Pengat keladi Vs Cerita kartun...

Baru 2 minggu tapi rasanya dah terer dah bab kartun mengartun nih.....
Si terpaling baby... Ariana farisha tu pong dah reti nak tgk kartun.... Tidur pulak, ulik mengulik hampir sejam, tak sampai sejam dia dah celik! Tapi tak apa, bila dah lama sikit dengan dia, tak menangis dah... kalau tak... dia macam 'jinak-jinak merpati'... tgk boleh... pegang jangan!

Okay, sebenarnya si my nephew yg abang long ni, si Amar Farouk... dari dulu lagi memang suka makan kek keladi versi che long (sayalah) buatkan so masa gi Econsave minggu  lepas, saya beli keladi. Tapi cari punya cari bahan2 laing, enggak ada dong... so terbiarlah keladi tuh... Kebetulan pulak ma puasa 10 & 11 muharam... saya paham benar... kalau ma puasa dia memang kena bukak puasa dengan benda2 manis cam pengat, sira, kuih2 manis gitu... maka terkeluarlah idea nak buat pengat keladi!

Mujurlah keladi tu elok lagiks... so sambil2 mengartunkan budak2 tu, sempatlah saya mengupas kulit ubi keladi dan merebusnya! baru kupas 10 saat, si kakak kepada si adik iaitu Amira Farhana pulak ter be_ _ k so kenalah memberhentikan kerja sebentar. Baru je nak start balik, si Cupie anakandaku pulak nak makan nasik.... pastu berebut channel kartun kat TV pulaks.... ish ish.. banyak rintangannya nak buat pengat nih....

Mari kita tengok resepinya!

PENGAT KELADI

BAHAN-BAHAN:
          1 biji ubi keladi di buang kulit dan direbus dengan sedikit garam
          Santan dari sebiji kelapa
          Daun pandan
          Garam dan gula secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1.     Masukkan semua bahan. Didihkan 
**
Ini favourite saya..... ubi lain tak boleh challenge! Bila mencedok pengat ni, anda akan mencedoknya lagi untuk kali kedua, ketiga dan tak boleh berhenti!
YUMMY! Bak kata CUPIE w/pun dia tak mau rasa...

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails