LAKSA UTARA

 LAKSA UTARA

Bila sebut laksa, ada banyak versi laksa kan...

Saya dulu mmg kenal laksa kelantan je. Kalau laksa Penang pun beli yang dah siap kat kedai. Bila saya kahwin dengan orang Kedah, lepas tu menetap pula di Perlis selama 7 tahun, maka hendak tak hendak kena juga belajar buat laksa. Lagipun suami saya memang gemar laksa. Maklumlah dia lahir dan dibesarkan di negeri laksa. Orang yang memperkenalkan resepi laksa dan ajar cara-cara masak kepada saya ialah arwah kakak ipar. Banyak sungguh jasa kak Mun ajar macam2 kat saya. Dia pun kami dah anggap macam mak kami. Al Fatihah buat kak Mun dan juga arwah suami.

Hari ni saya nak share dua jenis laksa. Iaitu laksa kedah aka asam laksa dan laksa perlis tapi versi chinese style yang saya amik dari FB, saya godek2 dan ubah mana yang patut. Terima aksih banyak-banyak yang kongsi resepi dalam FB, semoga sentiasa di murahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Ada satu kisah yang saya tak boleh lupa. Saya ingat, satu masa dulu pernah viral, laksa perlis makan dengan pulut udang panggang. Siap masuk Majalah 3. Zaman tu kalau masuk Majalah 3 kira hebat sangat dah. Keesokan harinya balik dari kerja, suami saya letak laksa dan pulut udang kat atas meja makan. Dia kata, ni lah laksa yang masuk tv tu (dulu orang tak sebut viral).... sanggup dia pi beratur tu sebab isteri dia duk sebut banyak kali... hihi... bila makan tu, mmm sedap jugak tapi bagi saya, tak masuk sangat pulut udang dan laksa... hihi.. biasanya saya taruk toyyu (kicap) sikit dalam laksa ikut style Perlis. Sebabtu kalau kita makan laksa kat kedai di Perlis dan ada juga sesetengah kedai di Kedah, diaorang letak sebotol kicap kat situ. Kicap yang paling legend, kicap cap Gajah! Kenangan, semuanya indah kan!

Laksa Asam Kedah, cuma saya tukar ulam tu, patutnya daun selom dan pucuk gajus tapi saya letak nenas dan salad, style ala-ala Penang

LAKSA UTARA (laksa Asam Kedah) V1

(Sumber: Kak Mun, olahan Mamacupie)

Bahan-bahan:

·       Ikan selayang direbus dgn asam, garam , aji dan cuka

·       Seinci belacan*

·       4-5 biji bawang merah besar india*

·       5 ulas bawang putih*

·       1 senduk cili kisar*

·       1/3 cawan isi udang*

·       Seikat daun kesum

·       2 batang bunga kantan

·       Asam keping

·       Garam dan gula secukupnya

·       Laksa kering

·       Daun salad/daun selom/pucuk gajus, bawang hiris, cili padi, limau kasturi, petis, telur rebus #

 

CARA MEMBUATNYA:

1.       Asingkan isi dan tulang ikan. Kisar tulang hingga hancur dan tapis. Isi ikan kisar separa hancur. Tapis air ikan  dan campurkan semua sekali bersama air

2.       Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air.

3.       Campurkan bahan kisar dan air ikan tadi. Masukkan daun kesum dan bunga kantan yang di belah dua. Air rebusan ikan pon masukkan sekali. Biarkan mendidih.

4.       Perasakan dengan garam, gula dan asam keping.

5.       Laksa kering di rendam sekejap dan apabila lerai bolehlah di rebus.

6.       Hidangkan dengan bahan2 yang disukai bertanda #

 

LAKSA V2, ala-ala chinese style.
Nampak macam sama tapi beza sebenarnya. Kuah dia lagi pekat sbb campur ikan sardin dan petis

LAKSA UTARA

VERSION 2 (Laksa Ala Cina)

Sumber: Perkongsian FB olahan Mamacupie


BAHAN-BAHAN

-          10 ekor ikan Selayang/ kembung besar (1 kg)

rebus(cuka,asam keping, nissey, aji, garam)

-          1 batang serai

-          Lengkuas

-          2 biji bawang Bombay besar

-          7 ulas bawang putih

-          1 inci belacan tumbuk

-          7 biji cili padi

-          Asam keping secukupnya

-          1 sudu makan otak udang/ petis

-          1 tin sardine/ mackerel 475g

-          Cili kisar 2 sudu besar

-          2 sudu makan air asam jawa

-          1 senduk kecil minyak masak

-          1 bunga kantan

-          1 ikat daun kesum

-          1 bungkus laksa kering

-          Garam gula secukupnya

BAHAN UNTUK TABURAN

·       Timun, salad, nenas, bawang hiris, cili padi, asam kasturi, fishcake/ fishball, telur rebus

 

KAEDAH

1.      Blend bawang besar, bawang putih, cili padi dan belacan

2.      Keluarkan sardine dalam tin, cuci dan buang tulang tengahnya. Asingkan kuahnya.Ikan sardine di lenyek2, jangan terlalu hancur.

3.      Ikan rebus, asingkan tulang dan isi. Blend tulang dan tapis, blend separuh isi dan yg lain lenyek2kan kasar. Kuah ikan rebus di tapis amik airnya. Campurkan air dari tulang dan ikan tadi.

4.      Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang di blend tadi bersama cili kisar. Serai dan lengkuas di ketuk dan masukkan sekali bersama tumisan tadi.

5.      Masak hingga pecah minyak.

6.      Masukkan asam keping, air asam jawa, air bersama ikan tadi. Tambah sedikit air.

7.      Kacau seketika. Masukkan sambal dari sardine tadi.

8.      Masukkan bunga kantan dan daun kesum

9.      Masukkan  2 sudu makan gula (jika ikan kurang rasa manis), 1 sudu makan garam, 1 sudu makan otak udang (petis). Kacau

10.  Masukkan isi ikan sardine tadi.

11.  Kacau sebati sampai menggelegak.

12.  Rendam laksa kering 1 jam. Rebus hingga lembut dan toskan

13.  Boleh di makan Bersama bahan taburan. Walla……


CUBALAH, bagi saya dua-dua laksa ada sedap dia yang tersendiri. Kalau yang ada resdung tu saya syorkan, buat yang V1, kurang sikit rasa gatal2 tu sebab letak sikit je belacan. Petis memang tak letak, kecualilah masa nak makan tu kalau ada yang nak, saya sediakan je...

KEK PISANG CUBA SEKALI NAK MAKAN LAGI....

 Kek pisang ni pada mulanya saya tak suka sangat makan. Saya lebih suka makan jemput2 pisang sbb rasa pisangnya menerjah deria rasa tapi.....

Mula2 makan kek pisang ni kat sekolah. Cg Hasnah, rakan seperjuangan suka duka yg saya anggap macam kakak saya, dialah yg mula2 bawa ke sekolah. Sedap wei... kemudian saya bawa balik. Ma kata sedap sangat. Saya pun googlelah cari resepi. Ada banyak version tapi version Aziekitchen dan Che Nom yg paling umpphh. Saya pon godek2 n ubahlah sikit2 ikut kesesuaian.

versi letak kacang sebaga toping

Kek Pisang  


Bahan A ayak:

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 sudu kecil garam

Bahan B (diblend): 

1/2 kg pisang masak tanpa kulit

1 cawan minyak jagung

½ cawan gula kaster
½ cawan gula perang

3 biji telur gred A



Cara cara:

Tuang bahan A ke dalam B sedikit demi sedikit sambil dikacau rata secara kaup balik supaya tepung tidak berketul. 

Tuang adunan ke dalam bekas cup cake atau loyang yang telah dialaskan dengan baking paper. Tak nak alas, boleh sapu mentega dulu rata2 kat loyang tu.

Tabur badam hiris, susun pisang yang dihiris mengikut yang disukai. Nak letak choc chip pun boleh.


Bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga masak atau sehingga ianya tidak melekat pada lidi. 




yang ni terlebih garing sikit tapi bila potong kek tu, tetap moist dan sedap, lembut sangat

Saya dah banyak kali repeat buat ni. Asal ada pisang je kat rumah, terus buat. Bahan pon yg memang sedia ada kat rumah. Cubalah!

PUDING CENDOL NISSEY ( Cendol Gula Melaka)

 Pronounce betul2 des...

Cendol and nissey pudding... kiki

OK. Bila ada puding ni... mesti bulan puasa. Bila bulan puasa, mesti ada puding ni... puding yg mamacupie akan buat masa bulan puasa je. Bulan2 lain tu jarang ngat buat sebab payah jugok nak cari cendol ni...

Saya pon x ingat, pernah ke tak post tentang puding ni dulu2, maklumla dah lama tak memblog kan... takpelah kita share resipi sekali lagi. Kali ni ada olahan sikit. Rasanya resepi ni saya ambil ngan kawan... ke jumpa dalam internet... ke tengok dalam buku resipi? hmm lupa dah. Dah lebih 15 tahun dah rasanya saya guna resepi ni. Anyway, tenkiu banyak2 yg pernah share resipi puding cendol gula melaka yang awesome sangat ni. Pernah juga jumpa resepi yg macam sama, tapi x sama, dan yg ni paling best dan selalu saya guna.


 

BAHAN-BAHAN:

Lapisan Bawah:

10 g agar-agar serbuk

180 g gula pasir

300 g santan pekat

500 g cendol

500 ml air

1/2 sk garam

1 sk tepung jagung 


Lapisan Atas :

10 g agar-agar serbuk
200 g nissey/ gula merah
300 g santan pekat
1 biji telur
1 sk tepung jagung
500 ml air
1/2 sk garam

CARA MEMBUATNYA:

1. Untuk lapisan bawah. Asingkan cendol dari airnya. Campur semua bahan kecuali cendol dan tepung jagung. Kacau dengan whisk bagi sebati dulu, barulah buka api dapur. Bila dan berasap sikit, masukkan tepung jagung yang di campur dengan sedikit air. Jangan lupa sentiasa kacau supaya puding jadi smooth dan tak berketul dan berkerak. Pastikan mendidih blup blup gitu lepastu tutup api. Terus masukkan cendol dan kacau sebati.

2. Tuangkan dalam loyang atau bekas apa-apa pon sesuka hati. Biarkan ianya agak bergetah sedikit dan cucuk-cucukkan dengan garfu supaya lapisan atas dan bawah tidak bercerai nanti. Jangan cucuk kuat sangat, nanti pecah pula puding tu.

3. Untuk lapisan atas. Masak nissey dengan air separuh dari air yang akan digunakan dalam resepi tadi. Contohnya air, 500ml, sukat dalam 300 ml dan masakkan nissey hingga cair sepenuhnya. Tapis nissey yang cair tadi. Campurkan semua bahan lain kecuali telur dan tepung jagung. Seperti lapisan atas tadi, kacau dengan whisk tu hingga sebati. Jangan buka api dapur lagi ye... tunggu jap. 

4. Campurkan tepung jagung dengan telur dan sedikit air. Kacau sebati jangan bagi ada ketulan pung. Kacau dengan garfu pon ok. Lepas tu tuang dalam bancuhan lapisan atas. Kacau-kacau dulu barulah buka api dapur. Tujuannya tak bagi telur tu jadi berketul2, tak cantik nanti puding kita. Masak hingga betul-betul mendidih. Jangan lupa untuk kacau sentiasa ya. 

5. Tuangkan atas lapisan bawah tadi yang sudah agak keras. Jangan tunggu keras sepenuhnya ya, takut ianya bercerai walaupon kita dah menggarfukan ia. hihi. Tuang hati-hati, jangan gelojoh ya takut pecah pula nanti lapisan bawah tu. 
Banyak songeh sungguhla kan...

6. Dan... dah siap. Letak dalam peti ais. Waaaa rasa lemak-lemak santan, aroma daun pandan dari cendol dan manis lemak nissey... walla.... cubalah!

Tujuan adunan puding/ agar-agar kita masak hingga mendidih ialah.... supaya agar-agar tu sebati. Saya pernah terkena sekali, agar-agar/ puding saya tak mengeras pon. Letak dalam peti ais semalaman pon tak keras-keras juga, padahal resepi yang sama. Bila di buat post mortem, rupanya sebab saya tak masak adunan tu hingga mendidih. Itu pengajaran yang saya dapat dan ingat sampai sekarang. Ada saya share tips untuk masak agar-agar/ puding dalam blog saya ni. Boleh usha2 ye...
Adios!

Selamat mencuba!

gambar lama ni, tapi resepi sama ye...







buat untuk geng tadarus tokma

KERABU MAGGI SEAFOOD KEBABOMM...

 Kerabu...

Semua jenis kerabu saya suka. Syaratnya jangan letak taugeh, kacang botol dan kacang panjang mentah. Sayur lain, ok. Kalau yg dah di masak macam goreng ke, letak dalam sayur lemak ke, saya ok je... Entahlah, kalau ada yang tanya kenapa tak makan sayur2 tu... jawapan saya... sebab dia rasa tanah! hihi... Kalau beli nasi kerabu ke, atau laksam, laksa ke mesti saya jenguk dulu apa yg dia orang letak dalam ulam tu... kalau ada taugeh dan rakan2 di atas tu, memang sy tak suruh letak langsunglah ulam.. 

Ok, panjang pula Set Induksi ni... sebenarnya nak cerita tentang kerabu megi jer pong....

Kerabu megi ni first time saya makan masa ke rantau panjang, al kisahnya dah lamalah... 4-5 tahun lepas. Tu kira kerabu megi yg sedaplah. Lepastu masa mula2 Pasar Berek 12 yang baru dibuka, ada satu gerai kecil kat tingkat atas, bahagian makanan tu, jual kerabu megi seafood. Masa tu harga RM10 kira mcm mahallah jugak kan tapi dia punya udang, sotong, ayam, ball2 tu, memang menggiurkan. Jadi, lepas tu saya mulalah tanya resepi dgn kawan2, google dan reka sikit2 maka terhasillah Kerabu megi kebabom yg sedap walllaaaa.... Syaratnya, mesti ada megi siam yg warna merah tu. Kalau tak ada, tak kick megi kerabu kita.

Jom roll on resepi...

BAHAN-BAHAN

·       Megi siam warna merah

·       Udang

·       Sotong

·       Sebarang ball2, jejari ketam, sosej dll

·       Salad

·       Kobis

·       Tomato

·       karot

·       Cili padi

·       Limau nipis (jika perlu)

·       Sos nampla

·       Gula kabong (gula siam)

                                                  

 

CARA MEMBUATNYA

 

1.    Rebus udang dan sotong secara berasingan hingga masak. Masa rebus letak sedikit secukup rasa

2.    Celur segala ball2, jejari ketam, sosej dan lain-lain

3.    Hiris semua sayuran. Tomato buang bijinya. Cili padi potong kasar. Jika suka pedas, pecah2kannya dengan pisau.

4.    Celur megi siam, jgn terlalu lembik. Semasa tengah panas lagi megi tu, masukkan ½  perencahnya dan semua bahan. Letakkan sedikit sos nampla, dan sedikit gula kabong. Perah limau jika nak lagi masam.  Gaul sebati dan rasakan masam masinnya. Masukkan sedikit air rebusan udang. Sedia dihidangkan. So tempting!

 

waaa... terliur tak? setiap kunyahan terasa nikmatnya

versi jimat lauk... hihi

** jangan letak semua perencah nanti masin sangat. Selamat Mencuba!

 



KARIPAP GIANT DAGING DAN TELUR (ALA IKEA) MAMACUPIE

 

Cupie kata, karipap ikan emas mama... hahaha mama ak reti nak klim weh...tekan ngan garpu je, ala2 karipap IKEA gitu

Karipap ni ada banyak jenis dan banyak versi. Ni versi yg saya selalu buat (perlukan tahap kerajinan yg tinggi esp bab nak men'gulit'kan karipap ni)

Saya suka makan karipap, dan ianya favourite abah dan cupie juga. Masalah saya satu je, tak reti nak klim tepi dia tu. Guna acuan pon asyik terbuka je... teruk betul kan...

so terhasillah karipap giant ala ikea ni. Tapi, guna resepi doh karipap ni, memang sangat rangup dan sedap. lepas tu inti pulak letak daging banyak2. letak plop telur rebus. Cupie kata, tak tahulah nak jual berapa ringgit sebijik, mewah sangat karipap mama ni... hadui...bila masa pulok aku nok bukak order... nak buat ni pon, punyalah berchenta (bak kata orang Perlis)....


KARIPAP DAGING & TELUR  MAMACUPIE


UNTUK DOH

·       500g tepung gandum

·       Dua senduk/ setengah cawan minyak masak panaskan hingga mendidih dengan 2sd marjerin.

·       Satu mug air ais dilarutkan dgn ½ sd garam halus


KAEDAH

1.      Masukkan tepung dalam bekas.

2.      Masukkan minyak masak dan marjerin dicairkan, dalam tepung.

3.      Kacau dengan senduk dulu sebab panas

4.      Uli doh dengan masukkan air sedikit demi sedikit hingga tepung

tak melekit di tangan. Guna tangan sahaja sebab dah tak panas.

5.      Simpan sekejap doh sebelum dicanai dan dimasukkan inti (letak dalam peti ais pun boleh)

 

INTI KARI DAGING

BAHAN-BAHAN

·       Daging 250g (direbus  dgn sedikit garam)

·       3 biji kentang

·       3 biji keledek

·       2 sdb rempah kari daging/ ayam

·       3 bji bawang merah

·       2 ulas bawang putih

·       1 biji bawang Holland (optional)

·       Daun sup

·       Garam dan gula

 

CARA MEMBUATNYA

1.      Dadu kentang dan keledek dan rebus separuh masak. Toskan

2.      Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang merah dan putih yg dicincang halus

3.      Masukkan daging yang didadu/ cincang/ hiris kecil, kentang dan keledek, serbuk kari dan sedikit air rebusan daging, gaul hingga sebati dan agak kering

4.      Perasakan dengan garam dan gula serta daun sup yang dicincang halus. Masukkan bawang Holland yang didadu jika suka. Masak hingga sebati.

5.       Sejukkan sebelum di letak dalam doh karipap

6.      Ambil doh yang dicanai, letak inti dan telur rebus yang dihiris bulat. Sapu sedikit telur putih dikeliling karipap, lekatkan dan tekan dengan garfu (sebab saya tak pandai kelim so saya buat besar macam karipap dekat IKEA tu…..)

 

** Karipap ni wpon tak comey sangat tapi sedap sebab inti banyak daging, ada telur. Kulit dia pulok rapuh dan rangup. Simpan lama pon tak ilang rangup dia. Kalau nak frozen, goreng je sekejap bagi perang, toskan dan sejukkan dan letak dalam plastic, frozenkan!

first try nak klim kononnya...