TATKALA KAKIKU MELANGKAH KE WAD CCU HUSM HARI INI!

"Jom teman ma gi CCU Usm. Ma nak gi nawat saing ma situ!" Saya sengih saja dan mengangguk walaupun hati tiba-tiba je ber dup dap dup dap!

Camana ye nak cakap...

wad CCU HUSM. Bulan 8, 2008, lepas Maghrib...
Betullah kata orang, tempat jatuh lagi di kenang... inikan pula tempat yang meninggalkan sejarah duka
yang sangat dalam!

Bila berjalan je dekat foyer di HUSM, lalu ikut farmasi pesakit luar... ada kedai mini mart kat situ... ada Cafe kat situ... pastu ada lif.... naik lif ke tingkat 1... ikut laluan kiri, lalu di lorong yang agak sempit... pusing ke laluan kanan.... tertulis kat depan... wad CCU Perubatan!

Lebih empat tahun lepas... pukul 8.45 malam, saya ikut laluan itulah dengan abah. Cupi dan ma menyusul lepas tu. Saya tengok abah tenang je tapi nampak muka dia lain sikit bila dia suruh saya masuk dulu ke dalam wad CCU. Bila nurse panggil saya masuk dalam satu bilik. Tunggu doktor datang... aduh.. pengalaman itu rasanya tak mungkin akan hilang dari minda saya... melekat je wajah doktor yang memberitahu kebenaran yang sangat pahit itu!

Hari ini saya masuk ke dalam wad, dengan ma. Saya pakai baju biru yang disediakan... saya lalu ikut ruang tempat dia pernah di tempatkan... Ya Allah...  saya rasa macam ternampak-nampak lagi wajah dia yang sudah kaku dan sejuk tatkala saya menciumnya buat kali terakhir di malam itu! Subhanallah!

Lorong yang saya lalui dengan ma tadi... lorong itulah yang saya ikut di belakang jenazah arwah yang disorong oleh atendan hospital dulu. Cuma saya, atendan dan arwah. Sebabnya, abah kena uruskan beberapa hal lain. Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya ketika itu. Mujurlah Allah titipkan ketabahan, kesabaran hingga saya jadi kuat dan dapat mengiringi jenazah dia. Menemani di dalam van bersendirian... hanya saya dan dia... buat kali terakhir! Maha Suci Allah! Tatkala itu saya hanya mampu membaca surah Al-Ikhlas... sebab jiwa saya sudah kosong... sekosong-kosongnya....

Mujurlah ma tak dok lama kat situ. Dia cuma menjenguk sahaja dan memberikan kata-kata peransang buat keluarga sahabatnya itu. Saya rasa, saya boleh pengsan kalau berlama-lama di situ sebab menahan perasaan, menahan gelora rasa yg dah sampai tahap maksimum dah... tapi biasalah saya... buat-buat relaks... sengih jer... macam tak ada perasaan pong!

Itulah kali pertama setelah lebih 4 tahun saya menjejakkan kaki ke wad ICU. Dulu, setahun lebih juga saya fobia, tak boleh masuk hospital. Tapi bila saya sendiri di admit ke hospital akibat over flow bleeding selepas tu, saya dah rasa okay sikit. Tapi masa dok di hospital Kuala Krai... memang sedih dan sayu sangat2. Ye lah, saya ditempatkan di wad sakit puan. Yang rata2nya baru lepas bersalin. Biasalah, mesti ada suami yang datang tengok isteri2nya bersalin kan? Tengok baby.... aduh... malam tu memang saya tak boleh tidur langsung... bersendirian... mujurlah petang tu kawan2 dan student datang menjenguk. Dan mujur jugak, esoknya saya dah boleh keluar hospital. Lega tahap A+++!

Saya cuba buang rasa fobia saya itu dan sebab itulah hari ini saya bersetuju untuk menemani ma. Biasanya saya akan buat banyak alasan. Saya perlu kuat... saya perlu tabah demi untuk Cupie dan keluarga saya.
Al-Fatihah buat arwah suamiku! I still love you, and I will always....

(kuah lodeh + sambal ikan bilis + nasi himpit @ kapit) - LONTONG

YUMMY!
Al-kisahnya... masa kami ke Billion Supermarket kat Kota Sri Mutiara, (bg nama penuh tempat tu lagi, klasss gitu!), bonda beli tempe, tauhu @ taukua, kacang panjang, kobis, dan macam-macam lagiklah.... Mula tu terfikir gak, pesal bonda beli tempe dan tauhu. Biasanya tauhu tu saya je yang beli. Tempe pulak saya tak pernah beli sebab saya tak suka. So... bila ditanya, bonda nak makan lontong!

Aiyoyo... saya tak pernah masak lontong ni. Makan tu suka jugak. Selalunya saya makan di rumah Cik Nah, makcik saya sewaktu hari raya puasa dan raya Haji jer. Search punya search, asyik jumpa resepi yg letak serai, buah keras, halia, jintan-jintan tu... ish rasa macam tak bestlah pulak. Lepas tu baru terfikir. Kenapalah tak tanya makcik saya Cik Nah tu! Ish ish ish.... So dapatlah saya satu resepi yg tersangatlah mudahnya!

Kemudian saya pun telefonlah dia. Bla... bla...bla...

JOM Roll on resepi, untuk 5 orang makan.

KUAH LODEH!

Bahan-bahan:
1. Bawang putih 3 ulas
2. Bawang merah 7 biji
3. 1/2 inci kunyit hidup
-Semuanya di blend halus dengan sikit air
4. 2 keping tauhu
5. 1 keping tempe
-semuanya di goreng dan di potong segiempat
6. Secawan isi ayam
7. 10 ekor udang sederhana di buang kulit.
8. 5 batang kacang panjang
9. 3 helai daun kubis di potong sederhana
10. 1 batang karot di potong dadu
11. 2 biji ubi kentang di potong dadu
12. 1 biji terung di potong dadu
13. Sedikit suun dan sayur pucuk kacang soya di rendam
14. 1 mangkuk santan
15. 1- 2 mangkuk air secukup kehendak

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan kentang dan lobak merah yang di dadu.
3. Bila separa empuk, masukkan isi ayam dan sedikit air.
3. Bila ayam sudah separa masak, masukkan santan dan air
4. Seterusnya masukkan udang dan sayuran yang lain.
5. Bila mendidih, masukkan tempe dan tauhu yang sudah digoreng tadi
6. Perasakan dengan garam dan gula

SAMBAL IKAN BILIS BONDA

Bahan-Bahan:
1. 1 cawan ikan bilis di basuh dan di toskan
2. 10 biji cili kering di basuh, rebus sekejap, tos dan potong kecil
3. 10 biji bawang kecil
4. 4 ulas bawnag putih
5. 1/2 sudu kecil belacan
6. sedikit air asam jawa
7. Garam dan gula melaka secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Kisar halus bawang kecil, bawang putih, cili kering dan belacan dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar hingga betul-betul garing.
3. Masukkan ikan bilis dan bahan-nahan yang lain
4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula melaka

NASI HIMPIT
- 10 bungkus kecil nasi himpit nona


Kuah sedang mendidih

Nasi himpit sedang dalam proses (nona mini)

nasi himpit dah masak

Sambal bilis bonda (sedap giler! Bak kata Cupie)

Ini kuah lodeh

Kuah lodeh + nasi himpit

kuah lodeh + nasi himpit + sambal ikan bilis

Bismillahirrahmanirrahim! Jemput makan ye! Jangan malu-malu!

KUZI KAMBING/ AYAM & ROTI JALA

Asyik makan je kan!
Setiap hujung minggu, weekendlah, rumah saya biasanya penuh dgn sedara mara. Sebabnya kalau bab masak memasak ni serah kat saya dan bonda, Insyaallah kami seronok. bab jamu menjamu orang ni... Alhamdulillah, sedara mara biasanya suka.

Alkisahnya dengan kuzi kambing ni. Abah, dia memang pelihara kambing, lembu, ayam itik kat kampung. So, ada seekor kambing ni baru je lepas beranak. 3 ekor anak dia. Entah camana dia tak boleh nak susukan anaknya so anak2nya semua mati. Dah berubat pong, tak boleh juga. Kambing tu pong dah sebab anak2 dia mati, dia pong gila meroyan, maka abah pong sembelihlah dia. begitulah ceritanya. So, abah bawa balik 1/4 dari kambing tu. Yang lain2 tu dia sedekah kat sedara maranya kat kampunglah. Fikir punya fikir... ma cakap, kita buat kuzi lah, amkan ngan roti jala. So dari semalam lagiklah kami sediakan bahan-bahannya. pagi tadi... masak jer! Alhamdulillah menjadi. So kami pong as usual, panggillah sedara mara terdekat datang menjamu selera. Begitulah alkisahnya.




KUZI KAMBING N ROTI JALA
Mari kita tengok bahan-bahan untuk membuat kuzi kambing/ ayam

BAHAN-BAHAN:
(Untuk 2 ekor ayam / 1kg daging kambing + 1/2 kg tulang rusuk kambing)
-Daging ayam/ kambing
-garam
-kunyit
-halia
-bawang putih
(tumbuk semua bahan dan lumurkan pada daging. Jangan terlalu masin)

BAHAN KUZI
-4 sudu bumbu rempah kuzi (seperti rajah, @ yg sewaktu dgnnya)
-1 cawan minyak masak
- Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih,bunga lawang,
- 15 biji bawang merah, 10 ulas bawnag putih, 2 inci halia di mayang
- 5 biji ubi kentang
- 1/2 cawan kacang badam
- 1/2 cawan kismis
- 4 ketul hati ayam/ semangkuk hati kambing
- 2 tin susu cair
- satu tin tomato puri kecil / 1 botol sos tomato
- 1/2 kg bawang goreng
- air secukupnya
- garam, gula, perasa secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1. Perap ayam/ kambing dgn bahan perapan selama 2 jam
2. Goreng hingga masak tapi jangan garing ya. Ketepikan
3. Badam direndam air panas dan dibuang kulit, kemudian di goreng sekejap. Kismis di goreng. Hati ayam/ kambing dan kentang di dadu dan di goreng sekejap.
4. Masukkan ayam/ kambing goreng tadi ke dalam periuk. Masukkan badam, kismis.
5. Masukkan susu cair, dan tomato puri.
6. Kisar bawang goreng dengan secawan++ air dan campurkan ke dalam periuk tadi. Ketepikan.
7. panaskan minyak masak (1 cawan++), tumis rempah 4 sekawan dan bahan yang di mayang tadi hingga garing.
8. Rempah kuzi di campurkan sedikit air dan masukkan ke dalam tumisan, Tumis hingga naik minyak.
9. Curahkan bahan tumisan rempah ke dalam periuk berisi ayam dan bahan-bahan lain tadi.
10. Masukkan 1 liter air atau secukupnya. Kacau hingga sebati. Didihkan. (Jangan sering m,engacaunya takut ayam. kambing hancur)
11. Perasakan dengan garam, gula, dan perasa.
12. Boleh di makan dengan roti jala atau nasi minyak!
TOMATO PURI

Rempah kuzi yg sellau ma guna

Bawang goreng

kentang yang di dadu dan digoreng

Ayam yg dah digoreng

Daging kambing yg dah digoreng bersama kacang badam, kismis dan hati dadu goreng

Campuran daging ayam goreng, kismis, badam
bawang putih, bawang merah, halia n rempah 4 sekawan
Bahan tumisan rempah

Campuran ayam goreng, badam, kismis, susu cair, tomato puri dan kisaran bawang goreng


Kuah kuzi sedang mendidih

Ini kuzi kambing dan roti jala! Ahaks
Roti jala. Lain kali saya upload resepi kay!
tengah nak melipatnya...



YUMMY!
Okay. Selamat Mencuba yer!

Pulut Kuning Rendang Ayam "Lavender Dari Rochester"

Waduh... panjang bebenor nama resepi teman!

Sebenarnya, hari ni rasa seronok sangat walaupun lotisss sangat! Tu yang takleh tido... sebab letih!
Hari ni bermula dengan ke TESCO kul 9 pagi. Balik tesco ke Pasar Berek 12. Balik pasar, siang ayam, sedia bahan untuk buat rendang. masak dan bla...bla.. smapai kul 3.30 beb! Lepas solat, bonda minta tolong 'harung' pulut (Kacau santan dalam pulut kukus). Siap pulut kuning rendang ayam semua, bungkuskan untuk di bagi ke jiran2 tetangga. Kul 5.00 baru siap. Tengah dok basuh pinggan mangkuk periuk belanga, Cik Nah n family datang. pastu Che Nin n famili, pastu Che Dah n family pastu Mek Ja (cousin) and family. Layan sikit sebanyak, lepas solat, terus pergi hantar pulut kat jiran-jiran. Balik rumah, ada jiran yang baru pindah bertandang pulak. Che Nin, Mek Ja n family masih ada. Dia orang nak tunggu lepas solat baru balik. Hidangkan pulut n rendang kat anakanda Cupie dan Tok Bah sebab dia orang tak makan lagi. Kemas apa yang patut pukul 9 malam dah. Cepatnya masa berlalu..................

Actuallynya cam gini! Novel baru saya LAVENDER DARI ROCHESTER (LDR) baru je saya dapat kelmarin. Punyalah excited dan seronok. Kawan-kawan pon bagi sokongan dan minta saya belikan untuk dia orang. So, terdetiklah di hati, buat pulut kuning sikitlah utk buat kesyukuran sikit. Kongsi makan ngan sedara mara n jiran-jiran,. Tu yang tercetusnya idea tu!

Pulut Kuning Dari Rochester. AHAKS!


Dah di pek utk diagihkan pada jiran-jiran n sedara mara n sahabat handai


Inilah hasilnya! Ten tereng.....
Buku yg baru sampai sebelum diagihkan ke kawan2 yg mengorder
seronok... tenkiu Allah!
Seronok bila ramai kawan2 yg support. Semangat nak berkarya semakin membara.
Tenkiu kawan-kawan!

Tolonglah aku....

Suspen tak tajuk entry kali ni? muahahha
Bukannya apa... saya ni tak berapa nak tetap pendirian dan mudah beralih arah.... Yang kecewanya sape? Saya jugak!

Hadoi... camana ni? Kononnya tahn baru, azam baru lah... walhal azam tu sama cam azam yang saya buat 20 tahun lepas... cuma 20 tahun lepas tu azam kecik2 je, yg azam besar2annya sejak lepas bersalin... 10 years ago! Can you imagine? Tak tercapai-capai lagiks azam saya tu... makin teruk adalah.... Hadoi yai...

Guess what? Azam sayalah.. of course semua boleh teka kan... kacang je soalan tu... tanya anak sedara saya si Farouq tu pong dia tahu! Nak SLIM kan badan! Oh no... masih belum tercapai lagiks!

Hujung tahun lepas saya diet low carbs. Guna asld2. Memang berjaya, tapi bila ada masalah sikit, kantoi... hahhaha... macam tulah makcik tihah ni... tak berubah2 perangai hangat2 tahi ayam dia tuh.... tapi... bersaksikan bloq ni dan pembaca2 sekalian.... saya rasa tahun ni... saya nak realisasikan azam saya yang berpuluh tahun terkantoi ni.... betul! Tak caya? Kita tunggu akhir tahun ni yer.... muahahha (gelak berlagak)

Harap2 saya berjayalah... semuanya dalam diri saya sendiri sebenarnya. Semua orang yang terdekat dengan saya bagi sokongan, even si Cupie tu pong tolong saya kira berapa kandungan karbohidrat dalam makanan yang saya makan! namun saya kecewakan dia bila saya cakap... "hari ni mama tak diet lah... letih!" dia mencebikkan mulutnya lepas tu dia cakap..."Memang tu lah selalu alasan mama. Cupie tak caya dah..." Bila saya nak start berdiet balik, dia akan cakap "Betul ke ni mama? Tengok-tengok petang ni mama cakap, tak dietlah hari ni, esoklah...." Ish ish... dia pong tahu snagat dengan mama dia nie. Terukkan mama? Biasanya saya terkantoi dengan segelas nescafe susu! Kalau tak pun dengan keropok lekor dan keropok keping! Nak buat camana, tu peberet saya!

Okay berbalik pada cerita diet ni... tujuan saya nak slimkan diri... adalah dalam 30kg gituh...(boleh ker?) Boleh kot, Insyaallah... orang lain boleh, takkan saya tak boleh kan? Tujuannya sebab saya takut... sebenarnya selama ni saya selesa dengan macam ni sebab saya tak ada sakit apa-apa (Alhamdulillah!). Macam diabetes ke, darah tinggi ke gout ke, jantung ke... cuma satu je masalah saya ialah haid saya yang pelbagai karenah. Tapi tak adalah sampai mengganggu sangat. Biasalah bila kita rasa selesa, kita tak mahu nak ubah dah, tak mahu nak keluar dari rasa selesa nih kan? Pastu saya terfikir. Saya tinggal dengan ibubapa saya, just me and cupie. Bagi Cupie pula, sayalah ibu dan sayalah bapa dia sebab ayah dia dah tak ada. Selama ni pong apa-apa kerja terutama urusan luar rumah semua saya yang buat. Kiranya kereta ibu saya tu, kalau letak minyak rm10, sebulan pun tak habis lagi! punyalah tak berjalan kemana-mana kecuali ambil Cupie dari sekolah yang jaraknya 4 km dari rumah, kalau tak ada fardhu ain, 2 kali seminggu sahaja. Yang lain, ke pasar ke, ke klinik, ke rumah saudara mara dan apa2lah, semuanya saya yang buat! Kadang-kadang je bonda atau ayahanda yang handle.

Baru2 ni, abah saya terkena sakit 'bell palsy'. Mulanya kami ingatkan strok sebab muka abah jadi senget sebelah sahaja. Teruk juga. Abah juga di diagnos ada batu karang dalam buah pinggang dia. Pastu saya terfikir... kalaulah saya sakit... apa akan jadi dengan keluarga saya? Memanglah mak saya boleh drive, abah pun masih boleh drive tapi sampai bila? Sekarang ni pun mereka kerap uzur... aduh... bila saya terfikirkan semua itu saya jadi takut... sekurang2nya kalau saya tak hirau sangat kesihatan tubuh badan saya untuk diri saya, tolonglah jaga kesihatan diri saya untuk keluarga saya yang memang perlukan saya! Badan besar, chubby ni, memanglah comel...(ye ke?) tapi banyak buruk dari baiknya kan? Kesihatan adalah priceless...

Saya dah start balik diet cara saya ni dua hari lepas. Tup-tup ari ni, bonda masak nasi dagang. terpaksalah saya masak gulai dna makan! Hahahha... tak apelah... esok dan hari-hari seterusnya saya akan amalkan gaya hidup sihat... Insyaallah... Doakalan saya yer, semoga saya berjaya dalam azam saya tahun ni... sihat dan sentiasa dapat berbakti kepada keluarga saya dan anak-anak didik saya! Amin!

Tiba-tiba je rindu zaman2 muda dulu... masa tu chubby sikit2 jer... hihihi
Masa ni dok USM... comey budak baju merah tu... ehehhe
Slim melim lagiks... sama besar je ngan budak kecik dua orang nih... ehehhe
Kenangan di MRSM PC, 1993 SPM time...
Masa di baktisiswa USM.. kalaulah blh slim cam gini.. 
Inilah gambar sekarang... waduh...waduh....
Okaylah, over nampak teringat2 kisah silam... hahahha... tak apalah... yg penting kesihatan diri kan!