Makan Beradap Hasil Tanganku-edisi 2

majlis ni dah berlangsung 3 minggu lepas tapi baru dapat gambar, so baru boleh update kay!
Selamat Pengantin Baru buat Shaker dan Iffatun! My cousin!

Meja makan beradap b4 waktu makan-makan bermula
gulai dalca
Kerabu nipah + mangga muda
siakap masam manis
Udang Kari kapitan
kerabu telur
buah-buahan
yummy
cara berlauk
macam sedap jer kan? ehehhe
Inilah pengantin... merah gitu! 
Nanti sempat, saya update resepi yer... ala bukan susah pong! Senang jer! Betul!

ANAKKU CUPIE!

Dah kul 12.21pm
Mata ku tak mahu lena. Dok depan laptop walhal esok kena bangun pagi nak siapkan trifle org kawen. Camano nih ek?

Hari ni rabu. Isnin hari tu saya hantar anak ke rumah makcik saya, sebabnya dah janji ngan dia. Kesian jugakkan kalau kat rumah dia main sorang2.

Dia ajak saya main PS2, saya cakap, "Mama tak minatlah..." Dia ajak saya main game kat laptop, zombie ke apa ntah, saya cakap "Game budak2 tu, Cupie mainlah, mama nak baca majalah,", dia ajak saya ke KB Mall lepas zohor, saya cakap "Sorrylah sayang. Mama letihlah. Semalam mama tidur lambat buat kerja sekolah mama. pagi tadi mama pergi pasar, lepas tu masak.. Cupi tak kesian ke mama ke?", dia ajak main Saidina ngan scrabble saya cakap "mama nak tengok movie yg cupi download tu, kita tengok sama-sama ye?" Dia tanya " Citer apa mama?", saya jawab "Citer cintan-cintan lah, Istanbul aku datang ke, Untuk 3 hari ke,..." tau dia jawab apa? "Mama tak kesian kat Cupie ke?" Saya tanya, "Kenapa?" Dia jawab "Yang pertama, Cupie tak minat, yang kedua, Cupie letihlah sebab malam tadi Cupi main game ps2 tidur lambat, pagi tadi Cupie main bola lepastu cupi main game... Cupie letihlah.. Mama tak kasihan kat Cupie ke?" pastu dia terus masuk bilik main PS2.

Mula-mula tu saya nak marah jugak. hai, dah pandai menjawab ye? Lepas tu saya fikir balik.... rupanya saya pentingkan diri saja nak minta anak faham saya tapi saya... selalu menghampakannya. Ye lah,memanglah tak elok asyik main game, main bola jer... tapi kena tengok situasi dia. Dia anak tunggal. Tinggal dengan mama, tok ma dan tok bah. Memang betul dia ada apa yang dia nak... tapi dia nak kongsi dengan siapa semua tu? Kalau waktu persekolahan memanglah tak apa sebab dia ada kawan2 di sekolah. Bila cuti panjang? Kasihan anakku! Satu lagi, saya marah bila dia tak mahu kongsi bantal katak besar yang arwah abah dia belikan dengan sepupu dia yang berumur 5 tahun. Saya selalu cakap, kesianlah dengan dia, dia budak lagi. Nanti dia tidur, Cupie ambiklah balik! Terus dia mengamuk... bila fikir balik... dia memang tidak pernah berkongsi... apatah lagi barnag kesayangannya dari orang yang dia sayang kan! Bila tok ma terlupa nak tanyakan dia nak makan lauk apa pun dia merajuk... aduhai anakku!

Pernah saya tanya dia. "Tingkatan 1 nanti Cupie nak sekolah kat mana? Nak pergi asrama penuh macam ayahngah tak? Sekolah Faris Petra? Ke nak masuk MRSM macam Che su?"
Dia jawab... "Nak pergi sekolah mama!"
Saya tanya lagi, "Cupie nak jadi saintis kan? So, Cupie kena belajar kat oversea macam Mak Iti (cousin saya),"
Tahu tak dia jawab apa? "Cupi nak pergi UMK (Universiti Malaysia Kelantan)"
Saya tanya "Kenapa tak mahu ke oversea? Cupi kan nak main salji?"
Dia jawab "Sebab dekat dengan mama, tok ma tok bah. Nanti senang Cupi nak jaga, sebab semua dah tua masa tu!" Ish...ish...ish... anakku!

Rindu pulak rasanya kat dia. Selalu saya marah dia sebab kalau nak tidur, saya kena ada disebelahnya. Kadang-kadang kalau saya ada kerja yang belum siap, dia akan tunggu sampai saya siap. Saya selalu marah dia sebab dia manja sangat... tapi dia cakap... "Cupi tak boleh tidur kalau mama tak ada!" Biasanya saya buat muka tak best. Kalau tak pong saya tak cakap dengan dia langsung! Tapi kan... betullah... mama pun tak boleh tidur kalau Cupie tak ada.... Kuatnya ikatan ibu dan anak yang Allah paterikan untuk kami!

Wajah Cupie, semakin dia membesar ni, semakin mirip abahnya... Kadang-kadang bila dia tidur saya tengok wajah dia lama-lama... kalaulah abah ada mesti abah bangga dengan Cupie. Walaupun Cupie kuat merajuk dan agak 'garang'(bekeng), tapi Cupie terang hati. Cupie bijak dan cepat belajar. Cupie pandai pujuk mama, tok ma dan tok bah, dan selalu buat kami ketawa. Kami semua sayang Cupie jadi mama harap moga Cupie akan jadi anak yang soleh, selalu dengar cakap mama, tok ma dan tok bah. Cupie kena belajar rajin-rajin dan jangan hampakan kami... Mama sayang Cupie sangat-sangat! Cupielah belahan hati mama!

Cupie dah besar dah...
Cupie dgn adik sepupunya Farouq yg paling dia rapat dan yg sering dia gaduhkan...

Jangan kacau masa dia tidur... nanti .... garang giler nih...
Cupie yang berani... flying fox dari tingkat 4 sekolah

LAVENDER DARI ROCHESTER - NOVEL BARU KU!

Ya Allah, terima kasih banyak-banyak!
Bukak mail baru sat sat tadi nak tengok emel yang dihantar oleh PK kokurikulum sekolah saya, tiba-tiba ada emel dari Jemari Seni, my beloved Kak Yah! What???? Dah siap cover depan dan.... sungguhlah kiutnyerrr...

Saya suka covernyer.... kiut cam saya... hahahha perasannya makcik kan!
Jnagan lupa nantikan kehadirannya Januari 2013. Saya pernah letakkan mukaddimah sikit2 novel ni...
Boleh tengok kat sini yer!
http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/08/my-next-novel-lavender-dari-rochester.html

Kalau takleh nak click, copy jer add tu... kalau takleh jugak, click dekat labels 'CERPEN' @ 'NOVEL',
Selamat membaca... rasanya... anda akan suka kot!!


Kalaulah dia masih ada!

Pagi-pagi ni tiba-tiba je tersentuh rasa di hati. Baru lepas tengok citer korea, 'My daughter the flower' yang record semalam. Dah nak sampai episod kemuncak ni sedihlah sebab semua orang nak berkorban untuk membahagiakan orang lain.

SWEET SANGAT CITER NI!
Sebenarnya bukan nak cerita tentang dram bersiri ni tapi bila part sedih, berkorban, mati, cinta... ianya mengingatkan saya pada 'dia'.

Oh lupa nak bagitahu yang saya datang KL, hantar my nephew si Amar Farouq yang dah 2 minggu dok kelantan ngan kami. Dia, biasalah, asyik dengan Cupie jer dan budak tu memang gila gadget. Budak 5 tahun yang mindanya asyik ingat game, game dan game! Okay, satu lagi reason saya ada di sini sebab nak jumpa anak saudara yang konvo kat UiTM Shah Alam.

Semuanya kebetulan dan saya rasa ini satu kewajipan jugaklah saya datang, memandangkan ibunya iaitu kakak ipar saya sakit dan tak dapat jalan jauh. Saya rasa kalaulah 'dia' ada, pasti dia akan datang untuk konvo anak saudaranya ni. Betul. I can feel it. Walaupun dia garang, tapi dia memang sayangkan anak-anak saudaranya. Dia selalu cakap yang kalaulah apa-apa terjadi dekat kakaknya (kak mun yang menjaga dia dari kecil), dia akan jaga semua anak-anak kak Mun. Tapi kita hanya merancang, hanya Allah yang menentukan. Dia yang pergi dulu. Dia yang sihat walafiat dan gagah perkasa tu yang pergi dulu dari orang yang sudah lama sakit! Semaunya kuasa Allah dan saya redha dengan kententuanNya. Saya pasti, kalau dia masih ada, dia akan berbuat seperti saya. Oh, hanya Tuhan yang tahu how much I miss him!

Okay untuk tidak menyedihkan diri yang sedia sedih... kita tengok gambar yer!
Tak sempat nak amsuk UiTm, jumpa kat luar jer... dah dewasa dah anak penakanku ni!
Okay, lepas je jumpa Amylea, anak saudara saya tu, kami pong ke iCity. Saja lah kan nak bawak budak2 enjoy2. Tak sangkalah pulak, hujan! Maka, saya yang dah memang letih sebab dari pagi lagi keluar rumah, mencadangkan untuk balik. Kesiannya budak2 tu tapi nak buat camana kan!
Sempat amik gambar ni b4 hujan!

Ini gambar anakanda Cupie yang tak puas hati sebab takleh masuk dalam snowworld!
Okay... nanti kita update lagi yer! Anak-anak sedaraku dok panggil kat bawah tu, dia orang nak saya mandikan dan suap nasi... ish ish, manja betul! Tu yang Cupie jealous sangat tu!

TAT TELUR DAN TAT BUAH DI PAGI HARI MEMBUTA!

Kul 8am siap!
Tat telur dan tat buah untuk hantaran kahwin adik sahabatku Hani.
Actuallynya, saya terlupa pada tempahan satu ni sebabnya, saya dah pass kan kat cousin order ni. Rancangan asal saya nak ke KL tapi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan maka tertunda pemergian saya itu maka, cousin saya pass balik kat saya order tu... gitulah ceritanya hingga membuatkan saya terlupa nak wat... maka terpaksalah membangunkan diri di pagi hari membuta,  untuk buat dari A sampai Z. Biasanya kalau tat buah tu, saya dah bakar siap2 kulit tat tu dan simpan dalam bekas kedap udara. So bila nak guna senang, tak payah uli2 dah, tapi lupa punyer pasal, kenalah bangun awal.

Maka tanpa menghiraukan alam sekeliling, kung kang kung kang kat dapur... (saja jer buh sound efek lebih sikit bagi nampak hebat, hahah). Mujur ada Suria FM, temankan makcik nih ha!

Jom roll on resepi dan gambarrq2nya... resepi tat buah boleh jenguk di sini http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/05/fruit-tart-tat-buahlah.html

Okay, nak buat pastrinya, sama jer.... yang ni resepi untuk filling telurnya

Bahan
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair/ susu segar
1 cawan air
1 sudu besar bumbu tepung kastard
4 biji telur
sedikit esen vanila
secubit garam

Cara membuatnya:
1. Bakar separa masak kulit tat yang telah di letakkan ke dalam acuan.
2. Keluarkannya dan tuangkan bahan filling yang telah di kacau sebati dengan whisk. Kadar banyak mana filling tu bergantung pada kesesuaian. Letak banyak pong ok, letak separuh pong okay (satgi, orang kata kedekut pulak kalau letak sikit kan!)
3. Bakar lagi hingga fillingnya masak dan kulit tat agak garing!
4. Sejukkan dahulu baru di asingkan dari acuan untuk mengelakkannya pecah.
5. Sedapler... betuiiii....

Cuba yer!


Sorry takleh nak upload foto banyak-banyak... tak cukup ruang! Lain kali saya upload kay! nak selesaikan masalah ni ngan cik google japs!

korean movie - Only You @ Always

Aiks... pelikkan tiba2 jer Makcik Tihah minat citer Korea?
Tak tahulah, tapi semalam tertengok movie ni dalam box office channel kat Astro. Mulanya macam tak mau tengok pastu my cousin kata 'best' citer ni, so layan jer la... tak sangka plak yang memang best giler! Tersentuh hatiku... pengorbanan seorang kekasih untuk kekasihnya... sadis kan, walaupun saya tak adalah layan sangat cerita jiwang2 cam gini (ye ker?) ehehhe, tapi citer ni tahap jiwang dia, tahap yang tak jiwang sangat... lebih kepada 'sacrifice', cinta sejatilah cam gituh!

Cerita ni actuallynya berkisahkan seorang bekas boxer  (So Ji Sub)- tengok, nama hero pong makcik tahu!
Baru keluar penjara, kira cam insaflah, jumpa dengan seorang gadis buta akibat kemalangan, after a few scene yang dramatik gitu, dia orang fall in love. Untuk operate mata si gadis ni dia sacrificelah lawan tinju haram kat Thailand. Lebih kurang cam gitulah tapi dia kena aniaya dan dicederakan dengan teruknya dan si gadis hidup sendiri selepas dah sembuh, still searching of her boyfriend. After two years, terjumpa balik, dan memang dramatik giler... best citer ni sebab makcik nangis.... huhuhuhu.... Mula2 tengok macam tak hensem pun hero tu, yerla saya tak berapa suka org korea ni sebab mata dia sepet pastu suka sikat rambut tutup mata, tapi sebab karakter dia dalam citer ni, rasa cam hensem jer... ehehheh



Sajer je letak gambar banyak2... kalau nak tengok movie korea, saya syorkan yang ni lah yer... sedih betul.. dan sadis sangat....