tak buat ke? Dia kata nak buat balas besan nanti. Mmm.. saya pong menyahut cabaran... maka terhasillah pai ayam yg kiut dan comel macam saya... hahahhah... dan yg bestnya... dia kata sedapppppppplah sangat! Kembanglah pipi makcik yg dah sedia kembang nih kan!

Okay, tadi saya buat lagi sebab ada lebihan inti. Sudah siap bakar segala, saya pong amik 'nyawa' jap (maksudnya amik nafas rileks jap, itu ayat anakanda Cupie, amik nyawa tu) then teringatlah yg saya suruh Cupie download citer 'Salam Cinta'. Tengoklah sambil me'ngap' pai ayam. (Untuk makluman, dah lama saya stop diet karbo ni, sebab banyak tempahan dan banyak kenduri, iman makcik tak kuat mana. Minggu depan makcik start balik yer). Ehehe...

KOmen... cerita ni bagi saya biasa-biasa je... tak ada yg luar biasanya. Citer yg kiut jugak, bolehlah... sekadar untuk hiburan! Watak manager (nama apa ntah yg kumpulan balas tu) tu cam over sikitlah... kamal adli dia pandai berlakon, macam si... apa dah nama dia, lupa plak... ala yg heroin tu, dia pong okay okay jer... kira sedang2lah cerita ni



JOM roll on resepi dan gambarq2 nya....
sedap woooo... puji diri sendiri nampak... hahahha
PAI AYAM CENDAWAN

Pastrinya:
250g butter
50g marjerin @ shortening
2 sudu gula  aising (blend je sikit bagi jadi halus)
550g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu air ais
secubit garam


Intinya:
1 mangkuk isi ayam/ ayam cincang/ daging pong boleh
3 biji kentang (dadu kecil)
1 batang lobak merah (dadu kecil)
1 tin cendawan butang (hiris memanjang)
3 tangkai daun sup (dicincang kasar)
1 cawan susu segar @ susu cair
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar Cina di dadu
sedikit serbuk lada putih dan hitam
2 sudu sos tiram
2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan air
garam dan gula secukupnya

Sapuan Atas
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
1 sudu gula aising


Cara Membuatnya:
1. Untuk pastri. Satukan mentega, marjerin dan gula. Kacau sebati (guna tangan je).
2. Masukkan telur, esen vanilla dan garam. Kacau lagi
3. Masukkan tepung gandum. Guna kaedah gaul ramas guna hujung jari. Buat hingga jadi seperti serbuk roti. Bila dah nampak dah sebati, ok dah, masukkan air ais. Kalau adunan melekat kat bekas, taburkan tepung sikit dan gaul lagi. Buh dalam plastik atau wrap dia. Simpan jap dalam peti ais, minimum, 20 minit.
4. Keluarkan dan bolehlah di canai ataupun kalau saya buat, saya tekan-tekan kat acuan je, malas nak canai. Janganlah tebal sangat kan.
5. Ok, untuk inti. Panaskan mentega, tumis bawnag besar hingga layu.
6. Masukkan isi ayam. Biar separa masak. kemudian masukkan semua perasa, sos tiram, garam gula, serbuk lada. Pastu masukkan susu segar dan kentang serta lobak merah. Sederhanakan api, tutup kuali hingga kentang dan lobak merah hampir empuk.
7. Kemudian masukkan cendawan butang, daun sup dan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar biar ianya pekat dan melekat sesama sendiri. Jangan berkuah ye, nanti pastri akan pecah dan tak rangup bila kita letak inti. Tutupkan api. Biarkan ianya betul-betul sejuk. (Saya letak dalam peti ais dulu)
8. Masukkan inti ke dalam acuan dan tutup bahagian atasnya sesuka hati seikut kreativiti anda. Saya malas nak tutup semua, sebab malas nak canai so saya gulung2 je, putar-putar jer... ehehhe
9. Satukan semua sapuan atas. Sapukan di atas pastri pai tadi
10. bakar dalam suhu 180-200C dalam 25 minit gitu. Bila dah masak, sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan (sabarlah sikit).


Intinya... 

Sebelum di 'oven'kan


Ni yg mula2 buat dulu, guna bekas loyang muffin tu... bulat-bulat gitu...

Dah masak. Tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan yer...


Closed up


Dah masak, letak dalam cup dan sedia untuk di 'pack'kan....

SELAMAT MENCUBA YA KAWAN-KAWAN... Senang jer... sungguh....

29 Februari, Gerimis Mengundang Untuk 3 hari tat buah dan puding keladiku!

Pusing kepala ke kiri, pusing kepala ke kanan, keluar bunyi 'kah!' Fuh, lega!

Mata pun boleh bukak luas sikit. Letih!
Bukannya apa, semalam tidur kul 2.30am. pagi tadi bangun seawal kul 5. Silap... kul 6 kot, ala dekat-dekat kul 6 sebab masa tu org dah azan Subuh! Mujurlah Allah bagi badan saya ni kuat lagi kan!

Tanyalah buat apa? ehehhe, buat tatbuah dan puding keladi. Adalah kawan tempah untuk tunang anak dia. Dia tempah dua set setengah. 1 set, 25 biji. 1 adunan dapat 30 biji, kalau buat dua adunan, baru 60, kalau dua adunan setengah, baik buat 3 adunan teruskan so.... yg paling leceh nak buat tat ni... dia punya pastri. Bukan leceh dah buat pastri, nak tunggu di bakar dalam oven saya yang tak berapa besar mana tuh kan... sekali masuk 20 biji je, bekas acuan tu saya ada 24 jer, so kenalah tunggu masak, tunggu sejuk sikit nak keluarkan dari adunan tu... tu lah pasal, orang suh beli banyak sikit acuan tu tak mau, kononnya cukup dah 24 bekas tu... ehehhe, maka selepas tengok siri Adan dan Hawa kat Mustika HD tu, saya mulakan kerja.

Nak tau sapa temankan saya? Ala, saya tengok movie 29 Februari... not bad! Saya suka. Tapi citer ni tak berapa meletup w/pun hero dia Remy Ishak yang tak hensem mana pong tu tapi macho (bagi sayalah). Pastu saya sambung tengok citer 'Gerimis Mengundang' yg memang tak best langsung! tapi saya tengok jer... sebab semua orang dah tidurkan, jadi bising2kanlah sikit kawasan dapur tu! Hahah... banyaklah bercerita pulak kali ni. Maklumlah lama tak 'update'.

Dah tengok gerimis mengundnag tak berapa nak boleh masuk, bukan sebab Kamal Adli, dia okay je, sebab heroin ngan jalan cerita tu... saya pun bukaklah 'Untuk 3 hari'. pelakon semua 'best2' tapi tak tahulah kenapa tak sampai je cerita ni ke hati. Pengakhiran dia... memang 'mengecewakan' abis! Saya rasa kan macam ada je citer omputih yang lebih kurang dengan citer ni, tapi minda saya tak berapa nak ingat mana.
Aiks, jadi sesi preview filem pulaks... ehehhe

Okaylah ni ada tat buah dan puding keladi yang saya buat tadi. Nak resepi boleh amik kat blog saya ni yer...