Birthday diriku dirimu.... tanpa dia....

lama bebenar dah tak update blog. Tak tahulah sibuk apa ke mendernyer... banyak sangat sibuknya, last2 dok depan tv gak, layan movie yang di downloadkan oleh anakandaku tu... ish ish...
Saja je ni nak cerita sikit. Sekarang kul 10pm. 2 jam agiks, masuk hari baru, 22 Oktober 2012, means umurku dah meningkat setahun lagi.... cepatnya masa berlalu.... cepat sangat-sangat....

Bila ingat-ingat balik, kenang-kenang balik.... 6 tahun bergelar isteri kepada seorang lelaki yang disayangi.... setiap kali hari jadi, ada je ucapan dari hubby... kadang2 dia beli hadiah pastu suruh anakanda bagi... kadang2 dia buat-buat lupa pastu malam tu kami gi dinner... best kan! Best bila ada orang yang sayang dekat kita kan... sebenarnya deep inside, dalam dan jauh kat lubuk hati, dia ingat birthday saya pong saya dah gembira sangat-sangat. Apatah lagi bila ada hadiah.... hadiah yang paling best? Apa yer... semuanya best. Dia bukannya romantik pong... tapi dalam tak romantik tu pernah dia bagi sejambak bunga... tak caya? hihihi.... bunga kering pulak tu, tu yang kelakar tu.... bunga kering yang last2 saya top upkan kat dalam gubahan bunga dalam tempayan kat rumah kami..... hahhahah....sampai sekarang bunga tu masih ada.... selagi ianya tak reput, biarlah ia di situ.... sebagai pengganti dalam sebuah kehilangan... chewahhh... start nak jiwang dah ni....

Kenangan... semuanya indah kan... apatah lagi kenangan dari seorang yang kita sayang... yang telah menjadi sebahagian dari hidup kita kan? Bagi saya, kenangan indah itu tak perlu kita lupakan, tak perlu kita paksa diri untuk lupakan.... sebenarnya itulah penggerak kepada kehidupan kita selepas ini... betul! Tak caya? Betullah.... tapi... mungkin pandangan kita berbeza... Ada sesetengah orang yang memang tidak mahu kenangan sentiasa melingkar, kerana ianya akan menyakitkan... walau semanis apa pun kenangan itu.... tapi itulah... pada saya 'tidak'! Kenangan itulah yang masih membuatkan saya terus tabah menjalani hidup bersama anakanda kami.... Cuma kadang-kadang tu memang rasa sedih... terutama bila tiba-tiba je rasa RINDU!

Okay, pernah dengar lagu ni tak? KEHILANGAN... nyanyian Firman, artis Indon... mak oi... memnag menusuk kalbu... siap saya boleh tangkap leleh sampai tahap terisak-isak kat dalam keter sorang-sorang masa nak gi sekolah. Bila sampai kat sekolah, saya cakaplah kat kenkawan yang saya selsema teruk, asyik bersin je sampai merah hidung, mata bengkak.... hahahhah


Lirik Lagu Firmal Idol Kehilangan Lyrics

Browse: /  /  / 
Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
*
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Reff:
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Back to *, Reff:
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi.. (2x)

Sebenarnya lirik ni tak adalah sama 100% cam kisah hidup saya tapi sebab ada tang 'kehilangan' tu yang menyebabkan jiwa kacau sikit.... ehehheh enjoyyyy.... dan 

HEPI BIRTHDAY diriku! Rindu abang! Uwaaaaaaaaaaaaaaa....
Al-Fatihah buat arwah suamiku!


http://www.youtube.com/watch?v=y5v6THcwgfA boleh tengok youtube lagu ni kat sini... huhuhuhu

Resepi diet rendah karbohidrat versi 3 - Sayur air tauhu dan udang

Tauhu, ada orang panggil taukua... apa apa pong ianya produk soya yang rendah carbsnya cuma 1.6g satu keping besar tu kan... so camana nak masak ye, takkan nak goreng je... nak masuk dalam sayur camtu kadang-kadang hancur... so... saya buatkan satu resepi sayur the mudahhhhhh's in de whole world... betoiiii...

SAYUR AIR TAUHU DAN UDANG
(carbs keseluruhan 6.5g, satu hidangan 3.3g)

Bahan-bahannya:
- 3 keping tauhu 
- 1/2 mangkuk udang (kalau nak ratah lebih letak lebih...udang galah pong lagi ok!)
- sayur sawi cina
- bunga kobis
- 1 biji tomato (buang bijinya)
- 1 sudu besar sos tiram
- garam dan sedikit serbuk lada sulah
- 2 ulas bawang putih dan 1/2 biji bawang besar dimayang
- 1 sudu besar minyak zaitun

Cara Membuatnya:
1. Tauhu digoreng dan di potong kuboid
2. panaskan minyak, tumis bawnag putih dan bawang besar
3. Masukkan udang dan sedikit air
4. Masukkan sos tiram, sayur-sayuran dan tauhu dan perasakan. SIAP! Hidang panas




SENANG JER KAN! Kenyang beb.... percayalah cakap MAKCIK TIHAH ni... ehehhe

Resepi diet rendah karbohidrat versi 2 - daging cincang sayuran

TENG TERENG.....

Jom... saya masakkan 1/2 dari daging cincang Ramli/Saudi tu tahan lah 3-4 hari. Bangun pagi, saya cuma dadarkan telur, masukkan inti daging cincang ni... sedap... betul... jom...

DAGING CINCANG SAYURAN
( 1 hidangan carbsnya lbh krg: +-4g)

1/2 peket daging cincang
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
bunga kobis
cili
1 biji tomato di dadu
daun bawang dihiris halus
1 sudu bsr sos tomato
1/2 sudu bsr sos cili
garam secukupnya
minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang di dadu kecil hingga wangi
2. Masukkan daging cincang, masak seketika
3. Masukkan sayuran yang telah di dadu halus
4. Masukka sos dan perasakan


Bagi daging separa masak

Campuran sayur dihiris kecil/ dadu

Masukkan sayur

masukkan sos dan perasakannya

Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan letak dalam esbox. Dua minggu pun tak apa

Okay, senang je kan?
Buat macam saya, nak pergi skolah pagi2 kan memang kalut sikit, nak masak utk famili lagi so... pagi2 saya keluarkan dari peti ais, bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Dadarkan dua biji telur dan letaknya sebagai inti (Macam buat telur bungkus) dan Ngggggaaappppp!!!!! kenyang beb! Anak pung suka, saya letakkan kat dalam roti pita ke, roti panjang ke, jadilah kebab pulaks... kan 2 dalam 1 tu....

Selamat Mencuba, nanti saya updatekan omelet yang best punyer!

serba sedikit produk rendah carbs

Salam....
Lupa pulak nak kongsi produk ni yang rendah carbs. Saya kan suka makan kicap jadi sesekali nak makan juga masak kicap, setakat bersalut kicap sikit pong tak apalah.... tapi takut sebab kicap ni tinggi karbohidratnya. So, saya pong melilau cari kat pasaraya, teng tereng.... akhirnya jumpalah satu kicap ni, yang carbs dia rendah sikit dari kicap lain. Saya beli di Mydin Mall Kubang Kerian, Kota Bharu
Kicap Abby, sedap jugak tapi letak sikit-sikit jelah....

carbs dia 15ml baru 1.8g, biasanya kalau kicap lain mencecah puluhan gram.
Satu lagi produk yang saya beli, mayonis jenama Kimball. Sebenarnya jenama Kraft lagi sikit carbs dia tapi tak jumpa kan so saya beli kimball jer lah... buat scrambled egg, masa nak makan letak sikit mayonis dan salad coral, kenyang sampai tengahari! Insyaallah!
carbs dia 1.1g dalam 1 sudu besar gitu, kira oklah....

RESEPI DIET RENDAH KARBOHIDRAT versi 1

Boring gak kan asyik makan benda yang sama jer kan.... so kenalah pelbagaikan masakan agar kita tak boring dan tak mudah putus asa... (nasihatkan diri sendiri tu) ahaks!

Okay, ini satu resepi sebenarnya resepi mee kuah simple dari bondaku. Tapi sebab tak boleh makan carbs maka saya buh lah lauk pauk dan sayuran banyak sket.... maka terhasillah....

KUAH MEE KUAH (5 orang)
Utk satu hidangan - total carbs 4g, kalau ambil karot 5.5g (anggaran sayalah)

Bahan-bahannya:
- semangkuk ayam potong kecil
- semangkuk daging potong kecil
- 1/2 cawan isi udang
- Sayur sawi secukupnya
- Sayur kobis secukupnya
- cili hijau/ merah/ padi
- 2 biji tomato belah 4
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam (jika suka)
- 5 ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar diracik halus
- garam dan gula secukupnya
- Bawang goreng
- Daun sup dan daun bawang di hiris halus
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1 liter air
- 3 biji telur

Cara membuatnya

Panaskan minyak zaitun

Tumis bawang putih dan bawang besar yang di racik halus hingga sedikit garing

masukkan daging

Masukkan ayam

Setelah separa masak, masukkan air secukupnya


Eh lupa pulak, masukkan udang setelah air tadi mendidih

Masukkan sayuran, tambahakn serbuk lada putih dan hitam, garam gula secukupnya

Untuk menghidang, Cedok kuah dan isi dalamnya secukup kehendak, masukkan ke dalam kuali kecil, pecahkan telur... fuyyyoooo


habis semangkuk ni memang kenyang. kalau nak ummpphh ambil cili jeruk 2-3 biji....
Hidangan ni kita boleh masak 2 dalam 1. Ye lah, utk diet kita dan utk famili kita, cuma tambahkan mee je, perah limau nipis sikit, taraaaaa...... dah siap! Anakanda Cupie kata macam mee kuah yang dia sering makan  ngan tok bah selepas solat Isya' kat warung tepi masjid! Hahah... ye ker?

CUBALAH YE SAHABAT-SAHABATKU! Nanti ada waktu saya update resepi lain pula!

KARBOHIDRAT DALAM MAKANAN SEHARIAN KITA .... Jom jenguk!

Sejak-sejak berdiet ni kan... otak pong kerjanya dok fikir nak makan apa hari ni? makan tu boleh ke? makan ni boleh ke? Nanti terlebih carb pulaks... sampaikan anakanda Cupie pong dah tahu camana nak tengok carbs dalam makanan yang dia beli. Eheheh... penangan maknyalah tu....

Okey, setelah cari punya cari, google punya google, yahoo punya yahoo dan sebagainya maka terjumpalah beberapa bend ayang saya rasa penting dna boleh dikongsi bersama. Terutamanya kepada sahabat-sahabat yang nak mencuba Atkin's Diet, guna produk Alpha Lipid SD2 dan bagi yang menghidap diabetes!

Sebelum tu nak cerita cerihik dululah yer.... (tak sah kalau saya tak membebel dulu baru pergi ke point utama... kik kik kik)
ceritanya lebih setahun yang lepas, saya terbaca satu blog mengenai Atkin's Diet ni. Memanglah saya dah tahu lama dah mengenai diet ni tapi tak secara detaillah cuma tahu yang tak boleh makan nasi, mee, bihun, roti dan sewaktu dengannya je. Pastu bila saya baca blog sorang adik ni kalau tak silap, blog Tak Nak Gemuk' camtulah lebih kurang... dia cerita detail dan saya pong mencobalah....

Hasilnya.... memang lumayan bangat! sampai boleh bawak keluar baju-baju lama dalam gerobok tu dan dipakai semula. Memang first three days sangat menyeksakan. Lemah seluruh badan dan rasa cam tak mahu bergerak pong.... pastu makin hari makin okay. Masalahnya..... saya sembelit. Ok lagilah... yang tak bestnya, hampir2 buasir! Mak oiiii... siksanya badan.... Lepastu saya berenti. Memang dalam 5-6 bulan tu berat maintain, tapi lepastu dah menketedarah apa saja, exercise takdok... naik baliklah beb!

Moral of the story, bukanlah saya kata Atkin's tu tak elok, malahan bagi saya Atkin's lah solution diet yang baik bagi orang kuat makan macam saya ni,  tapi cara saya tu may be salah sebab saya tak amik supplement laing. Patutnya kena amik vitamin, grreen tea atau herba tea lain yg boleh melawaskan dirinya diriku dirimu itu. kemudian, terjumpalah kawan lama, tu pong pasai nak beli tat nenas untuk raya. Then saya try ASLD2. Caranya exactly sama cam diet Atkin's cuma jadikan ASLD2 sebagai makanan tambahan. Alhamdulillah, tak pernah sembelit lagilah sejak makan ni dan berat pong turun, Alhamdulillah!
Begitulah sedikit sebanyak cerihik  dari saya.

Okay sekarang kita ke 'Buletin Utama' -  cerita utama kita...

Okay, dibawah senarai karbohidrat (carbs) dalam sayur, buah, kacang, sos dan cheese dan bla..bla...bla... yang sempat saya jenguk dan amik untuk pedoman kita-kita lah yer!

TAUHU
1 keping tauhu - 2.16g
1 keping tofu goreng - 1.36g
1 tofu lembut - 1.5g

SUSU DAN GULA
Susu skim - 11.4g
Susu rendah lemak skim - 11.9g
susu cair - 25.3g
susu pekat - 166g
santan kelapa (1 tin) - 6.3g
1 sudu kecil gula - 4.2g
1 sudu besar gula - 12.6g
1 sudu kecil gula perang - 4.48g
Sugar powder (1 sachet kecil) - 2.49g
Pemanis tiruan (1 sachet)
- Equal 0.89g
- splenda 0.9g
- Saccharin 0.89g
- Fructose sweetener 3.0g

SOS
sos tiram  1 sudu besar - 1.97g
sos cili 1 sudu besar - 5g
sos tomato 1/2 cawan - 8g
sos pizza 1/2 cawan - 8g
kicap soya biasa 1 sudu besar - 1.4g

SAYUR & BUAH rendah carbs
salad iceberg / coral 1 cawan - 0.2g
alfalfa / taugeh  1 cawan - 0.4g
timun batang 1/2 cawan - 1g
1 batang seleri - 0.8g
cendawan 1/2 cawan - 2.4g
brokoli 1/2 cawan - 1g
bunga kobis 1/2 cawan - 2g
kobis 1/2 cawan - 2g
bayam 1/2 cawan - 0.4g
tomato 1 biji saiz sederhana - 5g
honeydew 1/2 cawan - 7.3g
tembikai 1/2 cawan - 5.5g
strawberry 1/2 cawan - 5.2g
pic - 5g
oren - 5g
betik 1/2 cawan - 6.5g

KACANG
peanuts 10 biji - 2.75g
peanuts 1/4 cawan - 5.89g
almond 1/4 cawan - 6g
cashew nut 1/4 cawan - 9g
walnut 1/4 cawan - 4g
Pistachio 1/4 cawan - 8.2g
Mix nut 1/4 cawan - 7.66g

CHEESE
Cheddar cheese 1 keping - 0.36g
mozarella - 0.62g
parmesan - 0.91g

DAGING
Daging lembu - 0g
Daging ayam / ayam belanda - 0g
Daging kambing - 0g
Daging arnab - 0g
Sebarang jenis ikan - 0g
Sebarang kari (semua jenis daging) tanpa kuah satu hidangan : 4g

TELUR (1 biji gred A+ @ 2 biji gred C)
Omelet (telur dadar) kosong 1 biji gred A+ - 0.45g
Omelet atau scrambled(telur hancur) dgn keju ceddar - 2.23g
Omelet @ scrambled dengan sayuran - 2.38g
Omelet @ scrambled dengan sosej - 2.4g
Omelet @ scrambled dengan ayam / daging / udang - 1.11g
Omelet dengan ayam / daging / udang dan sedikit cheese - 1.98g
Omelet @ scrambled dengan cili, keju, tomato dan kacang peas - 3.75g
Omelet @ scrambled dengan cendawan - 2.05g

SEAFOOD
Udang biasa seekor saiz xl- 0.1g
Lobster 1 ekor- 1.5g
Ketam 1 cawan - 0g
Sotong biasa 1 ekor - 1.65g
Tiram 1/2 cawan - 8.9g

Setakat ini dulu. Moga-moga ianya dapat memberi panduan untuk sahabat-sahabat mengamalkan diet rendah karbohidrat yang lebih berkualiti dan terjamin. Insyaallah nanti saya akan update resepi pulak ye. Sebenarnya dah ada resepi dna gambar2nya tapi tak jumpa pulak cari card reader untuk nak uploadkan gambar, lain kali yer.... SELAMAT BERJAYA semua!