Okay, dah lama sebenarnya saya tak buat sandwich... walhal itulah makanan asasi yang termudahhsss sebenarnya, cuma potong, bukak tin, campak, curah, gaul! Fuyyooo...
Okay, untuk nampak lebih kaya...maksudnya lebih creamy, lebih mengancam gitu so saya buat lapis klentang bersama tuna. Ayahanda, bonda dan anakanda serta adinda2 semua sukalah... kenkawan kat sekolah kat Perlis dulu selalu jer suruh buat... rindu kat kenkawan semua!
Saja letak inti banyak sket bagi ala-ala nak meleleh gituw.. |
Okay, kita tengok resepinya
BAHAN-BAHAN:
roti putih kalau blh Gardenia atau Hi 5. Roti murah pun boleh cuma bila dah sapukan inti dan dah dilapis2 tu perlu wrap dengan plastik wrap tu atau letak dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan roti menjadi kering dan keras dna tak sedap nak makan.
marjerin/ mentega untuk disapukan di atas roti
Inti layer 1
4 biji kentang
2 sudu besar mayonis
1 sudu teh serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam dihancurkan
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 cawan susu segar / susu cair
sedikit garam
Inti layer 2
1 tin tuna in oil / sardin (jenama ayambrand/yeo's/kingcup @ marina) - yg lain tu kurang menyengat rasanya
1 biji timun batang saiz kecil
1 biji saiz kecil bawang besar cina (putih)
2 biji tomato saiz kecil
2 biji cili merah
4 sudu besar mayonis
sedikit garam
CARA MEMBUATNYA:
1. Kentang dibasuh bersih dan di rebus dengan air dan sedikit garam sehingga empuk
2. Toskan, kupas kulitnya dan dilenyek sehingga hancur
3. Campurkan mayonis, serbuk pati ayam, serbuk lada hitam dan lada putih. Gaul rata.
4. Masukkan susu segar/ cair dan gaul rata. rasakan masin masamnya.
Inti layer dua
1. Asingkan tuna dari minyak. Lenyek hingga hancur. Jika menggunakan sardin, buang sos tomatonya dan tinggalkan sedikit sahaja.
2. Semua jenis sayuran di potong dadu kecil, lalu di gaul bersama tuna tadi.
3. Masukkan mayonis dan sedikit garam. Gaul rata dan rasakan masin manis masamnya
CARA MENGHIDANGKAN:
1. Ambil dua keping roti dan sapukan dengan marjerin/ mentega
2. Sapukan inti kentang ke atas roti tadi dan sekeping lagi disapukan inti tuna
Satu disapu marjerin dan kentang. Satu lagi disapu marjerin dan tuna. lapiskan |