PERCIK JAWA... apa tu???

Percik Jawa? Mula-mula dengar nama resepi ni memnag 'curios' gila nak tahu camanalah rupanya menu ni.
Okay, al-kisahnya begini.

Makcik saya ni, dulunya ahli PERKEP, maklumlah suaminya, (pakcik sayalah), anggota polis sebelum dia pencenlah ehehhe. Okay, makcik saya ni panggilan kami ialah Cik Nah dan suaminya kami panggil AyahChik.
Memang Cik Nah ni banyak resepinya, sebab diakan selalu ikut suaminya kerja kat merata negeri kat Malaysia ni. Al-kisahnya percik jawa ni, mula2 saya rasa masakan ni ialah masa bulan puasa, bukak puasa hari pertama tahun 2008. Macamana saya boleh ingat sedetailnya cam gini kan? Okay, sebabnya, seminggu sebelum bulan puasa tahun 2008, suami saya meninggal dunia. Jadi, saya masih cuti lagilah waktu tu. Mood pong dalam mood sedih lagi. Memang tak lalu makanlah, tengok makanan tu teringat kat arwah, tengok yang ni teringat dia biasa masak, dia biasa beli dan bla...bla...bla... so memang takde selera. Jadi 1st bukak puasa tu CikNah dan AyahChik datang bukak puasa sama dengan famili saya utk memeriahkan majlis yg tak berapa ramai orang tu sebab semua ahli keluarga lain dah balik kerja. Tinggallah saya, anakanda, tokma dan tokbah. Juadah yang CikNah bawak ialah Percik Jawa!

AyahChik kata, kalau makan percik jawa ni memang kita akan berselera, dengan nasik panas-panas pulak tu. So, memanglah ada terbuka sket selera tu sebab rasanya yang masam, manis dan lemak. Kuah percik jawa ni sedap dimakan dengan ikan bakar @ pun telur ayam/ puyuh rebus! Camana rupanya? Roll on now!

ini ikan bakar dan kuah percik jawa
PERCIK JAWA CIK NAH



BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembong/ selar (sederhana besar)
3-4 biji mempelam muda diracik halus (kalau nak lagi masam letakkan banyak)
Santan pekat dari sebiji kelapa
ditumbuk
 
4 biji cili padi
2 biji cili merah
sedikit belacan (tak buh pun tak pe, kalau buh lagi best!)
Garam dan gula

 CARA MEMBUATNYA:
1.     Ikan dibersihkan dan dilumur sedikit garam kunyit lalu di panggang hingga masak (jangan terlalu kering)
2.     Blend cili, belacan dan sedikit air. Masukkan semua bahan kecuali mempelam ke dalam periuk. Didihkan kemudian masukkan mempelam dan tutupkan api
3.     Tuangkan ke atas ikan yang sudah di panggang tadi

cili merah, cili padi, belacan dan air, blendkan sampai lumat...

mempelam telur (pauh ringan) racik atau hiris nipis2

Masakkan hingga mendidih dna perasakan dengan garam gula. Bagi manis sket baru best!

TARA.... ni versi buh telur rebus... kira makan lauk ni je hari ni....

**
Makcik saya, Cik Nah memang pandai memasak, terutama masakan tradisional. Semuanya dipelajari semasa menetap di beberapa buah negeri kerana mengikut suaminya yang bertugas sebagai seorang pegawai polis. Selepas  suaminya pencen Cik Nah kembali menetap di Kelantan jadi, banyaklah resepi-resepi yang saya dapat belajar darinya. Ikan boleh juga dikukus dan ia juga boleh digantikan dengan telur ayam atau telur puyuh rebus! Kuah percik ni tahan sebulan lebih kalau di sejukbekukan!











FRUIT TART... tat buahlah...

FRUIT TART... Fuh, memnag saya sangat menggemarinya. Kulit tat yang rangup tapi gebu, fillingnya yang creamy, serta kemasaman dan kemanisan dalam buah2an campuran yang diletakkan di atasnya.... memnag sedap!

Once upon a time dulu, memang saya tak reti langsung nak wat dia punya kulit tat. Rasa cam remeh sangat. Ye lah, lepas uli2, kena letak dalam peti ais dulu, pastu kena canai kena terap pulak... banyak kerja. So bila rasa nak makan, suruh je lah cousin saya di http://damya-delights.blogspot.com/ tu yang buat. Memang bestlah tapi lama2 dia boring gak asyik suh dia buat so saya pong mintak tolong dia buat kulit je, filing tu saya buat. Last2 dia malas saya pong try buat. Rupanya, senang gila beb! Tak payah sejukkan, canai, terap. Lepas je siap doh terus tekan masuk acuan. Lebihannya potong ngan pisau. Bakar, then siap! Boleh letak filling apa pong yang rasa nak letak. Senang  je beb rupanya. Nyesal I tak buat awal2 tau!

Okay, mari kita kongsi resepinya. Saya dapat dari cousin saya di http://damya-delights.blogspot.com/.

TAT BUAH IKUT SUKA HATI AWAKLAH.... (nama yang diberikan oleh diriku sendiri)

BAHAN PASTRI!

250g butter (sebuku)
50g marjerin
550g tepung gandum
1 biji telur
100g gula aising/ kastor
secubit garam
esen vanila

CARA MEMBUATNYA:
Mentega, marjerin, dan gula di pukul sebentar. Mentega tu letak kat luar bagi lembut dulu pada suhu bilik. Kacau dengan senduk biasa je. Tak payah guna mesin. Bila dah agak sebati, masukkan telur dan esen vanila. Pastu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kalau ikut cara orang malas cam saya, tak payah masukkan dalam peti ais. Terus bulat2kan setebal mana kita nak buat doh then tekan je dalam acuan tartlets. Lebihan atasnya potong dengan pisau, kemudian kemaskan. Buat sampai cukup satu tray kat dalam oven. Cucukkan dasar adunan dengan garfu. Bakar dalam suhu 180C selama 20-25 minit hingga masak. Keluarkan dari ketuhar. Sejukkan sebentar. Terbalikkan sahaja bekas tartlets tadi dan kulit tat akan meluncur keluar. Berhati-hati jangan terlalu 'ganas', nanti kulit tat tak cantik tau! Kena lemah lembut sikit!

BAHAN FILLING KRIM KASTARD

BAHAN A
250ml susu plain (boleh guna susu segar@ susu cair)
50g gula
100g mentega

BAHAN B
250ml susu plain
40g tepung kastad
1 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
sedikit esen vanila

SAPUAN JELI
20g serbuk jeli
300ml air

HIASAN
*fruit cocktail
buah strawberi, kiwi,anggur,peach,rasberi, ceri dan bla...bla...bla...

CARA MEMBUATNYA
1. Bahan A didihkan. Tutup api.
2. Campurkan semua bahan B. Kacau dengan whisk hingga sebati dan tidak berketul-ketul
3. Tapiskan Bahan B ke dalam Bahan A. Masak hingga meletup-letup. Hendaklah sentiasa dikacau.
4. Ambil kulit tat (pastri tatlet) tadi, letakkan krin kastard dan kemudian susunkan buah-buahan segar di atasnya. Boleh juga diletakkan sedikit buah dari 'fruit cocktail' kemudian susunkan dengan buah-buahan segar. Kalau rajin, sapukan sedikit jeli keatas buah2an tadi agar nampak berkilat dan cantik.

**Saya mencampurkan 250ml susu cair+250ml susu segar untuk filling krim kastard. Marjerin dicampur dengan mentega untuk pastri tatlets kerana jika hanya mentega digunakan ianya menjadi sangat rapuh dan mudah pecah. Jika menggunakan marjerin terlampau banyak, pastri tatlets akan menjadi keras dan tidak rangup.

disusun untuk diletakkan filling krim kastad

Baru keluar oven!
Buah-buah segar yang digunakan

Siap diisi filing krim kastad dan susunkan buah
Susun dalam bekas sebelum dihantar kepada pengordernya
sedap wooo...trylah buat, senang je!
Ini 'giant fruit tart' , untuk hantaran
Giant fruit tart ... different hiasan

B'DAY CUPIE!

06.05.2012, genaplah 10 tahun usia anak kesayangan mama. Muhammad Fadlis Shufi bin Mohd Shuib.
Sejarah nama Cupie ni, kononnya gabungan nama saya dan nama abahnyalah. Saya Fatihah, abahnya Shuib so ambil pangkalnya. Fa dan Shu ... kebetulan masa dok ngorat2 ngan abah dia tu, saya kena praktikal mengajar di SMK Kulim , Kedah. Masa tu saya ajar add maths ngan ICT so adalah seorang pelajar saya tu mas atu form 1, tahun 2000 kalau tak silap. Nama dia Fadlis Shufi. Saya memang suka dengan dia sebab budak tu baik, sopan, kena pulak nama tu ada ciri2 nama yang dicari untuk 'bakal' anak kami.... ehehheh. Itulah alkisahnya.

Okay b'day Cupie ni utk tahun ni ada dua kali celebration. Yang pertama celebrate ramai-ramai ngan cousin2 dia, ngan Tokma, ngan AyahNgah dia sekali masa gi KL minggu lepas. Yang keduanya celebrate kat rumah Tokma kelmarin dulu. Sebabnya, masa celebrate kat rumah AyahNgah n CheNgah (adik n adik ipar saya) di Bangi tu, dia komplen, dia tak kenal pong tetamu yang hadir. Pastu dia tak dapat hadiah. So utk memuaskan hatinya buatlah sekali lagi kat rumah TokMa kat KB.
Ngan adik2 sepupunya nak nyanyi hepi besdey


Budak Payok ni dha tak sabar nak potong kek! Dia kata nak potong muka mama dia dekat kek tu! Macam-macam budak ni... kelakor...

Dia potong kek tang gambar dia!
Inilah rupa kek. Semua orang ada...
Okay, tu masa kat rumah Ayah Ngah ngan Che Ngah, saya lupa nak amik gambar makanan2 pada hari tu
Banyak jugaklah menunya. Yang utama of course nasi kerabu kuning ngan gulai kuzi. Ada lauk tambahan cam ikan celup tepung, telur masin, ayam goreng, daging goreng kering, ayam percik kelantan, pastu desertnya macam2 jugaklah, puding karamel of course sebab adik iparku memang pakar buat puding ni, pejam sebelah mata pung jadik! Hahahha... then, fruit tart, puding jagung, dadih, cupcake dan bla..bla...

Okay, kat rumah tokma pulak, buat menu ala kanak-kanak jer... cam bihun goreng, tat buah, cupcake, kek karot walnut, burger mini, sosej nuggets dan bla.,..bla... yang bestnya, daging burger tu saya buat sendiri... hahahha... mujurlah jadi.... roll on gambar menu!

mini burger first time buat burger daging sendiri. Mujurlah respon nya 'best!'. Nanti saya bagi resepi kay!

Ini gambar masa dah setengah majlis dah... lupa nak amik awal-awal...






Cara menghias trifle buah-buahan edisi 2 (utk meja pengantin)

Okay, hari tu saya dah ceritakan bagaimana nakn hiaskan trifle buah dalam bekas lutsinar yang besar, okay, hari ni kita hias dan buat trifle dalam bekas puding untuk makan beradap pengantin, ataupun untuk majlis-majlis tertentu. Okay, resepinya boleh roll on balik di http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/04/cara-cara-menghias-trifle-buah-buahan.html

Okay, mari kita tgk cara-caranya
gelas yg telah dihias oleh bondaku
buah-buahan segar

Letak kek gulung, curahkan air koktel dan susun buah

gambar dari sisi

Nampak merah hijau tu yang bagi menarik
Dah siap lapis kastad dan jeli, dekat2 nak keras jeli tuh, hiaslah dengan buah kat atasnya. Ini  foto masa buat dalam bekas kaca sebabnya terlupa nak shoot sebelum tutup bekas ehehheh
Dah siap, boleh disimpan dalm peti ais dulu bagi sejuk. Kemudian, hidangkan . Mesti lepas tu ada yang tanya, "Siapa yang buat ni, comellah!" ataupun, "tempah kat mana ni?" ehehheheh