Baru jer abihkan laksa kedah semalam punyer... fuh... lama tak makan... tahap teringin tu akhirnya membuahkan hasil air tanganku dan dapatlah berkongsi dengan sedara mara dan beberapa sahabatku! Alhamdulillah...
Dulu... ini cerita dululah... b4 kahwin dulu, tau makan jer tu pong beli kat kedai, laksa Penang. Sebab tak pernah jumpa yang sedap so laksa kat Cabang 4 Cherang (gerai nasi kerabu dan kuih muih pada waktu petang, ada juga jual laksa, laksam dan mee talam yg dah dibungkus siap) tu abih sedap dah lah bagi saya. Hahaha... then... jumpa ngan sorang mamat ni, bercinta, bertunang dan kahwin. So, dia orang kedah, mak dia selalu masak laksa. Kakak dia pong pakar masak laksa so saya pong jadi tersuka dengan laksa ni... Mula2 tu rasa cam payah bebenarlah nak masak laksa ni. Masa dok Perlis dulu, kalau sekolah buat jamuan laksa, saya tukang rebus telur jerlah, kalau tak pong, tukang bawak timun ngan ulam2 ulaman lain... hahhaha terukkan!
Nak dijadikan cerita, selepas 5 tahun kahwin, kami pindah ke Sungai Petani. Kat sini, semua sedara mara suami ada dan bila orang cakap pasal laksa, suami saya akn kata "Maksu bukan pandai pong masak laksa, dia tau makan je..." (Maksu tu panggilan sedara mara kat saya sebab suami saya bongsu, dipanggil Pak Su) Waduh... ayat-ayat cinta tu memang pedih rasanya maka saya pong belajar masak kuah laksa ngan kakak ipar. First time buat.... menjadi beb! Pak Su tambah dua kali..... hahahha maka selepas itu selalu jugaklah saya buat sebab anakanda pong suka gak walaupun budak tu makan ngan tangan! Hahaha.... namun itu semua tinggal memori.... dan sekarang... saya dah jarang masak laksa..... dah tak ada orang nak tambah dua tiga kali!!! Anakanda pong setakat makan sekali tu jerlah... tak ada dah berlumba-lumba makan macam ngan masa abah dia ada dulu!!! Kenangan... kenangan selalu buat saya sedih.... tak tahulah kenapa.... TAPIIIII....
kelmarin.... entah kenapa, saya rasa nak makan laksa kedah dan bila saya cakap dengan ma, dia pong terfikir gitu gaks... terutama bila tengok ikan segar bugar mata hijau bergetah tu kat gerai pakcik depan Taman Sari (menimbun ikan-ikan dia, ambil dari Tok Bali)... maka terbelilah 1kg ikan selayang, 1 kg ikan mata uji rashid, dan 1/2 kg ikan selar kuning!
Banyak dah saya melalut lalut tu... biasaklah... time banyak idea tu... time takdak idea tu langsung tak bukak blog! Jom.... roll on resipi laksa kedah yang termudahsssss in the world!
LAKSA KEDAH VERSI MAMACUPIE!
1 bungkus laksa kering.
KUAH
1/2 kg ikan selayang @ ikan mata uji rasid @ ikan tamban @ ikan termenung dan apa-apa ikan yang banyak isinya. (Saya syorkan ikan selayang, isi dia manis)
5 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan (belah empat)
asam keping secukupnya
sedikit cuka
garam
gula
1/3 cawan isi udang segar
4 biji bawang besar india (merah)
1 ulas bawang putih
5-10 biji cili kering
1 inci belacan (jika suka)
BAHAN HIASAN
4 biji telur di rebus masak
2 hiris nenas potong dadu
1 biji bawang besar Cina (putih) hiris bulat nipis
1 biji cili merah dihiris serong
4-5 biji cili padi (jika suka)
3 tangkai daun salad
1 biji timun
2 biji limau kasturi
kicap manis (jika suka)
CARA MEMBUATNYA
1. Bersihkan ikan, masukkan ke dalam periuk dengan sedikit cuka, 3 keping asam keping (atau secukup masam), garam dan sedikit perasa (jika suka). Didihkan hingga ikan masak. Bila sedikit sejuk, asingkan isi dan tulangnya.
2. Kisar isi ikan separa hancur dengan 2 cawan air.
3. Kisar tulang ikan dengan secawan air dan kemudian tapiskan ke dalam periuk.
4. Bawang, isi udang, cili kering dan belacan dikisar dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam periuk bersama ikan tadi.
5. Masukkan lebihan air rebusan ikan bersama asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Didihkan. Rasakan masam, masin dan manisnya. Renehkan dengan api kecil lebih kurang setengah jam untuk rasa kuah yang menyeluruh. Kacau sesekali agar tidak hangit.
Inilah rupanya kuah laksa yang dah masak |
Laksa |
Bahan tambahan bagi menyedapkan laksa kita! |
Mula-mula, sendukkan kuah sesuka hati kita |
Masukkan laksa juga sesuka hati kita |
Masukkan sayur mayur seperti salad, timun dan hirisan bawang |
Masukkan nenas dan telur rebus (saya suka nenas yang banyak) |
Perahkan jus limau kasturi |
Gaul rata dan ngappppp! |
La... dah abih??? Tak tinggal sikit pong kuahnya???? ehheheh jangan mare yer! |
0 ulasan:
Post a Comment