SHEPERD PIE

Salam semua

Masakan omputihlah kononnya. Sebenarnya senang jer nak buat tapi kita jer yg tak berapa nak rajin. ehehhe
Bonda suka sangat makan kentang so resepi ini dedikasi untuk beliau. Resepi sherperd pie yang termudahsss lah saaaangat! Selamat mencuba


BAHAN-BAHAN

Kulit pai
5 biji kentang
susu segar
garam
telur kuning dan pewarna kuning

Inti
daging cincang
cendawan butang
bawang besar
bawang putih
sos tomato
sos cili
herba campur (mix herbs)
serbuk pati ayam
garam dan gula
mentega

CARA MEMBUATNYA:
1. Basuh kentang dan rebus dengan sedikit garam hingga empuk
2. Sejukkan sebentar, kupas kulit dan lecek
3. Campurkan secawan susu segar dan sedikit garam dan lenyekkan lagi. Kalau malas, guna je mixer tapi jangan lama sangat putar, bimbang takut ianya menjadi liat dan tak cantik. Ketepikan
4. Untuk inti. Panaskan dua sudu mentega/ marjerin dan tumis satu labu bawang besar dan 3 ulas bawang putih yang sudah di racik/ dadu halus hingga wangi dan layu
5. Masukkan semangkuk daging cincang/ ayam cincang, 3 sudu sos tomato dan 3 sudu sos cili, 1 sudu serbuk pati ayam dan sedikit mixherbs/ oregano.
6. Masukkan 1 tin cendawan butang yang di hiris nipis serta perasakan dengan garam dan gula
7. Sediakan dulang pembakar. Masukkan kentang lecek sebagai kulit pai di bahagian bawah. ratakan ke seluruh dulang. Kemudian masukkan inti (ketebalan inti atas kehendak masing-masing). Kemudian tutupkan inti dengan kentang lecek dan ratakan.
8. Sebelum di bakar, sapukan bahagian atas pai dengan kuning telur yang sudah di campur sedikit pewarna kuning
9. Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit dalam suhu 180 C

isi kentang

kentang lecek

inti pai

ratakan kentang lecek

masukkan inti dan ratakan

tambahkan kentang lecek di bahagian atas dan ratakan

telur kuning yang sudah dicampur sedikit pewarna kemudiannya di sapu keatas pai sebelum di bakar





KUEY TEOW KERANG 'MAT JOE'

SALAM
Dah lama tak memblogkan diri
Tahun baru ni mmg the sibukest of the world
okay... atas permintaan kenkawan, saya nak post resepi kasih sayang cinta abadi
... ten tereng.... kuey teow kerang resepi my husben

Ada citer di sebalik kuey teow ni tapi...
mmm... tak pelah, kita roll on recipe...


KUEY TEOW KERANG 'MAT JOE'

(Gorengan untuk sepinggan-sepinggan okies!)

BAHAN-BAHAN;
(Utk sos semua guna sukatan sudu kecil/ sudu teh)
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil sos ikan / nampla
1 sudu kecil cili giling/ cili boh
1 sudu kecil bawang putih cincang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
sedikit kucai
sedikit tauge
kerang @ udang @ isi ayam
sebiji telur
segemgam kuey teow

Ini sos sos yang saya guna. Jenama apa pun tak apa

kucai

taugeh
telur
cili giling @ cili kering mesin

kuey teow yang sudah di cerai-ceraikan
isi kerang

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan satu sudu besar minyak masak
2. Tumis bawang putih dan cili giling hingga agak garing
3. Masukkan kerang/ udang atau isi ayam
4. Masukkan semua sos
5. Masukkan segenggam kuey teow. Kacau hingga sebatikan sos
6. Tolak kuey teow ke tepi dan letakkan sedikit minyak. Pecahkan telur
7. Biarkan telur mengeras sedikit baru di hancurkn.
8. Masukkan kucai dan taugeh. Siap.
9. Hidang segera


tanpa kucai n taugeh utk anakanda