Drama melayu tonton online - makcik tihah dah start dahhhh.....

Semenjak dua tiga menjak ni... dah kemaruk nak tengok drama bersiri melayu pulaks dah makcik Tihah ni.... dulu-dulu tak adalah begitu... pelik bin ajaib betul! Selama ni kalau tengok kat tv, drama bersiri, esp TV3 memang tak mau tengok... yang pertama sebab ada yang seminggu sekali, pastu 1 jam jer... mana tahan nak tunggu sambungan lambat cam gitu. Yang kedua sebab iklan terlampau lama sampai kadang-kadang dah lupa, apa cerita yang kita tengok sebenarnya! Yang ketiga cliche dan stereotaip... sama jer...anak orang kaya, tak suka tapi kawin lepastu suka dan bla.bla.bla... Itu dululah....

Okay, nak tengok drama ni senang jer. Pergi ke google, taip 'Love You Mr Arrogant tonton online'... berderet search results yang kuar. Ada banyak blog dan website yg 'curi' drama-drama cenggini. Pilih jer. Kadang2 kalau lambat sangat dok buffering jer, saya ke blog laing dan blog tu okay... cuma berhati-hati ngan iklan jer... buat sakit mata dan menyemak jer....

Mulanya terbaca di FB, ada kawan post dia tgk Luv U Mr Arrogant tu kat online... pastu ada yg dok post pasal citer tu ajer so saya pong ter...try...ter...tengok dan... giler betul, berbelas episod tu saya tgk satu hari! Hadoiiii....

Dah terikut dah eh, yang tak bestnyer citer ni tak abih agiks di tv so kena tunggu hari-hari! Cuma saya tak tengok masa pukul 7 tu lah, saya record dulu, malam2 sikit baru tengok, sebab nak skip iklan n nak solat dan ajar anak mengaji!

Citer kedua yag saya tertengok, 'Kampung Girl'

Cerita ni buat saya teringat2 je ngan Akim dan Nad Zaina tu... sesuai sangat diaorang tu.... esp time selepas dia orang dah berbaik, selepas ehem ehem tu... keje nak berkepit dan nak loving loving kiss kiss jer... hahahha lawak tol... menjadi jugak budak Akim tu berlakon. Nad Zainal memang terbaeekkkk... pandai berlakon!

Yang ketiga, 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'... kiut jer Izzue Islam tu...

Yang ni saya baru khatam sekejap tadi.... ehehehhe. Tiq Zaqyah memang pandai berlakon. Izzue Islam pong okay cuma muka dia tu, jambu sangat... hahahha

Sebenarnya secara peribadi, cerita dan jalan cerita ketiga2 drama yang saya tengok ni... SAMA!
Berpaksikan nikah paksa! Yang jadi bestnya sebab cara ianya di olah... dan pelakon2 tu lah pewarna dalam menjadikan citer2 ni best ker tak.... rupanya seronok bila tengok dia orang bergaduh-gaduh sayang selepas nikah paksa tu kan! Kononnya benci tapi sayang... ahaks! Cuma apa yg boleh saya katakan kat sini, baca buku cerita lebih feel lagi... sebab dia cerita detail! Pastu banyak juga babak2 yang diolah dan ditokok tambah dan banyak sangat yang di potong! Anyway anyhow, saya enjoy tgk drama-drama ni.... Tahniah kepada penulis2 novel-novel ini!

Satu lagi, lagu2 yang dimuatkan untuk mengiringi drama-drama ni... memang best! dan ia membuatkan saya teringatkan kekasih hati saya yang telah pergi.
Belajarlah mencintai apa yang kita ada sekarang ini, kerana selepas ia tiada, barulah kita tahu betapa kita memerlukannya...
Tengok kasih sayang dalam cerita2 tu buatkan saya terkenang-kenang, dan kenangan itu, seindah mana pun ia, akan merembeskan air mata saya... yang penting, saya bahagia bila mengingati semua itu...

Puding @ agar-agar @ beledo - tip ikut pengalaman saya lah....

Teruja tak habih lagik nih.... sebab Kelantan menang lawan ATM tadi. Serak dah tak keluar suara asyik menjerit dari tadi. Inilah kali pertama saya tonton bola dari mula sampai akhir untuk tahun ni dan tak sia-sia sebab Kelantan menang............. ke FINAL di Bukit Jalil nnnnn kami cuti lagi.. yeeehaaahhhh....

Okey... kita masuk bab yang sebenar-benarnya saya nak bercerita sekarang ni.
AGAR-AGAR! Satu masakan atau hidangan pencuci mulut yang memang saya tak reti langsung nak buat suatu ketika dahulu! Langsung tak reti.... tapi saya suka makan agar-agar sebab ianya sejuk jer bila masuk mulut dan trakea eh silap.. esofagus kita!

Bermulanya saya minat buat agar-agar ialah bila saya beli buku agar-agar & puding! Yang tak bestnya masa tu dia orang guna 'serbuk agar-agar'! Lagilah pening dengan sukatannyalah... nak kena timbang ukur dan sebagainya.... tapi saya try buat! Alhamdulillah percubaan pertama berjaya. Lepas tu saya buat lagi, dan akhirnya saya dapat reka pulak resepi.... itulah alkisah camana saya berkecimpung dalam masak memasak agar-agar dan puding secara amatur.... ehehhe.... okay!

Hari ni saya nak kongsi TIPS!
Biasanya kalau kita ke kedai runcit, ada di jual serbuk agar-agar dalam peket kecil. kalau tak silap ada jenama layang-layang, cap bintang dan sebagainya. Saya bermula dengan peket2 ni lah. Satu peket berisi 10 @ 12g serbuk agar-agar. Kalau ikut sukata yang dinyatakan, satu peket agar-agar kena tambah satu liter air. Okay, setelah dah banyak kali saya buat agar-agar dan puding ni, dan menilai banyak juga resepi yang menggunakan agar-agar serbuk,  saya dah dapat SIFIRnya...

1
Kalau kita nak buat agar-agar biasa, cuma tambah 1 liter air dan gula secukupnya serta pewarna atau perisa sahaja. Tetapi jika kita nak tambahkan susu, santan atau cecair yang agak pekat, kita kena kurangkan sukatannya. Kalau tidak, agar-agar kita akan lembik... lebi kuranglah.
Contohnya kalau kita nak menggunakan susu cair, kita boleh letak sebanyak mana kita nak letak cuma campuran susu cair dan air mesti 850ml atau lebih sket jer. Jangan buat sampai 1 liter. Samalah juga kalau kita nak campurkan susu, air buah koktel, saya cadangkan jangan sampai 1 liter untuk satu peket agar-agar serbuk. Jadi bila saya dah dapat sifir ni, saya boleh buat apa saja resepi puding atau agar-agar yang saya nak. Letak coklat ke, susu strawberry ke, koktel buah campuran ke, santan gula melaka ke, Insyaallah okay!

2
Penggunaan tepung jagung boleh memekatkan dan struktur puding menjadi smooth. Contohnya jika kita terlebih sikit air, serbuk agar2 dah habis, so tambahkan sedikit tepung jagung. Bacuh dulu dalam sedikit air, baru tuang dan jangan lupa kacau yer!

3
Telur juga dapat memekatkan dan melemakkan puding (terutama puding yang menggunakan santan dan susu). Biasanya telur digunakan bersama dengan tepung jagung. Caranya, tambahkan satu sudu tepung jagung, sebiji telur kuning dan sedikit air ke dalam bekas. Kacau dengan whisk hingga sebati dan curahkan dalam agar-agar sewaktu campuran agar-agar kita hampir mendidih dan kacau campuran tu tanpa henti sampai ia mendidih. Kalau letak sebiji telur terus pun tak apa tapi struktur puding kita akan jadi tak smooth, ala, macam kita buat agar-agar lumut atau agar-agar telur gula merah tu, dia akan jadi macam ketul2 kecil, bubble gitu. Tapi rasanya tak berubah. Sedap jugak. Biasanya kalau letak telur, saya akan letakkan juga sedikit esen vanila, bagi mematahkan rasa hanyir telur.

4
Penggunaan kastad menyebabkan struktur agar-agar @ puding menjadi lembut. Sama juga, ambil sesudu kastad dan bancuh dengan air dulu baru dituangkan ke dalam bancuhan agar-agar yang hampir mendidih dan kacau rata tanpa henti hinggalah ianya mendidih dan meletup-letup! Biasanya kastad sesuai dengan buah-buahan seperti jagung, koktel dan juga coklat!

5
Bancuhan agar-agar hendaklah dimasak hingga betul-betul mendidih. Jika tidak agar-agar tak akan mengeras dengan sempurna (saya dah terkena sekali dan saya ingat sampai bila-bila!). Ianya tak sama dengan serbuk jeli kerana serbuk jeli hanya perlu larut sahaja dan ianya kembali mengeras. maksudnya, guna air panas pong dah okaey!

Itulah sedikit sebanyak tip dari pengalaman saya. Di bawah ini ada gambar beberapa agar-agardan puding yang pernah saya hasilkan. Kebanyakannya saya reka sendiri. Untuk resipi bolehlah search di atas yer, sebab kebanyakan agar-agar dan puding saya dah masukkan resepinya dalam blog saya ini.

PUDING THE RED WARRIOR (PUDING BUAH KOKTEL)







PUDING COKLAT CADBURY (LAPIS SUSU DAN BUAH)






PUDING KELADI




puding cendol gula melaka

puding ni buat untuk hantaran dan makan beradap

Puding jagung lapis santan



Puding jagung pandan

PUDING TRIFLE SPECIAL WITH EXTRA FRUITS









puding gula hangus




Inilah saja yang dapat saya kongsikan sedikit sebanyak. Kita sama-sama masak puding ye... jangan lupa jenguk resepi kat blog makcik tihah ni yer... mamacupiecorner!!!

TOP 10 KUEH KEGEMARANKU!

Tiba-tiba jer rasa nak bercerita tentang kueh... macam-macam kueh, tak kiralah kueh tradisional yang panggang, kukus, bakar, rebus atau pun kueh-kueh moden yang kebanyakannya terikut2 dengan ala barat....

Alhamdulillah, kebanyakan kueh yang saya suka saya dah belajar cara-cara membuatnya dan berjaya!!!
Okey kita mulakan dengan kueh tradisional.

TOP 10 KUEH KESUKAAN MOKCIK TEEHAH!

10

ROTI SARDIN GULUNG! 
roti sardin gulung yg letak sosej pong ok.... boleh search resepi kat blog mokcik teehah ni yer.

9

CARA BERLAUK

Kuih ni memang best. Saya memang tak reti nak buat sendiri sebab inti dia tu unik sket, ada rasa cam daging rendang + kari gitu. Inti dia memang penuh melimpah-limpah. Setiap kali ada function apa2 kat sekolah ker, ada majlis merisik, bertunang, berbalas besan ke memang saya akan order kuih ni.

8

BUBUR PULUT HITAM
bubur yummy. Gambar pinjam dari my-recepies-collection.

7

PISANG GORENG/ UBI KELEDEK GORENG/ TAPAI UBI GORENG

Gorengan-gorengan ni memang biasa saya beli on the way balik rumah dari sekolah. Kalau dah makan semua ni alamat tak makan nasi dah le petang tu... hihihi

6
TALAM TOKYO

Talam ni macam serimuka je sebenarnya tapi lapis bawahnya bukan pulut, ianya sagu+kelapa parut+suhun. Sedap. Nanti saya letak resepinya dalam blog....

5

KETUPAT SOTONG

Yang ni memang peberet seua orang... hahahha. Adik beradik saya pong kalah dengan ketupat sotong ni... walau sejauh mana dia pergi pong! Kalau letak pizza @ chicken chop tersedap di dunia pong, pasti diaorang akan ambil ketupat sotong jugak! Percayalah.
Ada saya kongsi resepi dalam blog ni, boleh search yer!

4

CEKODOK PISANG/ DURIAN @ JEMPUT-JEMPUT


Yang ni pula peberet sepanjang zaman. Memang suka sangat makan cekodok ni. Tak kiralah yang letak pisang saja atau campur kelapa atau pun campur durian! Cekodok bonda memang best.... dia buat kecik2 je sebesar duit 20 sen, sekali sumbat 2-3 biji.... hahahha

3

SERIMUKA & SERIKAYA

SERIKAYA
masih belum dipotong

Kedua-dua kuih ni ada saya masukkan resepi dalam blog saya ni, boleh search dan bolehlah cuba yer....

2

PULUT PISANG

amik gambar ni kat citarasawan.blogspot.com ... ehehhe kak wan, makcik copy yer...

Fuh... yang ini memang peberet sangat-sangat. Kalau ke kedai pagi2 beli nasik, mest cari kueh ni... kalau bulan puasa... kueh ni lah yang nombor satu saya akan beli. Nak buat, tak reti... eheheh

1

TEMBOSA


Top of the list! Sedap gilerrrrrrr.... itu jer yang saya boleh bagitahu.... tapi dukacitanya saya tak reti nak buat kueh ni. Saya ni karipap pong fail lagik. Tembosa ni ialah adik beradik karipap. Kulit luarnya macam karipap tapi saya rasa sedap lagilah dari karipap... intinya ialah ayam/ daging cincang yang dimasak dengan rempah kurma. Letak sayur campur sikit lepastu telur rebus. Dah berapa kali dah saya nak try buat, asyik teragak-agak jer.  Kalau ke kedai, biasanya ke 'frozen food' dekat berek 12 tu, selalu habis. Kalau ada je kebetulan baru sampai, saya akan beli sampai 10 bungkus, simpan dalam freezer sebab permintaannya tinggi. Makcik2 saya, cousin2 asyik tanya kuih ni jer kalau datang rumah. Kena belajar buat ni baru senang nak berbagi2 kat waris warah kan! Kuih ni kalau jual yang dah masak, rm1.00 sebiji. Kalau belum, satu bungkus lima biji, rm3.70.
Aduh, ada sebungkus jer lagi dalam peti ais tu....
Ada kawan tanya, kenapa namanya 'tembosa'? Cupie jawab sebab ianya tembam dan besar-besar... hahahha pandailah bagi jawapan sendiri.... yg pasti saya pong tak tahu kenapa namanya cam gitu!

Itulah sikit2 perkongsian kita yer... hihihi nanti saya buat top 10 utk western punya kuih plak. Daaa....

CD & KENANGAN....

Petang tadi saya telah menyelongkar almari televisyen kat ruang rehat tu...
Sebenarnya bukan saja-saja takder kerja, tapi sebab nak cari CD yang sesuai untuk
ditayangkan kepada kanak-kanak tingkatan 3 yang dah abih periksa PMR, ataupun
nama lebih glamour... Program Pasca PMR...

Bila tengok punyer tengok...rasanya dah boleh bukak kedai CD dah... punyerlah banyak... tapi tak tahulah
sama ada boleh guna atau tidak. Biasalah ada yang pasar malam punyerrrr looo...

Bila di tapis dan bla...bla... just 11 cerita jer boleh tayang... kartun of courselah banyak sebab si Cupie punyer kan... tapi takkan nak tayang semua kartun????
Saya terkejut bila tengok satu VCD yang saya dah lupa bila saya beli.... memang perfect sangat. Rasanya arwah abah Cupie yang belikan untuk anaknya.... Bila saya tonton balik tadi... Inilah yang patut saya tayang untuk anak-anak pelajar. Penceritaan yang sangat bagus.... dan Insyaallah dapat menarik minat mereka mengenali Rasul kita SAW


Cari punya cari jmpa lagi satu movie yang dah lama tapi sangat best....
'EVER AFTER'.... Cinderella Story... masuk dalam khayalan mereka jap!!! hahahah

Satu lagi yang saya boleh tayang kat pelajar ialah 'Evan's AlMighty'..mulanya macam ragu2 jugak...
sebab ceritanya ala-ala tak logik... tapi moral of the story... Entahlah... kena masuk panel kelulusan filem SMK Badang dululah baru boleh decide.. ehehhe

PUTERI GUNUNG LEDANG... cerita yang sangat unik dan membuatkan saya rasa kemelayuannya... ini sudah tentu lulus tayangannya nanti... cerita ni saya dapat beli murah VCD original masa dia buat promosi di KFC....

Dan beberapa citer lain....
Jurassic park 1, 2, 3 dan 4

dan banyak lagilah......

Okay.... keudian... saya terjumpa dua keping CD... CD yang di'burn'kan...
Bila saya pasang balik CD tu.... Oh Tuhan, semua lagunya dalam keadaan baik walaupun CD tu dah calar balar sebenarnya....

Siapa yang masukkan lagu2 dalam CD tu? Dia!!!
Almost 5 years ago... may be more...
kami download lagu2 Indon yang amsa tu banyak yang best2.... dari kumpulan Kerispatih, Radja, Ungu, Samsons.... Waduh...lagu2nya menusuk hati sangat-sangat...
Apalagi bila saya teringat dia yang record lagu2 ni.... untuk kami pasang kat dalam kereta masa nak balik kampung! Me and him actually sukakan muzik... tenang jer...
Masih ingat lagi kalau balik kampung dari Sungai Petani ke Kelantan... saya asyik mengantuk je kat sebelah.... dia tahu saya nak tidur, mulalah dia menyanyi kuat2... kadang-kadang marah tapi sebenarnya itulah kenangan yang akan saya ingat sampai bila-bila...

Ingat lagi kali pertama saya bawa kereta sendirian dari Kota Bharu ke Sungai Petani. Masa tu dia baru saja meninggalkan kami dalam sebulan lebih. Balik dari hari raya...
Itulah saat paling sedih, paling hiba, paling gerun, paling tabah yang pernah saya rasa dalam diri saya... always fighting!!!
Bayangkan sendirian, merentasi beberapa buah negeri walhal sebelum tu paling jauh saya bawa kereta ialah dari Perlis ke Sungai Petani, itupun dia ada di sebelah. Sudahlah saya tinggalkan satu-satunya anak kami tinggal dengan bonda dan ayahanda... saya gagahkan juga sebab saya masih tak dapat tukar sekolah lagi...
Saya sendiri pun sebenarnya tak sangka saya mampu lakukannya.. saya tahu Allah sentiasa ada bersama saya dan semangat arwah sentiasa tersemat....
Aduh... saya ingat bagaimana saya lawan rasa 'sepi' atau orang Kelantan kata 'kesik' masa saya sendiri itu... saya pasang CD yang saya baru jumpa tadi tu lah... saya nyanyi kuat-kuat lepastu saya nangis kuat-kuat... 5 jam saya berperang sendirian dengan perasaan... arghhh... kenangan kan... sekarang ni, saya tak tahulah saya mampu atau tidak menjadi sebegitu 'kuat' sebab kalau saya nak balik ke Sungai Petani sekarang dengan 'drive' saya mesti ajak orang temankan... rasa tak kuat!!!

okaylah nak banyak memebebel ni.... biasalah kadang-kadang kenangan indah bisa membuat kita meraung histeria mennagis bagai... bukannya apa... 'bersihkan mata' sekali-sekala...

Have a good day! Ingat, bila kita rasa keseorangan, Allah sentiasa ada bersama kita....