BROSUR, COVER DEPAN, untuk sekolah jer.....


Rasanya saya pernah cerita sejarah saya mula ambil tugas buat brosur, muka depan majalah, buku pengurusan, fail dan sebagainya ni...
Okay, sebenarnya saya ni bukanlah pandai pun bab2 design ni... tapi masa di Uni dulu saya ambil course Pemodelan Matematik/ Pemodelan Komputer atau dulunya di kenali sebagai CAGD (Computer Adapt Graphic/Geometry Design). Course ni bawah Pengajian Matematik Gunaan, USM. Tahun 1998 rasanya grad.. lepas tu terus sambung Diploma Pendidikan. 
Masa belajar tajuk melibatkan komputer, programming, grafik, masa tu guna 3D Studio, pastu belajar C++, adui memang rasa payah sesangat. Maklumlah basic tak ada. Tapi bertahan, demi nak dapat segulung ijazah. Macam2 dugaan. Last2 lepas grad amik cikgu. hihi. Tapi bersyukur sesangat saya ikut kata bonda amik course cikgu ni sebab sebenarnya memang jiwa saya ke arah ini. Itulah, kata orang, berkat doa ibu kan...
Okaylah dah panjang dah set induksi. Mula2 mengajar, saya mengajar maths dan sains, bila tukar sekolah, saya ditugaskan ajar Literasi Komputer, yerlah sebab degree ada kaitan ngan komputer kan... so dari situ saya mula berjinak2 dengan computer lab dan belajar dari senior. Di situlah bermulanya sejarah saya buat brosur ni... dan... terima kasih banyak2 kak Ros, Maza, sahabat yg ajarsaya tentang design. Masa tu baru kenal microsoft publisher, adopt photoshop, macamana nak crop, nak tukar kaler semua2 tu lah... dan tiba2 jadi minatlah pulak. hihi
Bila saya tukar balik ke Kelantan, masa tu bertugas di Kuala Krai, saya tak pernah bagitahu yg saya buat brosur, tapi adalah one sweet day tu saya kesiankan sahabat guru yang kena buat brosur dan mungkin sebab tak biasa kan, so saya tolong buat. Lepas tu, hmmmm dah jadi tugas rasmi sampailah sekarang... hihi. Tapi, kalau sesuatu yang kita suka, susah ke, letih ke, malas ke, macamana pon kita akan cuba buat yang terbaik, betul tak? 
Cumanya, janganlah bagi ad hoc sangat. pagi esok nak guna, pukul 10 malam baru bagitahu memang makcik tak buatlah.... Satu lagi, saya cukup tak suka kalau orang cakap, 'ala, buat biar asal ada je, copy je yg lama2...'... atau pun yang guna ayat ni... 'kejap je dia buat, tukar tajuk je...' memang jadi tak ikhlaslah lepas tu.... hihi
Yerlah, saya ni kalau boleh, tugas apa pun yg diberi kalau saya mampu dan dalam skop tugasan saya, saya akan buat yang terbaik. Tak ada dalam kamus hidup saya, buat asal ada....atau asal siap... sebab saya tafsirkan diri saya berada di tempat orang yang akan tengok brosur tu nanti.... 'macam ni je dia buat?'... cikgu ke yang buat ni? kan dah terasa hati.... kui kui kui....
Dan, saya juga amsih perlu banyak belajar dan masih dalam proses pembelajaran. Biasanya saya 'google', tengok youtube, tengok tutorial, atau saya cuba sendiri sambil2 ambil inspirasi . Kadang2 saya minta tolong anakanda Cupie. Dia pon amik course IT sekarang ni so bolehlah tolong mama sikit2.
Bila tengok balik brosur saya dulu2... amboi... daifnya... hihi... so saya cuba berevolusi... macam saya design hiasan pulut kuning juga... cuba berevolusi, hihi....

Jom tengok brosur2, dan cover yang saya pernah buat dalam 3-4 tahun ni....

cover buku pengurusan tahun 2022


























Ada banyak lagi sebenarnya nak share tapi setakat ni dululah. Sekurang2nya ia akan menjadi kenangan dan mungkin juga panduan bagi rakan2 yang baru nak berjinak2 dalam membuat brosur atau mereka cover terutamanya untuk sekolah.
Saya pon bukan pandai sangat, bolehlah sikit2 cuba jaya. Saya kena banyak belajar lagi tapi itulah masa sangat mencemburui sebenarnya.
Kadang2 tu tak sedar dah berjam2 duk depan laptop, hihi ralit buat benda ni....
Tenkiu semua

PULUT KUNING JAMBANGAN KASIH DI HARI GURU + HARI RAYA 2022

 Panjang sikit tajuk arini

Minggu yang sangat hectic and exausted...

letih tahap gaban

Ahad - Majlis Hari Guru + Majlis Hari Raya, as usual tugas mokcik, hias pulut, jadi emcee dan buat brosur.

Isnin - Pagi masa perhimpunan ada Pelancaran Sekolahku Sejahtera, semalaman mokcik duk menyiapkan brosur. Petang tu pula ada perjumpaan kelab dan persatuan and last minute dapat notis ada mesyuarat pulok...

Selasa - Latihan rumah sukan, balik tergesa2, mandi solat, kul 3.30 dah terpacak di padang

Rabu - kelas habis lewat (buat revision sbb minggu depan ujian 1 dah mula) n sambung dengan perjumpaan Unit Beruniform pulok

Khamis - ingatkan boleh rehat sbb dah hari last minggu ni kerja, terlupa yg dah booking servis kereta. Adoyai............


Okaylah, kali ni nak share je brosur and pulut kuning mokcik Ah buat ari ahad n Isnin.

Check it out




Ini pula pulut kuning mokcik hias