Okay, hari ni Jumaat, cuti so dapatlah saya memasakkan diriku dirimu kepada diri keluargaku... ish, merapu dah ni...
Okay jom kita tengok saya masak apa hari ni. Simple, very simple tapi ahli2 rumahku makan bertambah-tambah nampaknya. Alhamdulillah
JOM KITA TENGOK RESIPI
KERABU PAUH SEAFOOD
Okay, kerabu pauh seafood ni cara membuatnya sama macam kerabu ala siam yang saya dah pernah post sebelum ni. Sila klik sini http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/03/kerabu-kaki-ayam-kerabu-sotong-kerabu.html
Cuma saya adaptasikan sedikit.... cam gini...
Rebus udang dan sotong dengan sedikit garam dan perasa secara berasingan. Boleh juga ditambah secukup rasa MAGGI jika suka atau sedikit gula |
Gaulkan buah pauh rangup, bawang merah, serai, cili merah, cili padi, tomato dan timun yang telah dihiris ikut kesesuaian |
Campurkan udang dan sotong rebus tadi bersama sedikit airn rebusannya |
Tambahkan sos ikan, garam dan sedikit gula serta perahkan limau nipis secukupnya. tara... dah siappp... mmmm memang menyengat. Saya akan ratah je biasanya |
Inilah sos @ kicap ikan cap sotong. Ada juga orang panggil sos sotong. Nama komersialnya "NAMPLA" |
BAHAN-BAHANNYA:
-Semangkuk udang dibuang kulit, belah belakang dan tinggalkan ekornya
-3 sudu tepung jagung
-sedikit garam dan serbuk lada putih
-Minyak untuk menggoreng
Sos
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 3 ulas bawang putih dimayang
- 1 biji bawang besar di potong bulat
- 1 biji tomato*
- garam dan gula secukupnya
CARA MEMBUATNYA:
1. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam, serbuk lada putih dan tepung jagung.
2. Goreng udang hingga masak. Ketepikan
3. Panaskan kuali, tumis bawang putih hingga naik baunya
4. Masukkan semua sos dan sedikit air. Perasakan. Akhir sekali amsukkan bawang besar dan tomato
5. Curahkan di atas udang yang digoreng tadi. Hidangkan panas.
Udang di lumur garam dan lada sulah kemudian di gaul dengan tepung jagung |
Goreng udang hingga masak dan toskan |
Curahkan sos dna hidangkan panas |
Resepi ikan kukus ni dah pernah saya postkan, boleh klik di sini
http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/02/tomyam-campur-sotong-goreng-kunyit.html
Lebihkan halia sebab nak buang angin dalam badan. Bonda yang suruh, dia suka makan halia |
Gambar tak berapa cun , baisalah anakand ayang amik. Yang belum masak pulak tu, yang dah masak tak diambilnya... Alahai anakku... |
Ni saya amik gambar dari post sebelum ni.... Cubalah yer.... |
0 ulasan:
Post a Comment