Banyak cerita lah pulak kan... okay hari ni saya nak kongsi resepi dari Ma, daging tumbuk! Biasanya ma buat waktu raya Haji sebab banyak daging qurban sedekah dari jiran2 dan sedara mara... pastu nak seimbangkan dengan daging, ada sayur yang paling senang dalam dunia indah alam maya ni... sayur air petola dan cendawan... pastu nak bagi pedas2 sikit, kita buat sotong masak sambal....
JOM!
DAGING tumbuk
BAHAN-BAHAN:
½ kilo daging batang pinang
Satu jug kecil air
Serbuk lada sulah
Garam
15 ulas bawang merah
5 biji cili padi
5 biji cili merah/hijau
2 sudu besar ketumbar
CARA MEMBUATNYA:
1. Potong daging lebih kurang seinci tebal dan dua inci panjang.
2. Rebus daging dengan sedikit lada sulah dan garam sehingga betul-betul empuk.Toskan airnya
3. Bila daging sudah suam, tumbuk sehingga menjadi nipis
4. Mayang bawang kecil, cili padi dan cili merah
5. Goreng daging yang sudah di tumbuk tadi, biar separa garing masukkan ketumbar, hirisan bawang, cili, dan goreng sehingga garing. Toskan minyak dan bolehlah dihidangkan panas.
Daging baru lepas direbus dan ditoskan airnya |
tumbuk hingga nipis |
Taraaa..... dah boleh ngap! |
** Biasanya ma membuat daging tumbuk di musim hari raya korban kerana banyak daging yang diberikan oleh keluarga dan teman yang membuat korban. Daging yang telah ditumbuk dan digoreng sangat rapuh dan enak terutama bila panas kena pulak dengan nasi putih hangat. Fuhhhh....terangkat! Daging lebihan yang ditumbuk tahan beberapa bulan jika di simpan dalam bekas kedap udara dan di letakkan dalam peti sejuk dingin beku.
SAYUR AIR PETOLA DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHANNYA:
2 biji petola 1 cawan cendawan tiram
2 biji cili merah 1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 1 sudu udang kering
Sedikit udang yang dibuang kulitnya Sedikit suun
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih yang telah di titik bersama udang kering.
2. Masukkan udang dan 3 cawan air. Biarkan mendidih.
3. Akhir sekali masukkan suun, petola, cendawan, bawang besar dan cili yang sudah di mayang. Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit lada sulah.
- Satu lagi sayur untuk berdiet. Sedap dan mengenyangkan, tak perlu makan nasi.
Sambal tumis sotong
BAHAN-BAHAN:
300g sotong saiz kecil dan segar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 5 tangkai cili kering
1 cm belacan dibakar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
1. Basuh sotong dan buang hitamnya serta jangan dipotong.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar ( bawang merah, putih, cili kering dan belacan) hingga garing dan pecah minyak. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
3. Masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula.
4. Bila mendidih masukkan sotong. Masak dengan api yang paling kecil sehingga kuah pekat.
guna sotong kecil sebab dia lembut |
**
Biasanya saya akan masakkan tumis sotong atau sambal sotong ini apabila membuat nasi lemak. Untuk membuat sambal tumis ikan bilis, sotong kering, telur, udang mahu pun kerang, juga menggunakan kaedah ini. Setiap kali membuat sambal tumis, pastikan bahan kisar dimasak hingga pecah minyak bagi memastikan sambal tumis enak dan tahan lebih lama. Tolonglah guna cili kering kisar sebab kalau buh cili boh, rasa tak berapa cun... dia ada satu aroma yang kurang cun... pastu lak tak berapa nak tahan ngat. Yang ni dua minggu tahan lagi dalam peti ais... sungguh! Trylah...
1 ulasan:
salam.. mama cupie, ada x resepi daging tumbuk kering? kalau mama cupie biasa makan, daging tu ada jual depan kb mall (nasi sumatera).. kalau sudi, kongsi2lah resepi tu eh...
Post a Comment