PERJALANAN MENUJU DEWASA

Hebatnya tajuk ari ni....
Dah lama tak menjenguk blog... maklumlah sejak2 tukar karier jadi bibik nih, sibuk ngan anak-anak...

Hari Sabtu lepas, 10 Disember 2011, berlangsunglah sebuah peristiwa yang sangat penting buat anakanda ku si Muhammad Fadlis Shufi bin Mohd Shuib! Bermulalah satu perjalanan yang singkat untuk menuju satu perjalanan yang panjang. Insyaallah!

Malam sebelum peristiwa tu, memang dia tak berapa nak boleh lena. Jap2 jaga nak ke toilet... pastu pagi kul 5.45 dah bangun tanpa dikejutkan! Miracle!

Sebenarnya, adik ipar saya, si Che Ngah Cupie, kerja kat SYABAS Selangor tu, so persatuan AIR-AIR nih buat Majlis Berkhatan untuk anak2 staf. Kebetulan memang kami bercadang nak menyunatkan Cupie, so terjadilah proses2 itu. Terima kasih Che Ngah....

Inilah pose2 yg sempat dirakam....


KRONOLOGI PENYUNATAN / PENGATANAN CUPIE

Cupie dgn Che Ngah Azie n Amira Farhana, baru je sampai dan amik nombor

Cupie n Mama sebelum bermulanya acara

Pose sikit... nak senyum ke tak?

Mulanya marah mama amik gambar... tu yg masam!

Tunjuk tag... sebagai kenangan

Beratur nak menyambut ketibaan Puan Seri

Beratur ramai2 sebelum berarak

Serius tu bukan apa.. ada sapa ntah dok buat lawak spastik... menakut2kan budak2 nih...

Amik gambar ngan Puan Seri nih selepas berarak

Pn Seri mulakan upacara memandikan budak2


Bashah anak mama!

Ni kawan2 Cupir yg bakal disunatkan

Menunggu giliran, Cupie yg ke-16 dari 42 orang

Dah setel. Rileks jap b4 buleh balik!
Gambar masa sedang disunatkan, dia tak bagi amik. Yang bagusnya Cupie ni dia tak menangis. Dia kontrol macho jer tapi mata ditutup dengan tangan sampai berpeluh2 dan merah muka. Sepanjang dia disunatkan tu, saya ada bersama. Mulut dia tak berhenti tanya, dah siap ke? Lambat lagi ker? Bila doktor suruh baca Al-Fatihah, dia kata "Tak leh nak luah, baca dalam hati je!"

Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan baik. Dia menjaga betul makanan. Dia takut. Contohnya tadi, hari ni dah hari kelima kan so adalah dia termakan sikit telur, bila dia teringat, terus dia luah balik! Dah boleh pakai seluar dah siap boleh nari2 dengan adik2 sepupunya! Tapi jalan masih kengkang2 lagiks... geli katanya!

Apa yang tersentuh sikit, tadi dia bagitau... dia tak rasa sedih pung pasal bersunat ni walau pun abah tak ada... ayah Ngah pun tak ada masa tu sebab kerja kan... tapi yg dia sedih bila time nak salin pakaian kat toilet selepas kena siram ngan air SYABAS tuh! Masa tuh kan, semua anak2 tu masuk dengan ayah dia orang ke tandas lelaki, dia pulak masuk sorang2 sebab mama takleh masuk kan! tuh yang dia terasa sedih sikitlah... saya dengar tadi pong tersentuh jugak tapi muka dia okay jer! Tabah budak nih walaupun manja kededek!

Okaylah... nanti saya cerita lagiks!

1 ulasan:

af-aziey said...

Hehe..Che Ngah tumpang happy sebab cupie dah jadi dewasa...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails