Sotong Rebus, Udang Celup Tepung dan Tumis Air Bayam!

Aaaaa ccchhhuuummmmm!!!!!
Fuh.... dalam 5 minit sebelum saya taip ni dah 4 kali marathon bersin tanpa henti... jap nak bersin....
Hari ni hari ke-11 puasa. Alhamdulillah, anakanda Cupie dapat puasa dengan jayanya, even dia muntah, cirit birit dan the latest ni... + mama dia pong kena... selsema dan batuk!!!!!

Dalam dok genyeh hidung dan bersin dan batuk, sempatlah memasak hari ni dengan bonda. Biasalah bondaku tu memang lepas tangan dah sekarang ni kecualilah lauk pauk tu yang saya memang tak reti/ tak sesedap dia masak barulah dia masak!. Harini menu biasa je sebab si Cupie nak makan udang celup tepung dna sotong celup tepung je. Bonda nak makan sotong rebus dan sayur bayam. Ayahanda pong lauk sama cuma tambahkan telur goreng je!

Roll on resepi!

Udang Celup Tepung



BAHAN-BAHAN:
          10 ekor udang sederhana di buang kulit
          3 sudu besar tepung beras
          1 biji telur
          Sedikit kapur makan di campur air
          1 sudu besar kelapa parut
          Sedikit garam
          Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA:
1.     Bersihkan udang dan buang kulitnya
2.     Campurkan semua bahan di dalam bekas. Letakkan sedikit air, jangan terlalu pekat atau terlalu cair
3.     Panaskan minyak. Ambil dua sudu minyak panas dan campurkan dengan bancuhan tepung tadi.  Celupkan udang sepenuhnya ke dalam bancuhan tepung dan goreng garing.

Lupa nak tabur serdak dia tadi. Ni versi tak buh kunyit
**
Udang celup tepung sedap di makan panas-panas di cicah sos. Gunakan resepi ini untuk menggoreng sotong, kerang, ikan dan juga gorengan buah-buahan seperti pisang, cempedak, sukun dan juga cendawan. Tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk warna keemasan!

SOTONG REBUS

BAHAN-BAHAN:
          ½ kg sotong saiz sederhana dibersihkan dan dibuang dakwatnya
          4 batang serai di titik
          4 ulas bawang putih di titik
          3 keping asam keping
          Garam dan gula secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1.     Masukkan semua bahan dengan 3 cawan air. Perasakan dan bila mendidih tutupkan api. Sedia dihidangkan


**
Ini salah satu masakan kegemaran keluarga saya. Bila saja ada sotong segar, yang bertelur pula, fuh.... rebus sahaja....siap hirup kuah lagi..... tapi awas, kalau sotong yang kurang segar, ataupun yang telah lama berada di dalam peti sejuk, resepi ini kurang sesuai kerana rasa manis sotong sudah tiada!

TUMIS AIR BAYAM

BAHAN-BAHAN:
          Secekak bayam hijau
          2 sudu besar ikan bilis
          Sedikit bebola ikan (jika suka)
          3 ulas bawang putih
          Sebiji bawang besar
          2 biji cili hijau/ merah
          Serbuk lada sulah
          Garam

CARA MEMBUATNYA:
1.     Panaskan minyak. Tumis bawang dan ikan bilis. Masukkan air, bebola ikan, bayam dan cili. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
sayur darurat
Selamat Mencuba!!!!! Sonang jerrr!!!! 



Puding roti sedap + strawberry dan coklat!

Tu dia!!!!
Memang 'kill kill die die' sungguh tajuk resepi hari ni. Jenuh pikir dah makcik nak buh nama apa puding roti ni, tuh yang kuar lagu tu.... hahahha

Okay, sebenarnya inilah puding roti yang paling senang dan tak banyak karenah tapi sedap dan canteqq... sungguh... tak caya? Mai kita tengok!!!!!

BAHAN-BAHAN

1 buku kecil roti gardenia atau apa2 roti (gardenia lagik sedap ye!)
1/2 buku roti butterscotch / roti mentega / roti manis
1 cawan susu segar
1 cawan susu cair
3 sudu besar mentega dicairkan (ala buh je dalam microwave jap, cairlah dia)
4 sudu besar gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Strawberry filling @ jem strawberry secukupnya
coklat emulco @ pes coklat @ coklat masakan dicairkan @3 sudu milo + 3 sudu air panas

CARA MEMBUATNYA

1. Carik-carikkan roti sesuka hati besar atau kecil.
2. Campurkan susu segar, susu cair, mentega, gula, telur dan esen vanilla ke dalam pengisar dan kisar hingga betul2 sebati.
3. Tuangkan ke atas roti dan gaul biar semua roti menyerap bahan kisar. Biarkan selama 15 minit - 30 minit.
4. Ambil loyang, lenserkan sedikit mentega. Letakkan satu senduk adunan roti tadi. Ratakan strawberry filling @ jem ke atasnya. Ambil lagi satu senduk adunan dan letakkan diatasnya. Ratakan coklat emulco @ pes coklat. Buat begitu seterusnya hingga habis adunan.
5. Bakar pada suhu 160 C dalam 30 - 45 minit bergantung pada adunan dan besar kecil loyang yang digunakan.


Sebelum di 'oven'kan!

Rasa masam dan manis strawberry filing dan pahit manis coklat tu menambahkan kesedapan

Cantikkan layer-layer yang tak teratur tu? Sedap.. tak adalah manis sangat tapi kalau nak lebih manis boleh tambahkan gula atau letakkan sedikit madu!
Cubalah yer... senang jer!

Mee Kari Mamacupie... step by step!

Yuhu.... Salam Ramadhan Al Mubarak! Dah 5 hari Ramadhan baru boleh nak update blog, ni pong sebab saya "cuti", kalau tak memang tak menyempat lagiks!

Okay harini hari Khamis so esok Jumaat (semua dah tahu kan? ehehhe) means, hari esok cuti... Jadi saya dah plan harini nak masak banyak2 dan bahagi2kan kat sedara mara dan jiran2. Kiranya dah jadi adat saya dan ma, kalau bulan puasa memang kami akan masak dan jamu orang bukak puasa, tak kisahlah sama ada panggil datang rumah, saya pergi hantarkan atau tepon je suruh dia orang datang ambil, lagi senang!

Ini ada satu hadith mengenai memberi makan orang berbuka puasa dan sempena bulan Ramadhan, saya dan ma ingin mengambil satu kesempatan ini!

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)

 Dan Alhamdulillah harini saya dan ma berkesempatan. Saya masak MEE KARI! Sebabnya, yang pertama, Cupie suka makan! Yang kedua, saya dah lama tak makan! Yang ketiga, pakcik saya Ayahchik suka jugak dan bila lama sikit saya tak buat, dia pun mulalah bersuara, dah lama tak makanlah dan bla...bla...! Yang keempat sebab arwah abah Cupie suka makan dan selalu cakap mee kari saya menepati selera dia (huhu) dan Yang kelima, entahlah, sebab mee kari saya tak pernah 'post'kan lagi di blog!

Panjang pulak mukaddimahnya.... Mari kita tengok mee kari Mamacupie!

Habis semangkuk rasa nak tido teruih... hahahha

Okay, tadi saya buat untuk seekor ayam, kali ni saya 'reduce'kan resepi ni utk sebelah ekor ayam jer... orang panggil sebelah ke?

BAHAN-BAHANNYA:

Mee kuning dicelur sebentar angkat dan toskan!

Kuah Kari
Setengah ekor ayam potong sederhana kecil (Kalau pergi kedai suruh potong 24 utk seekor ayam)
6 ulas bawang putih
10 biji bawang merah kecil
2 inci halia
2 sudu besar cili kering kisar / 5 biji cili kering 
3 tangkai daun kari
1 peket serbuk kari daging Baba's (peket kecil warna hijau)
1 mangkuk santan pekat
3 mangkuk air (sekadar banyak mana kuah yang dikehendaki)
10-15 ekor udang sederhana (saiz L)
Isi kerang (ikut kemahuan, lebih kurang 1/2 cawan)
Air asam jawa
garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Aksesori Mee Kari
Bebola ikan/ udang/ sotong/ kek ikan/ ketam
Tauhu yang telah digoreng
kacang panjang/ kacang buncis
sayur sawi
taugeh
telur rebus


Daun kari (dah nak pupus dah kat belakang tu, mujur ada anak pokok yang baru nak tumbuh)

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan minyak. Goreng daun kari sekejap biar keluar aromanya. Jangan sampai hangit.


2. Bawang putih, halia, bawang merah dibahagi dua samarata. Satu bahagian di mayang halus dan satu bahagian lagi di kisar bersama cili kering.
3. Apabila daun kari sudah agak wangi, masukkan bawang dan halia dan dimayang halus tadi dan goreng hingga garing. Kemudian masukkan bahagian yang dikisar. Goreng hingga pecah minyak.
Masak hingga pecah minyak. Hendaklah dikacau sentiasa agar tidak hangit/ berkerak dibahagian bawahnya

Bancuh serbuk kari dengan air

Masukkan bancuhan serbuk kari  dan kacau sentiasa hingga pecah minyak. Jika terlalu kering tambahkan air
4. Apabila sudah pecah minyak dan agak garing, masukkan ayam tadi dengan semangkuk air. Kacau sebati, sederhanakan api dapur dna tutup periuk seketika. Biarkan air ayam meresap. Sesekali kacau hingga ayam agak empuk
Masak hingga ayam agak empuk.
5. Kemudian masukkan santan, air asam jawa, garam serta gula secukupnya. Bila mendidih, masukkan kerang dan udang. (Jangan masak udang terlalu lama nanti hilang manisnya)

Untuk Aksesori

1. Celur segala bebola yang di kehendaki serta sayur mayur. Tauhu digoreng.
Celur semua sayuran. Hari ni saya buat extra sebab  nak bahagikan kepada sedara dan jiran2.

Biasanya kalau dihidangkan, yang ni orang ambil lebih!
2. Hidangkan bersama mi dan kuah kari. Mmmm best woooo...

INI CARA STEP BY STEP CAMANA NAK HIDANGKAN!


Bahan aksesori mee kari
Masukkan mee

Kuah karinya dan segala mak neka kat dalam tu...

Tambahkan sayur mayur yang ada


Bebola ikan, tauhu goreng dan telur rebus

Dah siap..... taraa......
Jangan lupa mencuba yer....
Biasanya kalau rumah terbuka setiap hari raya puasa memang saya masakkan mee kari. Boleh dikatakan permintaan ramai jugaklah.... ehehhe sedaplah kot... hahahha perasang!

SPAGHETTI + SARDIN!!!!

Spagetti sardin.... peberet anakandaku si Mat Cupie.... saya kalau malas nak masak, saya buat spageti sardin ni. Setengah peket spageti tu jap je dia habiskan!

Okay... roll on resepi!

SPAGETI SARDIN


1 peket spageti
1 sudu mentega
1 tin sardin besar (ayam brand/ yeo's/ kingcup/ marina) cari yg brand sket baru sedap
1 biji bawang besar Cina (warna kuning)
5 ulas bawang putih
1 biji cili merah besar
1 biji buah tomato belah 4 atau 6
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
garam + gula secukupnya

****
1. Siram air di atas spageti (buang habuk2 kat spageti tu)
2. Rebus spageti dengan air dan mentega hingga lembut. Toskan.
3. Bawang putih didadu halus. bawang besar potong bulat atau belah 4.
4. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
5. Masukkan sardin kesemuanya. Tambahkan air. Masukkan segala sos, cili, tomato dan perasakan.
6. Siap dan tuangkan sos bersama sardin di atas spageti! Mudah je kan!

sos sardin
Tuangkan ke atas spageti. Cupi yang tuang tu yang tumpah merata tu....
Mmmm...

Payahlah makan ngan garfu... ngan tangan je lah cepat sket!

NASI AYAM MAMACUPIE (Resepi Lengkap + step by step)

Salam buat semua
Okay, tgk tajuk harini... NASI AYAM! Ada beberapa kawan dan sedara mara yang minta uploadkan resepi dan gambar nasi ayam di blog MAMACUPIE....  dia orang makan sedap kot! Hehehe perasangggg!!
Okay, entry ni may be panjang sket sebab atas permintaan rakan-rakan, nak kena buat step by step. Insyaallah boleh buat untuk bukak puasa nanti yer!

Sebenarnya resepi ni adalah gabungan resepi dari Cik Mat saya, resepi dari Cik Nah saya dan resepi yang saya dok usha usha kat internet dan beberapa buku masakan yang laing. So saya rasa Insyaallah ianya akan jadi nasi ayam yang paling best antara yang ter best dalam famili saya lah.... kua kua kua kua kua....



Maaflah yer... gambo2 tu x berapa nak menarik sebab makcik kan amatur lagi so saya pong edit2lah setakat mana yang saya tahu guna fotoshop yang baru je gi belajar minggu lepas.... ehehheh

NASI AYAM MAMACUPIE

AYAM


1 ekor ayam potong empat. Buangkan separuh dari kulit dan asingkan kaki, bahagian sayap dan tengkuk (utk sup)
2 inci halia
8 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar madu/ 1 sudu besar gula
1 sudu besar garam halus (secukup rasa)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar cuka / perahan lemon/ perahan limau nipis (nak bagi ayam rangup bahagian luarnya)
1 cawan air

******
1. Kisar semua bahan kecuali ayam. Rasakan dihujung lidah, jika kurang masinnya tambahkan sikit garam. (Ayam tak perlu masin sangat sebab nanti ianay dimakan dengan sos dan sambal kicap) Biar sedang-sedang je rasanya.
2. Perapkan ayam yang dibelah empat tadi dengan bahan kisar. Perap sekurang2nya sejam atau lebih. (Kalau tak sempat pun tak apa, biar dia meresap jap, terus masuk oven!)


Perap ayam dengan bahan kisar

Susun dalam tempat pembakar
3. Ada tiga teknik utk masak ayam perap ni. Teknik pertama, goreng hingga garing dan ianya akan jadi agak kehitaman sikit tapi rangup dari bahan perapan tu sedap. Yang kedua terus bakar atas pemanggang biasa atau dalam ketuhar (letak atas gril) sampai masak.
4. Cara yang ketiga ni saya selalu buat. Ambil dulang pembakar. Lenserkan sikit minyak dan susun semua ayam tadi. Dengan suhu 180C, bakar selama 30 minit hingga jus2nya keluar. Selepas itu keluarkan. Susun semula diatas gril pemanggang dan lapiskan dibawahnya dulang pembakar (agar ketuhar kita senang dibersihkan). Sapukan sambal kicap(tengok resepinya dibawah) yang telah dicampurkan dengan sedikit jus ayam tadi keatas ayam. Bakar lagi selama 30 minit. Hasilnya memang lembut, rasanya meresap dan sedap. Kalau daging pong saya guna cara ni, kompem tak liat walaupun kita guna daging bahagian yang berurat! Ini namanya "kombinasi teknik, kukus, gril, panggang" ala macam iklan yang selalu tengok masa "masterchef selebriti' tu! Ahaks!


tuangkan kicap rata-rata di atas ayam tadi dna bakar hingga masak
SUP AYAM


Bahagian keropeh ayam (sayap, kaki, leher, hati pedal dll)
(kadang-kadang saya masukkan juga ayam dalam seketul dua yang dipotong kecil-kecil)
Rempah kasar - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cabe, lada hitam, ketumbar, bunga cengkih
(kalau ada 4 sekawan tu je pong dah ok)
2 inci halia
6 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
4 biji kentang
2 batang karot
sepeket bebola ikan
3 keping kek ikan
daun bawang, daun sup
2 sudu teh kiub pati ayam (tak ada pong takpe)
garam dan perasa secukupnya
1 senduk minyak masak

*****
1. Mayang halia dan bawang. Potong dadu besar karot dan kentang. Potong kecil ayam dan bebola ikan/ kek ikan
mayang bawang dan halia 
Ini rempah kasar. Dari kiri, bunga lawang, cengkih,kulit kayu manis (ats),buah pelaga, lada hitam dan cabe(ats)
Dadu besar karot dan kentang
Ayam potong kecil

Fishball potong kecil
 2. Panaskan 1 senduk minyak. Tumiskan rempah kasar dulu hingga naik baunya. Kemudian masukkan hirisan bawang dan halia. Goreng hingga agak garing (jangan hangit pulak)

3. Masukkan ayam dan secawan air. Tutupkan periuk dan biar seketika hingga ayam agak empuk

Tumiskan rempah kasar + hirisan bawang dan halia
Masukkan ayam dan secawan air. Tutupkan periuk biar air ayam meresap
 3. Masukkan karot dan kentang serta bebola ikan dan kek ikan jika suka

Masukkan karot dan kentang
4. Kacau dan didihkan seketika
5. Tambahkan air secukupnya. Perasakan dengan garam, dan pati ayam.
6. Bila kentang dan karot empuk, tutupkan api. Hidangkan dengan hirisan limau nipis dan taburkan daun bawang dan daun sup yang dihiris halus
hirisan daun sup dan daun bawang
NASI


1 kg beras wangi/ beras biasa pong okay gak, cuma pastikan penggunaan air agar nasi tidak lembik atau keras
sedikit kulit ayam**
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 batang kulit kayu manis dan 2 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
3 sudu besar mentega / minyak sapi / marjerin
2 sudu besar pati ayam**
sedikit garam
sedikit pewarna kuning lemon**
1 @ 2 cawan sup ayam dari resepi di atas
(kalau guna kiub ayam ambil 1 cawan, kalau tak guna ambil 2 cawan)
Air secukupnya

****
1. Basuh beras hingga bersih.
2. Masukkan sup ayam dan air secukupnya (ukuran airnya sama seperti memasak nasi biasa)
3. Simpul daun pandan dan carikkan hujung2nya. Masukkan dalam beras dan air tadi
4. Masukkan serbuk pati ayam dan garam. Kacau dan rasakan masinnya. Bagi rasa masin tu sikit2 je... biasanya saya letak 1 sudu je garam.
5. Dalam kuali berlainan, panaskan mentega. Masukkan hirisan halia, bawang putih, bawang merah, bunga lawang dan kulit kayu manis. Masak hingga naik baunya. Tuangkan kesemua tumisan tadi kedalam beras tadi. Masukkan beberapa titis pewarna kuning (jika suka) dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga masak. Kareh-karehkan beras semasa ianya mendidih dan bila airnya kering untuk memastikan ianya masak serata dan bumbunya juga.
Tumis dalam kuali berasingan mentega, hirisan bawang, halia dan kulit kayu manis dengan bunga lawang

Masukkan kesemuanya ke dalam periuk

Kacau2 rata kesemuanya baru di'on'kan


Nasi dah masaklah... wanginya....

SAMBAL KICAP


5 sudu besar sos tiram
1 cawan kicap manis
2 senduk sos lebihan perapan ayam (sebab tu bahan perap dikisar denagn secawan air)
2 senduk sup ayam
sedikit air

****
1. Campurkan semua bahan. Didihkan. Jika agak masin, neutralkannya dengan air dan sedikit gula. Biasanya memang agak masin sebab ianya akan dicurahkan keatas ayam nanti yang tak berapa masin

SOS CILI NASI AYAM


10 biji cili besar merah
5 biji cilipadi (jika mahu pedas)
10 ulas bawang putih
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 senduk sos lebihan perapan ayam
2 senduk sup ayam
4 biji buah tomato segar di dadu kecil

****
1. Patah2kan cili. Masukkan kesemua cili dan bawang putih berserta sup ayam ke dalam blender. kisar sampai betul2 hancur.
2. Tuangkan ke dalam periuk/ kuali. Didihkan. Masukkan bahan2 yang lain.
3. Rasa masam manis dan masinnya. (Biasanya kena letak gula sikit bagi samarata rasanya).
4. Tutupkan api. Masukkan buah tomato yang didadu tadi.

Didihkan semua bahan kecuali tomato yang didadu

Tutup api. Tuangkan sos ke dalam bekas lain dan campurkan tomato yang didadu tadi

Ini Sambal kicap yang diletakkan sos nasi ayam!!! Yummy!!!


COMPLETO!!! 


TIPS... actually semua dah tahu tapi tak pa, saya bagitahu gak untuk yang tak berapa nak tahu!

Nampak macam remehkan. Taklah... macam ni. Masa potong dan bersihkan ayam, potong siap2 ayam untuk sup. Masa kupas bawang dan halia, kupas banyak2 terus untuk bahan perap ayam, sup ayam, untuk nasi dan juga sos. Walaupun saya dah banyak kali masak nasi ayam tapi saya tetap bilang/ kira berapa biji nak buat sup, berapa biji nak buat nasi, berapa ulas untuk sos dan bla...bla..bla...

Pas tu, habih je perap ayam, sementara tunggu air perapan meresap tu, buat sup dulu. Bila sampai step dah bubuh ayam, kentang semua tu, sementara tunggu mendidih, masukkan beras. Basuh bersih2. Cari daun pandan siap2. Boleh juga tumis siap2 bahan untuk nasi, yang guna mentega tu la... then bila sup dah mendidih sikit, terus ambil air sup tu buh dalam nasik. Senang kan!. Kiranya kalau bulan puasa, saya masuk dapur dalam kul 5.30/ 5.45ptg gitu. Sebenarnya ayam tu yang lambat sikit. Kadang2 saya tak tunggu sejam pun. terus saya masuk dalam oven. Sedap jugak sebab bila makan dengan sos tu rasa tu dah bercampur2 sebab semua kita guna air dari ayam.... sebab tu namanya NASI AYAM! Insyaallah boleh buat. Upsss satu lagi. Sos dan sambal kicap tu buat last sekali sebab nak guna sup ayam jugak.

Try ya, pastu bolehlah bagitahu saya macam mana, berjaya ke idak.... okay kita roll on gambar lagiks ya!
NASI

SUP AYAM YUMMY!

KICAP & SOS

AYAM YANG DAH DI FOTONG FOTONGKAN!

SALAD TIMUN DAN TOMATO (Pelengkap Hidangan)




SEPINGGAN LENGKAP NASI AYAM MAMACUPIE!


SELAMAT MENCUBA!!!!!